Saturday, July 31, 2010

Faenza Gnome Icon Theme : Tema ikon gnome yang Wow~!


Saya sudah agak lama bersara dari mencari tema desktop dan kekal menggunakan tema default daripada ubuntu kerana saya merasakan tema sekarang cukup cantik dan paling penting, saya selesa dengannya. Namun tema ikon Faenza ini cukup berbeza dari yang lainya. Pertama kali melihatnya, ia membuatkan saya ingin mencubanya. Kali pertama mencubanya, ia membuatkan saya tidak mungkin kembali menggunakan tema ikon yang lain.


Meskipun tema ikon ni masih belum mencapai tahap matang dan berada pada versi 0.5 dengan anggaran separuh jalan, saya sangat-sangat teruja untuk menunggu versi penuh tema ikon ini.

Memasangnya dalam Ubuntu 10.04

Muatturun fail ikon ini dalam format .ZIP, UNZIP dan masuk ke dalam folder yang terhasil. Kemudian run install.sh seperti dalam screenshot dibawah;


Kemudian, klik pada desktop - pilih change desktop background - buka theme tab - klik pada customize - klik pada icon tab dan pilih icon faenza samada normal atau dark.


Akhirnya, paparan desktop saya menjadi seperti ini;


Selamat mencuba.

Thursday, July 29, 2010

Firefox 4.0 : Koleksi ciri baru yang diketahui setakat ini.

Firefox 4.0 diuji lagi dengan Mozilla melepaskan Firefox 4.0 Beta 2 yang menyaksi beberapa ciri lagi diperkenalkan untuk tujuan percubaan. Seperti mana yang anda maklum, saya merupakan seorang switcher dari menggunakan firefox kepada Google Chrome kerana beberapa faktor yang telah dijelaskan dalam entry terdahulu. Namun, dengan perkembangan dan inovasi berterusan dari Mozilla keatas firefox, saya mungkin lompat parti bertukar browser sekali lagi kerana antara ciri baru yang mozilla ingin perkenalkan dalam firefox 4 adalah sangat-sangat mengujakan.

1.Tab Candy
Seorang pelayar web hardcore biasanya membuka tidak kurang 5 tab dalam satu masa dan 10 tab keatas adalah kebiasaan. Tab candy adalah satu fungsi sistem pengurusan tab yang lebih efisyen dan penerangan lanjut dan detail adalah dalam video dibawah;


An Introduction to Firefox's Tab Candy from Aza Raskin on Vimeo.


2.TaskFox
Masih belum pasti adakah fungsi ini akan diaplikasikan dalam Firefox 4.0 tetapi ianya salah satu inovasi yang kreatif dan terkedepan. Sekiranya anda menggunakan Gnome Do, anda mungkin biasa dengan sesuatu seperti ini iaitu pengawalan dan pengarahan task adalah menggunakan keyboard dan ia menjadikan kerja yang memerlukan 5~6 langkah menjadi 2~3 langkah sahaja. Penjelasan lanjut di dalam vidoe dibawah;



Taskfox Prototype from Aza Raskin on Vimeo.


3.AppTabs
Ada beberapa website yang anda wajib buka setiap kali melayari internet dan anda ingin ianya terbuka tanpa gangguan. Firefox 4.0 membawakan AppTabs, iaitu tab yang bertindak sebagai aplikasi untuk laman web tertentu pada browser. Pastinya fungsi ini lebih praktikal berbanding prism yang kelihatan agak ketinggalan zaman di tahun 2010 ini.




4.Tab di bahagian atas
Rasanya ramai yang dah ketahui tentang perubah UI ini iaitu Firefox 4.0 akan meletakkan tab pada bahagian atas dan bukan lagi dibahagian bawah

5.Pengurus Add-Ons serba baru
Nampaknya mozilla inginkan pengurusan add-ons yang serba baru bagi memudahkan pengurusannya pencarian, pemasangan, kemaskini dan pembuangan.

6.Dan banyak lagi..


