Sebenarnya ada dua isu yang ingin saya sentuh hari ini. Pertamanya ialah Stuxnet, cecacing siber paling merbahaya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Sedikit penyelidikan melalui beberapa laman web seperti wikipedia menjelaskan bahawa Stuxnet merupakan cecacing yang hanya spesifik menyerang sistem pengoperasi windows.
Lebih menarik, Stuxnet direka khas untuk menyerang sistem pengendalian industri terutamanya yang dibangunkan oleh syarikat Siemens seperti yang dilaporkan oleh boingboing. Saya memetik;
Stuxnet, which was first publicly identified several months ago, is aimed solely at industrial equipment made by Siemens that controls oil pipelines, electric utilities, nuclear facilities and other large industrial sites. While it is not clear that Iran was the main target -- the infection has also been reported in Indonesia, Pakistan, India and elsewhere -- a disproportionate number of computers inside Iran appear to have been struck, according to reports by computer security monitors.Stuxnet juga dilaporkan, bukan dihasilkan oleh hacker amatur yang biasanya beroperasi secara SOHO. Ianya dispekulasikan oleh laman news-live.net sebagai produk yang dicipta oleh samada Israel atau China atau mungkin juga Rusia.
Dari sudut pandangan saya, saya tertanya-tanya juga mengapa Iran menggunakan sistem kawalan industri berplatformkan Windows dan dibangunkan oleh syarikat berpengkalan di Jerman. Alangkah baiknya jika Iran dapat membangunkan sistem perkomputeran sendiri yang lebih selamat di masa depan seperti yang biasanya dilakukan mereka dalam bidang persenjataan.
Ancaman ribut geomagnetik
Perkara kedua, sebenarnya pertemuan saya dengan berita Stuxnet adalah disebabkan saya ingin mencari satu lagi berita yang boleh dijadikan renungan untuk kita menghadapi hari esok yang penuh misteri.
Di kaji menerusi sejarah, September 1-2 1859 menyaksikan satu kejadian ribut magnetik terbesar pernah berlaku kepada bumi yang menyebabkan aurora boleh dilihat bukan sahaja kepada penduduk di kutub utara malah sampai ke lautan caribbean (sekitar teluk mexico). Ribut geomagnetik yang berlaku telah menyebabkan terputusnya sistem telegraf di seluruh eropah dan amerika utara.
Large and potentially damaging geomagnetic storms are predicted for the height of the next solar sunspot cycle during the 2012-2013 period. [Wikipedia]Ribut geomagnetik adalah disebabkan oleh aktiviti luar biasa oleh matahari yang dipanggil "solar flare" yang menyebarkan gelombang yang mampu mempengaruhi medan magnetosfera bumi. Ancaman apabila berlakunya ribut geomagnetik ialah seperti berikut;
terhadap manusia - ancaman dari segi keracunan radiasi yang mampu membiakkan pelbagai penyakit kanser
terhadap sistem komunikasi - akan mendatangkan gangguan kepada gelombang radio (terutamanya kepada gelombang berfrekuensi rendah)
sistem navigasi - gangguan kepada sistem GPS, LORAN, OMEGA
gangguan satelit - akan menyebabkan peralatan satelit tidak berfungsi dan berkemungkinan satelit akan jatuh ke ruang atmosfera bumi dan meletup
grid elektrik - mendatangkan kerosakkan terutamanya kepada sambungan jalur elektrik yang panjang dan berpotensi memutuskan sambungan elektrik di bandar-bandar utama.
Apabila rebut geomagnetik melanda pada 1959, ketika itu tidak banyak peralatan yang bergantung kepada sistem elektrik dan komunikasi. Namun apabila ia melanda pada 2013 seperti yang diramalkan oleh para saintis, ianya akan mendatangkan pelbagai kesan yang mampu menghuru-harakan penduduk dan ekonomi dunia.
Saya ingin tekankan bahawa ini bukan ramalan kiamat seperti yang dapat anda lihat dalam filem 2012 dan seumpanya. Tetapi ini adalah satu realiti yang membimbangkan pemimpin negara maju seperti England yang memaksa setiausaha pertahanannya, Liam Fox memanggil satu sidang perbincangan antara saintis untuk mencari jalan keluar kepada sebarang kebarangkalian disebabkan ribut geomagnetik - dilaporkan oleh telegraph.co.uk.
