Sunday, August 29, 2010

Rahsia menjadi Genius dengan Ubuntu

Sifat ingin tahu


Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Saidina Ali dan sebagainya semua adalah genius pada zaman mereka. Mereka selalu bertanya dan mengasah pemikiran mereka melalui bertanya. Sifat ingin tahu mereka amat tinggi justeru ia menjadikan mereka genius. Dengan penggunaan Ubuntu kita dapat mengalakkan pemikiran sebegini. Kita akan tertanya-tanya apakah jenis perkakasan komputer kita, processor kita daripada pengeluar apa? jenis apa? tanpa memerlukan perisian third party.


Membuka minda untuk berubah


Minda adalah seperti payung terjun, ia hanya berfungsi apabila ia terbuka. Jika kita menggunakan Ubuntu untuk keperluan harian ia akan merubah cara pemikiran secara kita tidak sedari. Cuba bayangkan kita melakukan kerja yang sama setiap hari bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan minda terperangkap dengan pemikiran yang sempit dan sukar untuk menerima perubahan. Jadi jangan takut untuk berubah kerana ia akan melahirkan genius dalam diri anda.

Main (Play)


Setiap kanak-kanak yang dilahirkan merupakan genius. Mereka gemar bermain dengan perkataan baru, bermain dengan berjalan, bermain dengan berlari dan sebagainya. Semua ini dilakukan dalam tempoh yang singkat sahaja. Kuncinya adalah mereka selalu ber'main'. Mungkin kita patut belajar sesuatu daripada mereka. Dengan Ubuntu kita dapat membangkitkan kembali genius yang telah lama hilang dalam diri kita. Contohnya, anda akan 'tinker' dengan OS walaupun anda tidak belajar programming secara formal. Anda lihat contoh-contoh yang ada di laman sesawang(web) dan 'apply'kannya pada OS anda. Anda akan menguji kemahiran berfikir dengan realiti. "Kenapa dalam laman web boleh jadi, kat laptop aku xleh plak?" kata si pengguna Ubuntu. Secara tidak langsung ia menyuburkan kebolehan mental si pengguna Ubuntu.


Menggalakan pemikiran kreatif


Seterusnya jika anda seorang pengguna Ubuntu anda boleh cuba coding-coding C , C++,Python, Ruby dan sebagainya. Jika saya masih lagi menggunakan OS Wi.... mungkin saya tak tahu pun programming tu apa, macamana nak dual boot, nak partition drive. Sebabnya saya bukanlah seorang yang berasal daripada background IT. Ubuntu dapat menjana pemikiran kreatif seseorang contohnya semasa saya tak dapat masuk boot masuk Ubuntu. Saya akan google masalah tu dan kebanyakannya ada kat forum Ubuntu. Ikut sahaja arahan-arahan tersebut siap. Tak payah keluar sesen pun. Kalau dulu, laptop xleh boot Win.. dah gelabah. Suruh kawan yang pandai IT tengokkan. kata dia kena OSnya rosak sebab virus. Kalau format kat kedai 50 ringgit tapi format ngan aku 15 ringgit kata kawan aku dengan tersenyum. Ceh kalau aku tau baik aku pakai Ubuntu dari awal lagi.....Xpe kira duit format tu halal je la....

Jadi, apa tunggu lagi bangkitkan genius dalam diri dengan menggunakan Ubuntu. Komen anda dialu-alukan. Nak kritik ke?pangkah ke? tak kesah, layan jer...

Saturday, August 28, 2010

10 Aplikasi kegemaran saya dalam ubuntu

Kehidupan saya dibahagikan kepada 2 - kehidupan digital & kehidupan analog. Rasanya ramai pembaca kat sini yang turut mengamalkan 2 corak kehidupan sebegini. Kehidupan analog saya mungkin tidak begitu menarik. Aplikasi wajib ialah pakaian, telefon bimbit, wallet, kungci-kungci dan seumpamanya. Boring bukan? Sebaliknya, kehidupan digital saya agak menarik untuk dikongsi bersama dan saya harap pembaca yang lain juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam ruangan komen :)

10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu
  1. Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome. Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox.
  2. Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino, Yoono, dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang sepatutnya).
  3. Docky : Docky merupakan app launcher yang elegant dan cukup versatile. Ianya simple, kemas, tersusun dan dilengkapi dengan docklet yang senang untuk diurus dan menyokong penuh gaya kehidupan digital saya.
  4. Terminal : Sebagai pengguna ubuntu, saya mengakui yang saya tidak boleh hidup bebas secara digital tanpa menggunakan terminal. Saya biasanya menggunakan terminal untuk apt-get update, apt-add-repository, apt-get install, wget -c, killall, apt-get remove, apt-get autoremove, apt-get clean, cd, mv, cp, aptitude show, dan sebagainya. (masukkan kata arahan "history" untuk mengetahui kata arahan yang selalu anda gunakan dalam terminal).
  5.  Rhythmbox : Owh, kadangkala saya menggunakan Banshee tapi akhir-akhir ni saya kerap menggunakan rhythmbox untuk mendengar lagu.
  6. Inkscape : Eh, macam mana inkscape jatuh nombor 6? Sebenarnya akhir-akhir ni agak jarang berkarya. Namun inkscape masih aplikasi wajib yang mesti ada dalam mesin ubuntu saya. Ianya aplikasi vektor grafik yang sangat hebat!
  7. OpenOffice.org : Sebenarnya saya agak jarang menaip dalam OpenOffice.org ni. Mungkin sebab tak ada apa nak taip pun. Saya update blog secara terus menggunakan blog editor yang lebih mudah nak urus html. Apapun OpenOffice.org masih aplikasi wajib. Ia boleh membuka fail Microsoft Office (doc, docx) dan boleh simpan hasil kerja juga ke dalam format yang boleh dibaca oleh Microsoft Office. Tak mahal pun, free jer app ni.
  8. Thunderbird : Saya tidak menggunakan Evolution untuk menguruskan email saya kerana saya peminat thunderbird. Saya sangat kagum dengan evolusi thunderbird berbanding evolution itu sendiri dalam bab setup akaun email. Thunderbird hanya minta alamat email dan password kemudian yang lain akan dikesan secara automatik (server pop, imap bla bla saper nak hafal?)
  9. Shutter : Aplikasi mengambil screenshot yang mempunyai pelbagai fungsi. Saya agak tidak suka satu perkara iaitu ia akan loading screenshot2 yang terdahulu setiap kali dilancar. Fungsi yang lain sangat memudahkan dan canggih!
  10. Empathy : Menduduki no. 10 kerana akhir-akhir ni saya jarang berchatting. Sorry yer kalau tak reply korang tegur. Dok depan komputer macam biskut akhir-akhir ni. Banyak benda nak buat.hehe..
Tanpa 10 aplikasi ini, kehidupan digital saya tidak mungkin lengkap. Lagi satu perkara, ELEKTRIKINTERNET adalah "roh" dalam dunia digital saya. Manakala dunia analog saya biarlah kekal rahsia. Anda pula  bagaimana?

