Sunday, June 26, 2011

Sync Dokumen Antara Google Doc & LibreOffice Menggunakan Addon OOO2GD


Sekiranya anda pengguna Google Doc dan pada masa yang sama inginkan keselesaan perisian pejabat LibreOffice, OOO2GD adalah addon yang membantu anda sync dokumen antara kedua-dua perisian online & offline tersebut.

Pemasangan addon ini ke dalam ubuntu boleh dilakukan berpandukan artikel rujukan saya di : http://www.webupd8.org/2011/06/libreoffice-google-docs-sync-addon.html

Selamat mencuba!

Friday, June 24, 2011

Muatturun Aplikasi Android Melayubuntu


Menggunakan perkhidmatan AppYet.com, saya telah berjaya menghasilkan satu aplikasi Android khusus untuk blog Melayubuntu yang mampu memudahkan anda melayari isi kandungan blog ini dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dikuasakan Android.

Berikut adalah beberapa screenshot untuk tatapan anda semua.



Anda boleh memuatturun aplikasi ini terus ke komputer @ telefon android anda menggunakan pautan berikut;


Fail APK ini bersaiz 323kB dan dihostkan di Dropbox. Selamat mencuba.

Thursday, June 23, 2011

Menyelesaikan Masalah Auto-LockScreen Dalam Ubuntu 11.04

 Pengalaman saya menggunakan Ubuntu 11.04 ataupun Natty Narwhal, saya menghadapi satu masalah di mana skrin tiba-tiba menjadi hitam dan rupa-rupanya ubuntu telah memasuki sesi Lock Screen secara automatik tanpa sebarang amaran, petanda, atau disebabkan perlakuan pengguna. Saya mendapati kejadian seperti ini selalu terjadi apabila Processor komputer hampir mencapai tahap maksima penggunaan.

Masalah kedua ialah, apabila ubuntu memasuki ke sesi  screensaver kerana komputer tidak digunakan untuk beberapa waktu tertentu (yang telah ditetapkan oleh pengguna), dan apabila pengguna ingin mengaktifkan kembali ubuntu mereka, tiba-tiba pengguna hanya mendapati skrin hitam yang tidak responsif.

Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan mencuba pelbagai jenis cadangan yang terdapat di Internet bagi kedua-dua masalah di atas. Saya menemui satu penyelesaian yang setakat ini berfungsi sekurang-kurangnya bagi saya. Rupa-rupanya, ketidakstabilan yang berlaku adalah disebabkan oleh interaksi yang tidak betul oleh Unity, driver GL dan juga kernel.

Untuk menyelesaikan masalah ini, mengemaskini versi kernel adalah sesuatu yang sangat-sangat dicadangkan dan ia berjaya menyelesaikan masalah saya.

Versi kernel bagi Ubuntu 11.04 ialah 2.6.38. Di sini saya akan menulis cara-cara memasang kernel 2.6.39 yang mungkin boleh menyelesaikan masalah anda.

1 - Buka terminal dan masukkan kata arahan di bawah;
sudo add-apt-repository ppa:kernel-ppa/ppa
sudo apt-get update
2 - Pasang kernel baru dengan kata arahan di bawah;
sudo apt-get install linux-headers-2.6.39-0 linux-headers-2.6.39-0-generic linux-image-2.6.39-0-generic --fix-missing


Sebaik sahaja selesai proses di atas, anda akan diminta untuk restart komputer anda supaya kernel baru boleh digunakan. Namun harus difahami apabila anda memasang kernel yang baru, semua patch pada kernel yang lama tidak berfungsi melainkan anda patch sekali lagi.

Imej dan rujukan di sini.

Saturday, June 11, 2011

Menghasilkan Aplikasi Telefon Pintar Bagi Blog Anda Tanpa Pengetahuan Programming


Telefon pintar pada hari ini bukan lagi sesuatu yang asing atau terlalu magikal. Buktinya, semakin ramai yang mampu memiliki peranti telefon pintar samada yang menggunakan sistem operasi mobile Android, iOS, Symbian, Blackberry dan sebagainya. Selari dengan pekembangan itu, keperluan untuk menghasilkan aplikasi telefon pintar atau sekurang-kurangnya versi mobile semakin mendapat sambutan.

Sekiranya anda memiliki blog atau juga website dan inginkan pelawat anda yang menggunakan telefon pintar mengakses blog anda melalui aplikasi khas, anda perlu merasa bertuah kerana kini tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan sekalipun anda boleh menghasilkannya. Lebih hebat lagi, ianya 100% percuma!

Saya menemui satu perkhidmatan berasaskan web iaitu Conduit Mobile yang membolehkan pemilik blog mahupun website menghasilkan aplikasi khusus untuk blog mereka dengan mudah tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan. Namun begitu, perkhidmatan mereka buat masa ini masih lagi diperingkat beta dan jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya.

