Sunday, December 30, 2012

Precise Puppy Pangolin? varian Ubuntu versi Puppy Linux

Precise Puppy Pangolin? varian Ubuntu versi Puppy Linux -->klik


Puppy Linux adalah ringan berasaskan sistem operasi Linux yang direka untuk beroperasi dengan baik walaupun pada komputer yang lebih tua yang mempunyai Processor perlahan
Ubuntu adalah salah satu Distro Linux yang paling popular di seluruh dunia. Banyak aplikasi mereka juga boleh didapati dari pengurus pakej terbina di dalam repositories.

Versi terbaru Ubuntu adalah  750MB, Precise Puppy 5.4.3 adalah hanya 166MB.

Kelebihan utama pada Puppy Linux ialah:
  • Boleh dimasukkan kedalam cd atau USB, jadi anda tidak memerlukan Komputer
  • Boleh boot daripada memory menyebabkan distro memang takde sangkut-sangkut punyalah
  • Dua pakej manager boleh guna 1. Puppy Package Manager 2. Synaptics. Bermakna dalam puppy ini boleh download pelbagai software dari ubuntu dan pakai format .DEB
  • Boot dalam masa kurang seminit...Ada berani pakai?
  • Dan banyak lagi...kunjungi laman web --> PuppyLinux


yang benar,

Shimgeek

Saturday, September 01, 2012

Top 6: Aplikasi teruk untuk ubuntu daripada Datamation dan ShimGeek

Apa yang paling best pasal ubuntu ialah pilihan aplikasi yang banyak, daripada produktiviti pejabat seperti LibreOffice sehingga lah aplikasi yang mudah seperti gedit. Namun dalam banyak-banyak aplikasi Ubuntu ada yang prestasi jauh terkebelakang dek kerana di'abandon', kekurangan support atau banyak lagi sebab-sebab yang lain.


1) Firefox extension manager

Masalah timbul apabila firefox terlalu kerap di'update' menyebabkan berlaku compatibility isu.

2) Cheese

Terdapat masih banyak bug yg terdapat dalam rilis Ubuntu 12.04

3) Istanbul

Kesukaran untuk sharing ke laman web seperti youtiup.

Lihat 7 aplikasi lagi di Datamation. Klik link di bawah...

3 apps pilihan Shimgeek untuk aplikasi yang paling teruk adalah:

1. caps lock indicator - Apa tujuan apps ni ada di bar untuk di klik? sedangkan di keyboard pun sudah ada.

2. unity dash- Launcher tidak mencakupi semua apps penting, tertinggal email client. Cuba taip 'email', tidak keluar apa yang dicari, lens icon dibawah terlalu cryptic(tooltips?). Ye, memang di bar ada ikon bentuk envelope tetapi Ubuntu menyasarkan golongan newbie atau beginner yang tak tahu default emel client dimana. Ini bukan minimalis seperti konsep KISS(Keep It Simple Stupid) tetapi simplistik.

3. calendar dalam Ubuntu paling teruk. Tiada ciri-ciri integrasi atau boleh set tarikh appointment ke todo?. Ini disebabkan Ubuntu mengguna Thunderbird yang tiada sistem kalendar. Jadi, samada kita revert kembali kepada Evolution atau pakai add-on lightning(add-on di dalam add-on?) namun prestasinya juga di bawah par. Atau integrasi dengan Gcal.



Seperti kata penulis daripada Datamation beliau bukan berniat untuk menjatuhkan, jauh sekali untuk mengutuk Ubuntu. Tetapi, bagi shimgeek meluahkan rasa tidak puas hati, sebagai kritikan membina. ShimGeek berharap agar ada developer2 di Malaysia sanggup menambahbaik semula aplikasi yang berpotensi jauh ini.

sumber: DATAMATION
              Linux User


Follow ShimGeek atau ShimGimp di twitter @shimGimp 

Sunday, August 12, 2012

Alternatif Ubuntu : Pilihan korang?

Semua orang pasti ada feberet memasing kan, dalam memilih distro linux? Berikut dinyatakan feberet bagi Datamation, Softpedia dan aku...