Friday, August 27, 2010

Muatturun wallpaper ubuntu 10.10



Melalui link diatas, anda boleh memuatturun wallpaper ubuntu 10.10 dan 17 wallpaper lain yang diperolehi dari komuniti. Koleksi wallpaper ini kemungkinan besar akan digunakan dalam ubuntu 10.10 yang akan dilepaskan pada oktober ini. Wallpaper ini juga boleh digunakan dalam sistem operasi linux yang lain, Windows dan juga Mac OSX.

Sunday, August 22, 2010

LinuxVarsiti : Panggilan untuk Penceramah bermula


Saya dimaklumkan oleh bro #Syazwan bahawa LinuxVarsiti sedang merancang satu program memperkenalkan Open Source di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai seperti detail berikut;

LinuxVarsiti 2010 Edisi Selatan II
Tempat : UTM Skudai
Tarikh : Cadangan 2 @ 9 Oktober 2010
Tempat : -akan ditentukan-

Lalu untuk menjayakan program ini, LinuxVarsiti mengalu-alukan penggiat perisian sumber terbuka untuk menyumbang sebagai penceramah dan boleh dirujuk melalui halaman berikut : http://linuxvarsiti.org.my/?p=94. Program yang dirancang adalah mengikut spesifikasi berikut;

  • majoriti yang akan hadir terdiri dari golongan pelajar Fakulti Sains Komputer dan berkemungkinan pelajar sekolah yang boleh majoritinya zero tentang Sumber Terbuka.
  • mampu membuatkan mereka seronok dan terpegun dengan apa yang anda sampaikan.
  • adalah digalakkan mengguna Bahasa Melayu.
  • diharapkan KURANG PERKATAAN TEKNIKAL / JARGON.

Harap maklum.

Tengok movie dalam terminal ubuntu

Jangan tak percaya pula, takkan saya nak berbohong. Terminal bukan hanya terhad kepada power user sahaja. Ia juga adalah sebagai saluran multimedia bagi end-user.

Saya dah buktikan melalui artikel terdahulu. Menghantar E-mel dari terminal.[http://melayubuntu.blogspot.com/2010/06/hantar-e-mel-cara-linux.html]

Ada banyak lagi potensi terminal ni. Macam dengar lagu, buat editing gambar pakai terminal, men game dalam terminal dan banyak lagi. Dalam artikel lainlah saya cerita nanti. Tunggu...

Kali ini saya hendak tunjukkan bahawa command line taklah se'dull' yang disangka. Ini adalah video yang saya record daripada laptop saya. Jika, anda peminat Starwars, anda mesti cuba ni.

Command yang digunakan adalah
telnet towel.blinkenlights.nl

pastu anda relaks dan nikmati filem star wars 4.

video ni dalam 2 minit.


Sempena bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan tingkatkan ibadah pada bulan ini. Banyak-banyakkan lah memberi pada bulan ini sebab kata orang putih "the more you give, the more you get" 'sharing is not necessarily caring but sharing something good, is' .peace out.

Saturday, August 21, 2010

5 Sebab Ubuntu penting kepada Malaysia: Part 2

Salam,


Rencana adalah respon kepada komen-komen daripada artikel sebelumnya. Memandangkan komen yang diberikan pembaca amat menggalakan, saya membuat keputusan untuk membalas komen-komen tersebut dalam bentuk post.


Pertama-tama saya ucapkan terima kasih atas komen-komen dalam artikel tersebut yang amat saya hargai sepenuhnya. Walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi saya anggap ia lumrah dalam kehidupan. Kerana sejak lahir lagi kita diberi peluang untuk memilih.


Jadi, saya akan membalas 5 komen daripada artikel yang telah saya postkan.


Gurusilat

kat mane je negara yang mostly pakai ubuntu.. mcm xde kan

UI x menarik langsung.....ubuntu buruk....

di bawah ni saya serta berapa gambar bagi membalas komen Gurusilat...


Yang merah pekat itu adalah member-member ubuntu di luar negara. Hmm...nmpaknya xde ngara mostly pakai ubuntu.

sumber : http://web.archive.org/web/20060510055500/http://ubuntuforums.org/worldmap.php








Sumber: http://www.junauza.com/


Tolong saya rate screenshot ubuntu ni.

