10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu
- Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome. Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox.
- Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino, Yoono, dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang sepatutnya).
- Docky : Docky merupakan app launcher yang elegant dan cukup versatile. Ianya simple, kemas, tersusun dan dilengkapi dengan docklet yang senang untuk diurus dan menyokong penuh gaya kehidupan digital saya.
- Terminal : Sebagai pengguna ubuntu, saya mengakui yang saya tidak boleh hidup bebas secara digital tanpa menggunakan terminal. Saya biasanya menggunakan terminal untuk apt-get update, apt-add-repository, apt-get install, wget -c, killall, apt-get remove, apt-get autoremove, apt-get clean, cd, mv, cp, aptitude show, dan sebagainya. (masukkan kata arahan "history" untuk mengetahui kata arahan yang selalu anda gunakan dalam terminal).
- Rhythmbox : Owh, kadangkala saya menggunakan Banshee tapi akhir-akhir ni saya kerap menggunakan rhythmbox untuk mendengar lagu.
- Inkscape : Eh, macam mana inkscape jatuh nombor 6? Sebenarnya akhir-akhir ni agak jarang berkarya. Namun inkscape masih aplikasi wajib yang mesti ada dalam mesin ubuntu saya. Ianya aplikasi vektor grafik yang sangat hebat!
- OpenOffice.org : Sebenarnya saya agak jarang menaip dalam OpenOffice.org ni. Mungkin sebab tak ada apa nak taip pun. Saya update blog secara terus menggunakan blog editor yang lebih mudah nak urus html. Apapun OpenOffice.org masih aplikasi wajib. Ia boleh membuka fail Microsoft Office (doc, docx) dan boleh simpan hasil kerja juga ke dalam format yang boleh dibaca oleh Microsoft Office. Tak mahal pun, free jer app ni.
- Thunderbird : Saya tidak menggunakan Evolution untuk menguruskan email saya kerana saya peminat thunderbird. Saya sangat kagum dengan evolusi thunderbird berbanding evolution itu sendiri dalam bab setup akaun email. Thunderbird hanya minta alamat email dan password kemudian yang lain akan dikesan secara automatik (server pop, imap bla bla saper nak hafal?)
- Shutter : Aplikasi mengambil screenshot yang mempunyai pelbagai fungsi. Saya agak tidak suka satu perkara iaitu ia akan loading screenshot2 yang terdahulu setiap kali dilancar. Fungsi yang lain sangat memudahkan dan canggih!
- Empathy : Menduduki no. 10 kerana akhir-akhir ni saya jarang berchatting. Sorry yer kalau tak reply korang tegur. Dok depan komputer macam biskut akhir-akhir ni. Banyak benda nak buat.hehe..
Tanpa 10 aplikasi ini, kehidupan digital saya tidak mungkin lengkap. Lagi satu perkara, ELEKTRIK & INTERNET adalah "roh" dalam dunia digital saya. Manakala dunia analog saya biarlah kekal rahsia. Anda pula bagaimana?
hehe..internet dan elektrik sudah semestinya...
ReplyDeletebro tak layan movie erk..
totem2....=)
ingat lepas ni nak bertukar kepada ubuntu tapi banyak lagi perlu dipelajari open source ni
ReplyDeletetak pe...this is not a reason..
ReplyDeleteada minat, mesti boleh punya....
ermmm.. aku pulak..
ReplyDeletelau nak surfing tenet - chromium (xpakai google chrome)
lau nak donlod muvie - firefox (sebab ade downthemall)
lau nak dengar lagu - rhymthbox dan covergloobus
lau nak chat - empathy
lau nak tweak - ubuntu-tweak (aku wajib kene ade nih. kah3)
lau rindu awek - skype
lau bosan - vlc sebab nak layan movie
lau ape lagi ek??? hahahaha..
totem ke -11..haha
ReplyDeletehuyoo..layan awek guna skype.
ReplyDeletebest arr..hahaha
Antivirus tak pasang kew? kaspersky? Avira? jangan marah? kuang kuang...
ReplyDeletehehhee.. dah awek duk jauh.. lepas raya ni fly gi wat dentistry kat jordan.. aku kene tinggal sorang2 kat sini.. kah3.. time ni la skype tu sangat berguna.. keh3..
ReplyDeletehahaha.. sori bro.. real man dont use antivirus..
ReplyDeletex mula buat sekarang, bila lagi? hehe...
ReplyDeleteaku suka vlc untuk tengok movi, google chorme untuk cari movie dan JDownloader untuk download movie dari rapidshare.
ReplyDelete