Datamation
  1. Linux mint
  2. Peppermint os
  3. Pear Os

Softpedia
  1. Xubuntu
  2. Kubuntu
  3. Linux mint
  4. Sabayon
  5. Lubuntu

Shimgeek
  1. Bodhi Linux
  2. Puppy Linux
  3. SliTaz
  4. Avlinux
  5. Uber student



Pilihan korang yang mana? lontarkan dalam komen...berdasarkan apa korang pilih sesuatu distro tu...kalau bagi shimgeek, ia adalah berdasarkan simple, boleh integrate dengan semua distro, tak makan saiz yang besar sebab boleh sumbat bebanyak distro...paling banyak shimgeek trial n error adalah sebanyak 6 distro dalam satu komputer...buat pengetahuan korang aku ni distro hopper sama macam Abg Deen Sokmo...lama x dengar cerita Deen, apa cer?...



sumber :
  1. http://www.datamation.com/open-source/three-top-ubuntu-alternatives-2.html
  2. http://news.softpedia.com/news/Top-5-Ubuntu-Alternatives-215953.shtml


Saturday, August 11, 2012

Apa itu Section 114A?

section-114a



 Jadi ini sebenarnya ia untuk crime busting atau online control? Anda nilai sendiri...

Friday, August 10, 2012

Interface klien Emel perlu di tukar?

Minimal Mac | On Email

Sapa setuju dengan cadangan Patrick Rhone ni?

Beliau mencadangkan agar interface Klien emel  seperti Sparrow ditukar (subjek, Cc dan penerima di letakkan di bawah, Ruangan compose di atas).


Minimalmac.com

 Rungutan beliau ada betulnya. Kekadang aku sendiri stuck bila time nak send emel kepada klien. Sebab yang pertama sekali perlu diisi merupakan subjek@tajuk. Yang lebih mudah adalah straight to the point. Terus karang emel kan senang. Last sekali baru nak bubuh tajuk apa.


Claws Mail; it bites hehe =)

Berbanding dengan Claws Mail cadangan Patrick Rhone lebih simple dan minimal.


Tapi satu berita baik buat pengguna open source ialah mereka boleh godek-godek sendiri berbanding dengan Patrick Rhone yang hanya boleh mengemukakan cadangan beliau kepada klien emel Sparrow.

Team open source ada nak implement macam ni? Minimal is nice right? Kalau ada aku bleh tolong promote...

Wednesday, August 08, 2012

Left 4 Dead 2 lebih laju di Linux berbanding Windows :Valve

Pada peringkat permulaan Valve versi pemula cuma pada 6 FPS(frame per saat) meningkat kepada 315 FPS, lebih laju pada versi windows iaitu 270.6 FPS tetapi setelah digodek2 OpenGL oleh pasukan valve, mereka berjaya meningkatkan kepada 303.4 FPS .

Pasukan pengodek Valve meningkatkan prestasi Left4Dead dengan:

  1. Modifikasi dengan kernel
  2. Modifikasi dengan OpenGL
  3. Optimumkan grafik driver


Berikut merupakan spek :


Hardware
  • Intel Core i7 3930k
  • NVIDIA GeForce GTX 680
  • 32 GB RAM
Software
  • Windows 7 Service Pack 1 64-bit
  • Left 4 Dead 2
  • Ubuntu 12.04 32-bit
     

    sumber: http://blogs.valvesoftware.com/linux/faster-zombies/






Saturday, June 02, 2012

Pay What You Want( Bayar berapa yang anda suka) untuk Humble-indie-bundle 5


Humble-indie-bundle 5 di masukkan ke dalam Ubuntu Software Centre


Berita baik untuk gamers Ubuntu di luar sana, Humble-indie-bundle 5 adalah merupakan koleksi games untuk pelbagai platform OS(windows, Linux dan Macintosh), bebas DRM dan dicipta oleh pembangun indie. Yang menariknya ialah disamping kita membeli game ini, kita membantu menyumbang kepada badan amal kebajikan Child's Play(memberi game percuma kepada kanak-kanak sakit) dan Electronic Frontier Foundation(mempertahankan hak dalam dunia digital) Dan yang paling best adalah kita boleh tentukan sendiri berapa yang kita nak bayar kepada developers, charity dan humble-indie-bundle organizers.