Kesimpulan
Perubahan UI, pengenalan fungsi dan ciri yang inovatif dan saya mengharapkan kadar pengunaan memori yang lebih efisyen, pastinya akan memberi saya sedikit masalah untuk memilih browser kegemaran di masa hadapan. Saya mengharapkan juga agar Google Chrome dapat memperkenalkan ciri baru yang dapat bersaing dengan firefox 4.0 supaya yang untung akhirnya ialah pengguna itu sendiri. Internet Explorer? Tak yah inovasi pun takpe..kami faham..

Wednesday, July 28, 2010

Koleksi tema empathy yang membuatkan anda gilakan chatting kembali

Yahoo Messenger merupakan aplikasi yang disetkan pada aplikasi startup siap bersekali dengan auto login suatu ketika dahulu (zaman guna windows) untuk mengambarkan betapa pentingnya aktiviti chatting ketika itu. Kini, nak buka empathy pun kadang-kala terlupa dek kerana twitter dan facebook yang menawarkan perkhidmatan yang lebih digemari. Namun, dengan tema empathy yang akan saya paparkan ini, mungkinkah mood chatting tersebut kembali?

Memasang tema pada empathy.
Anda boleh menggunakan tema Adium (IM dalam Mac OSX) dalam empathy seperti yang telah diulas sebelum ini dalam blog ini dan cara memasang tema tersebut ialah dengan meletakkan folder yang berakhir dengan .AdiumMessageStyle ke dalam /usr/share/adium/message-styles/. Itu adalah penjelasan secara teori dan secara praktikalnya adalah seperti berikut;



masukkan kata arahan
sudo mv example.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/
sekiranya folder berkenaan berada dalam direktory home sahaja.

Antara tema empathy yang boleh anda cuba ialah;

1.Dark Chat
Tema yang seolah-olah anda berada dalam terminal. Sesuai untuk mereka yang geek atau juga kepada mereka yang ingin membiasakan diri dengan terminal


2.Paraphernalia

3.Metal Chat 2


4.Grape's Glassy Style v1,1

5.Ethreal



6.iPhone Message Style

7.Candybars


8.Cinematic

9.h4xor

10.Blackened



Selesai siap memasukkan folder tema ke tempat yang dinyatakan diatas, sila pilih tema yang anda suka untuk diaplikasikan pada empathy dengan pergi ke menu Edit - Preferences - Themes pada Empathy.

Anda paling suka tema yang mana?
[via : techdrivein]

Tuesday, July 27, 2010

Download Ebook The Official Ubuntu Book, 5th Edition

Oleh kerana dalam kandungan buku ini tertera;
This book is published under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license.
saya rasa ianya tidak mengapa jika ia dikongsikan disini bersama peminat, pengguna dan juga pembaca yang ingin mengenali ubuntu.

Untuk download Ebook ini, sila klik URL berikut;


Namun sekiranya anda ingin membeli versi yang dicetak, anda boleh berbuat demikian di ;
http://www.amazon.com/Official-Ubuntu-Book-Benjamin-Mako/dp/0137081308 (bukan link affliate, ok?)

Sila share ebook ini (dan blog ini) bersama rakan-rakan anda yang belum mengenali ubuntu. Untuk dapat update terkini pasal ubuntu seperti ini, sila follow melayubuntu di twitter @melayubuntu.

Sauerbraten, Game dalam Repo Ubuntu

via : atareao

Semalam saya try game Sauerbraten (camne nak sebut?) yang sebenarnya terdapat dalam repo ubuntu (saiz +/- 300MB) dan boleh dipasang dengan kata arahan :
sudo apt-get install sauerbraten
Game ni agak ringan berbanding yang disangka dan grafiknya agak cun jugak untuk saiz 300MB. Game ni berkonsepkan first-person shooter dan ala-ala Alien Arena (kalau korang pernah main la). Game ni tak lah gempak cuma bagus untuk dimainkan ketika tension.

Selamat mencuba.

Monday, July 26, 2010

GUI Mock up menggunakan Avolus Pencil [Ubuntu, Windows]

Di hasilkan dalam 2 minit menggunakan Evolus Pencil

Sekiranya anda seorang pembangun perisian, atau seorang pelajar yang merancang untuk menghasilkan perisian dan ingin membuat mock up terlebih dahulu atau anda ingin menggunakan sesuatu seperti untuk tujuan suka suki, Evolus Pencil adalah perisian yang wajar untuk dicuba.

