Wednesday, December 30, 2009

Catatan akhir tahun 2009

Post yang pertama dicatatkan dalam blog ini ialah pada 16/10/2007 - kira-kira 2 tahun yang lalu. Berbagai cabaran dan pengalaman telah saya lalui sehingga ke hari ini. Jatuh, bangun, ketawa, tetapi saya tidak pernah menangis! Ternyata, menjadi penulis blog yang membincangkan "linux" apalagi "ubuntu" tidak seindah menulis blog tentang ini website saya, gosip artis, awek cun, dan topik-topik seumpama dengannya.

Pada tahun 2007 itu, secara logiknya berapa keratkah rakyat malaysia yang menggunakan linux apalagi ubuntu. Dimana saya perlu mencari pembaca untuk blog yang saya hasilkan? Tidak ada pembaca, halatuju blog ini pastinya adalah kegagalan.

Ianya tentang risiko. Menulis sesuatu tidak ramai orang minat dan tahu. Samada orang akan terus tidak tahu atau orang akan mula tahu dengan usaha penulisan kita. Namun, saya sendiri terkejut dengan apa yang telah terjadi 2 tahun selepas itu. Linux dan ubuntu kian meniti bibir pengguna komputer di malaysia dan peratusannya semakin meningkat.

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Catatan akhir tahun ini sekadar untuk mengimbau dan meramal untuk masa lepas dan masa depan.

2010.Apa yang menanti?

Ubuntu Lucid Lynx. 10.04
Ubuntu bakal menerbitkan versi LTS terbaru iaitu Lucid Lynx yang bakal menawarkan sesuatu pengalaman yang hebat kepada penggunanya. Berbagai-bagai pembaharuan yang akan dilakukan dan pastinya bukan sekadar pembaharuan tema semata-mata.

Blog melayubuntu
Masa untuk saya menulis di blog ini semakin berkurang sebagaimana yang pembaca semua perasan. Usah risau, blog ini akan terus hidup dan saya mengalu-alukan sesiapa juga yang sudi untuk menjadi penulis jemputan di blog ini (dah banyak kali umumkan benda ni tapi...)

Kegiatan ubuntu
Saya masih menanti update terbaru dari team Linux Varsiti tentang perancangan mereka untuk tahun 2010. Saya masih available untuk bergiat sedikit sebanyak dalam aktiviti yang bakal dianjurkan. Kegiatan berkaitan linux dan ubuntu sebenarnya penting untuk merapatkan jurang antara komuniti dan membentuk satu ikatan yang kuat bagi mengembeling kerjasama kearah sesuatu yang lebih bermakna.

Inovasi terbaru
Idea sentiasa diperlukan untuk berhadapan dengan zaman yang kian mencabar. Pengguna linux dan ubuntu di malaysia sudah boleh memikirkan inovasi baru dari aspek kerjasama kumpulan, projek komuniti bersama, dokumentasi dan kegiatan dan apajua aktiviti yang akan menyumbang kepada kemandirian spesis pengguna ubuntu malaysia. Yelah takkan nak lepak kutuk windows je...bosan dah dowh..ekeke..

Akhir kata, semoga kita mengakhiri tahun 2009 ini dengan khatimah dan kebaikan kerana sesungguhnya kita sentiasa mempunyai pilihan.

Sunday, December 20, 2009

Memasang GnoMenu 2.2 dalam Karmic


Entry ini atas permintaan bro zaiem, thanks.

Sebenarnya saya telah menulis berkenaan GnoMenu pada suatu ketika dahulu. Memandangkan GnoMenu versi 2.2 ini agak menarik untuk dicuba, lalu saya mencubanya sendiri dan menggunakannya sebelum saya menulis (dan itulah yang selalu saya lakukan).

Gnomenu 2.2 membawakan fungsi-fungsi dan perubahan terbaru antaranya pengurangan penggunaan memori sebanyak 60% berbanding versi sebelumnya. Perubahan lain termasuklah

- New theme lancelot, emulates the look of the kde lancelot menu
- added gmenu side by side with xdg menu
- support for XDG_MENU_PREFIX
- Improved gtk theming
- More translations
- New svg logo by Darkhaseo
- Improved speed
- No more flickering on vista like menus

Memasang GnoMenu 2.2 dalam Karmic Koala

1.Masukkan command berikut ke terminal (memasukkan repository)
sudo add-apt-repository ppa:gnomenu-team/ppa
2.Diikuti dengan command ini (refresh & install)
sudo apt-get update && sudo apt-get install gnomenu
GnoMenu merupakan satu applet yang bertindak dengan kewujudan panel gnome. Klik kanan pada panel dan tambahkan GnoMenu ditempat yang diingini.

GnoMenu 2.2 mempunyai banyak tema-tema yang boleh disesuaikan dengan desktop anda seperti tema vista, xp, KDE, dan sebagainya. Klik kanan pada GnoMenu > Preferences dan satu tetingkap akan muncul untuk membolehkan anda mengubah setting-setting pada GnoMenu.

Tema GnoMenu, ikon butang GnoMenu dan juga ikon boleh ditukar mengikut citarasa anda.

GnoMenu untuk siapa?

Mungkin ramai yang perasan bahawa GnoMenu banyak mempunyai persamaan dengan menu dalam windows. Ramai orang bertanya, mengapa anda perlu klik butang "Start" ketika ingin "Shutdown"?hehe...

Saya rasa GnoMenu ialah untuk mereka yang rindukan ciri-ciri menu dalam windows yang berkongsepkan All-in-One. Apa-apa pun bagi saya, lebih baik ada dari tiada. Sekurang-kurangnya kita boleh memilih kan?

Tuesday, December 15, 2009

Pasaran telah menolak linux desktop?



Kita kembali kepada isu ini. Satu persoalan yang membingungkan dan masih tiada jawapan pasti. Saya baru sahaja membaca artikel "The market has rejected linux desktop" di ZDNetAsia. Ianya satu artikel yang membuat kesimpulan bahawa pasaran telah menolak linux desktop berdasarkan kepada market share sistem pengoperasian komputer.

Antara hujjahnya, jika sekiranya pasaran telah menerima linux desktop, sudah tentu akan wujud petanda atau perubahan yang meyakinkan dalam market share sistem pengoperasian apabila trend netbook dikuasai oleh linux pada tahun 2009.
Namun perangkaan menunjukkan peningkatan market share linux masih pada skala yang cukup kecil dari perspektif pegangan pasaran sistem pengoperasian.

Kesimpulan pahitnya ialah, pasaran telah menolak linux desktop!

Mengapa linux ditolak?

Dalam artikel berkenaan, terdapat 4 sebab mengapa linux ditolak.
1.Masih terlalu banyak kesukaran
2.Strategi "pecah" yang gagal
3.Tiada inovasi yang cukup
4.Orang bisnes inginkan seseorang untuk disalahkan

Ianya pahit tetapi saya bersetuju dengan keempat-empat hujjah.

Masih terlalu banyak kesukaran
Sehingga kehari ini, saya masih dihujani pelbagai pertanyaan berkenaan driver modem, printer, sound tidak berbunyi, efek tidak berfungsi dan sebagainya. Jika otai-otai linux terdahulu mungkin masih mengigati istilah RTFM (read the fu*king manual), kini penyelesaian mudah ialah "ko google jer". Jawapan tersebut ternyata tidak begitu disenangi. Ya, mereka mungkin inginkan segalanya mudah, tetapi hakikatnya bukan mudah nak gunakan linux!

Strategi pecah yang gagal
Ubuntu, Fedora, PCLinuxOS, bla bla bla bermacam-macam cabang tumbuh menghiasi (?) senarai pecahan linux. Ianya satu fenomena yang menawarkan pilihan-pilihan atas nama kebebasan membangunkan sesuatu perkara namun dari mata pasaran, ianya mengelirukan dan tidak begitu disenangi. Persoalannya, mengapa mesti wujud pecahan ini sedangkan mereka boleh bersatu mewujudkan satu jenama linux desktop yang unggul?

Tidak berinovasi
Ini hujjah yang masih boleh diperdebatkan.

Orang bisnes ingin seseorang untuk dipersalahkan
Hujjah ini diluar dari perbincangan pengguna biasa.