1 Buruk
2 Tidak pasti
3 Cantik
maaf saya memang tak pandai nak menilai.


































Wira DuniaMoto
fanatik sampai langsung tidak hiraukan perasaan pengguna OS lain



Mengulas tentang itu, erm dari tahun Bill gates dah tak hirau perasaan pengguna OS masa tu macam BSD, Mac dan len2....







sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Bill_Gates_Letter_to_Hobbyists.jpg













Diraja22



selalunya susah nak tukar minda

Memang manusia ini makhluk kebiasaan. Kita adalah apa yang kita selalu lakukan. Oleh itu, apa yang boleh saya lakukan hanya menunjukan jalannya sahaja. Sekarang di tangan saya ada lampu suluh, saya nak suluh jalan, saya nampak jalan berlubang, saya elak. Sekarang ada orang nak ikut jalan itu, xkan nak tengok kawan jatuh lubang, saya pun beritahu ada lubang kat depan sebab dia xde lampu suluh. -sampaikanlah walau satu ayat kebaikan-




Skynett

gomen ada guna OSS




sumber : http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/




Ada 494 agensi kerajaan yang menggunakan OSS sebagai desktop di jabatan-jabatan awam termasuklah distro Ubuntu. Jadi, sapa kata tiada orang pakai Ubuntu yang buruk hampeh ni.




sumber : http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/oss-implementation-by-federal-and-state-government/oss-adoption




sekian, terima kasih....kalau ada-apa nak komen. Silalah, saya alu-alukan...stay peace...out

Friday, August 20, 2010

Paggilan suara dan video Gmail kini dalam linux (Ubuntu)

Terima kasih kepada Google kerana membawakan fungsi panggilan suara dan video pada Gmail kepada linux. Sejak membangunkan ChromeOS, apa yang saya perasan ialah Google sedang mempersiapkan kesemua aplikasi web serasi dengan linux dan apa yang menarik sebelum ini ialah mereka memperkenalkan googleCL juga untuk persiapan digunakan dalam chromeOS yang dibangunkan berasaskan ubuntu dan linux.

Ura-ura mengatakan juga, google dengan kerjasama HTC akan memperkenalkan ChromeOS Tablet sekitar November ini. Mungkin kerana itu juga Google terpaksa bersiap apa yang patut dengan kadar segera termasuk memperkenalkan web apps dalam sedikit masa lagi.

Ok, berbalik kepada panggilan suara dan video dalam Gmail, sekiranya anda seorang pengguna sistem operasi komputer linux seperti ubuntu, anda boleh ke : http://www.google.com/chat/video?hl=en.
Klik pada "Install voice and video chat" untuk memuatturun fail DEB dan pasang ke dalam ubuntu. Buat masa ini saya sendiri belum mencuba membuat panggilan suara dan video pada gmail kerana masih belum ketemu sasaran sesuai. Ingatkan nak buat panggilan hangit ke ok gak.

Apapun, selamat mencuba.
[via : linuxmalaya]

5 Sebab Ubuntu penting kepada Malaysia

Kebebasan


Cuba kita renung sejenak cerita ini, Zaid beli sebuah kereta daripada syarikat ZZZ. Tetapi dengan bersyarat, Zaid tidak dibenarkan untuk mengubahsuai dan membaiki kereta berkenaan jika dia berbuat demikian ia akan menyebabkan jaminan kereta tersebut terbatal kerana polisi syarikat berkenaan yang tertutup. Hanya syarikat berkenaan yang boleh membaiki atau mengubahsuai kereta berkenaan. Apa akan jadi jika syarikat tersebut bankrap atau dibeli oleh orang lain. Siapa yang akan bertanggungjawab jika perisian itu rosak, ada bug atau sebagainya. Memang tidak masuk dek akal, kereta tu sepatutnya menjadi hakmilik Ahmad bukan hakmilik syarikat tersebut lagi. Terpulang kepada Ahmad, dia nak buat apa dengan kereta dia. Nak buat kereta dia jadi kapal terbang ke? nak buat jadi pokok ke? kambing ke? suka hati dia lah, dia dah beli bukan dia curi pun...Cuba kita analogikan kereta tu sebagai perisian, syarikat tu sebagai pengeluar perisian dan Ahmad sebagai pengguna. Pengguna lebih bebas menggunakan perisian jika ia bersifat sumber terbuka. Ia juga boleh mengelakkan manipulasi harga daripada pihak pengeluar perisian kerana pengguna terlalu bergantung kepada satu-satu perisian sumber tertutup sahaja. Bayangkan jika syarikat gergasi OS Winblows bankrap, tiada siapa boleh maintain winblows NT sebab kod dia telah di 'close'kan. Tetapi jika salah satu distro Linux di tinggalkan oleh developer, ia masih boleh dimaintain oleh user kerana keterbukaannya.


Menurunkan kadar cetak rompak di Malaysia



Saya tahu anda semua termasuk saya menggunakan perisian yang asli 'uhuk!' tiada yang memakai 'ehm' perisian-perisian haram, cetak rompak dan seangkatan dengannya. Kebanyakan orang yang menggunakan perisian cetak rompak adalah kerana kebiasaan menggunakannya. Walhal, kita mempunyai alternatif lain bagi menggantikan perisian komersil seperti Micrsft Wrd dengan OpenOffice(OO) writer, Mcrsft Excl dengan OO spreadsheet, Mcrsft Pwrpnt dengan OO impress dan banyak lagi. Walaupun perisian ini percuma, keupayaannya setanding dengan perisian-perisian komersil yang terdapat di pasaran.


Bantuan teknikal percuma



Bantuan atau Help Support boleh didapati dalam internet dan kebanyakannya percuma. Bantuan teknikal adalah daripada komuniti untuk komuniti. Masalah mudah diselesaikan dengan hanya men'google' sahaja atau anda boleh menyertai mailing list, forum atau blog-blog seperti Melayubuntu untuk tutorial dan sebagainya. Pokoknya, kalau perlukan bantuan, anda hanya perlu bertanya soalan yang betul tentang masalah tersebut. Baca dahulu FAQ atau soalan-soalan yang sering diajukan, siapa tahu sebelum ini sudah ada masalah yang sama menimpa pengguna-pengguna yang lain.




Selamatkan negara Malaysia



Pengguna winblows menggunakan perisian asli, membeli OS tersebut dengan harga yang tinggi. 1/2 harga daripada pembelian tersebut mengalir ke HQ mereka yang berpusat di Amerika Syarikat. Sebaliknya, negara kita tidak mendapat hasil apa-apa kecuali kepada penjual perisian terbabit dan wang mengalir keluar daripada negara. Jika kita menggunakan Ubuntu, ia memberi faedah yang lebih baik kepada Malaysia seperti duit kekal di dalam negara dan penggunaan Ubuntu akan melahirkan ramai pakar dalam bidang perisian komputer dan tidak terhad kepada bidang itu sahaja. Seterusnya, disebabkan Ubuntu ini lebih senang didapati ia akan menggalakan penggunaan ICT dalam Small Medium Entreprise(SME). Hasilnya, SME berkembang dan berkemungkinan Foreign Direct Investment(FDI) akan meningkat kerana pelabur daripada luar berminat untuk melabur di Malaysia kerana kepakaran yang ada di Malaysia. Pengguna Ubuntu boleh mengenakan bayaran dari segi service fee, maintainence fee, consulting fee dan lain-lain. Tidak semestinya kita tidak boleh buat duit dengan perisian percuma atau terbuka.


