Wednesday, September 08, 2010

Tema Elementary Untuk Firefox

..

Teme Elementary Untuk Firefox (tanpa menu bar)

Jika anda memakai tema Elementary untuk ubuntu anda, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba tema elementary untuk firefox.

Pada pendapat saya ia sesuai untuk mereka yang mempunyai skrin yang kecil (seperti netbook) kerana ia akan meluaskan lagi view website yang anda layari. Dan ia nampak lebih kemas.

Pada gambar di atas, menu bar telah di simpan, hanya url bar, nav bar dan tab sahaja wujud.

Gambar di bawah ini pula menu bar yang tidak di simpan.

Sebaik sahaja anda memasang tema ini, menu bar akan terus disimpan. Bagi mengembalikannya, anda hanya perlu Right Click pada icon nav bar (yang ada home, next, previous) dan pilih menu bar.

Berminat? 
Anda boleh download di sini


via: deviant art

Sekian:

p/s: dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan diperbanyakkan rezeki..insyaAllah.

damhamaza

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...