Apabila ia datang ke topik menguruskan telefon bimbit, linux mempunyai sejarah yang tidak begitu positif dari segi sokongan perisian. Jujur, berapa banyak syarikat telefon bimbit menyediakan perisian pengurus untuk linux? Lalu, kita bertanya apa pilihan yang kita ada sekiranya kita menggunakan 100% linux dalam komputer kita? Saya yakin ini antara persoalan yang kerap berlegar dalam fikiran anda juga.
Series60-Remote merupakan perisian pengurus telefon bimbit S60 untuk linux yang dibangunkan diatas asas untuk memenuhi keperluan pengguna linux seperti ubuntu. Ia menyokong kebanyakkan model telefon bimbit nokia seperti E50, E60, E61, E65, N73, N91, 5700 XpressMusic, 6110 Navigator, E71, E90, N95, dan sebagainya (periksa disini). Menggunakan perisian ini, anda boleh menghantar dan menerima mesej secara terus melalui komputer, sync contact dan mesej, pengurusan contact, pengurus fail dan sebagainya. Ianya diuruskan menerusi sambungan bluetooth.
Pemasangan Series60-Remote
Muatturun package DEB dari halaman muatturun disini : http://series60-remote.sourceforge.net/index.php?module=Content&func=view&pid=7&lang=en
Pasang dan lancarkan perisian tersebut. Ikut arahan yang dinyatakan oleh perisian tersebut (pastikan bluetooth ubuntu dan telefon anda ON).
Monday, June 21, 2010
Series60-Remote : Pengurus telefon bimbit S60 (Nokia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
Apa yang paling best pasal ubuntu ialah pilihan aplikasi yang banyak, daripada produktiviti pejabat seperti LibreOffice sehingga lah aplikas...
aku prefer gunekan Wammu.
ReplyDeletewammu pun perisian pengurus telefon dalam linux yang bagus.
ReplyDelete