Galakkan kitar semula



Semakin hari, pengguna ICT semakin obses dengan spesifikasi komputer yang terkini. Soalan yang sering diajukan, komputer ini pakai intel core 2 duo ke? memory 1GB ke? ada video card tak? Hard drive besar tak? dan sebagainya. Pernah tidak kita terfikir bahawa winblows yang mencorakkan pemikiran sebegini. Keperluan minimum Vista = 1GB RAM, 1GHz 32-bit, 40GB available HDD) (XP = 128MB RAM, 300MHz 32-bit, 1.5GB available HDD) (ME = 32MB, 150MHz 32-bit, 420MB available HDD). Keperluan minimum Ubuntu 9.04 = 512MB RAM, 1GHz 32-bit, 5GB available HDD. Winblows daripada edisi ME hinggalah VISTA menunjukkan ke'bloat'tannya dan meyebabkan requirement semakin tinggi dan memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi. Walaupun, harga komputer semakin hari semakin murah tetapi kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat dan ada penduduk Malaysia yang masih belum mampu untuk memiliki sebuah komputer pun. Kadang-kadang komputer lama yang tidak diperlukan kita tetapi amat berguna kepada mereka. Komputer-komputer lama ini kalau pakai XP mungkin tak boleh, VISTA lagi lah tak boleh disebabkan spesifikasinya tinggi sangat jadi kita boleh masukkan Ubuntu dalam komputer tu, yang saya cadangkan Lubuntu yang menggunakan lxde sebagai desktop environment. Ia lebih pantas, responsif daripada Gnome, Kde atau Xfce dan sangat sesuai untuk hardware-hardware lama. Sesiapa yang mempunyai lambakan PC-PC lama di rumah saya cadangkan install Ubuntu dalam komputer tersebut dan derma kepada yang memerlukan agar tidak berlaku pembaziran dan juga mengalakan kitar semula.

Sumber:
http://www.whylinuxisbetter.net = ide artikel diatas diambil dan diolah oleh penulis sendiri. Banyak lagi kebaikan menggunakan Ubuntu/linux di laman web ini. Silalah layari.

Thursday, August 19, 2010

Memasang Inkscape 0.48 ke dalam ubuntu lucid lynx


Kelihatannya aplikasi reka grafik illustrator kegemaran saya telah menerbitkan versi terbarunya iaitu versi 0.48 (walaupun saya menggunakannya sejak alpha lagi). Inkscape 0.48 menawarkan beberapa perubahan terutama sekali dari segi interface (rujuk screenshot) dan beberapa lagi ciri yang dihighlightkan oleh pembangun inkscape iaitu;
  • multipath editing
  • improved text tool: subscript, superscript, numerical input for text kerning, tracking and more
  • new Airbrush tool
  • LaTeX export with PDF/PS/EPS
  • JessyInk extension to create presentations
  • numerous bugfixes
Apapun versi 0.48 ini sekiranya anda perasan kitarannya agak pendek berbanding versi yang terdahulu dan ini adalah kerana pihak pembangun inkscape ingin memperkenalkan teknologi baru yang dibangunkan dengan kerjasama projek Google Summer of Code (GSoC).

Memasang ke dalam ubuntu lucid lynx
sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/linuxfreedomlucid
sudo apt-get update && sudo apt-get install inkscape
Sekiranya anda sudah mempunyai inkscape terpasang sebelum ini, sila kemaskini inkscape!

Inkscape dan Saya

Untuk pengetahuan anda yang berminat, saya menggunakan inkscape dalam banyak perkara. Percaya atau tidak, kesemua Tshirt Ubuntu yang saya jual kepada komuniti adalah di design menggunakan inkscape. Logo melayubuntu juga menggunakan inkscape. Selepas membuat sesuatu design, anda boleh save hasil kerja anda kepada SVG dan fail SVG boleh dibuka oleh Adobe Illustrator didalam Windows.

Anda juga boleh export bitmap hasil kerja anda kepada fail PNG untuk tujuan preview mahupun kegunaan lain. Fail SVG tadi juga boleh di export ke aplikasi GIMP untuk di edit dan sebagainya.

Kesimpulannya, saya memang cadangkan aplikasi inkscape ini untuk dipasang dalam komputer anda kerana ia sangat berguna kepada pengguna komputer. Selamat mencuba :)

Wednesday, August 18, 2010

Memasang Docky + Stacks melalui bzr


Saya cukup tidak sabar untuk mencuba fungsi stacks pada docky. Untuk makluman, fungsi stacks akan dicantumkan ke dalam docky dalam versi 2.1 tetapi kita tidak tahu bilakah ianya akan dikeluarkan, dan versi pembangunan docky sekalipun masih belum memasukkan fungsi ini.

Apa itu stacks? Sekiranya anda biasa mengikuti perkembangan dunia sistem operasi terutamanya Mac OSX, stacks merupakan satu fungsi dinamik pada dock yang mula diperkenalkan untuk versi Mac OSX Leopard memudahkan penggunakan komputer mencapai fail-fail di dalam folder tanpa perlu membuka file browser seperti finder (dalam mac osx) atau nautilus (dalam ubuntu) sekaligus ia menjimatkan banyak masa berserta cara penggunaannya yang interaktif memberikan pengalaman penggunaan yang cukup mengujakan.

Memasang docky + stacks dalam ubuntu lucid lynx.

