Posts

Showing posts with the label rencana umum

Sangat Tak Betul

Baiki_komputer Haa??nak baiki Linux kena belajar C++ ? Kompil kernel? Salahkan SUN ? Adoyai...

Penggunaan Raspberry Pi Linux

Penggunaan Raspberry Pi Linux  Jun auza; Tech source from bohol : Walaupun tidak di sahkan  lagi,  desas-desus  mengatakan  yang sudah  ada lebih  daripada 2  juta pertanyaan  dan pre-order .  Dan  kami,  pencinta  Linux  paling  tidak dapat membantu  dalam  memberikan  idea-idea  pasaran  kami sendiri. Cadangan beliau di mana Raspberry Pi dapat digunakan : Sekolah Di negara-negara membangun internet cafe komputer awam di perpustakaan pejabat-pejabat kerajaan sebuah komputer lengkap -via techsource

Ciri-ciri dan Spesifikasi Ubuntu for Android

Image
via Ubuntu.com Ciri-ciri : Kedua-dua Ubuntu dan Android menggunakan Phonebook yang sama. Apabila telefon Android diletakkan dalam dock, ia memudahkan anda untuk melihat, edit, sms atau emel contact. Yang paling best ia boleh integrasi dengan Facebook dan Twitter.  Boleh terima call dan SMS. Cool... Aplikasi Default: Chromium VLC Player Ubuntu Music Player Gwibber Dan banyak lagi... Keperluan Hardware: Dual-core 1GHz CPU Video acceleration: shared kernel driver with associated X driver; Open GL, ES/EGL Storage: 2GB for OS disk image HDMI: video out with secondary frame buffer device USB host mode 512 MB RAM -via:  http://www.ubuntu.com/devices/android/features-and-specs ShimG adalah pengasas  BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku)  dan merupakan guest blogger tetap di blog  Melayubuntu  ;ZulMalc. Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com  untuk request tutorial p...

MAMPU memasuki fasa ke 3 Master Plan Open Source

Image
MAMPU atau nama melayunya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia telah memasuki fasa ke-3 Master Plan Open-source. Untuk pengetahuan MasterPlan ini dilancarkan sejak dari tahun 2004 dengan tujuan utama meningkatkan penggunaan sumber terbuka di kalangan sektor kerajaan. Datuk Nor Aliah Mohd Zahri, Mampu deputy director general of ICT : About 60% of government personnel are trained in open-source development and some are also working for certification. Mampu has developed many applications using open-source technologies such as MySurfGuard, MyMeeting and MyWorkspace. The masterplan will also prepare the country to be a nation that is also a technology supplier and not only a user. Open source is the future. The uncertain global economic outlook will drive the adoption of open-source technologies and we will be ready for that.  Kerajaan telah bermula sejak tahun 2004, bagaimana dengan sektor swasta? via Star_techCentral

Dominasi Linux

Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal. Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android.  Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dar...

Benarkah Linux Kebal 2?

Scam dalam talian Anda sangka laman web SSL selamat? Tidak selamat... Dengan mengubah laman web palsu menjadi seperti laman web Bank. Malware boleh bersembunyi di dalam web browser. Ia tidak perlu mencuri kata laluan, hanya menunggu mangsa login. Anda sangka sudah log out? Mungkin tidak... Brian Krebs melaporkan Scam Man-in-the-Browser (MitB)(sejenis malware).Hanya dikesan dalam Windows dan menunggu mangsa log in. Menurut Krebs lagi: MitB memulakan helahnya dengan memberi mesej kepada mangsa, duit telah dimasukkan ke dalam akaun mangsa secara tidak sengaja, dan akaun mangsa telah dibekukan sehingga mangsa memulangkan duit tadi. Apabila mangsa melihat baki akaun, MitB mengubah amaun dalam akaun mangsa didalam browser; memang ada sejumlah wang yang besar dalam akaun mangsa. Mangsa disuruh untuk segera memulangkan wang tersebut untuk mengelakkan daripada akaunnya di tutup. Dan Malware tersebut menyediakan borang online transfer fund. Berita baiknya, langkah untuk elakkan daripa...

