Malam ini seperti mana yang dirancang, peminat dan pengguna perisian Open Source Terengganu akan bertemu dalam sesi "minum malam" namun kesempatan yang ada tidak harus digunakan sekadar untuk MINUM.
Dalam bahagian pertama topik tawan terengganu dengan open source, saya mengulas mengatakan bahawa sekiranya semua ini tidak membawa kebaikan, maka tentunya ia tidak perlu difikirkan dari mula lagi. Dalam bahagian kedua, saya ingin menjuruskan ulasan dari segi praktikal, tentang bagaimana komuniti harus bergerak untuk mencapat matlamat yang digariskan.
Di Mana Untuk Bermula.
Bermula dari komuniti! Ianya harus bermula dari pemprosesan bit by bit. Seorang demi seorang. Tidak ada gunanya mempunyai ahli komuniti yang ramai tetapi gagal untuk bersatu walhal gagal untuk mengadakan apa-apa meetup. Terkejut atau tidak, setakat ini, inilah yang berlaku di terengganu! Lalu kekuatan sukar untuk dijana umpama sebatang lidi yang sangat senang untuk dipatahkan.
Membina nilai aktiviti
Mereka akan bertanya, apa faedahnya meetup? Minum, sembang kosong kemudian "tembo" (dialek trg = chaw). Lalu pertemuan malam ini sangat penting sebagai satu titik permulaan yang serius (bukan formal) ke arah sesuatu yang lebih bermakna. Unjurkan sesuatu yang dapat membina nilai dalam setiap meetup supaya ahli komuniti dapat merasai faedah meetup itu sendiri. Unjurkan sesuatu yang dapat melibatkan semua orang dalam meetup supaya tidak ada ahli komuniti yang hadir terasa terpinggir atau tersisih.
Membina nilai komuniti
Step seterusnya pastinya nilai komuniti itu sendiri. Pergerakkan open source satu hari akan berhadapan dengan perkara yang melibatkan kewangan dan ketika itu biasanya sponsor akan dicari kesana kemari sambil membawa kertas kerja yang ditulis menggunakan OOo. Sekiranya nilai komuniti tidak dibina, kesukaran mendapat sponsor adalah sesuatu yang normal walau sehebat manapun kertas kerja yang telah disiapkan.
Menilai aspek ini dari persepsi komersial, ahli perniagaan (yang kita pergi minta sponsor) biasanya ingin melaburkan duit mereka kepada aktiviti yang mampu membawa pulangan ROI (Rate of Investment) yang berbaloi kepada mereka (bagi kebanyakkan kes).
Hipotesis yang boleh saya buat ialah, nilai komuniti yang tinggi = mudah dapat sponsor bila diperlukan.
Mereka (ahli korporat) ingin tahu secara tepat berapa ramai komuniti yang telah dibina. Sejauh mana komitmen ahli komuniti dan seberjaya mana program yang telah dilakukan sebelum ini. Jujur saya katakan, setakat ini kita masih terlalu jauh dari matlamat ini!
Monsoon Geek & Selepas ini
PC fair baru-baru, satu idea tercetus untuk mengadakan satu program yang dinamakan Monsoon Geek. Program ini bakal memasukkan aktiviti seperti talk, perkongsian ilmu, demo dan sebagainya. Sdr Hardyw3b juga ada mencadangakan Bar Camp untuk Open Source di Terengganu dan berbagai cadangan yang masih lagi berstatus "uncertainty".
Namun ketahuilah yang kami tidak akan berputus asa dan akan terus cuba menggerakkan komuniti ini kearah sesuatu yang mampu membuatkan hati kami puas. Wslm.
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
kene balik terengganu ke neh haha
ReplyDeletehahaha...balik la klu sudi..ekeke
ReplyDeletemalam ni saye pasti datang punya la.. demi OSS
ReplyDeleteSetuju.
ReplyDeleteNamun sesuatu yang agak payah diharung adalah perbezaan komuniti itu sendiri. Disebabkan perbezaan distro, masing-masing nak menjadi hero.
kalau based on distro mmg ada prob, tapi cuba based on open source...semua boleh bersatu..kan?
ReplyDeletejust knew it.
ReplyDeletekalo ada event or wtv, kabo ar.
k.