Namun apabila difikirkan kembali, adakah pembangun linux desktop bernafsu untuk mengambil alih peranan Windows sebagai peneraju market share sistem pengoperasi dalam tahun 2009? Bagi saya tidak, dan mereka masih belum berpuas hati dengan apa yang mereka ada.

Hujjah saya begini.

Anda pergi ke bank dan mengeluarkan wang sebanyak RM50. Lalu sahabat anda bertanya, adakah anda mampu berkahwin dengan hanya RM50. Anda spontan akan menjawab "eh sejak bila aku cakap nak kawin?" Kawan anda membalas, "yang semalam ko cakap nak kawin". Anda menegaskan "yela memang nak kawin tapi bukan arini..bongok!"

Kan dah kena bongok sebijik.

Tidak ada sesiapapun dikalangan pembangun linux menyatakan bersungguh-sungguh bahawa 2009 adalah tahun akan ada peningkatan meyakinkan bagi linux dalam market share sistem operasi. Bermaksud, ianya samasekali tidak mengambarkan bahawa linux telah ditolak oleh pengguna.

Bagi saya yang menggunakan ubuntu setiap hari dapat merasakan bahawa masih terdapat banyak perkara yang boleh dan perlu diperbaiki lagi dalam ubuntu. Begitu juga fedora dan sebagainya.

Lalu kesimpulan saya ialah, Linux desktop masih belum sempurna. Dan mengatakan pasaran telah menolak linux adalah kesimpulan sementara yang tidak akan bertahan lama. Pendapat anda?

Monday, December 07, 2009

Perbualan Suami Isteri

Sori, saja nak update blog..

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

Wednesday, December 02, 2009

Apa yang harus dilakukan apabila berhadapan masalah dengan ubuntu

Saya menerima banyak email bertanyakan pelbagai soalan tentang masalah yang timbul dalam ubuntu. Maaf kerana saya tidak berkesempatan menjawabnya kerana masih terlalu banyak perkara yang memerlukan perhatian saya.

Sesungguhnya, saya ingin menjawab begini;
Terima kasih diatas email anda. Sila lakukan seperti berikut untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi : -
1)Buka ubuntu
2)Klik pada Applications > Accessories > MagicApp
3)Klik Apply dan semua permasalah ubuntu anda akan selesai!
Apakan daya, ianya tidak semudah itu. Tidak ada butang ajaib dan kebanyyakkan masalah yang diajukan memerlukan proses yang detail untuk diselesaikan.

Sorry.

Jadi saya mengambil inisiatif ini untuk menulis tentang bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ubuntu anda.

Google adalah kemestian!

Saya tidak faham. Mengapa ramai yang takut untuk mencari penyelesaian masalah mereka menggunakan google. Adakah persoalan bahasa wujud menyebabkan sesetengah pengguna ubuntu lebih selesa membaca penerangan dalam BM dari dalam BI. Ataupun, wujudkah sebab-sebab lain?

Ketika anda google, keyword yang tepat adalah kunci kepada hasil yang bakal anda perolehi. Sesetengah orang "blurr" apabila menggunakan google kerana tidak tahu keyword apakah yang ingin ditaip.

Saya biasanya menggunakan keyword "ubuntu" pada awalan pencarian dan diikuti dengan apa yang ingin saya cari. Sebagai contoh, saya mempunyai masalah flash tiada sound. Jadi saya taipkan "ubuntu flash sound problem".

Usah takut kerana anda tidak perlu memeriksa adakah keyword yang ditaip betul dari segi grammar atau tidak. Ianya tiada kaitan sama sekali. Keyword tidak perlu dalam bentuk ayat yang lengkap!

Forum untuk selebihnya!

Ubuntu mempunyai komuniti yang cukup besar dan membantu. Ubuntu malaysia misalnya mempunyai forum tersendiri dan membolehkan pengguna ubuntu di malaysia berbincang panjang lebar berkenaan ubuntu dalam bahasa ibunda mereka sendiri.

Jika anda tidak kekok berbahasa inggeris, silalah ke forum ubuntu dan disana terdapat lebih ramai komuniti seluruh dunia berkumpul dan berbincang sesama mereka.

IRC!

Sebenarnya ahli-ahli ubuntu malaysia selalu melepak di IRC Freenode #ubuntu-my. Disana anda akan berjumpa (secara maya) dengan otai-otai ubuntu yang sedang melepak. Tanyakan sesuatu kepada mereka dan kalau anda bernasib baik anda akan dilayan dengan penerangan panjang lebar berkenaan soalan anda.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 17, 2009

Memperkenalkan : Magento E-Commerce Sumber Terbuka


Atau ia tidak perlu lagi diperkenalkan kerana magento merupakan sistem e-commerce paling cepat berkembang dan memiliki ciri-ciri yang cukup fleksible, lengkap dan menyeluruh kepada pengurus sesuatu perniagaan online.

Ianya penyelesaian sumber terbuka untuk kegunaan kedai online yang mempunyai ciri-ciri professional dan disokong oleh modul, tema, extension, yang boleh didapati dan dipasang menggunakan fungsi magento connect yang benar-benar superp!

Kisah saya & Magento

Pada suatu hari, saya ada bertanyakan kepada bro #bizkut tentang harga standard untuk projek kedai online di halaman facebook. Bro #bizkut mengatakan biasanya dia dan teamnya mengambil projek kedai online dengan harga RM3K.

Disini saya berfikir, sekiranya saya dapat mempelajari cara membuat sistem kedai online, bayangkan potensi masa hadapan yang menanti. Pengembaraan saya bermula dengan mencuba beberapa sistem sumber terbuka seperti Oscommerce dan Zen-Cart.

Namun sentiasa saya merasakan yang saya perlukan sesuatu yang lebih lengkap dari Oscommerce dan Zen-Cart. Akhirnya saya mencuba magento. Sedikit komplikated bersama puzzle yang tidak didatangkan bersama klu. Bermakna saya perlu try & error, membaca, mencuba, gagal dan jatuh berulang kali sehingga saya benar-benar faham. Ianya mengingatkan saya kepada hari-hari pertama saya menggunakan ubuntu.

Memang, berbanding dengan sistem kedai online yang lain, magento memang lebih komplikated dan susah untuk diurus. Ia juga memerlukan server yang benar-benar mampu menyokong penggunaan RAM nya yang besar dan beberapa requirement lain yang menyusahkan (penerangan saya tidak detail dalam post ini). Namun apabila anda berjaya sampai kesuatu tahap, anda akan bersetuju bahawa magento adalah berada pada kelas tersendiri dari segenap segi.

Hasil Kerja

Perlu diingat bahawa saya;
  • tiada kepakaran php
  • tiada kepakaran css
  • tidak pakar dalam programming
Alhamdulillah, laman web Awalherba.com secara sistemnya telah siap dan hanya menunggu untuk memasukkan kandungan dan beberapa pengubahsuaian dari segi design. Awalherba.com juga mempunyai sistem Affiliate yang diintegrasikan dengan megento dengan amat mudah sekali.

Malaysia & Magento

Magento di Malaysia masih baru dan tidak digunakan secara meluas. Saya dapat mengesan hanya beberapa kerat web developer yang benar-benar menggunakan magento dan ini merupakan peluang keemasan untuk pembaca melayubuntu mendalami magento dan seterusnya melakukan sesuatu untuk ekonomi persendirian dan pembangunan perisian sumber terbuka di malaysia.

Ini...hanya satu permulaan.

Wednesday, October 28, 2009

Gloobus Preview (QuickLook) dalam Karmic Koala.



Saya telah review aplikasi ini dalam entry lepas. Ada 2 perbezaan antara review kali ini dan yang sebelumnya iaitu
  1. Kali ini saya telah mencubanya sendiri dan review adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri
  2. Kali ini, kita menggunakan karmic koala!
Gloobus Preview versi 0.4.1 telah terbit dan antara fungsi terbarunya ialah menyokong karmic koala.

Untuk memasang Gloobus Preview 0.4.1 ini, anda perlu memasukkan PPA nya dari launchpad atau memasukkan PPA berikut ke software sources anda;
deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main 
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main 
Pertama sekali, saya sukakan kepantasan dan saya percaya ramai pembaca melayubuntu juga berkongsi kesukaan yang sama. Gloobus Preview adalah sangat pantas untuk tujuan preview fail yang ingin dibuka.

