Friday, July 16, 2010

7 cara memintas kepantasan ubuntu linux bagi pengguna windows

Bercakap mengenai kepantasan, tidak dapat disangkal lagi sistem operasi ubuntu sememangnya pantas berbanding windows samada dalam aspek menghidupkan (boot) sistem operasi dan juga menjalankan task-task yang lain seperti membuka pelayar web dan sebagainya. Hari ini apa kata kita bercakap tentang bagaimana untuk menjadikan windows lebih pantas dari ubuntu dan saya kira ramai yang berminat untuk mengetahuinya bukan?

Untuk menjadikan sistem operasi windows anda lebih pantas dari ubuntu, anda perlu lakukan 7 cara berikut;

1.Defrag harddisk 3 kali sehari
Ini adalah satu cara yang selalu disyorkan dan ramai pakar komputer mengatakan kepantasan akan meningkat sekiranya pengguna kerap menjalankan operasi defrag harddisk dalam sistem operasi windows mereka. Untuk itu, secara teorinya defrag harddisk 3 kali sehari mungkin akan melajukan sistem operasi windows anda.

2.Buang perisian antivirus
Saya telah menulis dengan fakta bahawa semua antivirus melembabkan komputer anda walaupun ada yang komen mengatakan komputer beliau tidak lembab walaupun ada antivirus. Saya kira dakwaan tersebut tidak dibuktikan dengan fakta saintifik dan hanya agak-agak sahaja. Faktanya, semua antivirus melembabkan sistem operasi komputer kerana ia dijalankan secara realtime untuk mengesan ancaman virus terhadap sistem operasi anda. Membuangnya akan melajukan sistem operasi anda walaupun ini akan mendedahkan sistem operasi windows anda kepada ancaman virus.

3.Disablekan Kemaskini Automatik
Samada anda tahu atau tidak, Kemaskini Automatik akan melembabkan sistem operasi windows anda kerana keupayaan hardware akan sedikit disumbangkan kepada kerja membuat pemeriksaan kemaskini tersebut dan ini. Disablekan fungsi ini sepatutnya melajukan sistem operasi anda dan saya rasa pengguna windows pirate sememangnya disablekan fungsi ini. Sebab itu sistem operasi windows mereka laju jer..

4.Upgrade RAM
Pergi ke PC Fair dan carilah RAM untuk ditopup ke komputer anda sekurang-kurangnya menjadikannya 4GB. Mesti lagi laju dari ubuntu yang dijalankan dalam komputer yang mempunyai 1GB RAM. Tak percaya sila try..

5.Beli PC Baru
Kali ni pastinya ianya Quad Core Extreme atau lagi  power dari itu. RAM pula 4GB keatas (64bit). Anda akan berpuas hati dengan kepantasan sistem operasi windows anda selepas memilikinya.

6.Memakai Windows 95
Sekiranya anda memilih pendekatan berjimat (maklumlah harga semua benda dah naik diselaraskan), anda boleh downgrade sistem operasi windows anda kepada Windows 95. Saya jamin ianya akan lebih pantas dari ubuntu lucid lynx dalam komputer yang sama.

7.Tunggu Windows 9
Windows 9 dijangka merupakan sistem operasi paling hebat pernah dihasilkan oleh manusia. Ianya akan lebih selamat, lebih laju, lebih canggih, lebih murah, tiada virus dan tiada antivirus. Kalau tak percaya tanya paul oktopus.

Selamat mencuba tips-tips diatas dengan jayanya =)
[via : junauza]

24 comments:

  1. Gilo Sarcastic~
    aku suke entri nih XD....

    ReplyDelete
  2. Gilo Sarcastic~
    aku suke entri nih XD....

    ReplyDelete
  3. HAHAHAH Nice Info!~ Apa2 Pun UBUNTU still the winner!~

    ReplyDelete
  4. buang antivirus??!! wakakakaakka..

    ReplyDelete
  5. perghhhh degraf 3 kali tu...
    sibuk satu hari tunggu abis defrag je haha

    ReplyDelete
  6. mampus nak defrag hardisk 2TB 3 hari sekali.

    ReplyDelete
  7. ajk masjid saujana utamaJuly 16, 2010 at 4:27 PM

    hahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. 8. Jangan install apa2 sofwer.. Kalau nak guna gak, guna la open source.. :D

    ReplyDelete
  9. haha..
    entri yang terbaik...
    cayalah,...

    ReplyDelete
  10. windows 95? xle bla aku..hahahahaha..RAM,CPU kena up..ada bajet bole la..baik pakai ubuntu terus.free,murah,selamat dan se;amat semuanya..hahahahahaha hidup ubuntu =p

    ReplyDelete
  11. ada ke window 9????

    ReplyDelete
  12. Btol ke windows9 x payah pakai antivirus...abis bankrupt la syarikat antivirus...huhu

    ReplyDelete
  13. MohdnoorazlanabdullahJuly 17, 2010 at 6:38 AM

    syarikat anti virus tu bersekongkol dgn microsoft jer...............

    ReplyDelete
  14. kehkehkeh... ingat tip amendanya... rupanya sindiran... patutla windows enthusiast hangin jer dengan GNU/Linux enthusiast ni...

    ReplyDelete
  15. hahahahahaha..... how sarcastic.... :P

    ReplyDelete
  16. ahahaha.. sotong yg jahat.. ermm tol ker ad windows 9??

    ReplyDelete
  17. aku br je gune ubuntu nie...dh korang ckp lajukn,so aku tukar laa ke ubuntu. tp mslhnye skrg laptop aku ni jd smakin lembap, mmber aku ckp mngkin da mslh grafik. ntah ler..laptop aku nie centrino jee..ada sapa2 yg nk suggest ape2 link yg bleh aku jdkn pnduan..??

    ReplyDelete
  18. pakai window 98 jer la..lol

    ReplyDelete
  19. wow 2TB? hahha...tunggu la bila nak siap defrag tuh..ekeke

    ReplyDelete
  20. makin lembab? naper erk? leh bagi spek laptop ko 2 x?
    ke ko install guna wubi?

    ReplyDelete
  21. aku guna ubuntu 3G jek tinggal (plan nak masuk ex. HD) still laju lagi daripada windows 7 yang ada 70G free space...

    ReplyDelete
  22. hahaha -_- tiada virus tiada virus karna octopus

    ReplyDelete
  23. Sebab tu aku guna ext4 utk external aku tu. huhuhuu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...