Sebelum menulis artikel ini, saya telah mencuba sendiri perkhidmatan Conduit Mobile ini dan pengguna hanya perlu membuka akaun untuk mula menghasilkan aplikasi.

Conduit mobile setakat ini menyokong banyak platform antaranya Android, iOS, Symbian, Blackberry, Windows Phone 7, malah termasuk Bada OS daripada Samsung.

Screenshot aplikasi percubaan bagi blog melayubuntu

Menariknya, pemilik blog boleh mengintegrasikan akaun facebook fanpage bagi blog yang dimiliki serta akaun twitter rasmi bagi blog tersebut. Ini membolehkan pembaca blog anda membaca setiap status yang anda postkan samada di blog, facebook fanpage, mahupun twitter menjadikan perkembangan anda sentiasa boleh di ketahui oleh pembaca.

Saya akan ulas lanjut berkenaan kualiti aplikasi yang terhasil sebaik sahaja aplikasi melayubuntu siap sepenuhnya nanti.

Semoga bermanfaat.

Friday, June 10, 2011

Pidgin 2.8.0 Memfokuskan Fungsi Panggilan Video & Audio

Pidgin 2.8.0 telah dilepaskan dan membawakan pelbagai pembaharuan termasuk penambahbaikan dari segi kestabilan. Kelihatannya pidgin 2.8.0 ini lebih memfokuskan kepada fungsi panggilan video & audio bagi protokol yang disokong. Perubahan detail pidgin 2.8.0 adalah seperti berikut;
  • General:
    • Implement simple silence suppression for voice calls, preventing wasted bandwidth for silent periods during a call. (Jakub Adam)
    • Added the DigiCert? High Assurance CA-3 intermediate CA, needed for validation of the Facebook XMPP interface’s certificate.
    • Removed the QQ protocol plugin. It hasn’t worked in a long time and isn’t being maintained, therefore we no longer want it.
  • Pidgin:
    • Duplicate code cleanup. (Gabriel Schulhof) (#10599)
    • Voice/Video call window adapts correctly to adding or removing streams on the fly. (Jakub Adam) (half of #13535)
    • Don’t cancel an ongoing call when rejecting the addition of a stream to the existing call. (Jakub Adam) (#13537)
    • Pidgin plugins can now override tab completion and detect clicks on usernames in the chat userlist. (kawaii.neko) (#12599)
    • Fix the tooltip being destroyed when it is full of information and cover the mouse (dliang) (#10510)
  • libpurple:
    • media: Allow obtaining active local and remote candidates. (Jakub Adam) (#11830)
    • media: Allow getting/setting video capabilities. (Jakub Adam) (half of #13095)
    • Simple Silence Suppression is optional per-account. (Jakub Adam) (half of #13180)
    • Fix purple-url-handler being unable to find an account.
    • media: Allow adding/removing streams on the fly. (Jakub Adam) (half of #13535)
    • Support new connection states in NetworkManager 0.9. (Dan Williams) (#13505)
    • When removing a buddy, delete the pounces associated with it. (Kartik Mohta) (#1131)
    • media: Allow libpurple and plugins to set SDES properties for RTP conferences. (Jakub Adam) (#12981)
    • proxy: Add new “Tor/Privacy” proxy type that can be used to restrict operations that could leak potentially sensitive data (e.g. DNS queries). (#11110, #13928)
    • media: Add support for using TCP relaying with TURN (will only work with libnice 0.1.0 and later).
  • AIM:
    • Fix setting icons with dimensions greater than 64×64 pixels by scaling them down to at most 64×64. (#12874, #13165)
  • Gadu-Gadu:
    • Allow showing your status only to buddies. (Mateusz Piękos) (#13358)
    • Updated internal libgadu to version 1.10.1. (Robert Matusewicz, Krzysztof Klinikowski) (#13525)
    • Updated internal libgadu to version 1.11.0. (Tomasz Wasilczyk) (#14248)
    • Suppress blank messages that happen when receiving inline images. (Tomasz Wasilczyk) (#13554)
    • Fix sending inline images to remote users, don’t crash when trying to send large (> 256kB) images. (Tomasz Wasilczyk) (#13580)
    • Support typing notifications. (Jan Zachorowski, Tomasz Wasilczyk, Krzysztof Klinikowski) (#13362, #13590)
    • Require libgadu 1.11.0 to avoid using internal libgadu.
    • Optional SSL connection support for GNUTLS users (not on Windows yet!). (Tomasz Wasilczyk) (#13613, #13894)
    • Don’t count received messages or statuses when determining whether to send a keepalive packet. (Jan Zachorowski) (#13699)
    • Fix a crash when receiving images on Windows or an incorrect timestamp in the log when receiving images on Linux. (Tomasz Wasilczyk) (#10268)
    • Support XML events, resulting in immediate update of other users’ buddy icons. (Tomasz Wasilczyk) (#13739)
    • Accept poorly formatted URLs from other third-party clients in the same manner as the official client. (Tomasz Wasilczyk) (#13886)
  • ICQ:
    • Fix setting icons with dimensions greater than 64×64 pixels by scaling them down to at most 64×64. (#12874, #13165)
    • Fix unsetting your mood when “None” is selected. (Dustin Gathmann) (#11895)
    • Ignore Daylight Saving Time when performing calculations related to birthdays. (Dustin Gathmann) (#13533)
    • It is now possible to specify multiple encodings on the Advanced tab of an ICQ account’s settings by using a comma-delimited list. (Dmitry Utkin (#13496))
  • IRC:
    • Add “authserv” service command. (tomos) (#13337)
  • MSN:
    • Fix a hard-to-exploit crash in the MSN protocol when using the HTTP connection method (Reported by Marius Wachtler).
  • MXit:
    • Support for an Invite Message when adding a buddy.
    • Fixed bug in splitting-up of messages that contain a lot of links.
    • Fixed crash caused by timer not being disabled on disconnect. (introduced in 2.7.11)
    • Clearing of the conversation window now works.
    • When receiving an invite you can display the sender’s profile information, avatar image, invite message.
    • The Change PIN option was moved into separate action.
    • New profile attributes added and shown.
    • Update to protocol v6.3.
    • Added the ability to view and invite your Suggested Friends, and to search for contacts.
    • Also display the Status Message of offline contacts in their profile information.
  • XMPP:
    • Remember the previously entered user directory when searching. (Keith Moyer) (#12451)
    • Correctly handle a buddy’s unsetting his/her vCard-based avatar. (Matthew W.S. Bell) (#13370)
    • Squash one more situation that resulted in duplicate entries in the roster (this one where the server reports the buddy as being in the same (empty) group. (Reported by Danny Mayer)
  • Plugins:
    • The Voice/Video Settings plugin now includes the ability to test microphone settings. (Jakub Adam) (#13182)
    • Fix a crash when handling some saved settings in the Voice/Video Settings plugin. (Pat Erley) (13290, #13774)
Windows-Specific Changes:
  • Fix building libpurple with Visual C++ .NET 2005. This was accidentally broken in 2.7.11. (Florian Quèze)
  • Build internal libgadu using packed structs, fixing several long-standing Gadu-Gadu issues. (#11958)