Ianya menyokong pelbagai bentuk fail seperti imej (jpg, png, gif...), dokumen (odt, doc, ppt, xls..), audio (mp3, mp4,wma..), video (avi, wmv..) dan sebagainya tanpa perlu membuka perisian yang berkaitan.




preview mp3
Pada asasnya - ini merupakan aplikasi yang saya kira diperlukan oleh setiap pengguna ubuntu untuk meningkatkan produktiviti ketika dalam desktop ubuntu. Kelihatannya pembangunan aplikasi ini masih lagi diteruskan untuk menambahkan kebolehgunaan, fungsi, dan kestabilan dimasa depan. Sila lihat video berikut beberapa ciri dan fungsi yang masih dalam pembangunan :


Semoga maklumat ini bermanfaat.

Tuesday, October 27, 2009

Melancongi Karmic Koala - 9.10



5 tahun dan selama itulah pengguna ubuntu terpaksa menunggu untuk pembangun ubuntu mengubah tema asas (default) nya. 5 tahun dan berselang beberapa hari lagi impian itu akan tercapai dengan terbitnya Ubuntu Karmic Koala memakai nombor versi 9.10. Ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia ubuntu, namun apa yang menanti bukan sekadar perubahan tema semata-mata.

Saya mencuba Karmic Koala sejak versi alpha (tahap pembangunan) lagi dan saya dapat pastikan bahawa versi kali ini mungkin antara versi terbaik pernah pembangun ubuntu keluarkan.


imej terkini desktop karmic koala zulmalc

Perubahan dalam Karmic Koala

Sunday, October 25, 2009

Karmic Koala, Snow Leopard, Windows 7 : Mana satu pilihan hatimu?

Dunia sentiasa menawarkan pilihan - samada ketika anda bersedia untuk memilih atau tidak. Namun dunia sistem pengoperasian dahulunya hanya menawarkan satu pilihan iaitu windows. Bukan kerana tiada pesaing tetapi kerana pesaingnya terlalu naif dan kecil, hanya diiktifraf kewujudannya oleh golongan tertentu yang mewakili cebisan kecil dari pengguna komputer secara keseluruhan.

Kini, dibantu oleh teknologi internet dihujung jari - suasana itu sudah berubah. Apabila bercakap tentang dunia sistem pengoperasian, sudah mula kedengaran dan kelihatan pilihan-pilihan yang ada. Jika dahulu saya akui saya tidak mengenali yang selainnya kecuali windows. Buruk baik itulah pilihan yang ada. Melalui internet, saya mengetahui bahawa sebenarnya ada pilihan lain, mungkin lebih baik dan menguntungkan berbanding legasi windows yang kini saya labelkan sebagai membosankan.

Tahun 2009 merupakan tahun yang cukup produktif bagi sektor pembangunan perisian pengoperasian komputer. Dengan kitaran 6 bulan ubuntu yang berputar ke versi Karmic Koala, Apple pula gah dengan Snow Leopard manakala Microsoft pula tampil dengan Windows 7 yang diwar-warkan memperbaiki dosa-dosa vista. Masing-masing mendakwa merekalah yang terbaik. Namun penentuan siapa yang terbaik pastinya bukan ditangan mereka tetapi ditangan pengguna itu sendiri.

Saya terbaca di blog aman tentang harga Windows 7 starter edition = RM148. Wow, bayangkan versi ultimate edition = RM648. Microsoft tidak pernah belajar dari kesilapan!

Dalam bab penentuan harga bagi sistem operasi komersil, saya lebih suka cara Apple. $29 untuk upgrade dari Leopard ke Snow Leopard. Murah kan?

Namun apa yang lebih murah dari sesuatu yang percuma? Ubuntu Karmic Koala merupakan versi ubuntu yang paling menarik untuk diulas. Saya sebagai pengguna Karmic sejak Alpha 5 telah mencuba sendiri tahap kestabilan versi ini dan dengan yakin boleh mengatakan, ianya sesuatu yang berbaloi untuk dicuba jika anda ragu dengan Snow Leopard dan Windows 7.

Review Docky yang terpisah dari Gnome-Do

Masih ingat kepada docky? Ianya ciri baru yang diperkenalkan oleh aplikasi gnome-do verso 0.80. Dan apabila docky diumumkan terpisah dari aplikasi asal iaitu gnome-do, kelihatan terdapat beberapa perubahan samada dari segi panambahbaikan dan pengurangan yang boleh dilihat.

Saya melihat fungsi docky dalam gnome-do adalah sangat inovatif dan menarik. Dan apabila ia terpisah, docky tidak lebih hanyalah "dock" manakala gnome-do tanpa docky tidak lebih dari app launcher.


Docky tanpa gnome-do, hanyalah sebuah dock biasa. Seperti juga awn, cairo-dock. Tiada keistimewaa.



Setakat ini, ciri baru yang terdapat pada docky ialah, mempunyai 4 pilihan tema iaitu Classic, Air, Grayscale dan HUD. Manakala positioning pula boleh diubah-ubah samada bottom, left, right dan juga top. Dalam satu-satu masa, anda boleh membuat 1 atau lebih docky walaupun ianya tidak begitu diperlukan (bagi saya).

Install.
  • Buka terminal
  • Install bzr jika belum bzr dalam sistem ubuntu (sudo apt-get install bzr)
  • bzr branch lp:docky
  • cd docky/
  • ./autogen.sh
  • make && sudo make install
Untuk mencubanya dalam ubuntu karmic koala, gunakan command berikut sebelum "./autogen.sh"
sudo apt-get install automake bzr mono-gmcs libmono-cairo2.0-cil gtk-sharp2 libndesk-dbus-glib1.0-cil libndesk-dbus1.0-cil libgnome-vfs2.0-cil libgtk2.0-dev libtool intltool gnome-sharp2 ca-certificates gnome-desktop-sharp2 libgconf2-dev monodevelop-nunit libnotify0.4-cil
Semoga bermanfaat.

Friday, October 16, 2009

FOSS.my 09

Masihkah ingat foss.my 08? Bagi saya, ada banyak kenangan yang pastinya boleh diingati. Setahun berlalu dan kini program yang sama datang kembali. Apa-pun, tulisan ini mungkin tidak memberi apa-apa makna kerana tarikh pendaftaran untuk peserta biasa sudahpun tamat semalam (15 Oct 09). Sebenarnya saya keliru, apa maknanya akhbar berita harian mengatakan "Pernyertaan Percuma" sedangkan apabila anda rujuk ke laman web foss.my, pernyertaan adalah dikenakan bayaran kecualilah jika anda masih dibangku sekolah. Ok lupakah hal itu. Foss.my 09 agak istimewa kerana menghimpunkan segenap ceruk peminat Open Source seluruh Asean dan bukan sekadar Malaysia. Tidak hairanlah jika penceramah yang diundang juga bukan calang-calang. Siapa tak kenal Richard M. Stallman dan beberapa nama besar lain dalam arena Open Source. Saya sudah terlewat untuk mendaftar dan saya rasa saya akan gagal hadir pada 24 dan 25 Hb nanti. Itupun jika keajaiban tidak berlaku.

Saturday, September 26, 2009

>>> Hanya yang terbaru dalam Karmic Koala!

Akhirnya, apa yang diwar-warkan sebelum ini telah menjadi kenyataan. Kemaskini terbaru dalam Ubuntu Karmic Koala Alpha 6 menyaksikan beberapa perubahan yang mengujakan setelah penantian sejak Hardy Heron 8.04! Tema default serba baru!



Apa yang dapat anda lihat sebenarnya ialah, tema "Human" yang sama sekali diperbaharui dengan perubahan warna kepada coklat mengantikan legasi brown yang sebelum ini. Tema ikon juga telah memperlihatkan perubahan yang menarik. Nama kepada tema ikon ini ialah, Humanity!



Screenshot diatas merupakan gabungan tema ikon serba baru, tema desktop beserta rupa panel yang sangat menarik dan kemas. Kelihatan pihak pembangun ubuntu telah mengambil kira beberapa idea dan cadangan daripada penggguna ubuntu sebelum ini dan mengaplikasikan idea tersebut ke dalam karmic koala yang serba baru.

Wallpaper?

Ini ialah wallpaper terbaru Karmic Koala tetapi tidak pasti adakah ianya adalah wallpaper yang default dalam versi akhir yang akan terbit oktober ini.

Bersediakah anda untuk upgrade ubuntu anda? Sekian.

