Posts

Showing posts with the label ubuntu

Ciri terbaru Ubuntu: HUD??

HUD adalah singkatan bagi perkataan Head-Up Display. Konsepnya adalah untuk tidak menggunakan menu  sebaliknya hanya menggunakan papan kekunci. Jadi kurang gunakan mouse. Mark Shuttleworth membuang menu dalam Ubuntu untuk mendapatkan dsiplay atau paparan yang lebih besar. Ini merupakan inovasi yang saya rasa agak besar dan radikal kerana fungsi menu  tidak pernah berubah sejak 30 tahun yang lepas. HUD memberikan pengalaman yang lebih canggih kepada end-user kerana ia menggunakan VUI berbanding GUI. Pasti anda pernah mendengar perkataan GUI=Graphical User interface tetapi VUI??? VUI adalah akronim bagi perkataan Vocabulary User Interface. Jadi bila kita menaip sesuatu pada HUD ia akan menggunakan fuzzy matching dan belajar daripada apa yang kita taipkan di HUD. Shuttleworth mendakwa, "Apabila anda telah gunakan ia untuk beberapa lama HUD seperti boleh membaca fikiran anda, dalam bentuk yang baik". Antara Ciri-ciri HUD: Taip untuk- cari history Akses bookmark dalam br...

Kenapa Saya Memilih iMac.

Image
Ironi. Itu mungkin yang bermain difikiran pembaca blog melayubuntu apabila mendapat tahu saya telah membeli sebuah iMac. Adakah melayubuntu sudah jemu dengan ubuntu dan ingin beralih angin kepada produk Apple pula? Ingin "murtad" dari menggunakan ubuntu dan menghambakan diri kepada perisian proprietary, perisian cetak rompak dan seumpamanya? Sebelum saya mengulas panjang, izinkan saya mendedahkan hampir 99% daripada entry blog ini ditulis menggunakan Macbook! Ya, Macbook! Kenangan Macbook ketika masih "muda". Ketika ini saya berjinak-jinak dengan Hackintosh. Namun saya bukan pengguna Mac OSX 100%. Dalam Macbook yang saya guna sejak 2007 tersebut, Mac OSX sudah lama dibuang partitionnya dan jika ada sisanya hanyalah sistem partition EFI. Sejak memasang Lucid Lynx 10.04, saya tidak pernah fresh install ubuntu dalam Macbook itu dan lebih suka upgrade ke versi terbaru sehinggalah versi terkini 11.10. Perkenalan saya dengan produk Apple pula bermula sejak saya mem...

Prestasi Ubuntu 11.04 & Unity Setakat Ini...

Image
Artikel ini ditulis selepas lebih kurang sehari saya menggunakan Ubuntu 11.04 atau kod namanya Natty Narwhal. Ubuntu versi baru yang dilepaskan pada penghujung april lalu ini di datangkan bersama antaramuka serba baru diberi nama Unity. Saya banyak mendengar komen dan pendapat pengguna yang terlebih dahulu berpeluang menggunnakan unity terutamanya soal kestabilan dan kemudahgunaannya disamping perbandingan dengan Gnome 3 yang dikatakan menawarkan antaramuka lebih mengancam. Saya mengambil sikap berdiam diri terhadap komen-komen tersebut sehinggalah saya sendiri yang memasang dan menggunakannya dalam komputer saya. Melalui pengalaman saya, saya simpulkan Ubuntu 11.04 & Unity kepada berikut; 1. Unity Launcher : berada di sebelah kiri skrin. Animasi 3D launcher ini sangat menarik namun fungsi autohide (default) adalah sangat merimaskan. Namun pengguna boleh disablekan fungsi autohide menggunakan CCSM - Ubuntu Unity Plugin. Saiz icon pada launcher juga boleh diubah menggunakan ...

