Tuesday, April 06, 2010

Tawan Terengganu dengan OpenSource : Antara Mitos, ilusi atau fatamorgana.

Antara intipati terpenting yang tercetus dalam perjumpaan antara saya, hardyw3b, dan syah di Terengganu Trade Center (US EN) ialah agenda menawan terengganu dengan sumber terbuka (open source). Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan agenda ini tetapi seolah-seolahnya mereka masih menemui jalan buntu.


Saya tidaklah hebat untuk dijebakkan dalam agenda besar kerajaan seperti ini namun terdapat beberapa perkara yang menarik minat saya untuk mengulas dari perspektif amatur yang merangkap rakyat negeri terengganu dan juga malaysia.


Matlamat Sumber Terbuka.


Saya ingin bertanya, apakah yang akan berubah sekiranya agenda menawan terengganu/malaysia dengan open source berjaya? Saya cukup pasti sekiranya tidak akan ada apa-apa yang berubah walaupun agenda tersebut berjaya, apa perlu kita menghabiskan duit ringgit dan keringat sia-sia? Justeru, matlamat agenda ini harus cukup solid dan berbaloi.


Saya merujuk matlamat yang digarap oleh agensi MAMPU dalam agenda Sumber Terbuka iaitu memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Saya merasakan matlamat tersebut tidak begitu banyak melibatkan rakyat walaupun saya tidak menafikan dalam proses menerima dan interaksi dengan kerajaan pastinya berlaku pertembungan antara rakyat dan sumber terbuka namun ia tidak begitu berimpak besar dan meyakinkan.


Saya suka mengulas dari aspek modal insan, rakyat yang inovatif, bebas dan mampu berdikari, menggunakan sistem yang lebih bersifat lokaliti, dan menggunakan keseimbangan perkongsian yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang bersifat menyelesaikan masalah, bermanfaat dan bukan mewarisi masalah atau monopoli.


Teknologi harus bersifat menyelesaikan masalah




Pada saya, apapun gagasan dan agenda yang ingin dibawa, ia tidak harus lari dari aspek menyelesaikan masalah. Lalu, kita boleh bertanya apakah agaknya masalah yang ingin diselesaikan dengan membawa agenda open source kepada rakyat malaysia? Senarai pendeknya mungkin seperti berikut;
-Masalah kreativiti & inovasi
-Masalah kekangan kewangan
-Masalah monopoli perisian dan keperluan perkakasan prestasi tinggi seiring dengan perisian
-Masalah mental block yang membantutkan imaginasi dan kreativiti
-Dan sebagainya (anda lebih arif)


Teknologi yang memacu sikap dan keinginan ke arah sesuatu yang lebih baik


Selain dari bersifat menyelesaikan masalah, sesuatu gagasan dan agenda juga harus mengambil kira impak untuk memacu sikap dan keinginan ke arah sesuatu yang lebih baik. Bukan senang untuk mengubah sikap dan membangkitkan keinginan apatah lagi orang melayu yang terkenal dengan pelepah pisangnya - jika tidak disentak, ia takkan gugur kebumi! Membawa maksud, ia takkan berubah kecuali ada unsur besar (sentak) yang memaksanya berubah.


Pratikal sebagai bukti


Saya secara peribadi sejak awal mac 2010 meluangkan masa yang agak lama menggunakan windows 7. Bayangkan setelah hampir 4 tahun tidak menggunakan windows tiba-tiba ingin mencuba 7, segalanya kekok dan tunggang terbalik. Dalam 7, apa yang saya rasa ialah satu kelainan. Saya menjadi hilang selera untuk mencuba sesuatu yang baru lantas terus menerus menyambung hari semalam sehingga la esok dan seterusnya.


Berlainan sekali ketika menggunakan ubuntu linux. Setiap hari ada sahaja yang ingin dicuba. Ada sahaja aplikasi yang perlu di compile dan di configure. Ada sahaja idea untuk mengubah sesuatu pada desktop, ikon, kedudukannya, butang itu dan ini. Kesemuanya bebas jika tahu caranya dan ia tidak menyalahi EULA.


Dalam 7, saya lebih kearah menjadi seorang pemain game berjaya. Manakala dalam ubuntu saya lebih kearah programmer (walaupun tak pandai sangat). Tapi itu hakikatnya. Kesimpulan saya disini, sistem operasi yang anda gunakan akan menjuruskan anda ke suatu lorong tertentu!


Oh ya, bagaimana pula ketika saya menggunakan Mac OSX. Mac OSX menjuruskan saya kearah menghasilkan design!


