Thursday, December 06, 2007

Prayer Times bagi ubuntu 7.10

Bagi ummat islam, perisian prayer times reminder sangat penting dan boleh saya klasifikasikan sebagai antara perisian yang wajib dipasang mendahului perisian-perisian keduniaan yang lain melainkan rumah anda terlalu berdekatan dengan masjid ataupun surau.Namun masalahnya ialah, minbar (satu perisian prayer times reminder) gagal berfungsi dengan baik di dalam ubuntu gusty gibbon.

Saya penat mencari solusi yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ini.Namun bagi kita sebenarnya masih ada altenatif yang boleh diambil sementara menunggu versi terbaru Minbar 0.2, dikeluarkan.

Altenatif yang kita ada ialah install pray times extensions bagi firefox!Caranya mudah iaitu install firefox extensions di sini(pray times), dan restart firefox seperti yang diarahkan.Kemudian kita perlu setting lokasi supaya ia menepati waktu solat bagi kawasan yang kita tinggal.

Extensions ini akan mempamerkan waktu solat berikutnya disebelah status dibawah dibahagian bawah kanan browser firefox anda.Apabila kita gerakkan cursor kepada waktu tersebut, paparan seumpama ini akan keluar;



Selain itu, kita boleh memeriksa jadual waktu solat bulanan bagi lokasi yang kita setkan tadi.Apabila kita right click pada waktu solat di status bar dan memilih Monthly Timetable..






Kelemahannya ialah, kita perlu membuka dan membiarkan firefox terus terpasang sepanjang hari untuk reminder ini berfungsi.Dan masalahnya buka disitu, masalahnya ialah, jika tiada sambungan internet!Adakah kita perlu membuka firefox walaupun internet tidak bersambung?Dan adakah reminder ini berfungsi walaupun internet tidak bersambung?

Namun apapun masalahnya, hanya ini sahaja altenatif yang kita ada.Jika anda bijak dan ingin menyumbang kepada agama, sila bangunkan satu perisian yang boleh menyelesaikan masalah ini..






Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...