Sila masuk website Evolus Pencil dan muatturun fail DEB (untuk ubuntu) dan ianya juga boleh dipasang ke dalam sistem operasi windows. Manakala interface aplikasi ini cukup mudah untuk difahami dan cukup mudah untuk digunakan.


Ianya sangat ringan dan fail package DEB pula hanya bersaiz sekitar 500Kb. Selain dari interface windows xp, terdapat interface lain seperti GTK, Native UI, dan juga Sketchy Gui. Selamat mencuba.

Tempah Tshirt Ubuntu Round 2


Tshirt ini merupakan kesinambungan dari entry lepas (klik untuk rujuk) dan saya harap kali ini tidak ada lagi peminat yang ketinggalan. Bagi round ke 2 ini, saya menggunakan sistem tempahan yang agak berbeza dengan yang terdahulu selepas belajar dari beberapa kesilapan pengurusan secara manual yang memerlukan ketelitian yang lebih. Kali ini sistemnya agak mudah untuk diuruskan oleh saya dan saya harap kesilapan teknikal boleh dielakkan atau dikurangkan.

Untuk membuat tempahan tshirt untuk round ke 2 ini sila ke URL berikut:


Untuk membuat tempahan, anda perlu mengikuti flow berikut;


Harga bagi satu tshirt TIDAK termasuk kos penghantaran = RM25
Beli 5 helai ke atas anda akan menikmati kos penghantaran PERCUMA.
Tshirt belum dicetak. Pre Order ini adalah untuk mengumpul saiz dan bilangan sahaja. Selepas membuat tempahan anda boleh memilih untuk terus membayar (dan tempahan anda disahkan) atau memilih untuk membayar apabila anda diarahkan berbuat demikian iaitu ketika tshirt mula untuk dicetak. Untuk kes tidak membayar selepas membuat tempahan, tempahan anda adalah berstatus pending.

Saya target tshirt akan sampai kepada pembeli selewat-lewatnya sebelum hari raya Aidilfitri. Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda juga supaya mereka tidak terlepas peluang ini. Terima kasih.


Thursday, July 22, 2010

Apa yang baru dalam Ubuntu Software Center 2.1.5 [Screenshot]


Ubuntu Software Center 2.1.5 keatas ialah versi yang dibangunkan untuk persiapan Ubuntu 10.10 yang bakal dikeluarkan pada oktober ini. Namun dengan menggunakan PPA tertentu, anda boleh mencubanya dalam ubuntu lucid lynx.

Seperti yang dapat anda perhatikan dalam screenshot dibawah, anda mungkin pantas perasan fungsi History yang pada saya sangat berguna untuk pelbagai tujuan kemudiannya. Ianya merekodkan semua aktiviti pemasangan perisian baru, updated, dan pembuangan aplikasi dan pakej.


Saya tidak perasan fungsi ini sebelum ini iaitu anda boleh memeriksa aplikasi yang terdapat dalam PPA tertentu. Saya sangat menyukai fungsi ini =)


Harap dapat menyaksikan banyak lagi perubahan dalam versi penuh ubuntu 10.10.

Kubrick untuk peminat rubik!

pe barang 3x3. 6x6 baru mencabar =P

Kepada peminat puzzle rubik, kubrick mungkin satu game yang perlu anda dicuba. Ianya boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center dengan kata kungci "kubrick" dan menggunakan antaramuka qt. Satu-satunya kekurangan kubrick ialah ianya tidak berputar secara 3D menyebabkan agak sukar untuk menyelesaikannya. Sekiranya anda ingin aplikasi rubik yang boleh berputar secara 3D, sila cuba GNUbik (juga boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center).