Cadangan Canonical Melanjutkan Ubuntu 12.04 LTS (Desktop) Kepada 5 Tahun

Image
Umum mengetahui Ubuntu versi Tempoh Sokongan Lama (Long Term Support - LTS) adalah untuk 3 tahun bagi edisi Desktop dan tempoh 5 tahun hanya dikhaskan untuk Ubuntu edisi pelayan (server) sahaja. Mungkin Cadangan baru ini suatu berita gembira terutamanya kepada golongan usahawan yang berminat ingin menggunakan Ubuntu sebagai Sistem Operasi di permis mereka tanpa memikirkan soal pemacu, konfigurasi tertentu dan macam-macam lagi karenah yang kadangkalanya dibawa pulang  ke kamar tidur. " Ubuntu memang terkenal keupayaannya untuk bergerak seiring dengan aplikasi dan perkakasan terkini" kata Rick Spencer, Pengarah Kejuruteraan Ubuntu di Canonical. Sambung beliau lagi "Tetapi sebagai pengguna-asas, adalah penting untuk kami merancang jauh kehadapan. Ubuntu 12.04 LTS akan memberikan pengguna desktop kombinasi yang sempurna berkembang seiring dengan perubahan perkakasan dan sokongan yang dilanjutkan dan bergantung kepada keperluan mereka ".  Daripada gambarajah d...

Benarkah Linux Kebal?

Adakah Linux Selamat? Ini adalah salah satu slaid yang dipersembahkan di South LinuxFest oleh Mackenzie Morgan. - Masih terdapat ancaman seperti phishing, keylogger dan lain-lain yang boleh menembusi linux. Bukan bermaksud linux itu kurang selamat, kerana linux dibina berdasarkan multi user based, sedangkan windows dibina berdasarkan single user based. Cuma Berhati-hati... sumber: http://ubuntulinuxtipstricks.blogspot.com  View more presentations from Mackenzie Morgan

Confession of Melayubuntuholic

Image
Individu yang menyatakan mereka mengejar kewangan, pangkat atau kecantikan secara kosisten di dapati kurang gembira dan juga kurang sihat berbanding siapa yang mengejar sesuatu yang bukan matlamat materialistik.-jonathan haidt, the happiness hypothesis Kebanyakan manusia mendapati kerja dalam tiga golongan; sebagai kerja, sebagai kareer atau sebagai panggilan. Saya menggangap apa yang saya tulis adalah pangilan atau seruan kepada saya. Tapi seruan untuk apa? Sekarang kita terlalu menyerah dan mengalah dalam bidang apa pun ekonomi, politik, sosial terutama sekali TEKNOLOGI. kita meyerah kalah kepada orang-orang eropah yang jahat yang mepengaruhi dan menjajah minda kita secara tidak sedar. Disini lah di mana saya boleh menyumbang sedikit berkaitan dengan teknologi walau pun tidak banyak. Teknologi adalah sesuatu dianggap perlu dari dulu sampai sekarang. Teknologi sebenarnya dipelopori oleh orang-orang Islam. Teknologi juga suatu ketika dahulu berada di tangan orang melayu semasa kita...

Tahukah Anda - Siri 2

Image
Tahukah anda? Segelintir pengguna Windows akan memanipulasikan perkataan UBUNTU sebagai bahan jenaka mereka dan pada masa yang sama mereka pula dibayangi rasa takut untuk berkongsi USB Pendrive meskinpun telah memasang perisian antivirus berbayar. Tahukah anda? Dengan menggunakan Ubuntu Live CD/USB, anda sebenarnya telah mengambil langkah bijak dan merupakan salah satu cara yang paling selamat untuk menjalankan transaksi e-banking bagi mengelakkan jejak yang mungkin dapat dihidu oleh skrip cecacing. Tahukah anda? Pada 20/10/2004 Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) adalah versi pertama dilancarkan  dan berkembang sehingga ke versi 11.04 dan menjadikan 14 versi kesemuanya setakat September 2011. Tahukah anda? Merujuk kepada rekod Linux Distribution Time line , versi 11.8 sehingga tahun 2011 telah lahir sebanyak 61 Distro berasaskan Ubuntu dan antaranya yang popular ialah seperti Linuxmint, Pinguys OS, Super OS, Ultimate, Sabily dan sebagainya. Tahukah anda? Majalah ber...

