Thursday, July 09, 2009

BitDefender AntiVirus dengan Lesen PERCUMA Setahun.


Semua distro linux terkenal dengan kekebalannya terhadap virus yang terdapat dalam Internet hari ini. Walaupun begitu, BitDefender telah bermurah hati dengan mengeluarkan satu anti-virus percuma terhadap ubuntu. Saya rasa tidak salah untuk mencuba perisian yang bagus ini, terutamanya untuk scan partition Winduz anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

Dapatkan Lesen Percuma (Untuk Kegunaan Personal Sahaja)

Pergi ke laman ini untuk mendapatkan lesen percuma selama setahun. Di sini saya ingin mengingatkan bahawa lesen ini hanyalah untuk kegunaan personal sahaja. Isi maklumat yang dikehendaki (*) dan lesen akan dihantar ke dalam e-mail anda.

Muat-Turun Perisian

1. Dalam laman ini, klik butang Download. Isi butir-butir yang dikehendaki dan klik butang Submit.
2. Setelah klik butang Submit, satu link untuk muat-turun perisian akan dihantar ke e-mail.
3. Klik link yang telah diberikan kepada anda dan pilih "BitDefender Antivirus Scanner for Unices (Linux, FreeBSD)"
4. Page berikutnya klik butang Download.
5. Klik EN_FR_BR_RO/ dan klik Linux pada laman berikutnya.
6. Bergantung kepada versi Linux anda (32-bit atau 64-bit), pilih yang mana bersesuaian, atau pilih BitDefender-Antivirus-Scanner-7.6-4.linux-gcc4x.i586.deb.run

Proses Instalasi Perisian

1. Buka terminal di Accesories>Terminal
2. Pergi ke direktori muat-turun kita tadi, cth: Desktop
cd Desktop

3. Taipkan kod di bawah:
sudo sh BitDefender-Antivirus-Scanner-7.6-4.linux-gcc4x.i586.deb.run

4. License Agreement akan keluar. Pada akhir License tersebut, taipkan accept.
5. Instalasi akan bermula.

Memulakan BitDefender

1. Setelah selesai proses instalasi, perisian baru kita akan berada di Applications>System Tools>BitDefender Scanner.
2. Buka aplikasi tersebut dan masukkan lesen percuma yang telah di-email pada kita sebentar tadi.
3. SELESAI !

p/s: Sila kemas-kini perisian tersebut untuk membolehkan virus-virus terbaru dikesan dan dibuang.

13 comments:

  1. waaa....aku lmbt skt je....aku dah terinstall avast dah dlm ubuntu aku...tp avast ni version lame..tq Ahmad Dean ko mmg best...

    ReplyDelete
  2. ubuntu kena ada anti virus juga ker..aku dah 3 bulan pakai..kalau tak install takpe ke??

    ReplyDelete
  3. tak de pe kot tak install...maju linux...siap ada bitdefender lagi

    ReplyDelete
  4. baguslah bit defender ni. suda wa scan ada virus dia da detek & clean ubuntu wa. yg bes free setahun,

    ReplyDelete
  5. Weh lepakings. Bile2? Kamon la.. Haha. Ooo antivirus. Bagus2. Pasni aku x analyst virus da weh. marilah sama-sama berkabung. :p

    ReplyDelete
  6. @autorobot14: sama-sama...selamat mencuba!
    @ismaelxpdc: xpe...ubuntu mane ade virus...haha!gune nk scan partition winduz je aku.

    ReplyDelete
  7. aku tak guna antivirus pun...nak guna buat apa kan....

    ReplyDelete
  8. salam,

    pada aku, linux tak perlu av pun takpe. tp saje2 je nak rasa linux ada av.

    ada isu2 berkaitan prestasi & false positive x dgn bit defender nih? sbb 2 tahun sudah aku pakai av ni. tp, bila dia run pc jd slow. pastu tukar nod32(kedua2nya dlm Windose)

    apa kata kita give a try to avira(for linux) jugak? low resources dgn ram. detection ok. false positive pun kurang berbanding bit defender.

    ReplyDelete
  9. @Anonymous: haha...baek aku pkai ClamAV...detection pn ok, free plk 2...or lg baek xyah pkai trus antivirus...

    ReplyDelete
  10. xyah la pakai biasa antivirus ni melambat kan sistem jek
    hehee...

    ReplyDelete
  11. @jipang_menjerit@UbuntuSeekers: tidak jika anda tidak menggunakan winduz...

    ReplyDelete
  12. thanks for this info, very usefull.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...