Game yang boleh didapati di dalam Humble-indie-bundle 5 adalah Limbo(ada preview kat bawah), Psychonauts, Sword and Sworcery dan banyak lagi.

Cuma satu kekurangan yang dirasakan oleh ShimG adalah Humble-indie-bundle 5 bukanlah dalam kategori open source game. Namun berita baiknya : ia akan membantu indie game developer, pengguna Ubuntu, Canonical dan beberapa badan amal kebajikan yang lain.

Developer game daripada Malaysia yang mahu tahu lebih lanjut tentang memasukkan game mereka kedalam Ubuntu Software Centre boleh melawat developers site canonical, follow UbuntuAppDev di Twitter dan like App Developer di Facebook page. Siapa kata guna open source tak boleh buat duit?

Sinopsis Limbo yang di kopi, pes dan diterjemah kepada bahasa melayu.
Limbo adalah berbentuk puzzle, moden klasik, pemain mengawal seorang budak yang melalui perjalanan dalam dunia yang ganas dan mendebarkan. Detail dalam grafik 2D dan puzzle yang digarap dengan baik telah mendapat komen yang bagus dan popular di kalangan pengkritik. Ia dibangunkan oleh studio indie Playdead.
Nikmati preview game ini...


Sumber :
  1. http://www.humblebundle.com/?utm_source=ubuntu
  2. http://blog.canonical.com/2012/05/31/humble-indie-bundle-5-comes-to-the-ubuntu-software-centre/
  3. http://www.linuxuser.co.uk/news/humble-indie-bundle-coming-to-ubuntu/
  4. http://www.thevarguy.com/2012/06/01/ubuntu-game-selection-expands-with-humble-indie-bundle/



Wednesday, May 09, 2012

Tema Mac OSX Lion untuk Ubuntu 12.04

Seperti biasa, kita boleh menukar tema ubuntu kepada apa sahaja dan antara yang terbaru dan ingin saya kongsikan di sini ialah tema Mac OSX Lion untuk Ubuntu 12.04.


Tuesday, May 08, 2012

Buku pertama, Mudahnya Twitter kini di pasaran

Alhamdulillah, buku pertama saya telah pun terbit menemui pembaca minggu lepas di Pesta Buku Antarabangsa 2012. Buku bertajuk Mudahnya Twitter ini memuatkan panduan ringkas kepada bakal-bakal pengguna Twitter yang baru untuk berjinak-jinak dengan dunia mikroblog paling terkenal iaitu Twitter.

Perancangan awalnya saya dengan pihak penerbit iaitu PTS Netmedia Sdn Bhd ialah untuk menerbitkan buku berkaitan sistem operasi Ubuntu. Saya telah siapkan proposalnya dan ia telah diluluskan. Namun oleh kerana sebab-sebab yang tidak mengizinkan, saya memilih untuk menulis buku yang simple, ringan dan santai terlebih dahulu.

Buku Mudahnya Twitter ini berharga RM10 sahaja dan sekiranya pembaca membeli Online di Kedai Buku PTS, ianya hanya RM8.50 (http://www.bookcafe.com.my/en/gadget-perisian-and-komputer/mudahnya-twitter-en.html)

Insyaallah, di masa akan datang sekiranya diizinkan tuhan, saya bercadang untuk menulis tentang banyak benda tentang dunia IT dan salah satunya ialah buku panduan Ubuntu. Semoga dipermudahkan.

Monday, May 07, 2012

Ubuntu 12.04 : Cacat Tanpa Hibernate?

Precise Pangolin tanpa Hibernasi




Kekurangan sokongan daripada sistem operasi untuk hibernasi, atau keupayaan meletakkan komputer untuk “tidur” tanpa menggunakan elektrik, ialah satu kecacatan utama  disebalik rilis Ubuntu yang terbaik. Dan ia tidak membawa petanda baik, cita-cita Canonical untuk menawan komputer desktop.