Mencuba Ubuntu 11.04 Secara Online

Image
Apabila pihak Canonical mengumumkan pemberhentian perkhidmatan ShipIt, ianya mengecewakan ramai peminat ubuntu seluruh dunia, khususnya mereka yang menjadikan aktiviti mengumpul CD ubuntu rasmi sebagai hobi dwi-tahunan.  Namun bagi 11.04 ini ada sedikit kelainan yang mungkin mampu menceriakan sebahagian dari peminat ubuntu iaitu kini anda boleh mencuba ubuntu terbaru secara online tanpa perlu memuatturun atau memasang ubuntu. Sekiranya anda berminat, sila layari : http://try-ubuntu-beta.ec42.net/ Meskipun begitu, kepantasan ubuntu versi online ini bergantung sepenuhnya kepada tahap kepantasan internet pengguna dan oleh kerana permintaan yang tinggi, setiap pengguna hanya dibenarkan mencuba selama 15 minit sahaja.

Ubuntu Gnome Remix : Projek Gnome 3 Untuk Ubuntu Bermula

Image
Mark Shuttleworth telah mengumumkan, bermula dari ubuntu 11.10 dan seterusnya, unity adalah satu-satu interface yang akan digunakan dalam ubuntu. Namun sekiranya anda tidak dapat dipisahkan dengan gnome, kini terdapat satu projek yang berhasrat untuk mengekalkan gnome sebagai interface untuk ubuntu iaitu Ubuntu Gnome Remix . Projek ini masih lagi baru dan laman webnya dihostkan secara sementara di link yang diberikan di atas. Namun kewujudan projek sebegini sedikit sebanyak dapat memberikan pengguna pilihan sekiranya mereka tidak sukakan unity sebagai interface ubuntu. Visi projek ini ialah; The Ubuntu Gnome Remix will be a mix of the best of GNOME and Ubuntu. It's GNOME and open source roots will be very apparent. Compatability for both classic GNOME (what Ubuntu has used for years) and GNOME3 (a brand new interface that is made of awesome) will be maintained. One day, we hope this will become an official Ubuntu distribution, possibly under the name Gubuntu. Note we canno...

Ubuntu 11.04 Beta 2 Dilepaskan

Ubuntu 11.04 atau Natty Narwhal semakin mendekati versi akhir apabila versi beta 2 dilepaskan hari ini. Versi pembangunan terakhir yang dikenali dengan versi beta 2 ini memperbaiki segala kelemahan dari segi kestabilan, membaiki pepijat (bugs) dan memperkenalkan beberapa ciri baru bagi memantapkan lagi pengalaman kepenggunaan desktop ubuntu. Pengguna biasa adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan versi pembangunan ini kerana ianya masih mempunyai beberapa kekurangan dari segi kestabilan dan sebagainya. Namun sekiranya anda masih berdegil, anda boleh memuatturun ISO versi beta 2 ini di  http://www.ubuntu.com/testing/download .

Scrivener untuk Linux! Perisian berbayar kini mengintai pasaran pengguna linux?

Image
Petang tadi saya terbaca artikel di OMGUbuntu! tentang satu aplikasi yang saya pernah guna ketika menggunakan Mac OSX satu ketika dahulu iaitu Scrivener! Scrivener ialah satu aplikasi 'word processing' khas untuk penulis yang selama ini secara tradisinya hanya dibangunkan untuk sistem operasi Mac OSX. Namun tradisi itu tidak lagi dipertahankan apabila pembangun Scrivener mula membangunkan dan telah mengeluarkan versi beta pertama bagi aplikasi ini untuk dicuba secara percuma oleh pengguna sistem operasi berasaskan Linux dan Windows! Sekiranya anda ingin mencuba aplikasi ini dalam ubuntu, ikut panduan berikut; 1) Muat turun Scrivener versi Linux di sini : http://literatureandlatte.com/scrivenerforwindows/ 2) Extract fail bernama 'LiteratureAndLatte' ke dalam Home folder 3) Buka terminal dan taipkan; sudo mv LiteratureAndLatte /usr/local/ 4) Untuk melancarkan aplikasi ini, buka file manager dan pergi ke file system - usr - local - LiteratureAndLatte - bin , kem...