Untuk memasang pidgin 2.8.0 dalam ubuntu 11.04, PPA rasmi pidgin masih belum dikemaskini namun pengguna boleh memuatturun fail DEB di http://archive.getdeb.net/install_deb/getdeb-repository_0.1-1%7Egetdeb1_all.deb

Fail DEB bagi pidgin 2.8.0 juga boleh didapati dari laman GetDeb.net.

Thursday, June 09, 2011

Nak Rompak ke nak Buka?

Salam...maaf dipinta kerana pergi bercuti tak diberitahu. 'Hiatus' selama 6 bulan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dipendekkan cerita saya masih ingin menyumbang kepada komuniti yang banyak telah memberi saya pengajaran, pengalaman yang berguna dan kini adalah masa saya pula untuk menyumbang kembali kepada komuniti sumber terbuka. Kali ini betul-betul bukan main- main punya...Insyallah. Baiklah terus kepada topik.

27 mei 2011 Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri megadakan serbuan ke atas premis yang menjual perisian cetak rompak. Yang ditangkap disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun. Wah bayangkan itu baru satu salinan katanya ada 6 salinan maknanya.......kalau sabit kesalahan kena denda RM 120,000 atau 30 tahun penjara atau dua-dua sekali. Arkib Utusan.

Jadi, kita sepatutnya turut sama berganding bahu dengan kerajaan membanteras cetak rompak. Mari kita sama-sama tolong mereka dengan menggunakan perisian sumber terbuka. Katakan tak nak pada cetak rompak, katakan nak...nak...nak pada sumber terbuka. Kerajaan menyokong perisian sumber terbuka cuma kita jarang mengetahui dan kadang-kadang tidak tahu pun sumber terbuka digunakan dalam sektor awam. Tetapi usaha daripada kerajaan dapat dilihat melalui pengalaman saya sendiri kerana universiti saya sendiri sudah lama menggunakan Fedora sebagai second boot option dan baru setahun yang lepas menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi di dalam makmal komputer.


Mempromosi perisian sumber terbuka dengan lebih gigih.