Nota : saya tak pandai main rubik.tq

Friday, July 16, 2010

Mencuba Android dalam ubuntu tanpa perlu membeli telefon Android

Android adalah sistem operasi untuk telefon yang kian popular hari demi hari. Sekiranya anda ingin mencuba sistem operasi ini tanpa perlu membeli telefon android, hari ini saya ada tutorial istimewa buat anda. Sila ikuti tutorial dibawah dengan sabar.

Langkah-langkah
1.Muatturun Android SDK di http://developer.android.com/sdk/index.html

2.Extract fail yang dimuatturun tadi di lokasi yang anda kenalpasti. Kemudian masuk ke folder berkenaan (android-sdk-linux_86)  dan masuk ke folder tools. Double klik pada fail android dan klik run pada tetingkap dialog yang muncul.


3.Satu tetingkap akan muncul. Klik pada Available Packages dan tandakan pada package yang dikeluar. Kemudian, klik butang Install Selected.



4.Disini satu lagi tetingkap muncul yang membenarkan anda memilih package mana yang ingin dimuatturun dan diinstall. Sila pilih package yang perlu sahaja dan klik butang Install.


5.Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.


6.Selepas selesai pemasangan (akan memakan masa untuk memuatturun package -sila tunggu dengan sabar), klik pada Virtual Devices kemudian klik pada butang New... untuk membina device android maya.


7.Paparan tetingkap seperti dibawah akan muncul. Masukkan apa sahaja nama yang anda ingini kemudian isikan ruang-ruang yang diperlukan seperti dalam screenshot dibawah. Kemudian klik pada butang Create AVD. Ini akan mengambil sedikit masa dan tetingkap mungkin akan tidak respon beberapa ketika. Sila tunggu dengan sabar.


8.Tahniah anda berjaya membina AVD. Klik pada Ok.


9.Kembali kepada tetingkap utama kemudian klik pada Virtual Device yang anda baru bina tadi kemudian klik pada butang Start...


Kemudian klik pada butang Launch.

10.Tetingkap Android anda akan muncul dan ia akan mengambil masa untuk load terutamanya ketika dilancarkan buat pertama kali. Sekali lagi, sila menunggu dengan sabar.


11.Whoops! Selamat datang ke dunia Android! Rasanya saya tak perlu dah untuk menjelaskan apa yang perlu anda lakukan selepas ini. Sila bermain-main dengan android sepuas hati.


Jadi kesimpulannya, siapa yang nak sponsor aku beli telefon android nih? Hmm...

7 cara memintas kepantasan ubuntu linux bagi pengguna windows

Bercakap mengenai kepantasan, tidak dapat disangkal lagi sistem operasi ubuntu sememangnya pantas berbanding windows samada dalam aspek menghidupkan (boot) sistem operasi dan juga menjalankan task-task yang lain seperti membuka pelayar web dan sebagainya. Hari ini apa kata kita bercakap tentang bagaimana untuk menjadikan windows lebih pantas dari ubuntu dan saya kira ramai yang berminat untuk mengetahuinya bukan?

Untuk menjadikan sistem operasi windows anda lebih pantas dari ubuntu, anda perlu lakukan 7 cara berikut;

1.Defrag harddisk 3 kali sehari
Ini adalah satu cara yang selalu disyorkan dan ramai pakar komputer mengatakan kepantasan akan meningkat sekiranya pengguna kerap menjalankan operasi defrag harddisk dalam sistem operasi windows mereka. Untuk itu, secara teorinya defrag harddisk 3 kali sehari mungkin akan melajukan sistem operasi windows anda.

2.Buang perisian antivirus
Saya telah menulis dengan fakta bahawa semua antivirus melembabkan komputer anda walaupun ada yang komen mengatakan komputer beliau tidak lembab walaupun ada antivirus. Saya kira dakwaan tersebut tidak dibuktikan dengan fakta saintifik dan hanya agak-agak sahaja. Faktanya, semua antivirus melembabkan sistem operasi komputer kerana ia dijalankan secara realtime untuk mengesan ancaman virus terhadap sistem operasi anda. Membuangnya akan melajukan sistem operasi anda walaupun ini akan mendedahkan sistem operasi windows anda kepada ancaman virus.

