Wednesday, October 26, 2011

Benarkah Linux Kebal 2?

Scam dalam talian

Anda sangka laman web SSL selamat? Tidak selamat...

Dengan mengubah laman web palsu menjadi seperti laman web Bank. Malware boleh bersembunyi di dalam web browser. Ia tidak perlu mencuri kata laluan, hanya menunggu mangsa login.

Anda sangka sudah log out? Mungkin tidak...

Brian Krebs melaporkan Scam Man-in-the-Browser(MitB)(sejenis malware).Hanya dikesan dalam Windows dan menunggu mangsa log in.

Menurut Krebs lagi: MitB memulakan helahnya dengan memberi mesej kepada mangsa, duit telah dimasukkan ke dalam akaun mangsa secara tidak sengaja, dan akaun mangsa telah dibekukan sehingga mangsa memulangkan duit tadi. Apabila mangsa melihat baki akaun, MitB mengubah amaun dalam akaun mangsa didalam browser; memang ada sejumlah wang yang besar dalam akaun mangsa. Mangsa disuruh untuk segera memulangkan wang tersebut untuk mengelakkan daripada akaunnya di tutup. Dan Malware tersebut menyediakan borang online transfer fund.

Berita baiknya, langkah untuk elakkan daripada MitB adalah mudah. Guna Linux...

Bagi yang banyak melakukan transaksi online seperti saya. Apa yang anda boleh cuba:
1. Install Linux dalam USB.
2. Dapatkan bank alert apabila ada amaun besar di'transfer' keluar daripada akaun anda. Sebolehnya melalui SMS atau perkhidmatan seperti TAP banking yang ditawarkan oleh bank Islam.




Sumber: http://www.michaelhorowitz.com/

Tuesday, October 25, 2011

Cadangan Canonical Melanjutkan Ubuntu 12.04 LTS (Desktop) Kepada 5 Tahun

Umum mengetahui Ubuntu versi Tempoh Sokongan Lama (Long Term Support - LTS) adalah untuk 3 tahun bagi edisi Desktop dan tempoh 5 tahun hanya dikhaskan untuk Ubuntu edisi pelayan (server) sahaja. Mungkin Cadangan baru ini suatu berita gembira terutamanya kepada golongan usahawan yang berminat ingin menggunakan Ubuntu sebagai Sistem Operasi di permis mereka tanpa memikirkan soal pemacu, konfigurasi tertentu dan macam-macam lagi karenah yang kadangkalanya dibawa pulang  ke kamar tidur.


" Ubuntu memang terkenal keupayaannya untuk bergerak seiring dengan aplikasi dan perkakasan terkini" kata Rick Spencer, Pengarah Kejuruteraan Ubuntu di Canonical. Sambung beliau lagi "Tetapi sebagai pengguna-asas, adalah penting untuk kami merancang jauh kehadapan. Ubuntu 12.04 LTS akan memberikan pengguna desktop kombinasi yang sempurna berkembang seiring dengan perubahan perkakasan dan sokongan yang dilanjutkan dan bergantung kepada keperluan mereka ". 

Daripada gambarajah di atas, dapat kita perhatikan pelancaran Ubuntu 12.04 LTS bermula April tahun hadapan dan disokong sehingga tahun 2017. Woww!.. Mengujakan. Bagaimana pun, saya hanya mencubit beberapa serpihan daripada News yang dikeluarkan oleh Canonical. Anda mungkin ingin membaca selanjutnya di sini http://www.canonical.com/content/ubuntu-1204-feature-extended-support-period-desktop-users

Saturday, October 22, 2011

Benarkah Linux Kebal?

Adakah Linux Selamat? Ini adalah salah satu slaid yang dipersembahkan di South LinuxFest oleh Mackenzie Morgan.- Masih terdapat ancaman seperti phishing, keylogger dan lain-lain yang boleh menembusi linux. Bukan bermaksud linux itu kurang selamat, kerana linux dibina berdasarkan multi user based, sedangkan windows dibina berdasarkan single user based. Cuma Berhati-hati...sumber: http://ubuntulinuxtipstricks.blogspot.com 

Sunday, October 16, 2011

Tutorial GIMP 2.6.10 : Bagaimana Menyerikan Gambar yang Kusam

Efek Filters

Dalam contoh ini ShimG mengunakan gambar bunga yang ditangkap dengan menggunakan kamera Point and Shoot

1. filters>enhance>unsharp mask
 ikut setting ini atau selera masing2
 Gambar asal
 Gambar selepas apply efek

wala siap...
Selepas itu kita boleh bermain-main dengan efek B&W ke lomo effect ke...ikut kreativiti masing-masing...
 Efek LOMO
 Efek LOMO + B&W

Saturday, October 15, 2011

Panduan Langkah Demi Langkah Memasang Ubuntu 11.10 Ke Dalam Komputer/Laptop

Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot telah dilepaskan beberapa hari lalu. Sekiranya anda bercadang untuk mencubanya sendiri di dalam komputer/laptop anda, berikut adalah cara-cara mudah proses pemasangan yang boleh diikuti satu persatu.

