Posts

Update : Apa Yang Aku Build Sekarang? Buat SaaS Gaya Zaman AI

Image
Kalau korang follow blog ni dari zaman Ubuntu dulu, korang tahu blog ni pernah jadi tempat aku share macam-macam benda pasal Linux, distro, tutorial, dan segala jenis experiment yang aku tengah try masa tu. Lama juga aku tak update sini. Bukan sebab dah tak minat tech. Actually, minat tu masih ada. Cuma direction hidup dan kerja aku berubah. Dulu, aku banyak spend masa explore tools, tweak system, test software, dan tulis pasal benda yang aku rasa menarik. Sekarang, curiosity tu masih sama, tapi dia datang dalam bentuk yang lain: aku lebih banyak build product, test idea, automate workflow, dan cari jalan macam mana satu small software product boleh solve real problem untuk real people. In short, sekarang aku tengah fasa building. Dari minat tech ke build product macam saas Bila aku fikir balik, banyak benda yang aku belajar masa zaman Ubuntu dan blogging dulu sebenarnya masih relevant sampai sekarang. Dulu aku suka: • explore benda baru • cari cara lebih efficient untuk buat sesuatu •...

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk membawa konsep design tersebut ke Linux Desktop iaitu Quartz OS . Amacam, cun tak idea diorang?

Tshirt Ubuntu Utopic Unicorn 14.10

Image
Ceritanya, aku dah lama tak buat tshirt ubuntu. Tshirt yang aku buat dulu yang "Real Men Don't Use Antivirus" itupun entah ke mana hilang. Jadi agak susah kalau nak cari tshirt untuk dipakai ke sesi ngeteh bebudak geek. Akhirnya aku buatlah satu tshirt seperti dibawah : So siapa berminat dengan tshirt ini boleh email aku di zul.malc at gmail dot com. Aku hanya cetak 50 helai dengan saiz-saiz yang agak limited.

Ubuntu ni untuk hekes..

Image
Penggunaan Ubuntu adalah lebih kepada perjuangan dan Ubuntu juga satu Operating System based on Linux yang amat mudah. Penggunanya ramai dan support juga mudah untuk didapati. Jika anda bermasalah, selain daripada menggunakan blog ini untuk mencari entri untuk bantuan, rakan-rakan follower di dalam blog ini adalah lagi tere daripada penulis sendiri*. Tetapi adalah menjadi satu trending dikalangan anak-anak muda, menggunakan Ubuntu untuk belajar hek (sebenarnya asal perkataan adalah Hack; atau hacking - jangan paksa saya translate kerna bunyinya menyebabkan maksud tak sampai). Saya tak nafikan, ada yang berjaya menjadi hacker daripada hasil belajar Ubuntu kerana mendengar Ubuntu adalah hacker; dan hacker guna Ubuntu, tapi pada pandangan saya, ramai hacker tidak menggunakan Ubuntu; atau Ubuntu bukan untuk hacker; ye la.. terbalikkan.. hahaha.. Tapi, anda dah mahir Ubuntu? dah boleh sikit-sikit guna command line? Let's become hacker.. 1st step; jom hek umah sebelah yang sombong tu...

Cara Nak Gunakan Ubuntu Classic di Ubuntu 13.04

Image
Assalamualaikum semua. Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog Melayubuntu ini. Baiklah. berbalik kepada tajuk diatas, sebentar tadi kawan saya bertanya berkenaan bagaimana nak pakai ubuntu classic session di ubuntu 13.04. katanya dia kurang berminat dengan unity. secara peribadinya, saya sendiri juga agak kekok untuk menggunakan unity disebabkan agak lama menggunakan linux mint yang menggunakan antaramuka cinnamon. Disini caranya untuk menggunakan ubuntu classic session di ubuntu 13.04. Pertamanya buka terminal ( CTRL + ALT + T ). kemudian install pakej gnome-session-fallback dengan menggunakan command ini. sudo apt-get install gnome-session-fallback kemudian apabila selesai pasang pakej gnome-session-fallback tadi, anda cuma perlu logout dari unity. pada skrin login tu, klik username anda dan klik pada logo ubuntu yang kecil untuk memilih session anda. anda cuma perlu memilih " Gnome Fallback " dan login macam biasa. siap! sekarang anda dalam ubu...

Berita/Artikel Menarik Tentang UBUNTU

Fuhhh fuhhh fuhhh....berabuk penuh blog nih....minta maaf banyak-banyak daripada pihak Melayubuntu kerana gagal untuk update blog seperti biasa. Memandangkan menulis ini dibuat secara sambilan maka tenaga dan fokus tidak dapat diberikan kepada blog ini seperti yang dikehendaki. Tanpa berlengah lagi lihat artikel menarik minggu ini: Ubuntu After Install - Automasikan proses instalasi ke desktop, laptop dan sebagainya. Memudahkan instalasi@pemasangan untuk pengguna baru. Hanya klik fail .deb dan biarkan Ubuntu selesaikan proses instalasi secara automatik sambil anda menikmati kopi bersama biskut marrie. Amaran: ini projek personal, eksperimental, Jangan guna untuk komputer pejabat...hehe Is Bing biased against Ubuntu? - Distrorank telah melakukan satu eksperimen dengan membuka 2 tab bersebelahan untuk 'search' 4 distro linux terkenal; Linux Mint, Arch Linux, Ubuntu Linux dan FreeBSD. 'Result' nya Bing melaporkan 95% kurang ' result Ubuntu Linux' berband...

Precise Puppy Pangolin? varian Ubuntu versi Puppy Linux

Precise Puppy Pangolin? varian Ubuntu versi Puppy Linux -->klik Puppy Linux adalah ringan berasaskan  sistem operasi Linux yang direka untuk beroperasi dengan baik walaupun pada komputer yang lebih tua yang mempunyai Processor perlahan .  Ubuntu adalah salah satu Distro Linux yang paling popular di seluruh dunia. Banyak aplikasi mereka juga boleh didapati dari pengurus pakej terbina di dalam repositories. Versi terbaru Ubuntu adalah   750MB , Precise Puppy 5.4.3 adalah hanya 166MB . Kelebihan utama pada Puppy Linux ialah: Boleh dimasukkan kedalam cd atau USB, jadi anda tidak memerlukan Komputer Boleh boot daripada memory menyebabkan distro memang takde sangkut-sangkut punyalah Dua pakej manager boleh guna 1. Puppy Package Manager 2. Synaptics. Bermakna dalam puppy ini boleh download pelbagai software dari ubuntu dan pakai format .DEB Boot dalam masa kurang seminit...Ada berani pakai? Dan banyak lagi...kunjungi lam...