Tahukah Anda - Siri 1

Image
Bermula Siri 1 ini akan saya teruskan pengisian Tahukah Anda hingga bersambung ke siri-siri seterusnya sebagai kudapan ringan untuk menjamu mata... Tahukah anda pengasas Ubuntu iaitu Mark Shutterowth yang berasal daripada Afrika Selatan adalah orang pertama di dunia yang “berkelah” ke angkasa lepas daripada kalangan bangsanya dan beliau juga orang kedua di dunia yang membiayai sendiri pakej pelancongan angkasa lepas ini pada tahun 2002. Tahukah anda anak kelahiran Skotlandia Jonathan Riddell yang berusia 24 tahun ketika itu telah merubah Ubuntu yang menggunakan antara-muka Gnome kepada Kubuntu yang menggunakan antara-muka KDE seperti mana yang kita lihat Kubuntu hari ini. Tahukah anda logo Ubuntu terdiri daripada oleh 3 orang yang berganding bahu membentuk 1 bulatan dari pandangan atas. Orang yang ada di dalam objek ini dinamakan Human dan lahirlah slogan Linux for human beings – Kemanusiaan Untuk Sejagat. Bulatan yang digambarkan bermaksud luas, sel...

Merdeheka kah kita?

Tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan serentak dengan hari raya aidilfitri bagi yang beragama Islam, insyallah. Kemerdekaan yang disambut sejak 54 tahun. Dalam jangka masa 54 tahun itu adakah kita benar-benar telah merdeka dari erti kata sebenar?Kebebasan dalam memilih sesuatu produk, dan adakah kita didedahkan kepada pilihan-pilihan yang ada dan adakah kita tahu kewujudannya? Merdeka dalam definisi kamus Dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri. Mungkin ada yang kurang Percaya jika saya katakan yang kita masih belum merdeka. Datuk nenek kita dahulu sahaja merdeka. Apa sebab saya mengatakan demikian; Kita ambil contoh sabun chap daki. Setiap hari kita lihat berulang-ulang kali produk sabun chap daki selalu terpampang di dada-dada akhbar dan kacamata televisyen. Satu situasi apabila anda pergi kekedai untuk membeli sabun, kebarangkalian sabun chap daki untuk a...

Panggilan untuk sukarelawan2 Melayubuntu...

Salam, di dalam buku Enchantment oleh Guy Kawasaki . Beliau telah memberikan beberapa cara bagi menarik orang ramai untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan lebih berkesan. 1. Letakkan sasaran yang tinggi. Sukarelawan perlu tahu apakah yang mereka lakukan adalah penting dan mereka sedar bahawa mereka boleh melakukan perubahan yang lebih baik. Mungkin Melayubuntu(MB) perlu meletakkan sasaran yang mencabar dan tinggi untuk sukarelawan ini untuk meningkatkan moral mereka kerana moral mereka kini bukanlah duit semata2. Contoh dengan mengadakan kutipan amal untuk disumbang kepada badan-badan kebajikan. 2. Urus mereka dengan baik. Apabila mereka mengetahui apa yang mereka lakukan itu boleh membawa perubahan, mereka hendak menolong, dan tugas MB adalah membolehkan mereka membantu apa yang boleh. Ini termasuklah merancang dan menyusun bagaimana utk memanfaatkan tenaga kerja yang ada dengan mengetahui apakah kelebihan2 pada seseorang volunteer dengan yang lain. 3. Penuhi Kehenda...