Upgrade Ubuntu Sedia Ada Menggunakan Live CD Ubuntu

Image
   (imej dari webupd8) Apa kata kalau pengguna boleh upgrade versi ubuntu menggunakan Ubuntu Live Cd dalam sesi pemasangan ubuntu? Nampaknya impian itu kini bakal menjadi impian apabila versi Ubuntu terbaru (masih dalam pembangunan) akan menawarkan kebolehan untuk upgrade ubuntu lama ke versi terbaru (rujuk screenshot di atas). Selepas ini pengguna ubuntu tidak memerlukan lagi versi Ubuntu Altenate atau upgrade secara terus menggunakan internet dengan ada fungsi ini. Saya mengharapkan fungsi ini akan menjadi kenyataan dalam versi ubuntu yang bakal dilepaskan April ini dan memungkinkan kita untuk upgrade Maverick Meerkat kepada Natty Narwhal dengan mudah dan cepat. [via : webupd8 ]

Blog melayubuntu kini menggunakan font 'ubuntu'

Image
Untuk makluman, tulisan (font) ubuntu kini telah dimasukkan ke dalam senarai sokongan Google Font Directory . Sekiranya anda mempunyai laman web ataupun blog, anda boleh menggunakan font ubuntu sebagai tulisan di blog anda menggunakan perkhidmatan google ini. Kini, blog melayubuntu juga telah mengguna font ubuntu untuk tajuk dan kandungan teks di dalam setiap entry blog ini. Apa komen anda?

Natty Narwhal : Ubuntu serba baru - Himpunan perubahan yang bakal diperkenalkan

Image
Ada sesuatu yang istimewa pada ubuntu 11.04 Natty Narwhal iaitu, ia bakal menggunakan unity menggantikan gnome sebagai ' shell ' kepada sistem operasi ubuntu. Saya sendiri masih keliru apakah perbezaan shell dan desktop environtment namun yang pasti, antaramuka ubuntu 11.04 nanti merupakan sesuatu yang cukup berbeza dengan sistem operasi windows.  Antara muka unity dalam natty narwhal Perubahan : Kelebihan atau kekurangan? Saya merasakan teknologi seharusnya bersifat selalu berubah. Manakala pengguna teknologi mestilah sentiasa bersedia mendepani perubahan. Perubahan dan konteks antaramuka ubuntu hanyalah salah satu dari teknologi yang penggunanya harus bersedia mendepani perubahan tersebut. Begitu juga dengan pengguna komputer yang beralih dari windows ke ubuntu. Mereka membuat sangkaan bahawa ubuntu seharusnya kekal sebagaimana windows. Seandainya begitu, maka apa perlu perubahan itu dilakukan sama sekali? Natty Narwhal : Perubahan yang diketahui Selain penggunaan...

Pengetahuan asas tentang BROADBAND, WIMAX dan YES dalam Ubuntu

Internet telah berubah daripada 'aksesori tambahan' menjadi 'barang keperluan' kepada kehidupan moden kini dan saya suka kalau kerajaan menetapkan harga syiling bagi tarif untuk setiap Megabyte data yang dibekalkan kepada pengguna meskipun ianya bukan dalam kategori bahan mentah! Err.. Ok, terus ke topik perbincangan. Bagi pengguna ubuntu, sebelum anda subscribe kepada mana-mana ISP dalam bentuk apa sekalipun, anda pastinya dan saya menasihatkan anda memikirkan adakah produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkhidmatan internet itu boleh digunakan dalam Ubuntu. Tidak semua produk ini dibangunkan dengan memikirkan bahawa terdapat pengguna yang menggunakan sistem operasi ubuntu yang berminat untuk melanggan produk mereka. Lalu bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau tidak terdedah kepada maklumat sebegini biasanya mereka akan melanggan sesuatu produk itu terlebih dahulu kemudian memenuhkan topik di forum tentang bagaimanakah untuk menggunakan internet terse...

Bagaimana pengguna biasa boleh menyumbang kepada perkembangan ubuntu

Image
Ubuntu merupakan satu sistem operasi sumber terbuka yang dibina berasaskan komuniti dan untuk komuniti. Tidak seperti ketika menggunakan windows yang lebih mendidik kita ke arah menjadi end user, semua sistem operasi sumber terbuka membuka ruang seluas-luasnya kepada pengguna untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang membangunkan sistem operasi itu. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana bukan? Katakan anda tidak tahu apa-apa berkenaan programming, python, c, c++ lalu bagaimana untuk menyumbang? Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menyumbang dan dalam entri ini saya akan ceritakan serba sedikit supaya anda mendapat gambaran lebih jelas. 1.Menyumbang kepada penterjemahan Aplikasi Caranya ialah dengan mendaftarkan diri anda di launchpad.net kemudian cari aplikasi yang anda ingin terjemah ke bahasa yang anda tahu (contoh : English kepada Malay). Klik pada translation. Dibawahnya, anda boleh melihat senarai bahasa yang anda boleh terjemahkan. Klik padanya akan membawa anda ke ...

