Posts

Showing posts with the label software

Memasang Elementary Music App BeatBox Dalam Ubuntu 11.04 : Ringan, Laju & Terbaik

Image
Terlalu banyak music player diluar sana yang boleh dicuba dalam ubuntu. Antaranya Rthymbox, Banshee, Minitunes, Clementine, DeadBeef, Miro dan pelbagai lagi. Kita mungkin mempunyai terlalu banyak pilihan. Namun siapakah yang akan memberitahu kita music player yang mana yang terbaik? Cuba sendiri! sudo add-apt-repository ppa:elementaryart/elementarydesktop sudo add-apt-repository ppa:sgringwe/beatbox sudo apt-get update sudo apt-get install beatbox Apabila saya mencuba BeatBox, sebenarnya saya kagum dengan kepantasannya scan semua fail-fail music saya yang tidak kurang daripada 10GB. Ianya mempunyai interface yang simple, ringan, dan menarik, segalanya yang boleh anda harapkan daripada pembangun Elementary. Sekiranya anda memerlukan music player yang sederhana dan tidak terlalu complicated, BeatBox adalah pilihan terbaik yang kita anda tanpa ragu. Selamat mencuba.

Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan

Image
Pengetahuan spesifik tentang apt-get dan aplikasinya adalah esklusif kepada pengguna linux debian. Pengguna ubuntu biasanya menggunakan kata arahan apt-get untuk memuatturun paket-paket program daripada pelayan yang ditetapkan untuk proses samada pemasangan perisian (apt-get install), kemaskini (apt-get update) mahupun naiktaraf (apt-get upgrade). Namun sekiranya proses apt-get tersebut tidak cukup pantas bagi sambungan internet anda, pengguna ubuntu sebenarnya mempunyai satu lagi altenatif yang berbaloi untuk dicuba iaitu apt-fast. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna haruslah melalui proses berikut; 1) Pasang pakej Axel sudo apt-get install axel 2)Masukkan kata arahan berikut seterusnya sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net sudo apt-get update sudo apt-get install apt-fast Selesai pemasangan ini, barulah pengguna boleh menggunakan apt-fast untuk proses memuatturun paket-paket perisian daripada pelayan. Artikel & Imej : http://www.addictivetips.com

Sync Dokumen Antara Google Doc & LibreOffice Menggunakan Addon OOO2GD

Image
Sekiranya anda pengguna Google Doc dan pada masa yang sama inginkan keselesaan perisian pejabat LibreOffice, OOO2GD adalah addon yang membantu anda sync dokumen antara kedua-dua perisian online & offline tersebut. Pemasangan addon ini ke dalam ubuntu boleh dilakukan berpandukan artikel rujukan saya di : http://www.webupd8.org/2011/06/libreoffice-google-docs-sync-addon.html Selamat mencuba!

Menemui Webian Shell : Konsep Pengganti Desktop Oleh Mozilla Lab

Image
Konsep browser sebagai pengganti desktop adalah sesuatu yang sedang diusahakan selama ini oleh gergasi internet iaitu Google melalui Chrome OS manakala kita juga tidak lupa kepada Jolicloud yang menawarkan konsep berasaskan awan. Kini pemain baru muncul dengan sesuatu yang dinamakan Webian Shell dan ianya adalah dari Mozilla Lab, unit R&D kepada pembangun pelayar web Firefox. Namun begitu, seandainya  Chrome OS adalah sistem operasi kepada sesebuah komputer, webian shell setakat ini hanya merupakan sebuah perisian yang dipasang di atas sesuatu sistem operasi dan ianya tidak mempunyai fungsi untuk mengawal apa-apa pada level hardware seperti mengawal bunyi, network, batery dan sebagainya. Dengan kata lain, webian shell hanyalah sebuah pelayar web berskrin penuh. Webian Shell memaparkan blog melayubuntu Sekiranya anda berminat untuk mencuba webian shell ini, ianya boleh dipasang ke dalam mana-mana sistem operasi termasuk Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux. Fail pemas...