 Hibernasi adalah penting bagi menjimatkan tenaga elektrik. Tetapi apa beza Hibernate dengan Standby? Artikel daripada Lifehacker ada menjelaskan tentang Hibernate Vs Standby. Bagi yang ingin mengembalikan fungsi hibernasi secara manual, boleh rujuk di sini.

Jadi pendapat anda perlu atau tidak fungsi hibernasi ini?


Sumber: http://www.thevarguy.com/2012/05/04/ubuntu-12-04s-great-flaw-no-hibernation-feature/

Monday, April 30, 2012

Lupakan PowerPoint : Perkenalkan Impress!ve

Impress!ve : Gunakan ia untuk 'WOW'kan orang lain


Impress!ve merupakan satu aplikasi untuk mempersembahkan slaid dengan lebih stylo. Menggunakan hanya format PDF yang selalu digunakan.


Mulakan  Impress!ve dengan comand line(hanya dalam linux),

Arahan biasa 


Next : arrow bawah atau LeftMouse
Prev : arrow atas atau RightMouse
Spotlight : Enter adjust besar spotlight dengan butang + / - atau middle mouse button
Highlight box : drag LM
Overview : Tab dan klik LM utk pergi terus ke slaid
Quit : Q atau Esc





Sumber : http://impressive.sourceforge.net/

Tuesday, April 24, 2012

Membuat password yang selamat dengan OpenSSL

 Membuat password yang selamat dengan OpenSSL

Cara yang mudah berbanding jadikan tarikh lahir atau no telefon sebagai password.

Sunday, April 15, 2012

Pilih perisian alternatif "Terminal Way"




Video ini merupakan contoh untuk mengubah pelayar internet default. asterisk* itu merupakan pelayar default.

Anda juga boleh menukar bagi perisian2 lain gunakan cara ini.

Sunday, April 08, 2012

Pulanglah ke pangkal jalan...

Petikan Kartun Sindiran dari oatmeal:
Apabila ia mudah dan senang menggunakan jalan yang sah (perisian original), itulah yang akan digunakan kebanyakan orang.
Kenapa masih ada orang memilih menggunakan perisian cetak rompak?

  • Penjual perisian memudahkan pembeli guna perisian cetak rompak?
  • Kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pengguna?
  • Sebab masa belajar sudah menggunakan perisian tersebut? 
Mari kita dengar komen anda?

Friday, April 06, 2012

Thursday, April 05, 2012

Sangat Tak Betul

Baiki_komputer

Haa??nak baiki Linux kena belajar C++ ? Kompil kernel? Salahkan SUN ? Adoyai...

Monday, April 02, 2012

Default Wallpaper bagi Ubuntu 12.04

Imej berikut ialah default wallpaper bagi Ubuntu 12.04


Sejak 2 tahun kebelakangan ini, bermula dari versi Ubuntu 10.04, tidak begitu banyak perubahan dilakukan terhadap wallpaper default bagi ubuntu. Antara alasan yang diberikan ialah supaya ubuntu mempunyai jenama identiti tersendiri.

Apa pendapat pembaca berkenaan wallpaper baru ini?

Saturday, March 31, 2012

Tutorial Ubuntu TV

 Kini Ubuntu TV bukan lagi fantasi tapi realiti... -AMARAN-Tutorial ini adalah ekperimental.

Kalau tak sabar tunggu Ubuntu TV boleh cuba tutorial eksperimental ni...

Linuxaria:
Ia satu integrasi Unity sasaran kepada TV. Dalam antara muka biasa Unity anda akan mempunyai begitu banyak kemungkinan-kemungkinan! Melayari Internet secara langsung, tanpa perlu memasang  pelayar internet, satu integrasi penuh dengan YouTube, kemungkinan sebuah televisyen Guide, WebTV, Streaming apa yang anda mahu…dan, anda akan mempunyai banyak pilihan lain. 

-via linuxaria.com

Thursday, March 29, 2012

Tutorial GIMP : Abstract Wallpaper

Hasil Akhir....