Memperkenal Ubuntu kepada Malaysia dan mengapa pengguna Windows tidak perlu rasa terancam!

Image
Sudah hampir 3 tahun saya menjadi penulis blog ini, fokus kepada idea dan praktikal memperkenalkan sistem operasi ubuntu kepada pengguna komputer di Malaysia. Sebelum saya mengorak panjang saya ingin kongsikan kata-kata hebat seorang pejuang kemerdekaan dari ketamadunan India - Mahatma Gandhi; “First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Samada anda sama merasainya atau tidak, sebenarnya itulah yang saya rasa sepanjang-panjang lebih kurang 93,312,000 saat yang telah ditempuhi. Pada mulanya, blog ini diabaikan oleh pembaca. Mereka tidak begitu kisah apa yang saya tulis dan juga fakta yang saya berikan. Kemudian mereka datang ke blog ini semata-mata untuk mentertawakan, merendahkan, dan memberikan komen yang sinis. Fasa seterusnya ialah mereka melawan dengan nada yang keras dan lebih mengancam. Samada fakta dilawan dengan fakta atau fakta yang dilawan dengan penafian, bukanlah sesuatu yang ingin saya ulas disini - kerana entry ini bukan untuk men...

Mengawal ubuntu menggunakan easystroke dan mengapa ia terlalu Wow untuk dicuba

Image
Saya menemui satu video dalam halaman MaverickMovies yang benar-benar mengagumkan. Apa kata kita bersama-sama video ini; Dah lihat? Dah faham apa yang sedang berlaku? Video diatas memaparkan kawalan desktop ubuntu menggunakan aplikasi yang bernama easystroke yang boleh dipasang menggunakan ppa :  https://edge.launchpad.net/~easystroke/+archive/ppa Kemudian, anda harus mengenakan ketetapan berikut pada compizconfig settings manager dan juga easystroke; Dengan ketetapan inilah, apabila anda mengerakkan cursor anda membentuk bentuk-bentuk yang anda tetapkan dalam aplikasi easystroke, pengarahan-pengarahan tertentu akan dijalankan seperti yang disetkan tadi. Saya harap ada antara kita yang boleh mencuba aplikasi easystroke ini dan insyaallah saya akan review lebih lanjut selepas mencubanya. Nota : Untuk pengguna ubuntu level pertengahan dan keatas sahaja :)

10 Aplikasi kegemaran saya dalam ubuntu

Image
Kehidupan saya dibahagikan kepada 2 - kehidupan digital & kehidupan analog. Rasanya ramai pembaca kat sini yang turut mengamalkan 2 corak kehidupan sebegini. Kehidupan analog saya mungkin tidak begitu menarik. Aplikasi wajib ialah pakaian, telefon bimbit, wallet, kungci-kungci dan seumpamanya. Boring bukan? Sebaliknya, kehidupan digital saya agak menarik untuk dikongsi bersama dan saya harap pembaca yang lain juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam ruangan komen :) 10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome . Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox. Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino , Yoono , dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang se...

4 Sebab mengapa pengguna microsoft windows perlukan ubuntu (linux) live cd

Image
Anda mungkin tidak menggunakan ubuntu dan telah membuat keputusan untuk tidak menggunakannya sehingga ke akhir hayat. Anda bencikan ubuntu. Anda tidak pernah membaca habis pun apa yang saya tulis terutama tajuk-tajuk yang berkaitan dengan "kelebihan ubuntu berbanding microsoft windows". Anda mungkin membuat komen sebagai Anonymous dan memperlekehkan apa jua usaha memujuk dan mempengaruhi anda dari mencuba ubuntu. Tidak mengapa. Tetapi untuk entry dan tajuk ini sahaja, sila baca sehingga habis dan sekiranya anda masih bersikap seperti diatas, anda adalah seseorang yang diluar dari jangkaan saya. Disini saya ingin berhujjah bahawa ada sekurang-kurangnya 4 sebab mengapa pengguna microsoft windows (sesiapa sahaja tidak terkecuali) memerlukan sekeping ubuntu (linux) live cd untuk tujuan yang akan dinyatakan dibawah. Sebab 1 : Data Recovery Kebarangkalian untuk sistem operasi microsoft windows menjadi unbootable (tak boleh masuk windows) sangat besar. Pengguna komputer (aver...