Tatacara memasang perisian Miro 4.0 dalam Ubuntu 11.04

Image
Miro telah berkembang menjadi perisian multimedia sumber terbuka dan multi platform paling versatile pernah dibangunkan dan kini telah mencapai versi 4.0 yang membawakan ciri-ciri yang mengiurkan kepada pengguna. PPA rasmi bagi Miro 4.0 telah disiapkan untuk ubuntu 11.04 dan pengguna Natty Narwhal boleh terus memasangnya melalui tatacara berikut. Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut satu persatu sudo add-apt-repository ppa:pcf/miro-releases sudo apt-get update sudo apt-get install miro Selain daripada ciri-ciri serta fungsi sedia ada yang mengagumkan, Miro 4.0 membawakan fungsi sokongan untuk sync muzik terus ke dalam telefon pintar Android. Insyaallah di kesempatan yang lain saya akan mengulas berkenaan fungsi ini.

Memasang Minitube 1.4.x & Minitunes 0.1.x Dalam Ubuntu

Image
Flavio Tordini , pembangun di sebalik aplikasi Minitube dan Minitunes wajar diberi pujian atas kedua-dua aplikasi yang dihasilkannya untuk komuniti kerana kedua-dua aplikasi tersebut ternyata sangat berguna, menampilkan kelainan, dan sangat menarik untuk dicuba. Minitube 1.4.x Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan aplikasi minitube. Hari ini izinkan saya mengulas terlebih dalam mengenainya dan ciri serta fungsinya. Memasang Minitube 1.4.x dalam ubuntu Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; sudo apt-get apt-add-repository ppa:neversfelde/minitube sudo apt-get update sudo apt-get install minitube antaramuka minitube yang kemas senarai video dikategorikan kepada 3  - most relevant, most recent, most viewed fungsi muatturun video Antara ciri dan fungsi minitube ialah; - pencarian berasaskan keyword dan juga channel - fungsi muatturun dengan 1 klik - ringan - pilihan kualiti video 360p, 480p, 720p, 1080p - minitube akan memainkan video secara automatik d...

Scrivener untuk Linux! Perisian berbayar kini mengintai pasaran pengguna linux?

Image
Petang tadi saya terbaca artikel di OMGUbuntu! tentang satu aplikasi yang saya pernah guna ketika menggunakan Mac OSX satu ketika dahulu iaitu Scrivener! Scrivener ialah satu aplikasi 'word processing' khas untuk penulis yang selama ini secara tradisinya hanya dibangunkan untuk sistem operasi Mac OSX. Namun tradisi itu tidak lagi dipertahankan apabila pembangun Scrivener mula membangunkan dan telah mengeluarkan versi beta pertama bagi aplikasi ini untuk dicuba secara percuma oleh pengguna sistem operasi berasaskan Linux dan Windows! Sekiranya anda ingin mencuba aplikasi ini dalam ubuntu, ikut panduan berikut; 1) Muat turun Scrivener versi Linux di sini : http://literatureandlatte.com/scrivenerforwindows/ 2) Extract fail bernama 'LiteratureAndLatte' ke dalam Home folder 3) Buka terminal dan taipkan; sudo mv LiteratureAndLatte /usr/local/ 4) Untuk melancarkan aplikasi ini, buka file manager dan pergi ke file system - usr - local - LiteratureAndLatte - bin , kem...

Idea pasukan Elementary - Wingpanel

Image
Sekiranya anda pembaca tegar OMGUbuntu , pasti anda terbaca sesuatu berkenaan Wingpanel , altenatif gnome-panel yang menjanjikan penggunaan ruang vertikal yang lebih minimalis. Idea seperti wingpanel ini selain dapat keluar dari konsep Mac OSX, ianya juga dapat menggantikan gnome-panel yang selama ini sentiasa mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan. Sekiranya anda masih kabur tentang wingpanel, sila saksikan video di bawah;   Pembangunan Wingpanel masih lagi dalam giat dijalankan dan kod Wingpanel masih lagi tidak begitu stabil dan serasi dengan sistem ubuntu yang sedia ada. Apabila munculnya Wingpanel yang stabil, saya akan tulis mengenai cara pemasangannya.