3.Disablekan Kemaskini Automatik
Samada anda tahu atau tidak, Kemaskini Automatik akan melembabkan sistem operasi windows anda kerana keupayaan hardware akan sedikit disumbangkan kepada kerja membuat pemeriksaan kemaskini tersebut dan ini. Disablekan fungsi ini sepatutnya melajukan sistem operasi anda dan saya rasa pengguna windows pirate sememangnya disablekan fungsi ini. Sebab itu sistem operasi windows mereka laju jer..

4.Upgrade RAM
Pergi ke PC Fair dan carilah RAM untuk ditopup ke komputer anda sekurang-kurangnya menjadikannya 4GB. Mesti lagi laju dari ubuntu yang dijalankan dalam komputer yang mempunyai 1GB RAM. Tak percaya sila try..

5.Beli PC Baru
Kali ni pastinya ianya Quad Core Extreme atau lagi  power dari itu. RAM pula 4GB keatas (64bit). Anda akan berpuas hati dengan kepantasan sistem operasi windows anda selepas memilikinya.

6.Memakai Windows 95
Sekiranya anda memilih pendekatan berjimat (maklumlah harga semua benda dah naik diselaraskan), anda boleh downgrade sistem operasi windows anda kepada Windows 95. Saya jamin ianya akan lebih pantas dari ubuntu lucid lynx dalam komputer yang sama.

7.Tunggu Windows 9
Windows 9 dijangka merupakan sistem operasi paling hebat pernah dihasilkan oleh manusia. Ianya akan lebih selamat, lebih laju, lebih canggih, lebih murah, tiada virus dan tiada antivirus. Kalau tak percaya tanya paul oktopus.

Selamat mencuba tips-tips diatas dengan jayanya =)
[via : junauza]

Thursday, July 15, 2010

Jolicloud 1.0 dilepaskan


Jolicloud merupakan sistem operasi yang dibangunkan khas untuk netbook yang berasaskan kepada linux dan telah mencapai versi 1.0 yang boleh dimuatturun dan dipasang kedalam netbook anda secara percuma. Antara sebab yang menjadikan jolicloud istimewa ialah interfacenya yang begitu cantik yang boleh anda lihat dalam paparan screenshot diatas.

Antara ciri-ciri lain sistem operasi ini ialah;
  • Launcher yang lebih simple dan customizable (HTML5)
  • pasang & buang perisian dengan 1 klik
  • kemaskini perisian dengan mudah
  • social stream untuk jolicloud untuk tujuan berkongsi aplikasi yang digemari
  • 700 perisian percuma dalam app store
  • pengurusan data yang mudah samada data dalam cakera keras atau data dalam talian
  • apabila anda memasang jolidcloud dalam 2 atau lebih netbook, aplikasi, dan konfigurasi akan diselaraskan untuk semua netbook tersebut
  • dan banyak lagi
Anda boleh melihat jolicloud beraksi dalam video dibawah =)


Oleh kerana ia berasaskan linux, anda akan mengecapi satu sistem operasi yang bebas daripada ancaman virus windows dan ianya sangat pantas dalam netbook pengguna. Selamat mencuba.

Memasang Adobe Reader 9.3.3 dalam Ubuntu 10.04


Ubuntu mempunyai PDF reader iaitu Evince yang berfungsi dengan baik dan laju. Namun sekiranya anda inginkan altenatif yang lebih familiar, anda boleh memasang Adobe Reader 9.3.3 dengan cara berikut.

Langkah-langkah

1.Pergi ke menu System - Administration - Software Sources.

2.Pilih tab Other Software dan kemudian tambahkan (atau enable jika telah ada)
deb http://archive.canonical.com/ lucid partner

3.Reload.

4.Akhir sekali, buka terminal dan masukkan command berikut;
sudo aptitude install acroread
Selamat mencuba.

[via : ubuntu tutorials]

Tuesday, July 13, 2010

Lynx si pelayar web


Kesinambungan daripada artikel saya yang lepas, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu lagi perisian yang menggunakan terminal iaitu LYNX bukan Lucid Lynx tapi pelayar web. Lynx pada awalnya dikembangkan di University of Kansas. Pada tahun 1995 Lynx 2.4.2 dikeluarkan di bawah GNU Lesen Awam oleh Universiti Kansas, sejak saat itu telah bertahan oleh sekumpulan sukarelawan.