Cara pemasangan yang akan saya tunjukkan ini adalah agak berbeza dengan apa yang selalu saya tunjukkan sebelum ini. Sekiranya anda blurr, sila tanyakan dalam ruangan komen;

1.Pasang apa yang diperlukan terlebih dahulu. Copypaste command berikut ke dalam terminal;
sudo add-apt-repository ppa:docky-core/ppa
sudo apt-get update 
sudo apt-get install automake bzr mono-gmcs libmono-cairo2.0-cil gtk-sharp2 libndesk-dbus-glib1.0-cil libndesk-dbus1.0-cil libgnome-vfs2.0-cil libgtk2.0-dev libtool intltool gnome-sharp2 ca-certificates gnome-desktop-sharp2 libgconf2-dev monodevelop-nunit libnotify0.4-cil gtk-sharp2-gapi libmono-getoptions2.0-cil
sudo apt-get install bzr libgio2.0-cil-dev
sudo apt-get build-dep docky
2.Kemudian masukkan command berikut pula;
bzr branch lp:~psybers/docky/stacks
cd stacks
./autogen.sh
./configure --prefix=/usr
make && sudo make install
3.Siap! (Sekiranya ketika compile tidak ada error yang keluar)

4.Lancarkan docky dan buka Docky Settings. Pergi ke tab Docklets dan aktifkan docklets Bookmarks. Cun. Folder utama akan muncul pada docky dan klik pada mana-mana folder tersebut. Anda mendapati sesuatu seperti dalam screenshot diatas. Anda juga boleh drag mana-mana folder ke docky dan ianya akan menjadi stack!

Uninstall
Untuk membuang docky + stacks, buka terminal dan taipkan;
cd stacks
sudo make uninstall
Saya nasihatkan anda tidak delete folder stacks selepas pemasangan untuk tujuan uninstall.
Selamat mencuba.
[via : omgubuntu dengan sedikit pengubahsuaian]

Ubuntu 11.04 dinamakan Natty Narwhal

Sistem operasi komputer ubuntu adalah sistem operasi yang dikemaskini setiap 6 bulan sekali. 6 bulan sekali itu juga ia akan mendapat nombor versi yang berbeza berserta kod nama yang berbeza. Sekiranya versi 10.10 yang bakal menemui peminat pada 10.10.10 ini diberi kod nama Maverick Meerkat, Mark Shuttleworth dalam blog beliau semalam mengumumkan kod nama bagi ubuntu versi 11.04 ialan Natty Narwhal.

Kepada yang berminat, Narwhal merupakan sejenis ikan seperti dalam gambar diatas. Dalam bahasa melayu tak pasti pula apa panggilannya. Untuk makluman anda lagi, ubuntu mewakafkan perkataan kedua pada setiap kod nama ubuntu dengan nama binatang kebanyakkannya binatang yang hampir pupus. Mungkin tanah tumpah darah Shuttleworth iaitu Afrika Selatan banyak menginspirasikan idea ini kepada beliau.

Shuttleworth menulis;
Once Maverick is out the door we’ll be turning our attention to making the most of the amazing capabilities of modern graphics hardware, both for outer beauty and for inner efficiency.
kemudian..
We’re also putting a lot of work into chips and architectures (admittedly, not yet of the quantum sort) that keep cool, and help keep the planet cool in the process. So it would be nice to have a codename which reflects that goodness. Some sort of mascot for a cool planet would do the trick.
Selamat sukses pembangun ubuntu!

Tuesday, August 17, 2010

Tip Pantas : Rekod internal audio dalam ubuntu

Merekod external audio bukan sesuatu yang sukar dalam ubuntu kerana kita mempunyai aplikasi seperti Sound Recorder yang terpasang secara default dalam ubuntu dan juga Audacity yang lebih banyak fungsi termasuk mengedit video. Bagaimana pula dengan internal audio? Contohnya, anda memainkan flash audio pada firefox dan anda tertarik pada audio tersebut. Bagaimana untuk merekod audio tersebut?

Langkah-langkah;

1.Pasang "pavucontrol" menggunakan ubuntu software center.
2.Buka Pulseaudio Volume Control (dalam menu aplikasi pada sound & video)
3.Buka Sound Recorder.
4.Klik pada tab Recording pada Pulseaudio Volume Control dan pastikan ia telah memilih Application.
5.Ketika ini, pada Sound Recorder, klik pada butang Record Sound. Serentak dengan itu, anda boleh melihat Pulseaudio Volume Control pada tab Recording tadi akan mengesan aplikasi yang sedang membuat aktiviti recording.
6.Pada Pulseaudio Volume Control tadi (dalam tab Recording) Klik pada Internal Audio Stereo dan tukarkannya pada Monitor of Internal Audio Analog Stereo.
7.Pada ketika ini, Sound Recorder sedang merekod internal audio komputer anda.


Tip ini juga berkesan jika anda menggunakan audacity yang saya rasa lebih praktikal kerana ia mampu membuat editasi terhadap audio yang anda rekod.

Selamat mencuba.

Monday, August 16, 2010

Pembenci Windows! Anda harus mencuba ini.



Sebuah laman web yang dibangunkan menggunakan flash yang memiripkannya seolah-olah pengguna sedang menggunakan sistem operasi windows dan dipenuhi pelbagai masalah. Sangat terhibur sekiranya anda seorang yang tidak menggunakan windows.

Tshirt Giveaway : 1 Friend 1 Like 1 Tshirt

Salam ramadhan al-mubarak.



Berita baik kepada pembaca setia blog sistem operasi ubuntu melayubuntu kerana saya akan memberikan kepada anda secara percuma sehelai tshirt Facebook yang sangat cool (rujuk gambar diatas) kepada 2 pemenang bertuah & berjaya melaksanakan misi-misi dibawah.

Nota : Saya ada 2 helai stock tshirt ini yang dicetak diatas tshirt berjenama Gildan dan 100% cotton.