Convert AudioVideo melalui program FFMPEG

Image
GUI untuk ffmpeg Sinthgunt 2.0.3 adalah merupakan converter digital bagi audio dan video kepada 100 format lain. Lebih kurang sama dengan winFF. Ciri-ciri: Graphic User Interface(GUI) 100 pre-configured conversion setting 100% Sumber terbuka tidak perlu bayar-bayar apa. Free as in lunch not beer.....eheheh Cara-cara install: Pastikan sudah ada perisian ffmpeg dalam Ubuntu anda. Jika belum install guna pakcik sudo sudo apt-get install ffmpeg subversion Selepas itu, dapatkan fail deb di http://code.google.com/p/sinthgunt/downloads/list Klik 2 kali fail tersebut Siap!!! untuk convert kepada mana-mana jenis fail yang anda suka.

Mencantumkan dokumen PDF dan imej dengan mudah menggunakan Couturier

Image
Diinspirasikan oleh iCombiner untuk Mac OSX, Couturier adalah satu aplikasi untuk linux yang berfungsi untuk mencantumkan dokumen PDF dan Imej ke dalam satu dokumen yang boleh dilindungi oleh kata laluan yang ditetapkan oleh penciptanya. Cara penggunaannya semudah ABC, drag & drop fail PDF dan imej ke dalam Couturier, tentukan susunan dokumen tersebut dengan drag & drop, masukkan kata laluan (sekiranya anda ingin melindungi dokumen anda), kemudian klik butang Combine. Memasang dalam Ubuntu Pergi ke laman Couturier dan muatturun fail .deb dan double click padanya untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, menunya boleh didapati dalam Applications - Office - Couturier. Video cara penggunaan. Selamat mencuba.

Bricscad™ V10 untuk Linux Dilepaskan : Altenatif AutoCAD untuk Linux

Image
  image dari : webupd8.org Syarikat Bricsys adalah pembangun pertama yang mengambil inisiatif membangunkan perisian CAD berasaskan .dwg, Bricscad untuk sistem operasi linux seperti ubuntu, fedora dan opensuse. Meskipun perisian ini bukanlah perisian percuma mahupun open source, namun untuk sebuah platform yang sekian lama menantikan altenatif kepada perisian berbayar seperti AutoCAD merupakan satu berita yang cukup mengembirakan. Dari segi harga pula, berbanding dengan AutoCAD yang harga permulaanya sahaja mencecah USD4000++, Bricscad hanya mengenakan harga 275 USD (promotion untuk versi Linux) yang mana ianya harga yang cukup rendah dan berbaloi untuk dicuba. Sekiranya anda masih ragu-ragu , Bricscad boleh dicuba selama 30 hari tempoh percubaan dengan hanya perlu memuatturun fail DEB, RPM atau TAR.GZ (untuk versi linux yang setara).

Pasang Firefox 4.0 Beta 7 dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Image
Wow. Saya merupakan pengguna Google Chrome dan saya ada sebab mengapa saya guna pelayar web Google Chrome . Namun pada hari ini saya ingin mengucapkan, Chrome, maaf..aku terpaksa berlaku curang kali ini! Maaf ku tak bisa, memilih dirimu.. Kerna ku terhanyut..mencintai dia.. Segalanya kerana saya telah mencuba Firefox 4.0 Beta 7. Yup, ianya masih beta namun mengagumkan! Memasang dalam Ubuntu Lucid/Maverick Masukkan kata arahan berikut ke terminal sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa sudo apt-get update sudo apt-get install firefox-4.0 Selesai proses pemasangan, ianya boleh dilancar melalui menu Applications - Internet - Minefield 4.0 Web Browser. Saya telah menulis tentang ciri baru yang telahpun diperkenalkan dalam versi beta ini dan apa yang lebih mengagumkan ialah kepantasan, penggunaan memori yang minimal (lebih baik dari chrome), dan keupayaan untuk menjalankan fungsi sesuatu laman web tanpa masalah (saya mempunyai pengalaman yang kurang baik bersama chr...

