Monday, November 19, 2007

Apa yang anda inginkan dalam ubuntu 8.04 Hardy Heron?

Mungkin agak ganjil untuk diajukan soalan seperti diatas kepada pengguna.Pengguna sudah tentu menginginkan sesuatu yang sempurna pada pandangan, aksi, jaminan keselamatan, kemudahgunaan, bantuan sokongan dan harga yang PERCUMA!

Namun itulah yang sedang diusahakan oleh programmer, developer ubuntu dalam menjayakan versi terbaru mereka yang akan keluar pada bulan 4 tahun 2008.

Tema

Dalam versi 8.04 ini, tema desktop ubuntu dikatakan akan bertukar setelah agak lama ubuntu menggunakan tema default,Human.

Ini adalah mockup pertama untuk versi ubuntu 8.04;




Dicadangkan juga ialah untuk mengubah installer, bootup screen, wallpaper, application splash screens seperti Gimp and OO.org, effek compiz, cursors dan skin bagi WINE!Satu tugas yang agak sukar tetapi pastinya berbaloi.

Kemudahgunaan

Sudah tiba masanya ubuntu mempunyai satu file format yang standard seperti .exe untuk windows bagi memudahkan
urusan instalasi software.Pengguna ubuntu hanya perlu double klik pada file tersebut untuk install sesuatu software.(Buat masa ini, file berformat .deb adalah yang terbaik)

Di war-warkan juga veri 8.04 akan upgrade Add/Remove Apps software.Saya tidak mendapat maklumat lanjut tentang apakah yang akan di upgrade namun yang pasti ianya akan memudahkan pengguna ubuntu.

Jika agak susah untuk setup dialup atau ADSL dalam ubuntu, maka versi 8.04 akan support kedua-duanya menggunakan apa yang dikatakan sebagai "Network Manager".

Sokongan

Idea terbaru ialah, adanya screencast dalam fungsi HELP.Tidak perlu membaca tutorial yang panjang berjela-jela, hanya perlu menonton tutorial berbentuk video.Caranya? Help > Video Tutorial..Wow?

Install ubuntu di dalam window?Wujudkan installer ubuntu_8.04.exe?Double klik padanya dan install seperti install perisian yang lain dalam windows?

Dan

Ubuntu loading page...Akankah bertukar seperti yang dicadangkan ini?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...