Thursday, September 24, 2009

Ubuntu 10.04 LTS, "Lucid Lynx"



Ubuntu versi LTS atau Long Term Support yang akan datang akan menggunakan nombor versi 10.04 dengan kod nama Lucid Lynx ─ diumumkan oleh Mark Shuttleworth pada selasa lepas. Dijadualkan akan diterbitkan sekitar April 2010, Lucid Lynx dijangkakan akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan Gnome 3.0, fokus kepada boot performance dan sebagainya.


Apa itu LTS?
Ubuntu mempunyai 2 versi pelepasan iaitu yang biasa dan juga LTS. Bagi pelepasan biasa (seperti versi 9.04, 9.10), pihak pembangun ubuntu akan menyokong versi tersebut hanya 18 bulan manakala bagi pelepasan LTS (seperti versi 8.04, 10.04), pihak pembangun ubuntu akan menyokongnya selama 3 tahun.

Sokongan pembangun ubuntu?
Sokongan disini termasuklah dari segi kemaskini keselamatan dan kestabilan. Jika versi yang digunakan telah melepasan jangka sokongan yang dijanjikan, ia tidak akan lagi dikemaskini dan pengguna akan mendapati software update bagi system utama ubuntu tidak lagi mempunyai kemaskini.

Versi LTS sesuai digunakan untuk penggunaan berskala besar seperti di sekolah, pejabat dan sebagainya kerana sokongan jangka panjang akan memastikan sistem operasi ubuntu senantiasa mendapat kemaskini keselamatan dan kestabilan dan secara tidak lansung mengurangkan kos penyelengaraan (kemaskini ke versi berikutnya setelah tamat tempoh sokongan).

Wednesday, September 16, 2009

Quick Look untuk ubuntu akhirnya muncul juga!

 Quick Look (QL) merupakan satu fungsi preview cara cepat dan mula diperkenalkan oleh Apple bermula dari sistem operasi Mac OSX Leopard. Tidak dapat saya bayangkan betapa saya sukakan fungsi ini kerana segala kerja-kerja preview fail seperti fail imej (jpg, png, gif, psd, eps..), fail audio (mp3, wma...), fail movie (avi, wmv, mpg, 3gp hehe...), zip fail (preview fail yang terdapat dalam zip file!) dan sebagainya boleh dilakukan dengan cepat tanpa perlu load perisian image viewer dan sebagainya yang pastinya memakan masa.

Fungsi Quick Preview "Gloobus" untuk Ubuntu (Gnome)!

Apa itu Gloobus?
Ever been annoyed by those tiny miniatures of your files that are helpless. Outraged by the fact that there's no miniature for half of the file formats you're using. Excruciated by the painful loading time to see if you're dealing with the right file? Hail to Gloobus, for tis' is the Holy Grail of preview! Designed as an extendable, standards-compliant previewer , so that it plays nice with Gnome and can be easily extended to support any kind of file, Gloobus enables instant previewing of your files, without even having to open them. Hit space, and BANG, here's the content of your file, displayed as it would if it was opened.
Jika penerangan dalam bentuk tulisan gagal membayangkan anda betapa hebatnya perisian ini, video mungkin dapat membantu.




bla..bla..bla. Malas nak baca dah? Nak install je terus? Camne??

 Bukak terminal kemudian copypaste line berikut;
sudo sh -c 'echo "deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu jaunty main" >> /etc/apt/sources.list'
sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 0624A220
Lepas tu baru install gloobus ni dengan command berikut;
sudo apt-get update && sudo apt-get install gloobus-preview && sudo apt-get upgrade
Anda perlu restart nautilus untuk menggunakannya;
nautilus -q
nautilus &
Bagi mereka yang malas nak comand2, nak DEB, sila download fail berikut (download yang berkenaan shj!)







Gloobus + Cover Flow (yg macam iTunes tuuu)
Download dari link berikut : http://jordihp.deviantart.com/art/Gloobus-0-4-123645797
Ada fail DEB dalam tu. Install yang tu jer ok?

Hmm...buat masa sekarang Gloobus hanya berfungsi dalam Jaunty dan belum support Karmic Koala.

Semoga bermanfaat!

Terkini!

Salam Ramadhan buat semua pembaca muslim.

Saya sedang membuat beberapa perubahan keatas blog ini terutamanya dari segi template. Kelihatannya beberapa eksperimen lepas mendatangkan banyak masalah kepada pengunjung (twitter API?? - serius aku xtau apa2). Oleh itu tidak dapat tidak saya terpaksa mencari satu tema blog yang sesuai dan feel yang ngam dengan ubuntu yang bakal terbit iaitu 9.10, Karmic Koala.

Doakan semoga blog ini semakin berseri selepas ini! Sekian.

Thursday, August 20, 2009

Pidgin 2.6 : Sokongan Fungsi Google Talk Voice & Video


Sebelum ini saya dah tulis berkenaan hal ini disini. Dengan munculnya Pidgin versi 2.6 yang dikatakan menyokong fungsi Google Voice & Video menerusi protokol XMPP, membuktikan telahan saya tempoh hari adalah tepat.

Selain dari itu, Pidgin 2.6 juga menyokong tema dan perpindahan fail ke protokol lain seperti yahoo (yang sebelum ini mempunyai pelbagai ragam masalah).

Walaupun begitu, saya masih tidak berkesempatan untuk mencuba pidgin versi terbaru ini. Bagi yang teruja untuk mencuba, sila rujuk ubuntugeek.

Saturday, August 15, 2009

Paparan dari Karmic Koala : Boot Demo.

Berikut merupakan beberapa paparan demo bagi skrin boot versi terbaru ubuntu karmic koala yang bakal muncul oktober ini.










Amacam? Memang menarik sekali dengan interface yang simple dan mudah difahami.

via : http://www.yquejue.com
sumber : https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Karmic/Boot/Demo

Modify fail PDF dalam ubuntu lebih mudah dengan PdfMod

It can rotate, extract, and remove pages, and supports reordering pages via drag and drop. You can edit the title, subject, author, and keywords, and you can combine documents via drag and drop.
Ini ialah perisian yang saya cari-cari selama ini untuk ubuntu. Dahulu saya tertanya-tanya, bagaimana nak menyatukan fail-fail pdf yang berselerak dalam satu dokumen. Cara lama ialah, menggunakan command line yang semestinya bukan satu penyelesaian yang disukai ramai.

Kini, pembangun GNOME telah membangunkan PdfMod berlandaskan beberapa projek lain termasuk Poppler, PdfSharp, Mono, Gtk#, Cairo, dan Banshee's Hyena library, dicantumkan kedalam 2700 baris pengatucaraan #C, melahirkan satu perisian yang cukup berguna kepada mereka yang terlibat dengan editasi dokumen berformat PDF.

Memasang PdfMod dalam ubuntu.

1.Pasang dependencies dan build tools:
sudo aptitude install build-essential intltool mono-gmcs
2.Masukkan command:
sudo ln -s /usr/bin/gmcs2 /usr/bin/gmcs
3.Dapatkan fail PdfMod 0.5:
wget http://ftp.gnome.org/pub/GNOME/sources/pdfmod/0.5/pdfmod-0.5.tar.gz
4.Proses pemasangan:
tar zxvf pdfmod-0.5.tar.gz
cd pdfmod-0.5
./configure && make && sudo make install
5.Larikan PdfMod: Applications → Accessories → PDF Mod.



Adakah maklumat ini berguna untuk anda?

Thursday, August 13, 2009

Jom Jumpa kat PC Fair Terengganu JOM!

Tora datang lagiii...!!!...

OPSS. PC Fair datang lagi ke Kuala Terengganu. Jadi saya dapat idea untuk mengadakan "meetup" secara kecil-kecilan sambil mengutuk windows dan penggunanya (muahahaha).

Ok serius2. Amacam? Sape-sape yang tinggal area K.Terengganu, jom kita jumpa kat PC Fair sambil bersuai kenal sekaligus merapatkan tali silaturahim. Untuk makluman, PC Fair akan diadakan di TTC (ala dekat planetarium tuu) dari 13~15 Ogos 2009.

Apa kata kita bincangkan tarikh dan waktu yang sesuai untuk mengadakan meetup tersebut. Apa-apa cadangan sila penuhkan ruangan komen dan saya akan update entry ini bila semua orang bersetuju dengan tarikh dan waktu yang ditetapkan. Fair?

