Sunday, August 29, 2010

Rahsia menjadi Genius dengan Ubuntu

Sifat ingin tahu


Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Saidina Ali dan sebagainya semua adalah genius pada zaman mereka. Mereka selalu bertanya dan mengasah pemikiran mereka melalui bertanya. Sifat ingin tahu mereka amat tinggi justeru ia menjadikan mereka genius. Dengan penggunaan Ubuntu kita dapat mengalakkan pemikiran sebegini. Kita akan tertanya-tanya apakah jenis perkakasan komputer kita, processor kita daripada pengeluar apa? jenis apa? tanpa memerlukan perisian third party.


Membuka minda untuk berubah


Minda adalah seperti payung terjun, ia hanya berfungsi apabila ia terbuka. Jika kita menggunakan Ubuntu untuk keperluan harian ia akan merubah cara pemikiran secara kita tidak sedari. Cuba bayangkan kita melakukan kerja yang sama setiap hari bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan minda terperangkap dengan pemikiran yang sempit dan sukar untuk menerima perubahan. Jadi jangan takut untuk berubah kerana ia akan melahirkan genius dalam diri anda.

Main (Play)


Setiap kanak-kanak yang dilahirkan merupakan genius. Mereka gemar bermain dengan perkataan baru, bermain dengan berjalan, bermain dengan berlari dan sebagainya. Semua ini dilakukan dalam tempoh yang singkat sahaja. Kuncinya adalah mereka selalu ber'main'. Mungkin kita patut belajar sesuatu daripada mereka. Dengan Ubuntu kita dapat membangkitkan kembali genius yang telah lama hilang dalam diri kita. Contohnya, anda akan 'tinker' dengan OS walaupun anda tidak belajar programming secara formal. Anda lihat contoh-contoh yang ada di laman sesawang(web) dan 'apply'kannya pada OS anda. Anda akan menguji kemahiran berfikir dengan realiti. "Kenapa dalam laman web boleh jadi, kat laptop aku xleh plak?" kata si pengguna Ubuntu. Secara tidak langsung ia menyuburkan kebolehan mental si pengguna Ubuntu.


Menggalakan pemikiran kreatif


Seterusnya jika anda seorang pengguna Ubuntu anda boleh cuba coding-coding C , C++,Python, Ruby dan sebagainya. Jika saya masih lagi menggunakan OS Wi.... mungkin saya tak tahu pun programming tu apa, macamana nak dual boot, nak partition drive. Sebabnya saya bukanlah seorang yang berasal daripada background IT. Ubuntu dapat menjana pemikiran kreatif seseorang contohnya semasa saya tak dapat masuk boot masuk Ubuntu. Saya akan google masalah tu dan kebanyakannya ada kat forum Ubuntu. Ikut sahaja arahan-arahan tersebut siap. Tak payah keluar sesen pun. Kalau dulu, laptop xleh boot Win.. dah gelabah. Suruh kawan yang pandai IT tengokkan. kata dia kena OSnya rosak sebab virus. Kalau format kat kedai 50 ringgit tapi format ngan aku 15 ringgit kata kawan aku dengan tersenyum. Ceh kalau aku tau baik aku pakai Ubuntu dari awal lagi.....Xpe kira duit format tu halal je la....

Jadi, apa tunggu lagi bangkitkan genius dalam diri dengan menggunakan Ubuntu. Komen anda dialu-alukan. Nak kritik ke?pangkah ke? tak kesah, layan jer...

16 comments:

  1. Wah betul tu..
    minda jangan terlampau skop sangat..
    kalau nak yang tu, guna yang tu je..hehe

    ReplyDelete
  2. nakwat camna, budaya melayu kita masih macam tue.. nk suh explore dan baca pun dah malas, pasrah je.. tapi takpa, aku try arr gak positive kan mind ni dengan menyuruh dorang berforummencari penyelesaian.. problemnye care zul ni dah betul, tapi org kita2 ni macam ada satu kuasa yang menghalang dari terus subur dengan bebijak mende2 gini.. haishh, doakan meraka dengan labu2nya ke arah open kelas pertama..

    ReplyDelete
  3. Sebab tu aku stuju kalau linux disumbat dalam komputer/laptop utk tujuan pembelajaran. Bila bubuh win, budak2 dok main game jer..

    ReplyDelete
  4. betul tu.. kalo window nie support gamingnya bnyak...budak2 byk spent masa gaming drp belajar benda baru dlm pc tu... kalo linux ubuntu nie ...mgkn sgaja buat xsupport gaming heavy...sbb dier org nk kita bljr mcmner pakai OS tu dengan terbaik...

    ReplyDelete
  5. Zulmac, aku rasa kau termasuk dalam golongan genius.

    ReplyDelete
  6. wow banyak penulis baru. menarik idea mereka, pengalaman mereka. tahniah untuk anda :D
    teruskan penulisan aku suka weh :D

    tapi sebenarnya aku masa guna windows lah aku belajar apa itu os. apa itu programming, apa itu reverse engineering, apa itu forum dan lain2 sehingga. aku tahu apa itu linux :)

    ReplyDelete
  7. owh yeke..hehe
    xkot. aku biasa2 jer..huhu

    ReplyDelete
  8. Tapi kalau diorang dah berjinak2 dengan OpenArena, Cube 2:Sauerbraten, Nexuiz, Warzone 2100 kat Ubuntu nimacam mana bro? :D

    ReplyDelete
  9. pisyek suka python... tp xpro lagi la.. masih noob.. hehehehe...

    ReplyDelete
  10. tak kira OS apapon kalau nak belajar. zaman dulu takdak komputer pon ade orang genius gak.zaman sekarang ni cth Adi putra genius matematik bukan sebab pakai komputer.genius adalah orang yg boleh buat benda yg orang lain tak terfikir, bukannye guna benda yg orang lain dah buat!

    ReplyDelete
  11. huhuhu ada betulnya jugak pandangan saudara Zulmac tu, tapi rasanya sikit sgt percentage nya nk wat org jd genius. sbb rata-rata nya ramai end user cam aku jer. refer tutorial kt any forum ( or yg terbaik sekali bagi aku adalah refer kt blog melayubuntu ni la huhuhu ), dah boleh jadi dah. harapan agar masyarkat dapat melahirkan generasi bukan hanya sbg end user ttp penyumbang kpd technology ini sendiri. no offence ok. anywy trimas sgt krn dpt menyediakan platform ni yg mungkin utk majoriti masyarakat malaysia.

    ReplyDelete
  12. alamak sori la tersilap org la. artikel ni ditulis oleh ShimGeek kan. aku dh tersilap tulis nama kt previous comment.

    ReplyDelete
  13. (mcm kenal je avatar...)

    yup, sama la, curiosity aku mula aktif sejak dok kolej, byk komputer aku jadikan mangsa ubikaji. sblm ni aku sekadar membaca je maklumat komputer dari buku. bila komputer kawan2 ade mslh, aku godek2 la dari hasil bacaan.

    ReplyDelete
  14. betul dan sangat setuju dengan komen anda.....yg penting HATI tu sendiri kan....tp xleh terima tang ''gune benda yang orang lain dah buat''....belajar dari pengalaman sendiri adalah pintar, belajar dari pengalaman orang lain adalah bijaksana....semata-mata orang dah buat benda tu tak semestinya kita kena mulakan dari bawah atau org putih 'from the scratch'...membazir masa dan tenaga...baik kita gunakan sumber yang sedia ada...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...