Saya ingin melontar satu soalan, sekiranya ribut geomagnetik yang bakal melanda ini akan mengubah terus sistem elektromagnetik bumi dan menukarkan gadget pintar kebanggaan anda hari ini kepada sampah sarap yang tidak berguna, apa yang anda akan lakukan seterusnya?
Komunikasi melalui surat aktif balik. Ramai keje syarikat telekominikasi tukar jadi posmen kot. Huhu.
ReplyDeleteErm..
erm..mungkin jugak..harap tak seteruk tu lah..
ReplyDeleteia begantung kepada sekuat mana ribut 2 melanda..kalau kuat mgkin kesannya juga kuat kpd sistem elektrik..time 2 xleh nak blog, fb, twitter lagi lah..huhu
tinggalkan teknologi kembali kepada asas..ye la dah bersenang-senang dahulu sekarang bersusah-susah pula..
ReplyDeleteharap-harap masa yang selalu diperuntukkan untuk ber'blog,twitting,fb-ing diganti dengan pekara yang manfaat,baca quran ke, zikir ke, belajar memasak ke, berkebun?..kih3
yup btul 2...smua ni adalah tanda kebesaran Allah dan kita akan kembali kepada Dia samada kita maju ataupun tak..
ReplyDeletekomunikasi terputus..peluang kejahatan melakukan huru hara lagi adalah..bangunan dan pasaraya bergelap.kejadian curi pecah masuk menjadi2..ekonomi kacau,berbalahan sana sini..peluang negara bermusuhan untuk bertindak masa itu..untuk menjatuhkan musuh masing2..sebab dunia sebelah sana x tau ape berlaku d isini..atau pun fitnah mula tersebar dan banyaknya berita palsu..masyaallah..mohon kita diperihara Allah dari kejahatan waktu itu..bermula episod ngeri dunia.
ReplyDeletemacam cerita Knowing la plak.
ReplyDeletego back to basic. tak lama dulu pon tak der banyak komputer, wireless, henpon, network dsbnya...
ReplyDeletekena lar masok pondok balik belajor bisik angin, pelipat bumi...
sesuatu yg pernah berlaku suatu masa dulu, semestinya boleh berlaku lagi.
lagipon, teknologi yg ada pada hari ini telah lama di-abuse oleh org2 yg zalim...
marilah kita berdoa berlindung dari musibah yg besar ini.
dan pakai lah linux utk lindungi komputer anda dari cacing2 and virus2
yup..tp kita tak tahu serius mcm mana solar flare yg akan tercetus..
ReplyDeletesbb 1859, takde orang yg mati dan xmcm cita knowing pun..
tp, yup, semua akan huru hara mcm cita knowing..kapal terbang mgkin akan jatuh tiba2, telefon xde signal, elektrik xde...
aku sedang meneliti kaitan antara solar flare, ribut magnetik dan gempa bumi serta letusan gunung berapi.. kaji tarikh 4 ogos 2010..solar flare tahap sederhana berlaku dan 4 gempa bumi direkod di seluruh dunia http://en.wikipedia.org/wiki/Earthquakes_in_2010
yup, smoga kita semua selamat dari semua ancaman.
ReplyDeleteaminn
kena tunggula lepas solar flare baru la beli adget2 canggih... :)
ReplyDeleteIran pakai server di Jerman?
haibahaya tu...kurang selamat kalau kira dari ancaman dari Luar...
ramalan pertama tahun 2007 lagi..tp xberlaku pun..
ReplyDeletedia mcm jangkaan gempa bumi..ada kitaran 100 tahun etc
kalau berlaku pada tahap yg kita sedar camne? hehe
Bertaubatlaaah...
ReplyDeleteagak agak hanphone 3310 aku ni effected tak keh3
ReplyDeletesemua benda yang ada menggunakan satelit terutamanya rangkaian telefon bimbit pasti akan mendapat kesan dengan ribut ni.
ReplyDeletecuma tak pasti samada internet akan mendapat kesan yang sama atau tidak sebab sambungan majoriti masih menggunakan copper wire dan fiber.
yang penting stanby sort wave radio dan dapatkan lesen radio amatur..telah dibuktikan radio amatur ini akan menjadi perhubungan paling penting bila berlaku sebarang musibah, terutamanya bila banjir besar yang berlaku di pakistan tempoh hari.
switch off / shut down any devices would be the best way.
ReplyDelete