Memasang Scribus (Perisian Desktop Publishing) 1.5.0.svn dalam ubuntu lucid/maverick

Image
Scribus merupakan perisian Desktop Publishing seperti Adobe Indesign, Microsoft Publisher atau juga Page Maker dan dibezakan dengan methadologi pembangunananya iaitu sumber terbuka dan bukannya bersifat pemilikan (proprietary). Dalam dunia ubuntu, scribus digunakan secara meluas dan antara yang paling terkenal ialah penghasilan Majalah Full Circle yang telah mencapai edisi ke-40 bulan lepas. Baru-baru ini Mark Shuttleworth menulis didalam blognya tentang pakej scribus dalam ppa ubuntu yang mana versi stabilnya tidak up-to-date dengan versi stabil dan versi pembangunan semasa sedangkan Canonical sendiri bergantung kepada aplikasi Scribus untuk menghasilkan flyer, brochure dan seumpamanya. Inisiatif Mark Shuttleworth tersebut telah mewujudkan satu PPA yang mengandungi pakej Scribus versi paling terkini dan stabil yang boleh digunakan oleh semua pengguna ubuntu. Untuk memasangnya, sila masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal; sudo apt-add-repository ppa:scribus/ppa sudo apt...

10 Aplikasi kegemaran saya dalam ubuntu

Image
Kehidupan saya dibahagikan kepada 2 - kehidupan digital & kehidupan analog. Rasanya ramai pembaca kat sini yang turut mengamalkan 2 corak kehidupan sebegini. Kehidupan analog saya mungkin tidak begitu menarik. Aplikasi wajib ialah pakaian, telefon bimbit, wallet, kungci-kungci dan seumpamanya. Boring bukan? Sebaliknya, kehidupan digital saya agak menarik untuk dikongsi bersama dan saya harap pembaca yang lain juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam ruangan komen :) 10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome . Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox. Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino , Yoono , dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang se...

Memasang Inkscape 0.48 ke dalam ubuntu lucid lynx

Image
Kelihatannya aplikasi reka grafik illustrator kegemaran saya telah menerbitkan versi terbarunya iaitu versi 0.48 (walaupun saya menggunakannya sejak alpha lagi). Inkscape 0.48 menawarkan beberapa perubahan terutama sekali dari segi interface (rujuk screenshot) dan beberapa lagi ciri yang dihighlightkan oleh pembangun inkscape iaitu; multipath editing improved text tool: subscript, superscript, numerical input for text kerning, tracking and more new Airbrush tool LaTeX export with PDF/PS/EPS JessyInk extension to create presentations numerous bugfixes Apapun versi 0.48 ini sekiranya anda perasan kitarannya agak pendek berbanding versi yang terdahulu dan ini adalah kerana pihak pembangun inkscape ingin memperkenalkan teknologi baru yang dibangunkan dengan kerjasama projek Google Summer of Code (GSoC). Memasang ke dalam ubuntu lucid lynx sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/linuxfreedomlucid sudo apt-get update && sudo apt-get install inkscape Sekiranya anda sudah ...

Memasang Docky + Stacks melalui bzr

Image
Saya cukup tidak sabar untuk mencuba fungsi stacks pada docky. Untuk makluman, fungsi stacks akan dicantumkan ke dalam docky dalam versi 2.1 tetapi kita tidak tahu bilakah ianya akan dikeluarkan, dan versi pembangunan docky sekalipun masih belum memasukkan fungsi ini. Apa itu stacks? Sekiranya anda biasa mengikuti perkembangan dunia sistem operasi terutamanya Mac OSX, stacks merupakan satu fungsi dinamik pada dock yang mula diperkenalkan untuk versi Mac OSX Leopard memudahkan penggunakan komputer mencapai fail-fail di dalam folder tanpa perlu membuka file browser seperti finder (dalam mac osx) atau nautilus (dalam ubuntu) sekaligus ia menjimatkan banyak masa berserta cara penggunaannya yang interaktif memberikan pengalaman penggunaan yang cukup mengujakan. Memasang docky + stacks dalam ubuntu lucid lynx. Cara pemasangan yang akan saya tunjukkan ini adalah agak berbeza dengan apa yang selalu saya tunjukkan sebelum ini. Sekiranya anda blurr, sila tanyakan dalam ruangan komen; 1....

