Sunday, May 16, 2010

Sync Nota Tomboy dengan UbuntuOne

Satu benda yang saya tak suka apabila membuat nota dalam komputer ialah, nota itu akan hilang apabila sistem operasi terpaksa direinstall. Namun apabila trend cloud computing mula berkembang dan munculnya storage maya seperti Dropbox dan terbaru UbuntuOne, nampaknya masalah yang dihadapi sebelum ini sudah ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari sekadar backup secara konventional ke dalam external drive.

Hari ini saya ingin membuat satu tutorial mudah bagaimana anda boleh setup fungsi sync nota tomboy desktop ubuntu anda ke dalam storage maya UbuntuOne. Dengan mengaktifkan fungsi ini, jika anda terpaksa reinstall ubuntu dimasa hadapan atau mempunyai komputer yang berlainan di tempat yang berlainan (seperti ditempat kerja dan rumah atau dirumah isteri pertama dan kedua), ada dengan mudah dapat sync nota tomboy anda dan zaaap, nota anda yang anda save di komputer lain masuk ke dalam komputer yang sedang anda gunakan.

Caranya mudah. Buka tomboy dan buka Preferences > Synchronization. Pada Service, pilih Tomboy Web dan kemudian klik butang dibawah dan selepas beberapa ketika anda akan mendapati sesuatu seperti screenshot dibawah.


Anda perlu login akaun UbuntuOne anda dalam browser (pelayar web) dan klik continue. (Bagi pengguna baru sila daftar dahulu akaun UbuntuOne anda)

Kemudian, anda akan melihat page seperti dibawah. Klik Add this computer tanpa mengubah apa-apa.


Tahniah, Authorization telah berjaya!



Dan kemudian anda boleh tutup tetingkap browser tersebut dan kembali ke tomboy. Klik pada butang Save dan anda boleh tutup tetingkap preferences.


Siap! Ulang langkah ini dalam mana-mana sahaja komputer yang ingin anda gunakan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...