Cara-cara memenanginya;

1.Anda haruslah "Like" facebook melayubuntu : http://www.facebook.com/melayubuntu

2.Invite rakan anda seramai mungkin untuk turut sama "Like" facebook melayubuntu. Caranya, klik pada "Suggest to Friends", pilih rakan-rakan dan klik pada "Send Invitations". Anda bebas menggunakan kod
javascript:fs.select_all();
yang dipaste kan pada address bar untuk tujuan select semua rakan yang anda ada.

3.Ambil screenshot bilangan rakan anda yang telah "Like" melayubuntu. Ianya sepatutnya berada pada sidebar sebelah kiri halaman http://www.facebook.com/melayubuntu. Hantar screenshot ke zul.malc [@] gmail.com dengan tajuk email "Melayubuntu 1 Friend 1 Like 1 Tshirt" menggunakan email anda sendiri kerana ia akan menjadi rujukan kepada saya untuk memaklumkan sekiranya anda adalah pemenang.

contoh screenshot yang patut anda hantar

4.Pemenang ialah mereka yang mempunyai bilangan rakan yang "Like" melayubuntu paling ramai. Oleh itu anda seharusnya menunggu disaat-saat akhir tarikh tutup untuk mendapatkan bilangan "Like" yang paling ramai.

5.Pertandingan akan tamat pada 31 Ogos tepat jam 12 tengah malam.

Tshirt akan dihantar kepada pemenang sebelum menjelangnya hari raya aidilfitri dan saya menjangkakan pemenang akan memakainya untuk tujuan beraya =)

Sila nyatakan sebarang soalan di bahagian komen. Terima kasih.

Saturday, August 14, 2010

Sajak : Al-Andalus Menangis

Andalus,
seribu musim kau merawat parah di ruang kendiri
saat laung istighfar Alhambra menjagakan marga langit
dengan seribu sengsara
dan pada detik berdarah itu
kiblat yang dicabut dari ladang ibadat ini
adalah kerebahan yang tidak tertebuspun oleh
sebungkus doa kita yang renyuk.

Sudah lewat berzaman tidurmu ditertawakan
dentingan genta dari Giralda
melepaskan angin Mediteranean berpeleseran dirasuk rindu buat Tariq
mencari jika masih tercicir
lagu-lagu muazzin yang rendah berbicara dengan langit
di mimbar Cordoba ini,
pun aku masih berdiri di sini, di tubir zaman
membaca ranumnya puisi luka Guadalquivir
bagai mengutip pepasir sesal di dasar arus yang teresak-esak
dalam rajuk yang panjang.

Masih akrabkah cinta dalam malammu, Andalus.
pabila sejarah adalah cagaran buat syahadah
yang kita teduhkan di rimba nurani ini?
Atau telah mungkinkah tanah ini tersumpah
sesudah nafsu tumpah membanjiri sebuah riwayatmu
dalam amukan langit yang murka.

Dalam iktikaf usia ini sempat kau bertanyakan kepada kami
Milik siapakah dosa ini?

Al Andalus, sesudah lelah
hadiah ziarahku kau jawab dengan salam curiga
saat diammu
merahsiakan tajamnya sebuah tangisan!

Karangan :
Fahd Razy


Nota : Sajak ini sudah lama saya cari untuk dikongsi bersama. Andalus merupakan kota islam yang kini berada di Sepanyol dan mempunyai catitan sejarah yang berliku sejak kerajaan Bani Umayyah sekitar abad ke-8. Mungkin generasi muda kurang tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada Andalus dan sajak ini menceritakannya..

Friday, August 13, 2010

BlankOn Sajadah : Distro linux islamik dari komuniti Indonesia

Saudara se-islam di Indonesia membangunkan satu distro linux islamik BlankOn Sajadah yang mengandungi perisian islamik (seperti sabily) dan menggunakan bahasa melayu indonesia. Kelihatannya distro sajadah ini adalah dibangunkan berasaskan kepada distro BlankOn Linux juga dibangunkan oleh komuniti linux indonesia iaitu apa yang dipanggil Yayasan Pengerak Linux Indonesia (YPLI) dan Tim Pengembang BlankOn.

BlankOn Sajadah;
BlankOn Sajadah adalah salah satu racikan (varian) BlankOn Linux yang memuat berbagai perangkat lunak Islami. Paket-paket yang disertakan antara lain pengingat waktu sholat, arah kiblat, Al Qur'an dan terjemah, tartil Qur'an, pembaca hadist dan Kalender Hijriyah.
Ciri-ciri Sajadah;

  • QiOO - Al Quran di OpenOffice,
  • Zekr - Al Qur'an terjemah dan suara tartil online,
  • Othman Quran dan Noor - Peramban Al Quran
  • Minbar - Pengingat waktu sholat,
  • Peramban Internet Firefox + addon penginat sholat dan webstrict,
  • Stellarium - aplikasi melihat tata surya / planetarium,
  • Dukungan penulisan huruf arab,
  • Penyaring konten negatif webstrict dansguardian,
  • DNS Nawala - DNS Penyaring domain berkonten negatif,
  • Hijra - Kalender Islam,
  • Monajat - Aplet penampil Doa-doa,
  • Thawab - Ensiklopedi dan penampil ebook hadis dan kitab,
  • Hadis-Web - Kumpulan hadis hadis Bukhori, Muslim dll

Screenshot;




Owh, saya tidak pernah tahu pergerakkan linux di indonesia sudah mempunyai yayasan yang tersendiri. Di malaysia nak berkomuniti pun hidup segan mati tersipu-sipu malu. :)

Gwibber 2.31.5 membawakan sokongan Google Buzz [Screenshot]


Namun setelah mencubanya, Gwibber masih gagal mengemaskini akaun Google Buzz milik saya tidak seperti yang diwar-warkan dan ini adalah sifat turun temurun gwibber yang agak kurang memberansangkan. Sepatutnya gwibber sebagai aplikasi penting dalam ubuntu wajar bukan sahaja setakat menyokong Google Buzz malah menyokong fungsi upload ke twipic dan seumpamanya namun semua itu kelihatan masih jauh dari menjadi kenyataan. Sekiranya ia menjadi kenyataan pun, adakah ia bakal berfungsi seperti yang diwar-warkan?