1. Muatturun ISO Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download. ISO Ubuntu ini bersaiz hampir 700MB. Sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas, sila minta pertolongan kawan untuk memuatturun fail ini.

2. Burn fail ISO berkenaan ke dalam CD/DVD (dalam bentuk CD Image dan bukannya dalam bentuk data)

3. Setkan boot priority pada BIOS komputer anda supaya membaca CD/DVD drive terlebih dahulu sebelum HD. Sekiranya komputer anda tidak boot ke dalam Ubuntu, kemungkinan besar masalahnya adalah disebabkan boot priority ini.

4. Masukkan CD/DVD Ubuntu 11.10 tadi ke dalam tray CD/DVD kemudian restart komputer. Anda akan mendapati komputer akan boot ke dalam CD sekiranya boot priority adalah tepat.

5. Anda akan melihat skrin berikut muncul. Tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan bahasa. Dalam tutorial ini saya menggunakan "English".


6. Pada paparan kedua ini, saya lebih menyarankan anda memilih [Try Ubuntu without installing]. Sekali lagi tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan.


7. Selepas anda masuk ke desktop live cd ubuntu, double-click pada ikon [Install Ubuntu 11.10].


8. Tetingkap seperti di bawah akan muncul. Sekali lagi, pilih [English] dan klik [Continue].


9. Langkah ini akan membuat semakan adakah komputer anda mempunyai ruang untuk pemasangan Ubuntu. Saya tidak menyarankan anda untuk tick pada 2 pilihan di bawah kerana ia melibatkan proses memuatturun data dari internet yang mungkin akan melambatkan proses pemasangan. Klik [Continue].


10. Langkah ke 10 ini akan menentukan dalam ruangan mana Ubuntu 11.10 akan dipasang. Ada 2 kes yang saya akan ulas di sini memandangkan langkah ini antara yang terpenting.

10.1 Hanya untuk pengguna advance sahaja.
Pilih [Something else] kemudian klik pada [Continue].


Kemudian, pilih partition yang ingin dipasang Ubuntu ke dalamnya. Pastikan ianya di format kepada filesystem yang anda kehendaki dan disetkan mount point kepada "/". Anda juga perlu mencipta partition swap anda sendiri sekiranya memilih langkah 10.1 ini.


10.2 Pilih [Erase Disk & Install Ubuntu]

Anda akan dibawa ke paparan berikut. Pilih partition yang ingin anda pasang Ubuntu pada [Select drive]. Grafik di bawah akan menunjukkan keadaan partition tersebut setelah Ubuntu dipasang padanya. Klik [Install Now].


11. Sambil proses pemasangan berlansung, anda akan dipaparkan beberapa paparan tetapan seperti berikut.

11.1 Tetapkan lokasi & time zone. Klik [Continue].


11.2 Tetapkan keyboard layout (biasanya English US). Klik [Continue].


11.3 Tetapkan maklumat diri & kata laluan. Klik [Continue].


11.4 Tetapkan gambar identiti anda. Anda boleh menggunakan webcam jika perlu. Klik [Continue].



11.5 Tunggu hingga proses pemasangan selesai.

Tips : Skip proses yang melibatkan muatturun data dari internet sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas.


12. Restart komputer/laptop anda.

13. Selamat datang ke dunia Ubuntu 11.10!


Semoga bermanfaat.

Thursday, October 13, 2011

Ubuntu 11.10 Dilepaskan. Sedia Untuk Dimuatturun. Percuma.


Selepas 6 bulan dibangunkan, Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot hari ini dilepaskan serta merta dan boleh dimuatturun di : http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download

Bagi anda yang masih tidak mengenali apa itu Ubuntu, anda digalakkan untuk melawati http://www.ubuntu.com/tour untuk mengetahui Ubuntu dengan lebih dekat.

Kepada yang telah memasang Ubuntu sebelum ini, anda boleh upgrade terus ke Ubuntu 11.10 menggunakan kata arahan;
update-manager -d
Kemudian ikut arahan pada skrin.


Saturday, October 08, 2011

Ulasan Ubuntu App Developer : Ubuntu Menuju Arah Yang Betul

Selain daripada perubahan menarik yang diperkenalkan dalam Ubuntu 11.10, saya tidak mahu ketinggalan untuk mengulas tentang Ubuntu App Developer yang diperkenalkan oleh Canonical baru-baru ini. Bagi saya, langkah Canonical mengemaskan antaramuka Ubuntu Software Centre dan kemudiannya memperkenalkan Ubuntu App Developer adalah satu langkah yang tepat bagi menarik lebih ramai pembangun perisian membangunkan aplikasi untuk Ubuntu.

Ubuntu Software Centre Dalam Ubuntu 11.10

Laman web Ubuntu App Developer

Kebimbangan kini adalah pada persoalan, adakah langkah ini akan meningkatkan bilangan perisian berbayar dan tidak sumber terbuka dalam Ubuntu Software Centre? Pada saya, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana situasi ini juga akan meningkatkan bilangan aplikasi yang berkualiti dalam Ubuntu.