Cara instalasi:
sudo apt-get install lynx
Siap!

Pertama kali anda mungkin tidak mempunyai idea menggunakannya. Cuma tekan 'k' pada keyboard anda untuk memaparkan kekunci keyboard dengan fungsi mereka. Lynx merupakan CaSeSenSiTiVe. Contoh kekunci dan fungsinya:
g - masukkan URL untuk membuka laman web
q - keluar daripada LYNX
v - lihat senarai bookmark

Baik:
-Banyak enjin carian seperti gergasi GOOGLE mengesyorkan anda menggunakan lynx untuk melihat bagaimana rupa laman web anda dalam LYNX. Ini kerana crawler atau bot enjin carian akan melihat sepertimana di dalam LYNX.
-Boleh pilih link dengan guna keyboard sahaja.
-Kelajuannya dalam melayari internet memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai bandwidth yang rendah dan hardware yang lama.

Buruk tapi taklah buruk sangat:
-Tidak boleh memaparkan imej dan video tetapi ia boleh menggunakan program luar bagi tujuan itu.
-Teks sahaja.

Friday, July 09, 2010

Semua antivirus melembabkan PC anda kecuali Ubuntu [Fakta didalam]

Hari ini saya menemui satu artikel di Raymond.cc berkenaan satu kajian benchmark tentang bagaimana kewujudan sesuatu antivirus mampu melambatkan sesebuah PC. Penulis membuat kajian ini dalam sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi berikut;

Model: Dell Studio One 1909 Desktop
CPU: Intel Core 2 Duo E8400 (3GHz, 1333FSB, 6MB Cache)
RAM: 4GB (2x2GB) DDR2
HDD: 640GB SATA 3.0Gb/s with NCQ
Video Card: Nvidia GeForce 9400 256MB
O/S: Windows 7 Home Premium (32-bit)

Dan antara bahan kajian (antivirus) yang digunakan ialah
  • avast! Free Antivirus 5.0.545
  • AVG Anti-Virus Free Edition 9.0.829
  • Avira AntiVir Personal v10.0.0.567
  • BitDefender Antivirus 2010 v13.0.21.347
  • Comodo Antivirus 4.1.150349.920
  • Dr.Web anti-virus for Windows 6.0.0.03100
  • Emsisoft Anti-Malware 5.0.0.60
  • ESET NOD32 Antivirus v4.2.42.0
  • F-Secure Anti-Virus 2010 v10.00.246
  • G Data AntiVirus 2011 v21.0.2.1
  • Kaspersky Anti-Virus 2011 v11.0.0.232
  • Kaspersky Internet Security 2011 v11.0.0.232 (a)
  • Kaspersky PURE v9.0.0.192
  • McAfee AntiVirus Plus v10.5.178
  • McAfee Internet Security v10.5.178
  • Microsoft Security Essentials 1.0.1961
  • Norton 360 v4.2.0.12
  • Norton Antivirus 2010 v17.7.0.12
  • Panda Antivirus Pro 2010 v9.01.00
  • Rising Antivirus 2010 v22.00.04.22
  • Sophos Endpoint Security and Control v9.5 (Anti-Virus)
  • Trend Micro Internet Security v17.50.1647
Untuk mengetahui keputusan kajian ini, sila ke http://www.raymond.cc/antivirus/. Kemudian pilih dari senarai skop ujikaji untuk mengetahuinya.

Contohnya, antara skop kajian ialah Boot Time iaitu proses untuk komputer menjalankan sesuatu sistem operasi. Keputusannya adalah seperti dibawah yang mana anda boleh lihat dan simpulkan kewujudan sesuatu antivirus dalam sesebuah komputer mampu menyebabkan kelembapan yang agak signifikan.