Disamping kerajaan memainkan peranan kita juga perlu memainkan peranan yang penting dalam membanteras cetak rompak. Cara promosi ni ada saya nukilkan pada entri ini. Cuba tengok yang cara yang terakhir, cara projek komuniti. Saya rasa itu cara yang paling sesuai.
Nak sebarkan Ubuntu atau perisian sumber terbuka mudah je.

Cuba lihat Laptop kat Mudah ni. Baru Rm 300 je.
  1. Beli laptop yang lama-lama yang requirement windows sah-sah tak lepas pastu baikpulih.
  2. Install Ubuntu ke PClinux os ke yang jenis mesra newbie. Kita boleh agihkan kepada golongan yang tidak bernasib baik yang kurang kemampuan untuk beli laptop...tetapi siapa nak jadi donator?
  3. ''Ha bab ni yang aku lemah sikit nih,'' tapi aku ada cadangan yang baik punye...kerajaan selangor sekarang tengah adakan pertandingan blog kreatif menerusi Unisel.
  4. Rasa2 Melayubuntu boleh turut serta. Klik sini untuk keterangan lanjut....mana tau boleh menang.
  5. Duit kemenangan tu boleh kita gunakan untuk beli laptop yang terpakai untuk kita sumbat Ubuntu lepas tu kita boleh distribute kepada golongan yang tidak bernasib baik...yg memang tak mampu nak beli notebook pun..
  6. Pastu peminat-peminat dan penyokong sumber terbuka sila vote banyak-banyak untuk Melayubuntu. Kalau dapat 1st prize bother zulmalc boleh belanja aku hehehe...tak payah pun tak pe...lagi baik zulmalc gunakan RM 4000. Boleh bantu 12 orang anak-anak yatim ke orang-orang miskin dengan cara membelikan mereka sebuah laptop yang terinstall dengan Ubuntu.
  7. Lepas tu kita jangan lepas tangan, kita boleh ambil keluarga tu sebagai keluarga angkat melayubuntu suruh mereka post pengalaman menggunakan Ubuntu. Secara tak langsung, mendidik mereka supaya tidak menggunakan Windows( yg cetak rompak ) kalau tak guna Windows lagi gerek. Paling tidak pun mereka tahu ada pilihan selain daripada windows.
Abg zulmalc camne???on ke tak??kitaorang follow jer....

Monday, June 06, 2011

Menemui Webian Shell : Konsep Pengganti Desktop Oleh Mozilla Lab


Konsep browser sebagai pengganti desktop adalah sesuatu yang sedang diusahakan selama ini oleh gergasi internet iaitu Google melalui Chrome OS manakala kita juga tidak lupa kepada Jolicloud yang menawarkan konsep berasaskan awan. Kini pemain baru muncul dengan sesuatu yang dinamakan Webian Shell dan ianya adalah dari Mozilla Lab, unit R&D kepada pembangun pelayar web Firefox.

Namun begitu, seandainya  Chrome OS adalah sistem operasi kepada sesebuah komputer, webian shell setakat ini hanya merupakan sebuah perisian yang dipasang di atas sesuatu sistem operasi dan ianya tidak mempunyai fungsi untuk mengawal apa-apa pada level hardware seperti mengawal bunyi, network, batery dan sebagainya. Dengan kata lain, webian shell hanyalah sebuah pelayar web berskrin penuh.

Webian Shell memaparkan blog melayubuntu

Sekiranya anda berminat untuk mencuba webian shell ini, ianya boleh dipasang ke dalam mana-mana sistem operasi termasuk Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux. Fail pemasangan boleh dimuatturun di : http://webian.org/shell/download/

Nikmati video berikut oleh pasukan Mozilla Lab berkenaan Webian Shell.



Semoga bermanfaat.

Saturday, June 04, 2011

Ubuntu Malaysia : Forum & Planet Serba Baru

Mungkin saya agak terlewat untuk mengwar-warkan bahawa Ubuntu Malaysia (Official) telah mengemaskini antaramuka Forum dan Planet Ubuntu Malaysia. Berikut merupakan screenshot bagi kedua-dua laman web..




Antaramuka yang baru bermakna, pelbagai perkara baru yang sedang dirancang oleh komuniti Ubuntu Malaysia. Seharusnya pelbagai aktiviti wajar diadakan yang mampu melibatkan ahli komuniti, dan mereka-mereka yang berjiwa baru bagi menyegarkan lagi komuniti Ubuntu Malaysia.

Komuniti Ubuntu Malaysia sangat-sangat memerlukan nafas dan tenaga baru bagi menggerakkan kegiatan komuniti dan seterusnya memeriahkan lagi dunia sumber terbuka & Ubuntu Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai kelapangan, anda bolehlah melawati dan mengaktifkan diri dalam forum Ubuntu Malaysia di atas.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...