UPDATE
Hari : Sabtu
Masa : 3ptg
Tempat : Depan Pintu Utama
Rujukan : Call aku - 012 9384805 (zul)

Wednesday, August 05, 2009

KDE 4.3, Caizen Dilepaskan!

KDE 4.3 dengan kod nama Caizen telah dilepaskan untuk digunakan oleh umum. Versi terbaru ini menawarkan satu persekitaran desktop yang lebih stabil disertakan inovasi terbaru untuk pengguna di rumah dan pejabat kecil.

Dalam merealisasikan versi terbaru yang dinamakan Caizen ini, pihak pembangun KDE telah menyelesaikan lebih 10,000 pepijat dan mengimplementasikan hampir 2000 ciri terbaru yang diminta oleh pengguna KDE itu sendiri. Akhirnya, muncullah Caizen dengan penampilan berikut:



Anda boleh membaca lanjut "release note" versi terbaru KDE di : http://kde.org/announcements/4.3/index.php.

Tuesday, August 04, 2009

Melayu dan mentaliti "PENGGUNA".

Semalam, saya menghadiri seminar "Jutawan Senyap" di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, YPU dan disampaikan oleh Datuk Dr Rusly bin Abdullah (Chef Li). Beliau merupakan bekas Pegawai Bank (hebat!) tetapi terjun ke satu bidang yang pada mentaliti kita merupakan bidang "cap ayam" (peniaga pasar malam).

Sesuatu yang berjaya membuatkan minda saya tergamam adalah apabila beliau mengungkapkan kata-kata beliau ;
Orang melayu lebih cenderung menjadi pengguna dari penjual.
Sebenarya teorinya sama. Saya pernah menulis satu artikel penting bertajuk "Sampai bila ingin menjadi End User?" satu ketika dahulu. Ramai kawan-kawan seperjuangan bersetuju dengan saya tentang isu tersebut dan saya yakin anda yang membaca artikel ini juga bersetuju.

Balik dari seminar semalam, saya secara terus terang bertanya kepada mak saya,
Mak, pernah tak mak nampak ada orang cina bawa anak ramai-ramai bawak pergi membeli di pasar malam?
Mak saya menjawab spontan,
Tak pernah!
Saya yakin, samada kita bincangkan isu ini dalam medan apapun - samada medan pengkomputeran atau juga medan bisnes konvensional biasa, isunya tetap sama : melayu suka mengguna dari menjual.

Chef Li menceritakan bagaimana pengalaman beliau ketika menjadi pegawai bank - orang melayu ialah bangsa ke-5 teramai menyimpan wang di bank. Bangsa teramai ialah cina diikuti dengan india dan termasuk warga asing. Namun, pergilah ke mana-mana shopping kompleks seperti Giant, Tesco, Jusco, Maidin, Mall, dan sebagainya, bangsa manakah yang memonopoli market share kepenggunaan?

Hampir RM12 billion setahun dibelanjakan oleh orang melayu HANYA semata-mata untuk mengadakan kenduri kendara dan lihatlah betapa mentaliti pengguna begitu kuat mencengkam minda bangsa melayu.

Maafkan saya, saya bukan racist dan saya bukan pejuang bangsa. Tetapi sekurang-kurangnya marilah kita sama-sama bangkit dalam bidang yang kita boleh kuasai - sedikit demi sedikit merubah mentaliti pengguna yang melekat dalam minda kita.

Maafkan saya. Sekadar lontaran idea.

Sunday, July 19, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Menemui Sabily : Menjenamakan semula Ubuntu Edisi Muslim

Salam untuk semua peminat ubuntu untuk malaysia. Maafkan saya kerana sudah agak lama "diam" dari menulis. Saya terpanggil menulis entri ini apabila membaca blog InfoMalaya yang telah review serba sedikit tentang Sabily, nama baru kepada Ubuntu Edisi Muslim.


sori bat, aku cilok dr blog ko pic ni.hehe..

Sabily ialah sistem operasi berasaskan ubuntu linux yang dibangunkan khas untuk orang Islam (Muslim). Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.

Nama sabily diperkenalkan sebagai penjenamaan semula Ubuntu Edisi Muslim bermula dari versi ubuntu 9.04. Oleh kerana ianya adalah berasaskan ubuntu, maka cara penggunaannya, software dan sebagainya adalah sama dengan sistem operasi ubuntu yang standard.

Transform ke Sabily dari ubuntu 9.04 standard

Dalam ubuntu 9.04 shj, masukkan command berikut ke dalam terminal ;
sudo wget http://www.sabily.org/sources.list.d/`lsb_release -cs`.list --output-document=/etc/apt/sources.list.d/sabily.list; sudo apt-get -q update; sudo apt-get --yes -q --allow-unauthenticated install sabily-keyring; sudo apt-get -q update
Kemudian Pasang pakej Sabily;
sudo aptitude install sabily
Restart & Selesai. Rujuk website Sabily untuk maklumat lanjut.

Tuesday, July 14, 2009

Back In Time - Satu Perisian Backup untuk ubuntu.

Salam saya dari kesibukan. Kali ini, saya ada tutorial macam mana untuk melakukan proses instalasi Back In Time, satu perisian yang saya anggap amat berguna untuk backup ubuntu kita. Segala-gala tentang perisian ini terdapat di sini.

Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan!

1) Edit fail /etc/apt/sources.list
sudo gedit /etc/apt/sources.list

2) Tambahkan command ini pada sources.list kita.

deb http://le-web.org/repository stable main

3) Save dan exit.

4) Masukkan informasi GPA key

wget http://le-web.org/repository/le-web.key

sudo apt-key add le-web.key

5) Update
sudo apt-get update
6) Instalasi Back In Time

sudo apt-get install backintime-common backintime-gnome

7) Perisian tersebut akan berada di System Tools>Back In Time

Contoh Screenshot:

Thursday, July 09, 2009

BitDefender AntiVirus dengan Lesen PERCUMA Setahun.


Semua distro linux terkenal dengan kekebalannya terhadap virus yang terdapat dalam Internet hari ini. Walaupun begitu, BitDefender telah bermurah hati dengan mengeluarkan satu anti-virus percuma terhadap ubuntu. Saya rasa tidak salah untuk mencuba perisian yang bagus ini, terutamanya untuk scan partition Winduz anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

Dapatkan Lesen Percuma (Untuk Kegunaan Personal Sahaja)

Pergi ke laman ini untuk mendapatkan lesen percuma selama setahun. Di sini saya ingin mengingatkan bahawa lesen ini hanyalah untuk kegunaan personal sahaja. Isi maklumat yang dikehendaki (*) dan lesen akan dihantar ke dalam e-mail anda.

Muat-Turun Perisian

1. Dalam laman ini, klik butang Download. Isi butir-butir yang dikehendaki dan klik butang Submit.
2. Setelah klik butang Submit, satu link untuk muat-turun perisian akan dihantar ke e-mail.
3. Klik link yang telah diberikan kepada anda dan pilih "BitDefender Antivirus Scanner for Unices (Linux, FreeBSD)"
4. Page berikutnya klik butang Download.
5. Klik EN_FR_BR_RO/ dan klik Linux pada laman berikutnya.
6. Bergantung kepada versi Linux anda (32-bit atau 64-bit), pilih yang mana bersesuaian, atau pilih BitDefender-Antivirus-Scanner-7.6-4.linux-gcc4x.i586.deb.run

Proses Instalasi Perisian

1. Buka terminal di Accesories>Terminal
2. Pergi ke direktori muat-turun kita tadi, cth: Desktop
cd Desktop

3. Taipkan kod di bawah:
sudo sh BitDefender-Antivirus-Scanner-7.6-4.linux-gcc4x.i586.deb.run

4. License Agreement akan keluar. Pada akhir License tersebut, taipkan accept.
5. Instalasi akan bermula.

Memulakan BitDefender

1. Setelah selesai proses instalasi, perisian baru kita akan berada di Applications>System Tools>BitDefender Scanner.
2. Buka aplikasi tersebut dan masukkan lesen percuma yang telah di-email pada kita sebentar tadi.
3. SELESAI !

p/s: Sila kemas-kini perisian tersebut untuk membolehkan virus-virus terbaru dikesan dan dibuang.