Cuba bayangkan satu sistem operasi yang tidak perlu menjalankan perisian antivirus secara realtime dan tidak lansung terkesan dengan fakta kelembapan diatas. Sekiranya anda mengidamkan sistem operasi seperti itu, saya cadangkan anda menggunakan ubuntu dan alamilah perubahan ketara dari segi keupayaan komputer anda.

Thursday, July 08, 2010

Tentang Ubuntu Font (Rasmi)

Sebelum ini saya menulis tentang ubuntu font dan cara memuatturun font berkenaan. Namun ianya bukan versi rasmi dari pembangun ubuntu dan membunyai banyak aksara yang tidak disokong. Pasukan design.ubuntu semalam mengumumkan private ppa kepada font rasmi ubuntu yang boleh dicuba oleh "ubuntu member". Manakala versi penuhnya akan diterbitka pada 08.08.10 nanti yang pastinya ditunggu-tunggu kerana font ini bukan sahaja akan digunakan pada logo, dan dokumen ubuntu malah akan digunakan sebagai font desktop ubuntu 10.10.



Apa yang boleh saya perkatakan tentang font ini ialah, ianya memberikan satu identiti khas kepada penampilan ubuntu dan memperkuatkan jenama ubuntu itu sendiri.

Wednesday, July 07, 2010

Podcast Kuliah Ust Azhar dalam telefon Android, Blackberry, Symbian dan juga Ubuntu

Saya ada terbaca dalam laman web Ust Azhar berkenaan cara-cara untuk subscribe podcast kuliah beliau mengguna iPhone melalui aplikasi iTunes. Lalu bagaimana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai iPhone? Saya menemui sebuah laman web iaitu http://podcast.kuliyah.net/v1/ yang ada menyediakan suapan (feed) podcast kuliah ust azhar.

Setahu saya, sekiranya anda mempunyai pautan suapan ini, anda boleh subscribe menggunakan apa sahaja perisian podcast yang terdapat dalam mana-mana telefon seperti Android, Blacberry dan juga Symbian (telefon nokia). Saya juga telah mencuba pautan suapan tersebut menggunakan fungsi podcast dalam Banshee menggunakan Ubuntu dan sekali lagi ianya berjaya tanpa apa-apa masalah.

 Screenshot disebelah misalnya dicuba dalam telefon symbian (nokia) menggunakan aplikasi podcast dengan memasukkan pautan suapan : http://podcast.kuliyah.net/v1/feed.xml dan hasilnya, podcast berjaya dimuatturun dengan jayanya.

Perkembangan teknologi seperti ini seharusnya digunakan sepenuhnya secara praktikal supaya teknologi tidak terasing dari ilmu-ilmu agama yang sememangnya menjadi satu makanan kepada rohani kita. Syabas kepada Ust Azhar dan tenaga kerja dibelakang beliau atas inisiatif mewujudkan fungsi podcast untuk setiap kuliah beliau yang sangat berguna kepada generasi sekarang. Semoga pendakwah dan ustaz-ustaz yang lain dapat mengambil pendekatan yang sama dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama.

Sekiranya kamu inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu. Sekiranya kamu inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu. Dan sekiranya kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.
Selamat mencuba.

Persaingan Telefon Pintar : Android adalah masa depan!

Android merupakan sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan secara sumber terbuka dan berasaskan kernel linux yang diubahsuai. Sehingga suku pertama 2010, perkongsian pasaran menunjukkan Android menguasai 9% dari pasaran telefon pintar, dan selebihnya didominasi oleh RIM Blacberry 35%, iPhone OS (sekarang iOS) 28%, dan Windows Mobile 19%.

Apa yang menariknya, Android dijangka akan mengubah angka-angka diatas dengan begitu dramatik dan mungkin akan menjadi kuasa besar dalam pasaran telefon pintar dalam sedikit masa lagi disebabkan banyak faktor antaranya pertambahan bilangan aplikasi, bilangan pembangun aplikasi yang sentiasa meningkat dan paling mengejutkan apabila satu statistik yang dikeluarkan menunjukkan 57% daripada aplikasi Android (dalam Android market) adalah percuma. Angka ini jauh mengatasi sistem operasi telefon pintar yang lain yang mana kesemuanya didominasi oleh aplikasi berbayar.

