Friday, July 09, 2010

Semua antivirus melembabkan PC anda kecuali Ubuntu [Fakta didalam]

Hari ini saya menemui satu artikel di Raymond.cc berkenaan satu kajian benchmark tentang bagaimana kewujudan sesuatu antivirus mampu melambatkan sesebuah PC. Penulis membuat kajian ini dalam sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi berikut;

Model: Dell Studio One 1909 Desktop
CPU: Intel Core 2 Duo E8400 (3GHz, 1333FSB, 6MB Cache)
RAM: 4GB (2x2GB) DDR2
HDD: 640GB SATA 3.0Gb/s with NCQ
Video Card: Nvidia GeForce 9400 256MB
O/S: Windows 7 Home Premium (32-bit)

Dan antara bahan kajian (antivirus) yang digunakan ialah
  • avast! Free Antivirus 5.0.545
  • AVG Anti-Virus Free Edition 9.0.829
  • Avira AntiVir Personal v10.0.0.567
  • BitDefender Antivirus 2010 v13.0.21.347
  • Comodo Antivirus 4.1.150349.920
  • Dr.Web anti-virus for Windows 6.0.0.03100
  • Emsisoft Anti-Malware 5.0.0.60
  • ESET NOD32 Antivirus v4.2.42.0
  • F-Secure Anti-Virus 2010 v10.00.246
  • G Data AntiVirus 2011 v21.0.2.1
  • Kaspersky Anti-Virus 2011 v11.0.0.232
  • Kaspersky Internet Security 2011 v11.0.0.232 (a)
  • Kaspersky PURE v9.0.0.192
  • McAfee AntiVirus Plus v10.5.178
  • McAfee Internet Security v10.5.178
  • Microsoft Security Essentials 1.0.1961
  • Norton 360 v4.2.0.12
  • Norton Antivirus 2010 v17.7.0.12
  • Panda Antivirus Pro 2010 v9.01.00
  • Rising Antivirus 2010 v22.00.04.22
  • Sophos Endpoint Security and Control v9.5 (Anti-Virus)
  • Trend Micro Internet Security v17.50.1647
Untuk mengetahui keputusan kajian ini, sila ke http://www.raymond.cc/antivirus/. Kemudian pilih dari senarai skop ujikaji untuk mengetahuinya.

Contohnya, antara skop kajian ialah Boot Time iaitu proses untuk komputer menjalankan sesuatu sistem operasi. Keputusannya adalah seperti dibawah yang mana anda boleh lihat dan simpulkan kewujudan sesuatu antivirus dalam sesebuah komputer mampu menyebabkan kelembapan yang agak signifikan.


Cuba bayangkan satu sistem operasi yang tidak perlu menjalankan perisian antivirus secara realtime dan tidak lansung terkesan dengan fakta kelembapan diatas. Sekiranya anda mengidamkan sistem operasi seperti itu, saya cadangkan anda menggunakan ubuntu dan alamilah perubahan ketara dari segi keupayaan komputer anda.

22 comments:

  1. nice info bro..aku share kt fb ye..

    ReplyDelete
  2. aku setuju apa yang ko tulis hehe...

    ReplyDelete
  3. Nice Info,thanks for sharing bro

    ReplyDelete
  4. Ada pengguna ubuntu yg pernah cuba avira antivirus versi linux atau AV lain. Macam mana prestasinya?

    ReplyDelete
  5. syah pernah try eset nod32 for linux dalam ubuntu.. hahaha.. macam lahnat berat!!!

    ReplyDelete
  6. aku tengah sakit ati.. tgh surf intenet tetiba lappy member ni jadi berat.. rasa macam antivirus tgh buat autoscan.. arghhh.. berat.. berat.. pakai ubuntu lg syok.. say NO to antivirus. say NO to virus.. say OH YES tu UBUNTU!

    ReplyDelete
  7. UBUNTU mmg best, x perlu antivirus disebabkan oleh structure program nya yg menyebabkan virus tue susah utk menyerang dengan cara biasa.

    ReplyDelete
  8. "Biar lambat asalkan selamat", itulah prinsip penggunaan antivirus oleh pengguna windows.

    ReplyDelete
  9. Tak semua user tahu antivirus melembabkan system.
    antivirus versi percuma pula sekadar untuk penambah-baikkan bagi pengguna versi berbayar

    wajib kena ada walaupun kadang kala tidak berguna

    ReplyDelete
  10. biar betul, karpersky lembap macam tu..
    pergh nasib baik "real man don't use antivirus"..haha

    ReplyDelete
  11. Raymond.cc subscriberJuly 10, 2010 at 10:17 AM

    Glad to see that what raymond done has been put to another web as their sources...keep up the good word promoting ray's site.

    ReplyDelete
  12. what do you mean by "as their sources"..i never mention in this post that this is my stuff..do you understand malay or not? please be brave enough to put your real name and email next time =)

    ReplyDelete
  13. real man dont use antivirus..hahhaha

    ReplyDelete
  14. Kenali lah virus..jgn mengenal anti virus..nescaya pc mu selamat dr kejahanaman..xpun gne je ubuntu..huahuahua

    ReplyDelete
  15. Raymond.cc subscriberJuly 10, 2010 at 8:02 PM

    Well, it seems that you are misunderstanding my word here..sorry,but no offense...Well anyway, just keep linking back on ray's site...there are good people of ubuntu user such as hellnoire in ray's forum.you may wanna exchange some idea of his..Cheers,, ^^

    ReplyDelete
  16. tapi... kalau ubuntu disesuaikan untuk video game 'better'

    ReplyDelete
  17. antivirus yg aku guna, bit defender total security 2010. tak ada masalah pn..
    kelajuan sama seperti x guna antivirus...
    tapi klau antivirus yg lain tu, mmg jahannam ar system, lembab....

    ReplyDelete
  18. pernah pakai avg for linux tapi same je laju sebab takde real time scaning

    ReplyDelete
  19. ubuntu mmg terbaik... tapi saya masih baru di sini. sedang mendalami ubuntu.
    3 tahun sebelum ini pernah juga menggunakan ubuntu, tetapi masih blur2...sebab x byk tutorial n org bantu. dh ada blog ini...senang skit nak sharing lps ni :)

    ReplyDelete
  20. ubuntu best..x yah pening pala.
    hantu yang x de jadi ade(virus)

    ReplyDelete
  21. ya betul tu memang setuju benar... aku pernah try thumbdrive penuh dengan virus masuk kat ubuntu, pastu thumbdrive kedua (yang lain) masuk kat ubuntu, lalu cuba masukkan ke windows tak ada virus pun... jadi virus tak masuk ke pengoperasian linux... kalau windows ke windows tentu sangkut punya...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...