Langkah 1 : file > new > set saiz imej kepada 1280x800 atau saiz desktop anda

Langkah 2 : set background anda kepada warna hitam

Langkah 3 : Klik menu filter > render > nature > flame



Langkah 4 : klik edit > randomize ; variation = Spherical, pilih mana "flame" yang berkenan


Langkah 5 : Buat  layer baru > namakan ia gradient dan setkan warnanya kepada transparency

Langkah 6 : pilih blend tool > pada bahagian tools option pilih full saturation > blend dari kiri ke kanan



Langkah 7 : set layer kepada mod overlay

Tadaa...siapppp satu wallpaper....
 
ShimG adalah blogger BebasHutang(tentang kewangan)ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan tamu blogger tetap di Melayubuntu;ZulMalc dan Freelance Designer. Sila emel kepada hashimwinger11@gmail.com cadangan tutorial pasal GIMP dan inkscape.

Thursday, March 22, 2012

Penggunaan Raspberry Pi Linux

Penggunaan Raspberry Pi Linux 


Jun auza; Tech source from bohol :
Walaupun tidak disahkan lagi, desas-desus mengatakan yang sudah ada lebih daripada 2 juta pertanyaan dan pre-orderDan kami, pencinta Linux paling tidak dapat membantu dalam memberikan idea-idea pasaran kami sendiri.
Cadangan beliau di mana Raspberry Pi dapat digunakan :

  1. Sekolah
  2. Di negara-negara membangun
  3. internet cafe
  4. komputer awam di perpustakaan
  5. pejabat-pejabat kerajaan
  6. sebuah komputer lengkap
-via techsource

Saturday, March 17, 2012

Tutorial GIMP : Teknik 'Decolorization'

Teknik Decolorization
kudos to hardyweb
Teknik mejadikan gambar tersebut lebih fokus dengan menghilangkan warna-warna latar yang sibuk.

Langkah 1 : Open Image
Langkah 2 : Duplicate layer
Langkah 3 : Set layer mode kepada color

Langkah 4 : Gunakan Paintbrush untuk menghilangkan warna yang tidak diperlukan

Siap...
Seterusnya anda boleh adjust warna gambar ikut kesukaan anda Colors > curve

P/s: kepada hardyweb dan asrul rae...ShimG sibuk yang amat kebelakangan ini. mohon maaf banyak atas kelewatan penghantaran. Insyallah dalam minggu depan den terai hantar.



ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan)ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu;ZulMalc dan Freelance Designer. Sila emel kepada hashimwinger11@gmail.com cadangan tutorial pasal GIMP dan inkscape.







Thursday, March 15, 2012

Raspberry Pi?


Apa itu Raspberry Pi dan Kenapa Anda Harus Tahu


Steven:

Ia tidak datang dengan keyboard, mouse mahupun monitor. Yang menariknya ia juga tanpa hard drive atau case.
  • Broadcom BCM2835 700MHz ARM1176JZFS processor with FPU and Videocore 4 GPU
  • GPU provides Open GL ES 2.0, hardware-accelerated OpenVG, and 1080p3D
  • 256MB RAM
  • Boots from SD card, running Raspberry Pi Fedora Linux Remix
  • 10/100-BaseT Ethernet port
  • HDMI port
  • USB 2.0 port
  • SD card slot
  • Powered from microUSB port
  • 3.5mm audio out jack
  • Header footprint for camera connection
     semua ini dengan USD35(~MYR 100 )....
-via ZDNet.com

Monday, March 12, 2012

[Screenshot] Gnome Tentative Design : Gambaran Hala Tuju Gnome Selepas Ini?

Ini ialah koleksi tentative design Gnome yang boleh dilihat di https://live.gnome.org/Design/Apps/.

Aplikasi Photos


Aplikasi Music


Aplikasi Videos


Aplikasi Chat


Aplikasi Web



Apa pendapat anda?

Saturday, March 10, 2012

Top 5 pelayar web






Dave Shea:

Ramalan daripada StatCounter’s Global Stats, mengatakan bahawa Chrome akan mengatasi IE dan Firefox. Dan ini beerti akan berakhirlah dominasi IE selama 13 tahun.


-via mezzoblue

Tuesday, March 06, 2012

Petikan kata-kata dari orang yang berpengaruh linux dan open source

Petikan kata-kata dari orang yang berpengaruh linux dan open source
View more presentations from hashim.


ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan)ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu ;ZulMalc. Sila emel kepada hashimwinger11@gmail.com untuk request tutorial pasal GIMP atau Inkscape. Atau saja-saja nak bertukar pendapat pun boleh, bisa diatur.

Monday, March 05, 2012

Perubahan Utama Dalam Ubuntu 12.04 Precise Pangolin



Ubuntu 12.04 atau kod namanya Precise Pangolin adalah versi Ubuntu yang ditunggu-tunggu kerana ianya berstatus LTS atau Long Term Support. Versi 12.04 ini akan disokong sehingga April 2017, satu tempoh yang cukup lama dan berbaloi sekiranya terdapat organisasi mahupun pengguna perseorangan berniat untuk mencuba sistem operasi desktop percuma ini.

Terdapat beberapa perubahan utama yang dijangka akan dilakukan dalam versi 12.04 ini.

1. Saiz ISO Ubuntu tidak lagi muat ke dalam CD
Sistem operasi moden seperti Microsoft Windows 7 atau juga Mac OSX Lion bersaiz lebih dari 3GB secara normal. Manakala pembangun ubuntu terkial-kial untuk menetapkan saiz ISO ubuntu kepada 700MB setiap kali mengeluarkan versi baru. Justeru, memecahkan tradisi 700MB yang muat ke dalam CD adalah satu langkah anjakan ke depan yang bakal mengundang pelbagai fungsi yang lebih dinamik kepada versi ubuntu yang akan datang yang tak mungkin lagi muat dalam ISO bersaiz 700MB.

2. Bebas dari Mono
Pihak pembangun ubuntu telah membuat keputusan untuk mengembalikan pemain muzik Rhythmbox bagi menggantikan Banshee. Signifikannya perubahan ini ialah bagi memastikan ubuntu bebas daripada Mono (implementasi sumber terbuka bagi framework Microsoft .NET). Namun begitu, masih terdapat 2 lagi aplikasi yang berasaskan Mono iaitu Tomboy Notes dan juga Gbrainy.

3. Versi 64-Bit Sebagai Default
Bermula dari 12.04 juga, ubuntu akan menyarankan versi 64-Bit secara default ketika proses muatturun ISO di Ubuntu.com dan dalam masa yang sama masih menawarkan versi 32-bit.

4. Software Centre Lebih Pantas
Pembangun ubuntu cuba mengurangkan masa membuka Software Centre dari 11 saat kepada 2 saat dan ya, saya dapat merasakan perubahan drastik tersebut dalam Ubuntu 12.04 beta yang sedang digunakan.

Ini adalah perubahan asas dalam 12.04 yang bakal menentukan hala tuju dan konsep keseluruhan desktop Ubuntu di masa akan datang. Dalam entry ini, saya belum menyentuh secara khusus tentang perubahan antaramuka, tweaks, settings, dan seumpamanya yang dibawakan oleh 12.04.

Dengan versi beta yang telahpun dilepaskan beberapa hari yang lalu, pihak pembangun Ubuntu masih mempunyai 52 hari untuk membuat kemasan terhadap versi 12.04 yang bakal menemui pengguna pada 26 April ini. Adakah anda bersedia?

Thursday, March 01, 2012

Seputar Yang Menarik di Mobile World Congress 2012

Masa depan adalah Boot to Gecko...



  1. Semua apps dalam ni menggunakan HTML5; dialer pun pakai web-based API.
  2. Boot to Gecko adalah Phone yang berasaskan web dan HTML5
  3. Hantar SMS, tangkap gambar dan main game 

Lihat sendirilah senang...


-via The Verge

Baca selanjutnya di : http://www.theverge.com/2012/2/27/2827659/mozillas-boot-to-gecko-project-the-internet-is-your-phone-hands-on

Sunday, February 26, 2012

Ciri-ciri dan Spesifikasi Ubuntu for Android

via Ubuntu.com
Ciri-ciri :

Kedua-dua Ubuntu dan Android menggunakan Phonebook yang sama. Apabila telefon Android diletakkan dalam dock, ia memudahkan anda untuk melihat, edit, sms atau emel contact. Yang paling best ia boleh integrasi dengan Facebook dan Twitter.