Saya tidak tahu apakah ini sesuatu yang hanya berlaku kepada saya atau juga kepada sesiapapun diluar sana.


Sekiranya ini berlaku kepada semua orang, lalu lengkaplah hipotesisnya, OS memandu anda kearah suatu jalan. Samada jalan membuang masa atau jalan mendidik anda menjadi lebih produktif, kreatif dan inovatif.


Sehingga ketahap ini penulisan saya, rasanya saya telahpun menjawab persoalan anda mengapa open source perlu diterapkan dalam perkembangan ICT negara dan berbaloi-baloi jika terengganu ditawan oleh open source suatu hari nanti.


TAMAT BHG 1.

37 comments:

  1. aku ada diterengganu satu sem lagi :)
    aku pun tengah berfikir macam mana membawa aura linux ke umt

    ReplyDelete
  2. for me ianya meyeronokan, dan keseronokan tidak memerlukan sebarang sebab..!

    en_{'us','uk'} you don't need reason for fun...

    stumble upon you blog from someone links in facebook

    ReplyDelete
  3. salam...

    MMg susah nak mengubah cara hidup manusia yang dah di spoonfeed oleh Windows sebelum nie..semua perkara macam tu..satu lagi, ubuntu mmg kena menepati citarasa pengguna windows..end user mmg tak mau pkir pasal programming.yang dia org tau cuma nak pakai tanpa pening kepala...

    mmg susah nak jumpa otai linux kat ganu..i guess..kalau kat tempat or jabatan saya keje skg..x tmpat nak share pengalaman linux..so kalau bercakap pasal linux nie..kita sorang2 je lah..

    Saya menggunakan Ubuntu Linux semenjak 2006..anak jati terengganu...

    ReplyDelete
  4. Huhuhuh... aku keje kat ganu.. nk cari click OpenSource nieh susah skeeet....

    ReplyDelete
  5. huhu.. kalau dah pakai OSS, memang jimat la duit kerajaan coz tak pakai dah Win. virus pun xder so keje ICT teknikal cuma goyang kaki je la..

    ReplyDelete
  6. why orang trengganu sahaja yg beri komen? saya pun kira baru berjinak2 dgn ubuntu n some other linux OS tapi dah dekat 2 years, but still byk nak belajar.tetapi semuanya bermula dari rumah,kemudian ke pejabat, kesemua pc telah saya convert ke ubuntu,walaupun ada yg dual-boot. tetapi forced-usage ialah cara paling cepat utk menukar arah para pengguna.

    ReplyDelete
  7. saya promosi Ubuntu direct bagitau guna Ubuntu..1 ayat pun tak keluar pasal Linux..takut mereka cakap linux susah. Ke hulu-hilir bawa netbook yg berisi UNR, sambil guna sambil sembang Ubuntu.. tayang skit "compiz", kaedah ini berjaya diracun kpd pengguna tegar WIN..

    Matlamat membawa OSS ke Trg atau Malaysia amnya harus diteruskan oleh org2 macam kita nilahh.. kalau bukan kita, takkan pengguna WIN pulak nak buat kebajikan ini. macam Frantz cakap, IT department akan goyang kaki sebab tak yah memburu Virus, biar department IT buat kerja lain, gantikan dgn "kursus" sumber terbuka pulak.. kan tak rugi tuh..

    ReplyDelete
  8. Bos, aku pakai Mint aci ke kalau nak join same TTC tu?

    ReplyDelete
  9. sama la dgn ku, guna os x ari2 ngadap potoshop,guna win7 ari2 ngadap game, n guna ubuntu hari2 tgk kod.wakakaka
    tp ubuntu ringan..snng guna.
    sapa yg dah guna ubuntu ni taniah la.sbb trgolong dlm golongan bukan penakot.harharhar

    ReplyDelete
  10. bergantung kepada orang.. ada yang guna window untuk game, ada yg gune untuk wat programing, design grafik.. tp ape pun mmg windows boleh install mcm2 software yang kite nak. dan kebanyakan software2 yg supot windows mmg mantap2 spt dreamweaver, photoshop, office 2007, flash...x perlu lagi fikir nak cari software alternative.. dan kene fikir macam mana nak install software..mmg lebih fokus ape yang kite nak buat di windows.. tp di linux.. masalah2 kecil seperti nak install software masih berlaku.. terpaksa rujuk2 kat internet.. how to install bla bla..mula2 mmg la seronok kat linux.. tp lama2 makin bosan.. mmg x dinafikan linux mmg bagus spt bersih dari virus. tp.. masih byk kelemahan yang perlu dibaiki..