Dari segi harga pula, harga purata aplikasi untuk Android adalah jauh lebih murah daripada harga purata aplikasi untuk iPhone dan Blacberry menjadikan Android sistem operasi telefon pintar yang mempunyai masa depan yang sangat cerah.

Saya ingin mengulas satu lagi statistik yang diperolehi hasil dari kaji selidik tentang sistem operasi telefon pintar yang diterbitkan oleh Appcelerator Inc menunjukkan para pembangun aplikasi memilih android sebagai platform yang mempunyai potensi jangka panjang mengatasi iOS daripada Apple. [sumber]

Melihat kepada perkembangan ini, ramai berpendapat bahawa android adalam masa depan sebagai platform sistem operasi bagi telefon pintar. Namun, tidakkah kita tertanya-tanya, sekiranya android yang berasaskan linux itu mempunyai masa depan yang begitu besar, maka apa pula masa depan sistem operasi desktop yang berasaskan linux seperti ubuntu?

Dalam kaji selidik yang saya sendiri jalankan, faktor utama yang menghalang pengguna komputer menggunakan ubuntu adalah disebabkan oleh kebanyakkan perisian sistem operasi microsoft windows tidak boleh digunakan dalam ubuntu. Namun sebenarnya, ia tidak ada kena mengena dengan perisian didalam microsoft windows. Seseorang itu sebenarnya terhalang dari menggunakan ubuntu kerana ubuntu kekurangan perisian yang mampu menjadi altenatif yang baik kepada perisian tadi.

Apa kata anda?

Tuesday, July 06, 2010

Yoono untuk Chrome : Sosial di satu tempat

Saya pernah mengulas tentang Yoono, satu aplikasi pengurusan akaun sosial berpusat. Ianya boleh dipasang dalam Ubuntu (Linux), Mac OSX dan juga windows. Ianya juga mempunyai add-on untuk pelayar web Firefox, dan kini ianya menyokong Chrome (beta), pelayar web kegemaran saya.


Saya rasa ianya lebih praktikal untuk mempunyai fungsi ini pada pelayar web kerana apabila anda klik pada mana-mana pautan, ia akan dibuka secara terus dalam pelayar web berbanding aplikasi Yoono pada desktop yang membuka pautan menggunakan paparan yang terbina dalam aplikasi yoono itu sendiri (walaupun boleh disetkan untuk membuka pautan pada pelayar web).

Untuk memasang dan mencuba Yoono samada pada pelayar web atau juga desktop, anda boleh melayari laman http://yoono.com/.

Monday, July 05, 2010

Ubuntu Branding Polka Dot dan Inkscape


Ubuntu 10.04 tampil dengan branding terbaru bukan sahaja dari segi logo malah dari segi feel pada design iaitu efek polka dot. Sekiranya anda perasan juga, dalam cover CD ubuntu 10.04 (official CD), juga terdapat efek polka dot yang membentuk imej lynx (rujuk foto diatas) yang sangat menarik dalam bentu yang ringkas.

Baru-baru ini, blog design.canonical.com mendedahkan rahsia bagaimana mereka menghasilkan efek sebegitu untuk apa jua imej yang ingin dibentuk oleh polka dot. Ianya hanya menggunakan perisian percuma altenatif kepada adobe illustrator iaitu Inkscape yang juga merupakan perisian kegemaran saya untuk menghasilkan sesuatu design dalam ubuntu.

Imej disebelah adalah antara contoh imej yang dihasilkan menggunakan efek polka dot dan menghasilkan paparan meerkat yang sangat menarik. Ianya akan lebih menarik sekiranya dijadikan banner untuk sesuatu program yang melibatkan ubuntu dan versi terbaru yang bakal muncul pada 10.10.10 nanti (maverick meerkat).

Buat masa ini saya sedang mencuba beberapa kombinasi imej untuk menghasilkan efek polka dot terbaik dan insyaallah tutorial lengkap akan menyusul sedikit masa lagi.

Bagi yang telah mencuba, kongsikan imej anda bersama saya di facebook. Terima kasih =)

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...