Tuesday, July 07, 2009

Tutorial : Cara Mudah Instalasi Firefox 3.5 (Shiretoko)

Saya juga kurang pasti kenapakah firefox 3.5 datang dengan nama Shiretoko dalam distro linux. Tetapi, anda boleh melakukan proses instalasi dengan mudah.

1) Backup Firefox asal anda.
cp -r ~/.mozilla/firefox/ ~/firefox_backup

2) Masukkan command di bawah pada terminal.
wget -O - http://releases.mozilla.org/pub/mozilla.org/firefox/releases/3.5/linux-i686/en-US/firefox-3.5.tar.bz2 | tar xj -C ~
3)Untuk membuka firefox, pergi ke home folder anda, buka folder firefox dan klik dua kali fail firefox. Anda juga boleh buka firefox dengan command ~/firefox/firefox

4) Untuk menambah aplikasi firefox ke menu utama, pergi ke System>Preferences>Main Menu

5) Pada ruangan "Command Field", masukkan direktori firefox anda, contoh home/namapengguna/firefox/firefox

6) Pada ruangan "Name Field" pula, masukkan Firefox 3.5

SELAMAT MENCUBA!!

p/s: Aku suka sangat "PRIVATE BROWSING...MUAHAHAHA!!"

Sedikit sisipan video tentang apa yang baru tentang Firefox 3.5:

Sunday, July 05, 2009

Ubuntu adalah Microsoft


PWND, itu saja yang dapat dikatakan. Tapi apa boleh buat, company besar pun boleh buat kesalahan ejaan. Sungguh tak disangka, tapi apa yang lebih menyedihkan ialah print-screen. Harap DELL dapat perbaiki dengan segera.

credit to : linuxologist

Pidgin 2.5.8 Telah Dilepaskan.

Selepas beberapa masalah yang dihadapi oleh para pengguna ubuntu mengenai Yahoo! Messenger menggunakan pidgin (seperti tidak boleh connect, gambar user tidak keluar, dan sebagainya), Pidgin tampil dengan versi terbaru, iaitu Pidgin 2.5.8.

Apa yang terbaru mengenai Pidgin terbaru ini?

  • ICQ
    • Fix misparsing a web message as an SMS message. (Yuriy Kaminskiy)
  • MSN
    • Increase NS command history size to prevent crashes on buddy lists that have a lot of buddies on other networks like Yahoo!
  • MySpace
    • Accounts with empty buddy lists are now properly marked as connected.
    • Fix receiving messages from users of MySpace IM's web client.
  • Yahoo
    • Fixed phantom online buddies. They should now properly disappear when signing out.
    • Fixed the crashes some users were seeing with cn.scs.msg.yahoo.com in 2.5.7.
    • Fixed compiling on systems with glib 2.4.x or older.
    • Fixed an issue with file transfers. This may not resolve all issues, but it should resolve at least some of the most common ones.
    • The pager server will automatically update to scsa.msg.yahoo.com if the user empties the field or if it is scs.msg.yahoo.com. This should ease the pain of transition to the new login method.
  • XMPP
    • Fix an incompatibility betweeen Prosody and libpurple clients.

Saya tertarik dengan update yang dilakukan oleh para developer pidgin mengenai Yahoo! Messenger.

Untuk proses instalasi, buka terminal dan masukkan code di bawah satu-persatu dan enter.

sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com \ 67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8

echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \ `lsb_release --short --codename` main | \
sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list


Kemudian buka Update Manager dan klik Check. Anda akan nampak update untuk pidgin versi baru ini.

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, June 27, 2009

60 Wallpaper ubuntu Paling Menarik!


Setelah satu hari kebosanan, saya terjumpa satu page yang saya rasa boleh dikongsi kepada para pembaca sekelian. Laman ini memaparkan 60 wallpaper paling menarik pernah saya lihat setakat ini, dan apa yang menariknya, wallpaper-wallpaper ini adalah berkaitan dengan ubuntu!

Anda boleh pergi ke page ini.

p/s: Apa yang menariknya, laman ini akan detect resolusi skrin anda dan memaparkan wallpaper, sesuai dengan resolusi skrin anda!

Selamat mencuba!

Friday, June 26, 2009

Tutorial: Tukar Gambar GRUB Loader & Usplash.

Banyak pertanyaan yang keluar dari para pembaca blog ini, bertanyakan tentang cara untuk menukar gambar pada Grub Loader dan usplash. Walaupun zulmalc banyak menulis tentang perkara ini, saya pasti ramai antara kita yang tidak faham atau tidak tahu bagaimana untuk menukarnya dengan cara yang betul.

Antara contoh post beliau:

http://melayubuntu.blogspot.com/2008/12/memperkenalkan-epidermis-tukar-tema.html

http://melayubuntu.blogspot.com/2008/11/background-pada-grub-loader-ubuntu.html

Pada sesi tutorial kali ini, saya ingin menyentuh tentang satu lagi perisian yang tidak kurang hebatnya berbanding epidermis dan cara manual untuk menukar GRUB Loader & usplash, iaitu Startup-Manager & Ubuntu Tweak.

Seperti mana yang kita ketahui, Startup-Manager dan Ubuntu Tweak merupakan satu perisian yang akan mengawal resolusi skrin GRUB, skrin splash, gambar GRUB & gambar splash. Apa yang menjadi masalah, ramai di antara kita yang tidak pernah atau tidak berani untuk menggunakan perisian yang bagus ini. Bagi saya, secara personal, belum cuba belum tahu, dan saya berani mengambil risiko menggunakan perisian Windows yang telah di-crack tanpa rasa bersalah. Oleh sebab itu, perlukah kita takut dengan perisian sebegini?

Tanpa membuang masa, mari kita tukar gambar GRUB Loader dan splash kita!

p/s: Untuk tutorial kali ini, saya menggunakan GRUB dan splash Mac4Lin


1) Muat-turun Startup-Manager:

sudo aptitude install startupmanager

2) Tunggu sehingga perisian habis diinstall.
3) Buka terminal dan taipkan sudo nautilus.
4) Setelah satu Window terbuka, taipkan /boot/grub pada bar address.
5) Klik kanan, dan create satu folder baru, namakannya "splash".
6) Copy dan Paste semua fail *.xmp.gz dan folder Mac4Lin>GRUB ke dalam folder yang telah dicreate tadi.
7) OK, berbalik pada Startup-Manager kita, ia terletak di System>Administration>Startup-Manager.
8) Buka perisian tersebut dan pergi ke tab Appearance.
9) Klik pada Manage Bootloader Themes... dan klik Add. Cari lokasi *xpm.gz kita tadi dan masukkan.
10) Sekarang klik pada Grub background image dan pilih gambar kegemaran kita.
11) Oh ya, jangan lupa untuk tick pada "Use background image for bootloader menu".



Untuk skrin splash pula, mari kita gunakan Ubuntu Tweak.

1) Install ubuntu-tweak di sini.
2) Sekali lagi, buka terminal, dan taipkan sudo nautilus.
3) Copy semua fail yang berada dalam Mac4Lin>GTK dan paste ke dalam /usr/share/pixmps/splash.
4) Sekarang buka Ubuntu Tweak pada direktori System Tools>Ubuntu Tweak.
5) Pada sidebar sebelah kiri, pergi ke Startup>Session Control.
6) Klik pada imej besar dan pilih usplash anda.



SIAP!!

Sebarang komen atau pertanyaan, boleh diajukan.

Tuesday, June 23, 2009

Masalah Yahoo Messenger dalam Ubuntu

Pada 20hb yang lepas, Yahoo! Inc. telah membuat sedikit perubahan dalam server messenger mereka. Dan hal ini secara praktikalnya telah menyebabkan im client dalam linux sama ada Pidgin, Kopete, Empathy atau Gyachi, tidak boleh login atau lebih tepat lagi tidak boleh connect.

Lol! Patutla syah tak boleh nak connect ke ym. Rupanyer si Yahoo ni ubah login method kat server diorang! Tapi jangan bimbang, jika anda menggunakan Pidgin, sila upgrade pidgin anda ke versi 2.5.7.

Bukak Terminal dan pastekan:
sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com \ 67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8
echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \ `lsb_release --short --codename` main | \
sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list

kemudian,
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade
Tapi jika anda menggunakan im client yang lain seperti Empathy, sila ubah url "server" seperti berikut:

cn.scs.msg.yahoo.com
Semoga berjaya!