    ReplyDelete
  11. salam mencelah sikit.

    maaf Anonymous

    saya orang miskin yang tak mampu beli windows .. apa tah lagi software sorfware gempak yang berharga ratusan malahan ribuan ringgit..

    ReplyDelete
  12. Debian GNU\Linux>Knoppix>DSL>Ubuntu>Mint>MoonOS

    Kebanyakan End User PC di Malaysia menggunakan Photoshop, Dreamweaver, office2007, Flash dan lain-lain versi cetak rompak!!! jgn sembunyi FAKTA ni malah Windows7 black edition jadi buruan End User PC Malaysia... Bravo.

    Linux Desktop sudah banyak berubah dgn bermulanya Knoppix dan dipermudahkan lagi oleh Ubuntu dan Mint.

    Sistem Penyampaian Kerajaan akan lebih berjaya jika End User Desktop Linux dirumah melayari Website Kerajaan, Bank Insuran dan stock exchange

    ReplyDelete
  13. merakyatkan internet commerce di Malaysia

    Ubuntu > Mint > BlankOn > telus dan mulus bukan bersyubahat dengan pen cetak rompak

    OSHIRIX2010

    ReplyDelete
  14. spoonfeed dengan benda haram > hijab kalbu mana nak inovatif dan kreatif jadi segan malas nak berkebajikan dgn coding compile ./configre make make intall

    malas segalanya

    ReplyDelete
  15. cetak rompak haram atau syubahat?

    http://ubuntubrunei.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

    UbuntuBrunei

    ReplyDelete
  16. tapi mengapa mesti mengatakan pengguna windows lebih cenderung kepada games?... saya kata terpulang pada org tu mcm mana dia nak guna windows. Linux mmg bagus.. mcm saya ni taulah pasal ubuntu, linux.. tp.. spjg sy guna ubuntu.. hampir setiap kali nak install software..kene cari how to install? x mcm windows.. kite x perlu lagi pikir benda remeh.. jadi ianya lebih fokus ape yang kite nak buat kat windows...sapa suruh beli yang cetak rompak..

    ReplyDelete
  17. ubuntu@linux is better than windows. kita as consumer ade hak. kalaw beli ori tp asek hang@jem xpon dpt viru ape cer? kalaw boleh claim kt bill gate xpe gk. nie xdpt pape pon. kalaw ko beli windows ori, n office ori tp software lain pirate same jer... use windows if u r jutawan use linux if u malaysian

    ReplyDelete
  18. ubuntu@linux is better than windows. kita as consumer ade hak. kalaw beli ori tp asek hang@jem xpon dpt viru ape cer? kalaw boleh claim kt bill gate xpe gk. nie xdpt pape pon. kalaw ko beli windows ori, n office ori tp software lain pirate same jer... use windows if u r jutawan use linux if u malaysian

    ReplyDelete
  19. ubuntu@linux is better than windows. kita as consumer ade hak. kalaw beli ori tp asek hang@jem xpon dpt viru ape cer? kalaw boleh claim kt bill gate xpe gk. nie xdpt pape pon. kalaw ko beli windows ori, n office ori tp software lain pirate same jer... use windows if u r jutawan use linux if u malaysian

    ReplyDelete
  20. ubuntu@linux is better than windows. kita as consumer ade hak. kalaw beli ori tp asek hang@jem xpon dpt viru ape cer? kalaw boleh claim kt bill gate xpe gk. nie xdpt pape pon. kalaw ko beli windows ori, n office ori tp software lain pirate same jer... use windows if u r jutawan use linux if u malaysian

    ReplyDelete
  21. hohoho marah nampak bang..

    tak pe pelan pelan kayuh... Window End User . kalau tak mo tukar ke Linux , ubuntu, Fedora, Mint, etc.. tak pe..

    sekurang kurangnya, langkah pertama Window End User boleh cuba gunakan

    1. Firefox
    2. Google Chrome
    3. VLC
    4. SMPlayer

    tak reti compile tak pe.. perisian di atas dah dipakejkan dalam bentuk installer.. just next-next -next and finish.. dok payoh mikir .. dok payoh serabut otok..