Sekiranya kita lihat bagaimana syarikat Apple berjaya mencuri hirisan yang agak besar dalam pasaran sistem operasi, selain memfokuskan kepada pengguna Mac OSX, Apple juga memfokuskan kepada Developer dan mereka berjaya membina satu budaya pembangunan perisian yang tercantik antara sistem operasi yang ada. Di sini, Xcode adalah alatan yang sangat diiktiraf kewujudannya oleh pembangun aplikasi dalam Mac OSX. Malah, aplikasi ini disertakan dalam setiap DVD Mac OSX yang dimiliki oleh pengguna produk Apple untuk menggalakkan lagi pembangunan aplikasi oleh semua orang.

Apabila pihak Canonical mengumumkan Ubuntu App Developer ini, saya menjangkakan Ubuntu akan menerima banyak aplikasi berkualiti yang dibangunkan khas untuk Ubuntu. Aplikasi ini mungkin aplikasi berbayar, aplikasi percuma berserta iklan, atau percuma untuk versi *ringan, pada satu sisi yang lain, ia menggalakkan pengguna komputer mencuba Ubuntu dan seterusnya mengenali kecantikan perisian sumber terbuka.

Thursday, October 06, 2011

Kod Nama Ubuntu 12.04 Diumumkan Sebagai.. Precise Pangolin

Mark Shuttleworth dalam blogpost terbarunya telah mengumumkan kod nama kepada Ubuntu 12.04 ialah Precise Pangolin.

Ubuntu 12.04 merupakan versi ubuntu yang memakai status LTS atau Long Term Support dan bakal menjadi versi terpenting dalam pembangunan Ubuntu sehingga kini.

Seperti mana biasa, kod nama Ubuntu akan mengandungi 2 patah perkataan yang mana perkataan kedua biasanya dikhaskan kepada nama-nama binatang yang jarang didegari atau diancam kepupusan. Bagi Ubuntu 12.04, nama Pangolin telah diabadikan dan sekiranya anda tertanya-tanya apakah itu Pangolin, gambar di bawah mungkin dapat membantu anda.


Sekiranya kita melihat kepada pemilihan kod nama untuk Ubuntu 12.04 ini, kita dapat membayangkan apakah sebenarnya yang ingin dibangunkan untuknya. Sebuah sistem operasi yang Precise (tepat) mungkin bermaksud tanpa bug dan Pangolin (tenggiling) pula memberikan makna ketahanan yang luar biasa.

Saya ada terfikir, mengapa Shuttleworth tidak memilih nama seperti Precise Penguin atau Perfect Penguin? Apapun, ia sesuatu yang menarik untuk dinantikan.

Confession of Melayubuntuholic

Individu yang menyatakan mereka mengejar kewangan, pangkat atau kecantikan secara kosisten di dapati kurang gembira dan juga kurang sihat berbanding siapa yang mengejar sesuatu yang bukan matlamat materialistik.-jonathan haidt, the happiness hypothesis
Kebanyakan manusia mendapati kerja dalam tiga golongan; sebagai kerja, sebagai kareer atau sebagai panggilan. Saya menggangap apa yang saya tulis adalah pangilan atau seruan kepada saya. Tapi seruan untuk apa?

Sekarang kita terlalu menyerah dan mengalah dalam bidang apa pun ekonomi, politik, sosial terutama sekali TEKNOLOGI. kita meyerah kalah kepada orang-orang eropah yang jahat yang mepengaruhi dan menjajah minda kita secara tidak sedar.

Disini lah di mana saya boleh menyumbang sedikit berkaitan dengan teknologi walau pun tidak banyak. Teknologi adalah sesuatu dianggap perlu dari dulu sampai sekarang. Teknologi sebenarnya dipelopori oleh orang-orang Islam. Teknologi juga suatu ketika dahulu berada di tangan orang melayu semasa kita berada di puncaknya. Sekarang saya cuba mengembalikan apa yang yang hilang, apa yang dipadam dalam lipatan sejarah.

Siapa pencipta pistol sebenarnya?Adakah orang eropah? Jika anda berkata ya anda telah pun dikelirukan buku sejarah ciptaan orang-orang Eropah. Sebenarnya teknologi pistol ini dimulakan oleh orang islam. Dan cuba didalihkan oleh orientalis barat. Malah orang melayu dahulu bejuang menentang penjajah menggunakan pistol bukan sahaja menggunakan tombak atau keris. Bukan seperti apa yang anda lihat dalam gambar buku teks sejarah tingkatan 4. Cuba anda cari  dalam google image 'PEMURAS'.


Anda baru sahaja disedarkan. Melayu ditakdirkan untuk menjadi pencipta bukan pengguna semata-mata. Buka mata, buka minda, ubah fikiran anda bahawa melayu adalah bangsa hebat bukan bangsa yang layu.

-image courtesy of pakcikli00

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...