Sunday, June 21, 2009

Mac4Lin: Macam Mana Untuk Melakukan Proses Instalasi.

Di atas permintaan ramai, saya ingin review sedikit tentang cara untuk melakukan proses instalasi Mac4Lin. Saya tahu, ramai yang ingin menggunakan tema ini, tetapi tidak tahu cara untuk melakukan proses instalasi. Di sini, saya ingin menerangkan serba-sedikit tentang cara-cara nya. (Saya beranggapan anda telah memuat-turun Mac4Lin versi 1.0 Final. jika tidak, anda boleh memuat-turunnya di sini).

Sudahkah anda memuat-turunnya? Jika sudah, mari mulakan....

Cara Pertama: Cara mudah dan mesra pengguna.

1) Beranggapan muat-turun anda siap, extract (saya tidak tahu untuk translate!)Mac4Lin.tar.gz anda ke Desktop.
2) Dalam folder yang sudah diextract, terdapat beberapa folder, dan 2 fail *.sh (Mac4Lin_Install_v1.0.sh & Mac4Lin_Uninstall_v1.0.sh)
3) Klik dua kali pada Mac4Lin_Install_v1.0.sh, dan tunggu dalam masa beberapa minit, dan SIAP!!

Cara Kedua: Menggunakan Terminal.

Cara kedua ini dilakukan oleh pengguna-pengguna Terminal yang pro dan kurang gemar pada fail-fail seperti *.deb dan sebagainya (otai laa mudah...haha!!).

1) Download dan extract Mac4Lin_Install_v1.0.tar.gz (contoh: ke Documents).
2) Buka terminal, dan pointkan terminal ke folder Mac4Lin_Install_v1.0.
3) Mengandaikan anda cut dan paste ke dalam folder Documents, menggunakan Terminal:

- cd Documents
- ls
- cd Mac4Lin_Install_v1.0
- sh Mac4Lin_Install_v1.0.sh
- Anda akan dapati Terminal akan meminta password untuk melakukan proses instalasi Sound dan GDM Login Theme dan juga GDM Theme.
- Masukkan password sudo anda, dan selesai!!




Bagaimana Untuk Tukar Ikon Apple Pada Start Menu:

Saya tahu, ramai pengguna yang ingin menukar pandangan desktop mereka kepada Mac 100%. Dengan ini, ikon pada start menu juga perlu diubah, bukan? Setelah melakukan beberapa eksperimen, kini saya ingin berkongsi cara saya untuk menukar ikon asal kepada ikon Apple.

(Amaran: Cara yang saya guna ini boleh membuatkan ubuntu anda crash dan terpaksa diinstall semula!!)

Jangan takut, kerana saya hanya melakukan sekali sahaja proses ini, dan tiada apa-apa yang berlaku pada distro saya. Tak cuba, tak tahu bukan?

p/s: Cara ini berkesan jika anda guna satu ikon pada Menu Bar (Main Menu pada Add to Panel, bukan Menu Bar)

1) Tekan alt+F2, masukkan gconf-editor, tekan ENTER.
2) Satu Window akan keluar. Pergi ke apps > panel > objects
3) Anda dapat perhatikan terdapat dua object pada menu tersebut, dan salah satu daripadanya adalah Main Menu anda.

Tip: Untuk mengetahui yang mana Main Menu anda, gerakkan Main Menu anda, dan lihat perubahan pada Position Parameter dalam conf-editor

4) Saya mengandaikan bahawa anda sudah mengetahui yang mana Main Menu anda, tick pada use_custom_icon. Klik dua kali pada custom_icon, dan pilih icon Apple yang menjadi pilihan anda.


Dan SIAP!! Di bawah adalah screenshot desktop saya setelah diubahsuai~~


Ada sebarang soalan? Komen di sini....

Songbird 1.2 Telah Dilepaskan!!


Sorry sebab lama tak diupdate....baru-baru ini, pada 19 Jun 2009, Songbird telah dilepaskan dengan beberapa fungsi baru. Kepada sesiapa yang tidak tahu mengenai Songbird ini, ia adalah satu perisian yang memainkan lagu dalam OS (Winf**k dan ubuntu), kira macam Amarok, Rhythmbox jugak laa. Songbird versi baru ini mengetengahkan fokus pada library management dan integrasi penuh dengan iTunes.

Antara fungsi-fungsi baru Songbird ialah:

Automatically Organize Library Files
Songbird can now automatically organize the files that are contained in your library. Once enabled, it will consolidate your media in one location. You can customize the structure of the folder and file names based on metadata contained in every track.

2-way Sync with iTunes
If you're using iTunes Music Store to purchase content, you can now automatically expose iTunes library tracks and playlists into Songbird. You can also export tracks and playlists added to Songbird back into iTunes, so that they can easily be synced to your iPhone or iPod touch.

Last.fm Radio
Last.fm Radio supports artist, tag, and user stations, mapping station links on the Last.fm website to play internally in Songbird. It includes the Radio Directory allowing you to conveniently browse and explore the tag and artist relationships on Last.fm. Additionally, the Radio directory includes quick links for playing stations based on your Last.fm library, your Songbird library, and friends/neighbors' libraries.

10-band Equalizer
Now you can tweak the frequency response of the audio playback to match your room's acoustics or your personal preferences.


Dan bagi performance enhancements pula:

We've continued to make the application more stable and zippier in all sorts of ways. Mainly:

  • Faster search
  • Deleting many tracks at once is faster
  • Selecting a large amount of tracks from the library is no longer slow
  • Reduced the amount of threads required to be running at all times by 50%
  • Fewer Crashes: We've worked hard to identify and fix some of the most common crashes in Songbird.

Kepada peminat setia Songbird, anda boleh memuat-turun aplikasi di sini.

Friday, June 19, 2009

Wine: Portable Adobe Photoshop CS4 and the geng

Assalamualaikum. Hari ni syah sedikit tertekan dengan kawan syah yang merendah-merendahkan sistem operasi linux khasnya ubuntu. Dia cakap "ape guna guna ubuntu lau xleh nak pakai photoshop". arrgghh!! satu statement yang bebetul wat syah naik darah. hahaha.

Ok, dalam artikel ni syah akan tunjukkan macam mana nak "run"kan Portable Adobe Photoshop CS4 dengan gunakan wine. Untuk tutorial ni, syah menggunakan versi wine 1.1.23. Jika anda sedang menggunakan wine versi lain, sila upgrade. sila rujuk artikel ni untuk upgrade.

Ok, jika anda dah install wine versi 1.1.23 or anda dah upgrade, jom mulakan!
  1. Download Portable Adobe Photoshop CS4 (rujuk bahagian komen untuk dapatkan link.
  2. Download winetricks dengan command ni,
    wget http://www.kegel.com/wine/winetricks
    sh winetricks msxml6 gdiplus gecko vcrun2005 ie6
    sudo apt-get install msttcorefonts
  3. Kemudian download atmlib.dll dan alihkan ke folder “~/.wine/drive_c/windows/system 32″.
  4. Kemudian cuba "run"kan PhotoshopCS4.exe.
  5. Siap!
Untuk maklumat anda semua, syah menggunakan ubuntu 9.04. Dan dengan trick ini, anda mungkin juga boleh "run"kan Adobe Dreamweaver CS3 @ CS4 dan Corel Draw X3 Portable(*).

* Untuk "run"kan Corel Draw X3, anda perlu download mfc40.dll dan alihkan ke system 32 wine anda.

Syah dah cuba dan ianya berhasil dengan lancarnya. Semoga Berjaya!!!

Tuesday, June 16, 2009

Mac4Lin 1.0 Final Telah Dilepaskan !!


Sebut tentang Mac4Lin, saya pasti semua yang membaca dan mengikuti blog ini mengenali satu projek yang bagi saya, PERFECTION ini. Oleh sebab itu, bagi pengguna distro ubuntu yang sangat menggilai Mac4Lin ini (seperti saya), jangan buang masa anda!

Anda boleh memuat-turun Mac4Lin 1.0 Final di sini.

Apakah kelebihan Mac4Lin 1.0 Final ini?