Tip Pantas : Rekod internal audio dalam ubuntu

Image
Merekod external audio bukan sesuatu yang sukar dalam ubuntu kerana kita mempunyai aplikasi seperti Sound Recorder yang terpasang secara default dalam ubuntu dan juga Audacity yang lebih banyak fungsi termasuk mengedit video. Bagaimana pula dengan internal audio? Contohnya, anda memainkan flash audio pada firefox dan anda tertarik pada audio tersebut. Bagaimana untuk merekod audio tersebut? Langkah-langkah; 1.Pasang " pavucontrol " menggunakan ubuntu software center. 2.Buka Pulseaudio Volume Control (dalam menu aplikasi pada sound & video) 3.Buka Sound Recorder . 4.Klik pada tab Recording pada Pulseaudio Volume Control dan pastikan ia telah memilih Application . 5.Ketika ini, pada Sound Recorder, klik pada butang Record Sound . Serentak dengan itu, anda boleh melihat Pulseaudio Volume Control pada tab Recording tadi akan mengesan aplikasi yang sedang membuat aktiviti recording. 6.Pada Pulseaudio Volume Control tadi (dalam tab Recording) Klik pada Internal Audio...

Gwibber 2.31.5 membawakan sokongan Google Buzz [Screenshot]

Image
Namun setelah mencubanya, Gwibber masih gagal mengemaskini akaun Google Buzz milik saya tidak seperti yang diwar-warkan dan ini adalah sifat turun temurun gwibber yang agak kurang memberansangkan. Sepatutnya gwibber sebagai aplikasi penting dalam ubuntu wajar bukan sahaja setakat menyokong Google Buzz malah menyokong fungsi upload ke twipic dan seumpamanya namun semua itu kelihatan masih jauh dari menjadi kenyataan. Sekiranya ia menjadi kenyataan pun, adakah ia bakal berfungsi seperti yang diwar-warkan? Dengan reputasi sebegitu rupa, dibawah merupakan mockup kepada gwibber dimasa akan datang . Sekiranya anda masih berminat mencuba gwibber 2.31.5 sila muatturun di sini [ link ]

Bersama ubuntu dalam menghayati Ramadhan Kareem

Image
[Artikel tahun lepas yang dikemaskini] Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer. Zekr . Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya. Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr . Pakej ttf-me-quran : Kl...

Memasang Ubuntu Control Center 0.5 dalam Lucid Lynx

Image
Ubuntu Control Center merupakan satu utility pengurusan sistem ubuntu yang diinspirasikan oleh Mandriva Control Center. Sebenarnya agak sukar untuk saya huraikan dalam bentuk tatabahasa apakah yang berbeza antaraUbuntu Control Center,  Ubuntu Tweak mahupun Ailurus . Masing masing manawarkan sistem pengurusan sistem ubuntu yang intuitif, mudah menggunakan interface yang senang untuk difahami. Pemasangan dalam Ubuntu Muatturun fail DEB dari laman muatturun Ubuntu Control Center . Saya nasihatkan anda memuatturun dan memasang pakej dependencies iaitu Font-Manager dan Jstest-GTK terlebih dahulu (dari page yang sama dengan diatas). Kemudian barulah dipasang Ubuntu Control Center. Antara yang menarik Saya tertarik dengan fungsi Retrieve PPA GPG Keys. Fungsi ini mampu mengaplikasikan PPA GPG Key kepada yang sepatutnya sekiranya anda menambah PPA ke dalam ubuntu secara manual (edit sources.list) Saya juga tertarik dengan satu butang upgrade ke latest development release. Oleh ker...