Thursday, June 09, 2011

Nak Rompak ke nak Buka?

Salam...maaf dipinta kerana pergi bercuti tak diberitahu. 'Hiatus' selama 6 bulan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dipendekkan cerita saya masih ingin menyumbang kepada komuniti yang banyak telah memberi saya pengajaran, pengalaman yang berguna dan kini adalah masa saya pula untuk menyumbang kembali kepada komuniti sumber terbuka. Kali ini betul-betul bukan main- main punya...Insyallah. Baiklah terus kepada topik.

27 mei 2011 Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri megadakan serbuan ke atas premis yang menjual perisian cetak rompak. Yang ditangkap disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun. Wah bayangkan itu baru satu salinan katanya ada 6 salinan maknanya.......kalau sabit kesalahan kena denda RM 120,000 atau 30 tahun penjara atau dua-dua sekali. Arkib Utusan.

Jadi, kita sepatutnya turut sama berganding bahu dengan kerajaan membanteras cetak rompak. Mari kita sama-sama tolong mereka dengan menggunakan perisian sumber terbuka. Katakan tak nak pada cetak rompak, katakan nak...nak...nak pada sumber terbuka. Kerajaan menyokong perisian sumber terbuka cuma kita jarang mengetahui dan kadang-kadang tidak tahu pun sumber terbuka digunakan dalam sektor awam. Tetapi usaha daripada kerajaan dapat dilihat melalui pengalaman saya sendiri kerana universiti saya sendiri sudah lama menggunakan Fedora sebagai second boot option dan baru setahun yang lepas menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi di dalam makmal komputer.


Mempromosi perisian sumber terbuka dengan lebih gigih.

Disamping kerajaan memainkan peranan kita juga perlu memainkan peranan yang penting dalam membanteras cetak rompak. Cara promosi ni ada saya nukilkan pada entri ini. Cuba tengok yang cara yang terakhir, cara projek komuniti. Saya rasa itu cara yang paling sesuai.
Nak sebarkan Ubuntu atau perisian sumber terbuka mudah je.

Cuba lihat Laptop kat Mudah ni. Baru Rm 300 je.
  1. Beli laptop yang lama-lama yang requirement windows sah-sah tak lepas pastu baikpulih.
  2. Install Ubuntu ke PClinux os ke yang jenis mesra newbie. Kita boleh agihkan kepada golongan yang tidak bernasib baik yang kurang kemampuan untuk beli laptop...tetapi siapa nak jadi donator?
  3. ''Ha bab ni yang aku lemah sikit nih,'' tapi aku ada cadangan yang baik punye...kerajaan selangor sekarang tengah adakan pertandingan blog kreatif menerusi Unisel.
  4. Rasa2 Melayubuntu boleh turut serta. Klik sini untuk keterangan lanjut....mana tau boleh menang.
  5. Duit kemenangan tu boleh kita gunakan untuk beli laptop yang terpakai untuk kita sumbat Ubuntu lepas tu kita boleh distribute kepada golongan yang tidak bernasib baik...yg memang tak mampu nak beli notebook pun..
  6. Pastu peminat-peminat dan penyokong sumber terbuka sila vote banyak-banyak untuk Melayubuntu. Kalau dapat 1st prize bother zulmalc boleh belanja aku hehehe...tak payah pun tak pe...lagi baik zulmalc gunakan RM 4000. Boleh bantu 12 orang anak-anak yatim ke orang-orang miskin dengan cara membelikan mereka sebuah laptop yang terinstall dengan Ubuntu.
  7. Lepas tu kita jangan lepas tangan, kita boleh ambil keluarga tu sebagai keluarga angkat melayubuntu suruh mereka post pengalaman menggunakan Ubuntu. Secara tak langsung, mendidik mereka supaya tidak menggunakan Windows( yg cetak rompak ) kalau tak guna Windows lagi gerek. Paling tidak pun mereka tahu ada pilihan selain daripada windows.
Abg zulmalc camne???on ke tak??kitaorang follow jer....

6 comments:

  1. nak join yg UPSI buat pun bole..hadiah tahun lepas mantap2 gak..berminat..klik 

    http://ict.upsi.edu.my/index.php/pertandingan-educational-blogging

    ReplyDelete
  2. caya la bro.... gua sluttt lu....

    ReplyDelete
  3. aku sokong kalau nak donation sikit2 tuu bole laa rasenye hehehe

    ReplyDelete
  4. Satu lontaran idea yg bgus....aku sokong.... OPEN SOURCE yes, PIRATES SOFTWARE no...

    ReplyDelete
  5. kekadang apa yang kerajaan laksanakan adalah seperti hangat hangat taik ayam seperti yang berlaku di beberapa ipta ...memula dia still pakai ubuntu  dan open office selepas itu keperluan terhadap open office dan di lupakan berbalik pada asal mic$... saya adalah pemilik cc yang memula cuba separuuh  mic$ dan separuh ubuntu  ( untuk memudahkan  saya  edit balik semua taskbar dan dll supaya kasteme tidak terkejut dengan new invironment)...setakat yang yang sedia maklum bukan sistem operasi tapi office itu sendiri  menjadi rebutan pemilihan terhadap open office agak hampa... selagi govement di sogok oleh discount discont mic$ selagi itu la open source agak sukar berjalan dengan platform dia sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...