Nak Rompak ke nak Buka?

Image
Salam...maaf dipinta kerana pergi bercuti tak diberitahu. 'Hiatus' selama 6 bulan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dipendekkan cerita saya masih ingin menyumbang kepada komuniti yang banyak telah memberi saya pengajaran, pengalaman yang berguna dan kini adalah masa saya pula untuk menyumbang kembali kepada komuniti sumber terbuka. Kali ini betul-betul bukan main- main punya...Insyallah. Baiklah terus kepada topik. 27 mei 2011 Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri megadakan serbuan ke atas premis yang menjual perisian cetak rompak. Yang ditangkap disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun. Wah bayangkan itu baru satu salinan katanya ada 6 salinan maknanya.......kalau sabit kesalahan kena denda RM 120,000 atau 30 tahun penjara atau dua-dua sekali. Arkib Utusan. Jadi, kita sepatutnya turut sama berganding...

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur...

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur... : "Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di..." blog merupakan repost kawan mengenai sejarah melayu yang cuba dipadamkan oleh orang-orang inggeris semasa menjajah kita. Bangsa melayu teruk dimanipulasikan mindanya sehingga sanggup membuang identiti kemelayuannya sendiri. Malu katanya menjadi melayu kerana selalu dikaitkan sebagai pemalas, mundur dan macam-macam lagi. Sudahnya jadilah dia sebagai orang yang tiada jati diri dan sudah hilang asal usulnya. Terlihat satu petikan akhbar mengatakan mungkin matapelajaran sejarah akan diajar dalam bahasa inggeris. Sungguh saya merasa amat marah kepada yang ingin melihat bahasa melayu berkubur begitu sahaja. Sudahnya, anak cucu kita tertanya-tanya siapa sebenarnya mereka, apa asal-usul mereka. Sejarah diajar bahasa inggeris? sudahlah fakta yang sedia ada di dalam buku sejarah sekarang pun di putar b...

Apabila cecacing Stuxnet menyerang dan Ancaman ribut geomagnetik

Image
Ancaman Stuxnet Sebenarnya ada dua isu yang ingin saya sentuh hari ini. Pertamanya ialah Stuxnet, cecacing siber paling merbahaya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Sedikit penyelidikan melalui beberapa laman web seperti wikipedia menjelaskan bahawa Stuxnet merupakan cecacing yang hanya spesifik menyerang sistem pengoperasi windows. Lebih menarik, Stuxnet direka khas untuk menyerang sistem pengendalian industri terutamanya yang dibangunkan oleh syarikat Siemens seperti yang dilaporkan oleh boingboing . Saya memetik; Stuxnet, which was first publicly identified several months ago, is aimed solely at industrial equipment made by Siemens that controls oil pipelines, electric utilities, nuclear facilities and other large industrial sites. While it is not clear that Iran was the main target -- the infection has also been reported in Indonesia, Pakistan, India and elsewhere -- a disproportionate number of computers inside Iran appear to have been struck, according to reports by compu...

3 Cara gila sebarkan Ubuntu

Ur box Hv Bn PWNed Crack masuk komputer jiran atau lagi baik Cyber Cafe atau Pusat Komputer. Selepas itu tukar password admin dan paparkan mesej " komputer anda telah digodam,passwd nya ialah ******, dah tukar bagi selamat sikit. Sila guna Ubuntu untuk lebih Sekuriti." Jadi Ahli Politik Cara ini meungkin mengambil masa yang lama sikit kalau baru nak bertatih dalam bidang politik. Tapi bila sudah menjadi ahli politik kita berkuasa untuk menukar semua OS legasi kepada Ubuntu. Mungkin ikon yang patut jadi ahli politik adalah orangnya dari komuniti Ubuntu dan berkiblatkan pandangan Richard Stallman.  Buat Iklan kat internet dan tiang-tiang elektrik Dalam iklan tu tulis sebesar-besar font, "Format laptop dan PC secara percuma, anda cuma perlu belajar sedikit untuk OS baru yang percuma dan beribu-ribu lagi perisian percuma luar dan dalam talian internet. Sila hubungi: 019-xxxxxxx" Cara x berapa gila Kuasa LiveCD Kalau nak keluar ke mana-mana bawak sekali LiveCD mana tahu ...