Full list of changes:

* Fully supports GNOME 2.26 and backwards compatible
* Improved support for GlobalMenu, support integrated in the default GTK theme
* Better native Xfce support
* Icon additions
* Statusbar is now fixed
* New progress bars
* New tabs
* Improved installation and uninstallation scripts
* Integrates well with Globus
* Finer UI refinements
* Metacity theme now supports different button sizes
* Firefox 3 themes are now updated
* Songbird plugins included
* Pidgin AWN 64bit plugin now included
* Fonts are now consolidated
* Transparent top panel
* GDM theme is now in-line with Mac OS X login window
* Cairo dock is the default recommended dock


Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh pergi ke blog mereka.

Sunday, June 14, 2009

Linux Adalah Distro Pertama untuk USB3.0


Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel's Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows!

Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc.

Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendiri, mereka boleh menunggu sehingga bulan September nanti untuk menikmati perkhidmatan tersebut.

p/s: Saya berharap USB3.0 akan dimasukkan ke dalam ubuntu 9.10 (Karmic Koala)...

Membuang Network Applet dalam ubuntu

Baru-baru ni, seorang kawan telah bertanyakan kepada saya, bagaimana untuk membuang Network Applet dalam ubuntu? Saya bertanya, kenapa hendak buang sedangkan ia sangat berguna untuk connect ke Internet dan mempamerkan status network kita? Dan jawapan yang diberikan, "Aku install ubuntu dalam desktop PC dan nak buang Network Applet, sebab aku connect ke Internet pakai cable." Oleh sebab itu, tanpa membuang masa, saya Google sedikit cara untuk buang Network Applet dalam ubuntu, dan beginilah cara-caranya:

1) Buka Sessions : System>Preference>Sessions
2) Dalam kekotak Windows yang dipamerkan, terdapat Network Manager. Buang tanda "tick" pada kekotak tersebut.

3) Selesai langkah di atas, pergi ke Tab Current Sessions, dan pergi ke program "nm-applet---sm-disable".



4) Klik "Remove", dan "Apply".

5) Restart distro anda. SELESAI !

Harap dapat menyelesaikan masalah anda.

Tuesday, June 09, 2009

Kesalahan Ejaan...Disengajakan Atau Tidak?


Hal ini berlaku kepada saya beberapa hari lepas, dan saya juga terasa agak malu apabila perkara ini berlaku. Perkara ini timbul apabila saya ingin melakukan instalasi cairo-dock ke dalam ubuntu 9.04 saya.

Mungkin anda memikirkan bahawa kesalahan ini adalah kecil dan tidak patut diketengahkan dalam blog ini, tetapi bagi saya, ejaan adalah satu faktor mengapa sesuatu produk itu berkesan dan mempunyai ramai pengikut, seperti ubuntu. Bahkan, jika anda mempelajari mata pelajaran grafik (saya lupa nama subjek apa...), anda tentu faham bagaimanakah ejaan memainkan peranan dalam mempromosikan satu-satu produk.

Perasankah anda pada perkataan-perkataan ini?
Malicous
Therefor

Ia sepatutnya:
Malicious
Therefore

Buat pengetahuan semua, saya masih belum menghantar repot ke laman web launchpad. Saya berharap agar seseorang di sini boleh mengetengahkan lagi perkara ini, bagi masyarakat ubuntu Malaysia menikmati distro terbaik ini tanpa sebarang masalah pada EJAAN, sekaligus masyarakat dunia pada umumnya.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Adakah perkara ini terlalu kecil untuk diambil-kira? Ataupun anda bersependapat dengan saya?

Monday, June 08, 2009

Perbezaan KDE dan GNOME




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lama blog melayubuntu ini tidak dikemaskini. Hadirnya saya di sini adalah untuk memberikan sedikit penjelasan tentang perbezaan antara KDE & GNOME. Dan saya percaya, bagi yang dah otai-otai, anda tidaklah perlu membaca post ini, kerana anda sudah tentu lebih arif tentang perkara ini. Post kali ini saya tujukan khas buat newbie-newbie macam saya, yang tidak tahu apakah KDE,GNOME dan perbezaan antara keduanya.

Fokus post kali ini adalah pada dua distro yang terkenal iaitu ubuntu dan kubuntu.

Dimaklumkan bahawa tujuan post kali ini diwujudkan bukan untuk membandingkan mana-mana distro, apatah lagi membeza-bezakan antara keduanya. Ianya sekadar pengetahuan. Bak kata orang tua-tua, "Tepuk Dada, Tanya Selera".

Ok, sekarang kita beralih kepada perbezaan keduanya...

Perbezaan pertama : Paparan Asal

Sepertimana yang kita dapat lihat di atas (kanan=ubuntu,kiri=kubuntu), perbezaan ketara dapat dilihat ialah warna tema distro itu sendiri. kubuntu hadir dengan warna biru dan hitam (asal), manakala ubuntu pula hadir dengan warna coklat dan perang (asal). kubuntu mempunyai satu toolbar pada bahagian bawah skrin, dan mempunyai satu sahaja menu. Bagi ubuntu pula, ia mempunyai dua toolbar, iaitu pada bahagian atas dan bawah skrin, dan dipecahkan kepada tiga menu utama, iaitu Applications, Places dan System.

Perbezaan Kedua : Navigasi Menu



Dalam KDE (kubuntu), terdapat menu yang dipanggil KMenu, yang mana digunakan untuk mengakses semua program yang terdapat dalam kubuntu. Sebagai contoh, jika anda ingin pergi ke folder Documents, hanya perlu klik KMenu>Documents>Open untuk membukanya.

Berbeza pula dengan gnome(ubuntu), gnome datang dalam tiga butang navigasi berlainan (boleh ditukar kepada satu butang sahaja), iaitu butang aplikasi (Applications), butang lokasi (Places) dan butang sistem (System). Jika anda ingin ke folder Documents sebagai contoh, anda hanya perlu klik Places>Documents sahaja. Mudah bukan?

Perbezaan Ketiga : Penamaan Fail dan Folder



Buat pengetahuan anda, kedua-dua KDE & GNOME menggunakan butang F2 untuk penamaan fail dan folder. Akan tetapi, dalam versi KDE yang lama, penamaan fail atau folder membabitkan keseluruhan nama fail tersebut, sebagai contoh: index.php. Ini bermakna kita dapat menukar extension fail tersebut kepada apa sahaja bentuk yang kita kehendaki, seperti index.html dan sebagainya. Berbeza dengan KDE baru, kita hanya dibenarkan menukar namanya sahaja, bukan extension. Oh ya, penukaran nama fail dan folder akan hadir dalam bentuk popup window.

Dalam GNOME pula, penukaran nama fail dan folder tidak membabitkan sebarang kehadiran popup. Hanya tekan F2 pada fail atau folder yang dikehendaki, tuliskan nama yang anda mahu dan tekan ENTER. Mudah, cepat dan kemas.

Perbezaan Keempat : Proses Shut Down



Dan yang terakhir ingin saya kongsi di sini ialah, cara untuk Shut Down kedua-dua distro ini. Kita mulakan dengan kubuntu terlebih dahulu. Untuk shut down, kita perlu menekan KMenu>Leave. Saya kurang pasti, sama ada KDE4 atau kubuntu sahaja yang mempunyai sistem ini, tetapi kebiasaannya, jika anda Leave, anda juga diminta untuk menutup Terminal Maya (Virtual Terminal). Bagi otai-otai yang biasa menggunakan Terminal Maya ini, saya rasa anda tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam memahami Terminal Maya ini. Bagi newbie seperti saya, ianya merupakan permulaan bagi satu masalah baru.....

Dalam ubuntu (GNOME) pula, cara untuk shut down mudah difahami. Sistem shut down ia juga telah diubah kepada satu applet, yang mana ianya memudahkan pengguna GNOME. Anda hanya perlu menekan applet tersebut dan pilih butang Shut Down...

Kesimpulannya...


Kedua-dua distro ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ramai pengguna KDE menyokong fungsi yang ditawarkan di dalam kubuntu. Manakala pengkritik kubuntu pula menyatakan bahawa menunya agak memeningkan.

Begitu juga dengan ubuntu. Terdapat peminat-peminat dan tidak kurang juga pengkritik distro ini. Dan topik bagi peminat dan pengkritik juga tidak lari, kebolehgunaan dan rupa bentuk distro itu sendiri, sama seperti kubuntu.

Akhir kata, TEPUK DADA, TANYA SELERA...Yang manakah menjadi pilihan anda? Sila nyatakan sama ada KDE atau GNOME dan nyatakan sebab anda~~

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...