Video Ubuntu daripada Dell - Sesuai kepada sesiapa yang belum tahu apa itu Ubuntu

Ubuntu from Keith Kenniff on Vimeo . [Via : OMGUbuntu ]

Apa yang baru dalam Ubuntu Software Center 2.1.5 [Screenshot]

Image
Ubuntu Software Center 2.1.5 keatas ialah versi yang dibangunkan untuk persiapan Ubuntu 10.10 yang bakal dikeluarkan pada oktober ini. Namun dengan menggunakan PPA tertentu, anda boleh mencubanya dalam ubuntu lucid lynx. Seperti yang dapat anda perhatikan dalam screenshot dibawah, anda mungkin pantas perasan fungsi History yang pada saya sangat berguna untuk pelbagai tujuan kemudiannya. Ianya merekodkan semua aktiviti pemasangan perisian baru, updated, dan pembuangan aplikasi dan pakej. Saya tidak perasan fungsi ini sebelum ini iaitu anda boleh memeriksa aplikasi yang terdapat dalam PPA tertentu. Saya sangat menyukai fungsi ini =) Harap dapat menyaksikan banyak lagi perubahan dalam versi penuh ubuntu 10.10.

Semua antivirus melembabkan PC anda kecuali Ubuntu [Fakta didalam]

Image
Hari ini saya menemui satu artikel di Raymond.cc berkenaan satu kajian benchmark tentang bagaimana kewujudan sesuatu antivirus mampu melambatkan sesebuah PC. Penulis membuat kajian ini dalam sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi berikut; Model : Dell Studio One 1909 Desktop CPU : Intel Core 2 Duo E8400 (3GHz, 1333FSB, 6MB Cache) RAM : 4GB (2x2GB) DDR2 HDD : 640GB SATA 3.0Gb/s with NCQ Video Card : Nvidia GeForce 9400 256MB O/S : Windows 7 Home Premium (32-bit) Dan antara bahan kajian (antivirus) yang digunakan ialah avast! Free Antivirus 5.0.545 AVG Anti-Virus Free Edition 9.0.829 Avira AntiVir Personal v10.0.0.567 BitDefender Antivirus 2010 v13.0.21.347 Comodo Antivirus 4.1.150349.920 Dr.Web anti-virus for Windows 6.0.0.03100 Emsisoft Anti-Malware 5.0.0.60 ESET NOD32 Antivirus v4.2.42.0 F-Secure Anti-Virus 2010 v10.00.246 G Data AntiVirus 2011 v21.0.2.1 Kaspersky Anti-Virus 2011 v11.0.0.232 Kaspersky Internet Security 2011 v11.0.0.232 (a) Kaspersky PURE v9....

Ubuntu Free Culture Showcase!

Adakah anda ahli muzik? Adakah anda kreatif dalam menghasilkan illustrasi wallpaper? Adakah anda gemar mengambil gambar menarik? Atau adakah anda pandai menghasilkan video animasi yang hebat? Sekiranya anda sedang menggunakan ubuntu, sila buka direktori home kemudian buka folder dengan nama example. Dalam folder example terdapat satu folder dengan nama Ubuntu_Free_Culture_Showcase dan didalamnya terdapat 2 fail (bagi kes saya) iaitu satu fail audio dan satu lagi video. Fail ini merupakan hasil tangan komuniti pengguna ubuntu yang menyumbangkan hasil kerja mereka untuk Ubuntu Free Culture Showcase. Sertai Ubuntu Free Culture Showcase dengan menyumbang hasil kerja anda dan ianya akan disertakan ke dalam distro ubuntu yang bakal dilancarkan pada 10.10.10 ini. Keterangan lanjutan boleh didapati dari laman berikut :  https://wiki.ubuntu.com/UbuntuFreeCultureShowcase Anda pasti berminat untuk melihat hasil tangan komuniti ubuntu yang lain dan ianya boleh diakses dari laman ber...