Dengan reputasi sebegitu rupa, dibawah merupakan mockup kepada gwibber dimasa akan datang.

Sekiranya anda masih berminat mencuba gwibber 2.31.5 sila muatturun di sini [link]

Thursday, August 12, 2010

Torrent Search - Tool wajib untuk kaki sedut

Kepada anda yang menggunakan aplikasi torrent transmission atau deluge dan seumpamanya yang tidak disertakan fungsi torrent search built-in, torrent search adalah tool yang wajib untuk dimiliki. Fungsinya, untuk mencari fail torrent dari laman seperti The Pirate Bay, SUMOTorrent, TorrentBit, dan sebagainya (9 laman torrent kesemunya).


Pengalaman pertama saya menggunakan torrent search, saya boleh mengatakan fungsi pencariannya agak pantas dan memerlukan pengguna untuk double click fail yang ingin dimuatturun dan pengguna boleh setkan aplikasi untuk membuka fail torrent tersebut secara automatik contohnya transmission.

Untuk memasangnya ke dalam ubuntu, anda boleh layari laman http://torrent-search.sourceforge.net/download kemudian muatturun fail DEB. Perlukah saya bagi tutorial memasang fail DEB?

Wednesday, August 11, 2010

Bersama ubuntu dalam menghayati Ramadhan Kareem


[Artikel tahun lepas yang dikemaskini]
Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer.

Zekr.

Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya.

Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr.


Pakej ttf-me-quran : Klik disini.

Minbar.



Perisian memperingati waktu sembahyang untuk linux ini sangat sesuai untuk pengguna ubuntu yang muslim. Ikhlas saya katakan, jika rumah anda berada dalam lingkungan 0.5~1km dari masjid, anda mungkin tidak begitu memerlukan perisian ini kecualilah jika rumah anda dapat menyerap bunyi dari luar. Namun jika rumah anda jauh dari masjid dan anda pun seorang geek yang agak berjaya, sila pasang perisian ini dan pastikan ia run setiap kali ubuntu dihidupkan. Geek pun geek jugak, solat jangan lupa beb!

Install minbar bagi pengguna ubuntu : Klik minbar.

UPDATE
Saya dapati, minbar gagal menetapkan waktu solat yang tepat jika anda memilih lokasi secara automatik. Untuk itu, sila tetapkan lokasi anda ikut latitude dan longitude secara manual dengan merujuk kepada website islamicfinder. Kemudian anda perlukan fail azan secara berasingan dalam bentuk .ogg. Sila respon jika perlukan bantuan.

Ubuntu Muslim Edition Kini Sabily






Jika anda mahukan full transformation ubuntu kepada sesuatu antaramuka yang 100% islamik, kemudian anda sepatutnya mempertimbangkan untuk memasang ubuntu sabily. Jangan bimbang, ubuntume ini dibangunkan berasaskan ubuntu dengan menambah beberapa perisian dan artwork islamik kedalam desktop. Ianya lansung tidak memberi kesan kepada setting ubuntu asal anda.

UPDATE2

Perisian mempelajari tajwid : Sila rujuk entry lepas untuk mendownload perisian mempelajari tajwid khas untuk anda dibulan ramadhan ini.

Apa lagi perisian islamik yang ada erk?

PPA untuk tema ikon Faenza



Tema ikon yang Wow! iaitu Faenza kini boleh dipasang melalui PPA seperti berikut;
sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox
sudo apt-get update && sudo apt-get install faenza-icon-theme
Dengan pemasangan melalui PPA ini anda tidak lagi perlu risau berkenaan kemaskini kerana ia akan diuruskan oleh package manager ubuntu.

PPA ini juga telah mengemaskini beberapa ikon yang tidak disertakan dalam versi terdahulu seperti ikon google chrome, pidgin, f-spot, google earth, shutter, ubuntu tweak dan sebagainya. Dengan kata lain, sekiranya anda berminat dengan tema ikon ini, sila pasang melalui PPA diatas. Selamat mencuba.
[via : omg ubuntu]

Tuesday, August 10, 2010

Portable Linux Apps

Kalau pengguna Tetingkap boleh berbangga dengan Portableapps.com sebagai perisian yang boleh dibawa kemana sahaja, kini pengguna linux pun harus berasa bangga kerana http://www.portablelinuxapps.org/ turut dilancarkan bagi penggunanya.

Apa yang menarik, sekiranya anda tidak yakin untuk mencuba satu perisian baru, anda boleh menggunakan portable apps untuk mencuba tanpa perlu install ke dalam sistem anda. So sekiranya apps tu ada masalah, ia tidak akan menjejaskan sistem anda.

Nota: Selepas download, pastikan apps tu diberi "permission to execute"...

Download sini

Damhamaza
Penulis Sambilan

p/s: dah lama tak menulis disini

Memasang tema Ubuntu Maverick Beta dalam Lucid Lynx


Blog Design@Canonical telah mengumumkan kemaskini terhadap tema ubuntu-light yang bakal tampil dalam Ubuntu Maverick Beta. Paling penting ialah, kini pengguna ubuntu boleh mencuba tema ini dalam ubuntu lucid lynx.

Anda boleh memuatturun tema ini di : http://people.ubuntu.com/~stefanor/light-themes/

atau menambah ppa sudo apt-add-repository ppa:murrine-daily/ppa

kemudian memasang 2 pakej iaitu gtk2-engines-murrine dan light-themes

Selamat mencuba.

Saturday, August 07, 2010

10 arahan biasa di dalam terminal

1. Senaraikan fail dan direktori

ls (singkatan bagi list)

Arahan ls memberikan anda senarai kandungan direktori semasa.


