Saturday, September 04, 2010

Isu sekitar proses upgrade ubuntu lucid ke maverick beta!

Secara tradisi, selepas pihak pembangun ubuntu melepaskan mana-mana versi beta ubuntu, saya merupakan salah seorang yang tidak pernah ketinggalan mencubanya secara upgrade terus dari versi sebelumnya menggunakan kata arahan : update-manager -d


Kemudian, tetingkap Update Manager akan muncul dengan diatasnya tertulis New Ubuntu release "No versi" is available. Klik pada upgrade dan proses seterusnya adalah interaksi biasa antara komputer anda pengguna.


Beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan proses ini;
  • Sila pastikan harddisk anada mempunyai cukup ruang untuk fail maverick - saya letak 5GB keatas (ianya sama sekali bergantung kepada ubuntu anda terdahulu)
  • Proses upgrade tidak hanya memuatturun fail versi yang baru (sekitar 700MB) tetapi juga memuatturun aplikasi yang telah anda pasang dalam versi ubuntu terdahulu. Andaikata anda telah memasang beberapa game dari repo ubuntu dalam versi ubuntu terdahulu, proses upgrade akan turut memuatturun game tersebut sekali lagi yang sesuai dengan versi ubuntu terbaru. Kepada yang mempunyai internet berkelajuan ciput, sila fikir 3 kali terlebih dahulu kerana anda mungkin terpaksa memuatturun data sekitar 1GB.
  • Ketika proses upgrade, ubuntu akan disablekan ppa yang anda telah masukkan dalam versi ubuntu terdahulu. Selepas proses upgrade selesai, ada ppa yang tidak sesuai untuk versi ubuntu terbaru (terutamanya ppa yang khas untuk versi ubuntu terdahulu)
  • Proses upgrade tidak akan mengubah settings pengguna versi ubuntu terdahulu kerana semua fail tersebut disimpan dalam direktori pengguna. Ini bermakna, tema yang anda gunakan (wallpaper, icon), startup program dan seumpamanya tetap tidak berubah
Pengalaman upgrade dari lucid ke maverick

Untuk proses upgrade dari lucid ke maverick, saya dapati terdapat banyak error selepas melakukan sudo apt-get update dalam maverick disebabkan satu bug seperti berikut: N: Ignoring file 'THE_PPA.list.save' in directory '/etc/apt/sources.list.d/' as it has an invalid filename extension
yang kemudiannya saya menemui penyelesaian dalam blog webupd8.

Saya perasan peningkatan dari segi kepantasan sebaik selepas restart komputer untuk memasuki maverick dan prestasi ubuntu dalam maverick itu sendiri. Setakat ini saya masih belum menemui permasalahan lain untuk proses upgrade dan jika timbul masalah lain akan saya kongsikan dalam blog ini.

4 comments:

  1. Salam,

    Saya pun dah try macam Zul merasa pakai marverick walaupun versi beta.
    Alhamdulillah netbook terasa lebih smooth dan ringan walaupun saya gunakan
    Acer Aspire One 8GB SSD RAM 1GB.

    Mula2 install biasalah time nk update tu ada sikit2 error tapi bila sekarang
    dah ok. Saya gunakan versi desktop seperti gunakan lucid sebelum ni.

    Saya lebih suka gunakan global menu dan window button seperti Zul gunakan
    sbb dapat jimatkan ruang vertikal skrin yg kecik. Then gunakan avant window navigatior
    setkan saiz '20' sama seperti panel sebelah atas dan letak sebelah kiri. Memang
    mantop he..he..he.. dah try marverick versi netbook tapi macam tak syok.

    Walaupun netbook acer cuma ada 8GB SSD tapi saya gabungkan bersama SD kad
    bersaiz 16GB.

    Semasa install saya setkan partition=root pada SSD dan partition=home pada
    SD kad tu. So semua fail berada dlm 'home' dapat diasingkan ke SD kad jadi
    jimatlah ruang dari hanya gunakan pd SSD.

    Swap fail cuma saiz 256MB dh ok dah.

    Betul seperti yg Zul katakan peningkatan kepada prestasi semasa
    boot dapat dirasakan.

    Terima kasih kerana beri sedikit panduan utk marverick beta ni.

    ReplyDelete
  2. Beta pun macam tak banyak beza pun dengan versi penuh kan?

    ReplyDelete
  3. apsal; tk kuar pon 10.10 .. leh upgrade sampai 10,4 je... huhuu... dh try byk kali tekan kat upgrade manager.. tp still tk kuar..

    aritu upgrade satu2 dari 9.04.

    ReplyDelete
  4. kena tukar dulu dari update for LTS version only ke normal release..nanti baru boleh keluar upgrade to 10.10...tukar kat dalam software manager...cuba cari kat setiap tab..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...