    ReplyDelete
  22. saya dah guna ubuntu hampir setahun.. pc kat ofis saya, saya sorang pakai ubuntu.. mmg best. boleh install ms office pakai crossover.. dan cuba dah guna macam2 software open source.. spt gimp, openoffice, scribus, tp byk feature kurang dan agak susah nak guna..x standign ngan perisian berbayar.bila nak wat programming.. terpaksa coding dari awal,, walhal kalu gune dreamweaver... coding.. x la perlu buat dari scratch.. cuma add je code kalu nak sistem tu lagi advance... end up. saya give up...boring. dah la ubuntu makin slow.. byk gune resource..baik gune xp je.. lagi laju.. skrg aku guna win 7 lagi ringan...sebab tu aku kata.. bergantung pada org tu sb ape dia nak guna windows..? jangan marah ye. saya percaya korang walaupun dah gune linux.. tp bile nak wat keje penting2 mesti korang switch ke window nye.. kat window pun kite boleh install byk perisian open source.. malah ianya lagi banyak berbanding perisian open source untuk linux..

    ReplyDelete
  23. amber design website tanpa bantuan dreamweaver.. tak de hal pun. siap pakai jquery + css framework + php + mysql + gimp.. guna nano, vi , leafpad .. tak de hal pun ..takat nak buat website pakai table . boleh la guna dreamweaver. hahhaha.

    ada banyak lagi Distro lain yang guna resource kecik.dah cuba OShiriX Squeeze ?

    ReplyDelete
  24. ringan ke Window 7 .. hahahha..

    http://xs.to/image-DDE1_4BC2B8D8.gif

    ada brang ?

    ReplyDelete
  25. belagak la tu.. hang pandai programing x pelah .. tp org yg x pandai mcm aku ni wat sistem ngan dreamweaver je.. lg senang...

    ReplyDelete
  26. hahahah.. tak de niat nak tunjuk lagak pun. kita pulang buah paku keras jerk.. . segalanya mungkin dengan linux.. seperti kata deme jugok.. atas orang tu sendiri nak guna atau tak Linux nih.

    What U See Is What U Get - falsafah Bill Gates..
    sampai bila bila pun takat tu je la.. bila tak de software tu . tak leh wak kerja dah.. mati kutu..

    ReplyDelete
  27. pandai sangat latu.. org x gune linux pandai guna programing..tp aku x fokus sgt -ngan programing.. kalu gune linux ni mmg best.. tp melekakan...sampai keje pun x fokus...sibuk nak cari software itu, software ini..pastu sibuk nak banding2kan ngan windows., mac...selalunye pengguna linux ni duduk dalam alam dia sendiri..muka pun dah jadi muka terminal..

    ReplyDelete
  28. elok sikit dari Pengguna Windows kut.. hari hari subuk duk tanya cam mana nak bersihkan virus, trojan, worm, . pantang jumpe orang IT.. tanya pasal Antivirus apa yang paling gempak. belinye tak nak . sibuk duk cari crack .. . serabut wehhh..

    ReplyDelete
  29. dalam Syarikat dan jabatan , mesti kena buat SOP untuk memastikan virus tidak tersebar dalam network.

    Pendrive tak leh dicucuk sebarangan , kene scan dulu. IT admin kena pastikan semua antivirus dalam pc uptodate def dia..

    jadi satu kerja plak . tak ke membazir masa dan menghilangkan keseronokan menggunakan komputer tu ? ..

    ReplyDelete
  30. windows 7 dah xmcm windows versi lepas.. win7 dah disablekan autorun virus dari masuk ke PC.. ape susah.. byk perisian free antivirus.. avast dan avira contohnya.. avast mmg ringan.. kalu linux xde virus, kenapa ada antivirus untuk linux?
    kat ofis pakai SLES tapi pakai jugak antivirus kaspersky.. pening ngan sevfer SLES. asik hang je..

    ReplyDelete
  31. OShiriX Squeeze pakai LXDE... lebih baik guna LUBUNTU http://lubuntu.net/

    ReplyDelete
  32. tak kisah pun nak pakai Linux perisa apa .. janji tak pening kepala dengan masalah virus.

    ReplyDelete
  33. tapi tetap pening untuk cari software..kalu pengguna dirumah xpelah.. tp di ofis.. rasa susah nak pakai linux...banyak kerja2 memerlukan windows..

    ReplyDelete
  34. Terima kasih kepada sahabat2 yg komen samada menyokong atau menentang atau neutral..apa-apa pun tulisan ini baru bahagian pertama..nantikan bahagian berikutnya akan datang..

    ReplyDelete
  35. saya anak tganu jati. open source sudah lama diwarwarkan oleh kerajaan. apa keputusanya? dalam tender kerajaan masih ada kemahuan kepada windows. ape ni?
    pergilah kejabatan-jabatan kerajaan, terutamanya sekolah. jika anda tanya apa itu linux,ubuntu blablablablabla(opensource) ada yang kata anda gil*************
    pendedahan/kursus/saranan/paksaan penggunaan opensource terlalu kecil, sekecil anak kuman malaria

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...