 Boleh terima call dan SMS. Cool...

Aplikasi Default:


Chromium


VLC Player


Ubuntu Music Player
Gwibber


Dan banyak lagi...










Keperluan Hardware:


  1. Dual-core 1GHz CPU
  2. Video acceleration: shared kernel driver with associated X driver; Open GL, ES/EGL
  3. Storage: 2GB for OS disk image
  4. HDMI: video out with secondary frame buffer device
  5. USB host mode
  6. 512 MB RAM




ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan)ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu ;ZulMalc. Sila emel kepada hashimwinger11@gmail.com untuk request tutorial pasal GIMP atau Inkscape. Atau saja-saja nak bertukar pendapat pun boleh, bisa diatur.



Thursday, February 23, 2012

Ubuntu di dalam poket anda?

Via blog Mark Shuttleworth
Pada minggu hadapan, Mark akan memperkenalkan integrasi antara Ubuntu dan android di Mobile World Congress di Barcelona


Ini bukan Phone Ubuntu tetapi Ubuntu di samping Phone Android. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya bawa telefon Android+Ubuntu dan sambung ia ke monitor untuk Full Ubuntu Desktop dengan aplikasi yang sedia ada.






Baca dengan lebih lanjut : http://www.markshuttleworth.com/archives/1011

Saturday, February 18, 2012

Pemenang PERADUAN MELAYUBUNTU oleh ShimG

PERADUAN MELAYUBUNTU oleh ShimG
 

 
Hadiah Pertama jatuh kepada Asrul Rae ;asrul_amanda@yahoo.ca
Hadiah ke-Dua jatuh kepada Hardy web ; http://about.me/hardyweb

 
 Sila emel alamat kepada hashimwinger11@gmail.com untuk pengeposan hadiah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan)ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu ;ZulMalc. Sila emel kepada hashimwinger11@gmail.com untuk request tutorial pasal GIMP atau Inkscape. Atau saja-saja nak bertukar pendapat pun boleh, bisa diatur.

Tuesday, February 07, 2012

Hari Terbuka ICT merangkap perjumpaan Ubuntu Malaysia Loco Team

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang akan mengadakan hari terbuka ICT pada 18 Februari 2012, bertempat di dalam Kolej sendiri. Ubuntu telah dijemput untuk membuka booth di sana. Dan "call for volunteer" telah di war-warkan di Facebook Ubuntu Malaysia Loco Team dan sambutan agak memberangsangkan.Ramai yang berminat nak menyertainya dan harap-harap, apa yang dijanjikan dapat hadir.
Seperti hari terbuka ICT lain-lainya, walau kekadang berkaitan dengan Open Source yang datang ramianya kompeni yang tak berapa "open sos", dan kali ni hari terbuka ini bukanlah menyajikan Sumber Terbuka semata-mata, tetapi atas inisiatif Pegawai Teknologi Maklumat KMPP sendiri, iaitu EN. Zuhair (aku sebut nama ang ni.. hehe) telah menyempurnakan misi ini. Maka banyaklah acara dan mesyuarat online yang telah dibincangkan dan dipromosikan sehingga menjadi aktiviti yang dimasukkan di dalam Ubuntu Hour. Lihat site ni http://loco.ubuntu.com/events/global/1444/detail/.
Oleh yang demikian, saya ingin menjemput kesemua peminat Ubuntu di kawasan utara untuk memeriahkan booth kami dan antara fadhilat yang anda akan temui adalah berjumpa dengan rakan komuniti Ubuntu di Malaysia. Dan mungkin juga gambar anda akan terpapar di site Ubuntu Wiki. Sebarang persoalan berkenaan event terbabit, boleh join kami di Facebook Ubuntu Malaysia Loco Team.

Tuesday, January 31, 2012

Ciri terbaru Ubuntu: HUD??



HUD adalah singkatan bagi perkataan Head-Up Display. Konsepnya adalah untuk tidak menggunakan menu sebaliknya hanya menggunakan papan kekunci. Jadi kurang gunakan mouse. Mark Shuttleworth membuang menu dalam Ubuntu untuk mendapatkan dsiplay atau paparan yang lebih besar.