Contoh penggunaan:

(senaraikan semua fail yang berada dalam direktori termasuk yang hidden.)


hashim@hashim-box:~$ ls -a

. .gnome2_private .PlayOnLinux

.. .gnupg .profile


(senaraikan semua fail dengan lebih banyak maklumat)

hashim@hashim-box:~$ ls -l
total 3
-rw-rw-rw- 1 Shimgeek 1659 386 Feb 3 08:15 groceries
-rw-r--r-- 1 Shimgeek 1659 97 Mar 10 23:46 schedule
-rw------- 1 Shimgeek 1659 123 Mar 11 13:39 todo



2. Berpindah ke direktori lain


cd (singkatan bagi change directory)


Contoh penggunaan:


(pergi ke Desktop dan print work directory pwd)


hashim@hashim-box:~$ cd Desktop/;pwd

/home/hashim/Desktop



3. Menyalin fail


cp (singkatan bagi copy)


Contoh penggunaan:


(salin fail atau backup fail)


hashim@hashim-box:~/Desktop$ cp espeak_intro backup



4. Memindah fail


mv (singkatan bagi move)


Contoh penggunaan:


(pindah fail ke home)

hashim@hashim-box:~/Desktop$ mv backup ~/



5. Paparkan kandungan fail dalam terminal


cat (singkatan bagi concatenate)


Contoh penggunaan:

(papar fail text_fruit)


hashim@hashim-box:~$ cat text_fruit

1 apple

2 pear

3 banana

9 plum

3 banana

10 apple

1 apple

2 pear

3 banana

9 plum

3 banana

10 apple



6. Kad Liar (wildcard dalam bahasa jawa.)


* dan ?


Contoh penggunaan:


(senarai fail yang bermula daripada huruf 's', sesuai bagi yang pelupa ;P )


hashim@hashim-box:~$ ls s*

speak_hashim.txt speak_hashim.txt~ speak_hashim.txt~~

scripts:

conditions.sh gmail_parser.py hddmonit.sh pogodynka.sh



7. Matikan proses


kill ( bunuh, bunuh, bunuh, mampus...)


Contoh penggunaan:


sebaiknya guna ps dulu untuk melihat 'process id=PID' nya


hashim@hashim-box:~$ kill 11304 ¬PID



8. Mengurangkan saiz fail


gzip


Contoh penggunaan:


lihat saiz fail color mattters.mp3 > gzip > lihat perbezaan( kurang 3M)


hashim@hashim-box:~$ ls -lh color\ matters.mp3

-rw-r--r-- 1 hashim hashim 39M 2010-07-14 09:26 color matters.mp3


hashim@hashim-box:~$ gzip color\ matters.mp3


hashim@hashim-box:~$ ls -lh color\ matters.mp3.gz

-rw-r--r-- 1 hashim hashim 36M 2010-07-14 09:26 color matters.mp3.gz



9. Extract arkib fail


tar


Contoh penggunaan:


hashim@hashim-box:~$ tar -zxvf units-1.74.tar.gz



10. Install software

  • download

hashim@hashim-box:~$ wget http://www.ee.surrey.ac.uk/Teaching/Unix/units-1.74.tar.gz

--2010-08-07 16:42:08-- http://www.ee.surrey.ac.uk/Teaching/Unix/units-1.74.tar.gz

Resolving www.ee.surrey.ac.uk... 131.227.76.231

Connecting to www.ee.surrey.ac.uk|131.227.76.231|:80... connected.

HTTP request sent, awaiting response... 200 OK

Length: 178224 (174K) [application/x-gzip]

Saving to: `units-1.74.tar.gz'

100%[======================================>] 178,224 12.3K/s in 26s

2010-08-07 16:42:36 (6.80 KB/s) - `units-1.74.tar.gz' saved [178224/178224]

  • extract

hashim@hashim-box:~$ tar -zxvf units-1.74.tar.gz

  • build

hashim@hashim-box:~$ mkdir ~/units174

hashim@hashim-box:~$ ./configure --prefix=$HOME/units174

hashim@hashim-box:~$ make&&make check&&make install

hashim@hashim-box:~$ hashim@hashim-box:~$ cd units-1.74/

  • Run

hashim@hashim-box:~/units-174$ ./units

1948 units, 71 prefixes, 28 functions

You have: 1.5 feet

You want: metres

* 0.4572

/ 2.1872266


Selamat mencuba dan bereksperimentasi.....:)



pautan yang berguna untuk arahan-arahan dalam terminal:

1. http://www.ee.surrey.ac.uk/Teaching/Unix/index.html

2. http://www.ibm.com/developerworks/linux/library/l-lpic1-v3-103-3/

Thursday, August 05, 2010

Bill Gates berjaya meyakinkan 40 billionaire untuk mendermakan 50% kekayaan mereka untuk kebajikan

Ini adalah tajuk berita yang berjaya merentap keasyikkan melayani karenah facebook pagi ini. Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila sosok yang menyandang manusia terkaya di dunia 1995~2007 dan 2009 ini adalah antara manusia yang dahulunya mengepalai sebuah syarikat yang terkenal dengan dasar monopoli sehinggalah kepada sakarang ini, Microsoft!

Disebalik imej yang terpalit sebegitu rupa, Gizmodo.com melaporkan Bill Gates telah berjaya meyakinkan hampir 40 billianaire lain untuk mendermakan 50% daripada kekayaan mereka kepada kebajikan diatas projek "The Giving Pledge", setelah beliau diwar-warkan tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Microsoft.

Apabila hitungan matematik membawa kepada angka $600 billion USD anggaran dana yang terkumpul, dan kemungkinan dana tersebut akan disalurkan untuk menghijaukan semula planet bumi ini, kita mungkin tertanya-tanya apa lagi yang akan dilakukan menggunakan dana yang sebegitu besar?

Apapun, syabas kepada bill gates kerana mengusahakan satu projek kebajikan dan diharapkan ia benar-benar 100% berunsurkan kebajikan. Kepada orang kaya (dan juga syarikat kaya) di Malaysia yang beragama islam, tak perlu mendermakan 50% daripada kekayaaan anda tetapi keluarkanlah 5% daripadanya untuk dibayar sebagai zakat. Malu la sikit kat Bill gates ni..

Fakta: Tahukah anda bahawa jumlah wang di seluruh dunia mengikut data terkini CIA World Fact 2009 ialah $58.07 trillion. 25% wang ini berada di Amerika Syarikat dan 28% berada di Kesatuan Eropah, dan 0.36% berada di Malaysia.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...