Ini ialah tutorial pertama saya mengenai kdenlive. Disini saya ingin menunjukkan cara-cara bagaimana anda boleh memasukkan Title Clip ke dalam satu-satu video samada untuk "watermark" video yang anda miliki, memasukkan text dan gambar tajuk atau sebagainya bergantung kepada kreativiti anda. Pertama sekali, rujuk entry sebelum ini untuk proses pemasangan kdenlive dalam ubuntu jika anda belum lagi mempunyainya. Ianya sama sekali percuma!
Lancarkan kdenlive dan klik pada section bahagian kiri atas, terdapat satu toolbar dan klik pada ikon add clip dan pilih Add title Clip (rujuk imej dibwah).
Satu tetingkap "Title Clip" muncul. Ini ialah tetingkap editor kepada klip video yang bakal anda hasilkan. Sebagai contoh, katakan saya ingin hasilkan satu video yang diawalnya mempunayai grafik berkaitan emaj dan sedikit text. Saya boleh masukkan gambar logo emaj dan kemudian menaip text dibawahnya seperti berikut;
Dalam imej diatas, saya setkan background kepada lutsinar yang membawa maksud, jika anda letakkan klip video ini diatas satu video yang lain(pada timeline), maka grafik logo emaj dan text tersebut akan muncul diatas video tersebut dengan kawasan yang lutsinar akan memaparkan video dibelakangnya. Ok mungkin ini contoh yang pelik. Sepatutnya saya kecilkan gambar logo emaj tersebut dan letakkannya dibahagian tepi atas sebagai contoh.
Lalu saya cuba masukkan title clip diatas(setelah menggerakkan logo tersebut ke tempat yang lebih strategik) ke dalam satu timeline yang mempunyai video (yang saya pasti setiap pengguna ubuntu akan lihat dalam versi jaunty)
Pada project tree : import satu video latar dan kemudian drag & drop video tersebut ke dalam timeline.
Pada timeline : Pastikan title clip anda berada diatas video latar. Kemudian panjangkan title clip (panjang default = 5 saat) dengan drag hujung clip tersebut pada timeline seperti anda mengubah saiz tetingkap.
Pada projek monitor : Perhatikan grafik logo emaj berada diatas video latar
Diatas ialah contoh apabila kita guna background lutsinar untuk title clip yang dihasilkan. Kita boleh ubah warna background ini mengikut kesukaan dan mengikut kegunaan yang kita sukai.
Akhir sekali (setelah projek selesai), render video anda dengan klik butang render dan pilih format video output yang anda ingini. Simpan video tersebut dalam folder yang diingini.
Wednesday, April 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
bagus2...stlh byk guna kdenlive. aku dpt rs yg title clip dia kurang benda. format teks. nak bold ke italic ke align kiri ke kanan takde...
ReplyDeleteala.. nape x render and upload kat youtube? hehe. nk tgk~
ReplyDelete@jomlinux : bold ngn italic 2 ada..align 2 la xde..manual bleh jgk...mybe sbb kdenlive br versi 0.7.
ReplyDelete@abdusfauzi : tang upload 2 la aku ssh sket..tenet lmbab la bro...huhuhu
brape layer ade ek?
ReplyDeleteaku tk smpat pkai kdenlive..
pasal sibuk kat klinik..haha..
Sebenarnya aku memang tgh nak cari video editor kat ubuntu yg leh letak gambo n teks.. Semalam baru install kdenlive, tapi install dari Ubuntu Software Center je(9.10).. hehe..
ReplyDeleteLeh test buat tutorial skit tgk mcmane..
Thank bro!..