Memperkenal Ubuntu kepada Malaysia dan mengapa pengguna Windows tidak perlu rasa terancam!

Image
Sudah hampir 3 tahun saya menjadi penulis blog ini, fokus kepada idea dan praktikal memperkenalkan sistem operasi ubuntu kepada pengguna komputer di Malaysia. Sebelum saya mengorak panjang saya ingin kongsikan kata-kata hebat seorang pejuang kemerdekaan dari ketamadunan India - Mahatma Gandhi; “First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Samada anda sama merasainya atau tidak, sebenarnya itulah yang saya rasa sepanjang-panjang lebih kurang 93,312,000 saat yang telah ditempuhi. Pada mulanya, blog ini diabaikan oleh pembaca. Mereka tidak begitu kisah apa yang saya tulis dan juga fakta yang saya berikan. Kemudian mereka datang ke blog ini semata-mata untuk mentertawakan, merendahkan, dan memberikan komen yang sinis. Fasa seterusnya ialah mereka melawan dengan nada yang keras dan lebih mengancam. Samada fakta dilawan dengan fakta atau fakta yang dilawan dengan penafian, bukanlah sesuatu yang ingin saya ulas disini - kerana entry ini bukan untuk men...

Membina komuniti Ubuntu

Membina komuniti bukan sesuatu yang senang. Bayangkan berapa lama sesuatu komuniti seperti Ubuntu ini hendak bercambah dan berkembang hingga ke Malaysia. Rencana kali ini akan menghuraikan bagaimana untuk membentuk sesebuah komuniti yang sihat dan disegani. Bina suatu produk hebat Ubuntu sudah pun menjadi produk hebat di kalangan pengguna-pengguna seluruh dunia. Daripada segi kestabilan, harga, kebolehgunaan dan sebagainya ternyata Ubuntu telah mengatasi sistem operasi yang lain di dunia. Komuniti Ubuntu yang terdapat di seluruh dunia telah berjaya memperbaiki Ubuntu dengan baik dan pantas ini dapat dilihat dengan release cycle dalam masa 6 bulan sahaja. Lantik 'Juara' dalam komuniti Ubuntu Komuniti sudah ada. Cuma ada satu kurang. Pemimpin yang betul-betul boleh menjadi inspirasi atau hero dalam komuniti ini. Tanpa juara kita akan terus menjadi seperti sekarang. Kurang dikenali dan tidak dapat memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat Malaysia. Jika kita memiliki jaguh ini seku...

Rahsia menjadi Genius dengan Ubuntu

Sifat ingin tahu Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Saidina Ali dan sebagainya semua adalah genius pada zaman mereka. Mereka selalu bertanya dan mengasah pemikiran mereka melalui bertanya. Sifat ingin tahu mereka amat tinggi justeru ia menjadikan mereka genius. Dengan penggunaan Ubuntu kita dapat mengalakkan pemikiran sebegini. Kita akan tertanya-tanya apakah jenis perkakasan komputer kita, processor kita daripada pengeluar apa? jenis apa? tanpa memerlukan perisian third party. Membuka minda untuk berubah Minda adalah seperti payung terjun, ia hanya berfungsi apabila ia terbuka. Jika kita menggunakan Ubuntu untuk keperluan harian ia akan merubah cara pemikiran secara kita tidak sedari. Cuba bayangkan kita melakukan kerja yang sama setiap hari bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan minda terperangkap dengan pemikiran yang sempit dan sukar untuk menerima perubahan. Jadi jangan takut untuk berubah kerana ia akan melahirkan genius dalam diri anda. Main (Play) Setiap kanak-kanak...