Ini merupakan inovasi yang saya rasa agak besar dan radikal kerana fungsi menu tidak pernah berubah sejak 30 tahun yang lepas. HUD memberikan pengalaman yang lebih canggih kepada end-user kerana ia menggunakan VUI berbanding GUI. Pasti anda pernah mendengar perkataan GUI=Graphical User interface tetapi VUI??? VUI adalah akronim bagi perkataan Vocabulary User Interface. Jadi bila kita menaip sesuatu pada HUD ia akan menggunakan fuzzy matching dan belajar daripada apa yang kita taipkan di HUD.

Shuttleworth mendakwa, "Apabila anda telah gunakan ia untuk beberapa lama HUD seperti boleh membaca fikiran anda, dalam bentuk yang baik".
Antara Ciri-ciri HUD:
Taip untuk-

  1. cari history
  2. Akses bookmark dalam browser
  3. Akses filters dalam inkscape atau action
  4. Tukar status dalam internet mesengger
  5. Hantar emel
  6. Dan Banyak lagi....
Mungkin ramai yang suka dan ramai juga yang akan membantah seperti apa yang berlaku pada Unity. Namun bagi saya Inovasi yang Ubuntu bawakan ini pasti akan spice up pertandingan di antara sistem-sistem operasi yang lainnya dan meletakkan tanda aras yang tinggi bagi Ditro-distro Linux yang lain.

Nak tahu lebih lanjut layari:

Monday, January 30, 2012

Polisi Baru Google; Apa yang anda harus tahu?

Tujuan utama Google memperkenalkan polisi baru adalah untuk menjadikan polisi mereka mudah untuk dibaca dan difahami oleh pengguna.


Ringkasan:


  1. Prinsip Privasi masih tidak berubah; Google tidak akan menjual maklumat dan informasi anda kepada orang lain.
  2. Google tidak ingin mengambil lebih banyak data daripada anda. 
  3. Meningkatkan pengalaman pengguna dalam talian seperti "search result"


Layari Google FAQ:

Sumber: https://www.google.com/intl/en/policies/faq/

Sunday, January 15, 2012

Pengumuman! Peraduan Melayubuntu

PERADUAN MELAYUBUNTU oleh ShimG

Berita baik bagi sesiapa yang selalu godek-godek GIMP. Bulan ini aku nak offer siapa yang ada teknik atau cara tersendiri dalam membuat grafik dalam GIMP. Aku tau ramai yang lagi expert daripada aku tapi takde ruang nak tunjuk bakat. Ini lah masanya kome hanto kat teman (slang perak).

Korang perlu buat satu tutorial yang orang lain senang faham, sertakan sekali gambar, pada hujung tutorial buat satu deksripsi atau bio korang sertakan sekali emel ngan FB korang. Convert dalam bentuk PDF. Lepas tu, tekan butang send kepada hashimwinger11@gmail atau anderson112001@yahoo.com

Syarat-syarat peraduan adalah seperti dibawah:

  1. Berakal
  2. Gunakan GIMP 
  3. Pembaca setia MelayUbuntu
Kriteria pemenang berdasarkan:
  • Isi 
  • Bahasa mudah
  • Target untuk beginner dengan intermediate level
  • Senang di ikut
  • Cara susunan
  • Appearance
Tarikh tutup pernyataan : 15 Feb 2012

Hadiahnya....

Johan : Satu T-shirt Basic Tee berlogo Mim-Buntu (di lengan kanan)
Naib Johan : Satu sticker Transfer-on ke baju (pakai iron je)



1st Prize

Side Belakang

Sticker Tranfer-on

ShimG is the founder of BebasHutang(tentang kewangan)ChentaBuku(bukan cinta muka buku) and a regular Guest Blogger at Melayubuntu blog;ZulMalc. Designer wanabe and Manchester Utd fan. Sila emel kepada hashimwinger11@gmail.com untuk request tutorial pasal GIMP atau Inkscape. Atau saja-saja nak bertukar pendapat pun boleh, bisa diatur.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...