Tuesday, September 28, 2010

Bagaimana pengguna biasa boleh menyumbang kepada perkembangan ubuntu

Ubuntu merupakan satu sistem operasi sumber terbuka yang dibina berasaskan komuniti dan untuk komuniti. Tidak seperti ketika menggunakan windows yang lebih mendidik kita ke arah menjadi end user, semua sistem operasi sumber terbuka membuka ruang seluas-luasnya kepada pengguna untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang membangunkan sistem operasi itu.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana bukan? Katakan anda tidak tahu apa-apa berkenaan programming, python, c, c++ lalu bagaimana untuk menyumbang? Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menyumbang dan dalam entri ini saya akan ceritakan serba sedikit supaya anda mendapat gambaran lebih jelas.

1.Menyumbang kepada penterjemahan Aplikasi

Caranya ialah dengan mendaftarkan diri anda di launchpad.net kemudian cari aplikasi yang anda ingin terjemah ke bahasa yang anda tahu (contoh : English kepada Malay). Klik pada translation.
Dibawahnya, anda boleh melihat senarai bahasa yang anda boleh terjemahkan. Klik padanya akan membawa anda ke halaman terjemahan seperti dibawah;

Namun masih terdapat tanda tanya adakah orang malaysia ingin dan akan menggunakan aplikasi dalam bahasa ibunda memandangkan negara kita mempunyai mentaliti berbeza dari negara sepanyol, jerman, perancis, jepun, china, korea, brazil, indonesia, yang lebih maju dalam bidang terjemahan aplikasi sumber terbuka.

Bagaimana sekiranya anda hanya tahu 1 bahasa sahaja?

2. Menyumbang pertanyaan kepada komuniti

Apabila anda ingin bertanya berkenaan tip, masalah, atau apa sahaja berkenaan ubuntu, sila buat pertanyaan di tempat yang komuniti boleh membaca soalan tersebut dan soalan dan jawapan yang diberikan boleh menjadi rujukan kepada komuniti. Saya mendapati masih ada beberapa golongan yang suka bertanya saya secara personal menggunakan chatting, email dan sebagainya. Saya ingin tegaskan, bertanya saya secara sedemikian TIDAK akan membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti anda nanti.

Tanyakan soalan anda pada bahagian komen blog ini, di forum (ubuntu malaysia) atau di Facebook Melayubuntu. Sekiranya masalah yang anda hadapi sama dengan A. A akan beroleh manfaat kerana semua orang boleh membaca jawapan yang diberikan samada oleh saya atau ahli komuniti yang lain dan ia boleh menjadi rujukan ilmu yang berguna kepada semua.

3.Menyumbang kepada dokumentasi ubuntu

Baru-baru ini team design ubuntu menjelaskan tentang screenshot aplikasi yang terdapat dalam Ubuntu Software Center merupakan screenshot aplikasi daripada http://screenshots.debian.net/. Oleh kerana kebanyakkan screenshot tersebut sudah lama, anda boleh membantu mereka dengan mengambil screenshot aplikasi yang baru kemudian upload pada link diatas. Untuk melakukannya, anda tidak perlu mendaftar terlebih dahulu.

4.Menyumbang secara melaporkan kewujudan pepijat (bug)

Antara sebab mengapa terdapat versi aplikasi yang dipanggil alpha, beta, release candidate (rc) ialah untuk membolehkan komuniti mencubanya dan melaporkan sebarang fungsi dan kelakuan ganjil aplikasi tersebut yang dipanggil bug. Anda boleh melaporkannya menggunakan launchpad dengan klik pada bugs pada halaman aplikasi tadi.

5.Menyumbang memperkenalkan ubuntu kepada pengguna komputer lain

Anda harus bijak memilih "siapa" yang perlu anda perkenalkan. Memperkenalkan kepada gamers umpamanya adalah sesuatu yang tidak praktikal. Ada pengguna komputer yang adakalanya tidak tahu bahawa disana ada sistem operasi percuma yang sesuai dengan mereka dan dalam masa yang sama mempunyai masalah dengan sistem operasi yang sedang mereka gunakan. Beri cadangan kepadanya dan bukan secara memaksa. Galakkan dia membaca terlebih dahulu berkenaan ubuntu dan apabila dia berpuas hati barulah anda boleh menolongnya dalam kerja installasi dan seumpamanya.

Cara menyumbang ini akan semakin bertambah banyak apabila anda semakin pro dengan ubuntu dan sumber terbuka. Namun cukuplah sekadar 5 cara untuk waktu ini yang saya rasa sesiapa sahaja boleh mula menyumbang hari ini juga. Jadikan garam yang memasinkan ikan, dan jangan menjadi lalat yang membusukkannya. Selamat mencuba.

14 comments:

  1. Tertarik bila zul cakap yang mentaliti orang melayu kite tu berbeza ngan bangsa lain. Cube tengok je bangsa cina kat negara kita ni, berapa ramai yang guna bahasa cina dalam telefon bimbit diorang (tetapan bahasa) berbanding bahasa inggeris. Bukan nak bangga diri (tapi siapa lagi nak bangga dengan bahasa melayu kalau bukan orang melayu) tapi mula aku pakai 3310 sampai SE Walkman ( canggih sikit dari 3310 ) aku gune bahasa Melayu dalam telefon aku(kalau bahasa indon lain citer). Orang lain sibuk je guna bahasa inggeris. Lepas tu bile pertama kali gune bahasa melayu dalam telefon, boleh pula diorang gelak tak faham bahasa melayu. Ni la melayu zaman sekarang, gelakkan bahasa sendiri.

    ReplyDelete
  2. yup..stuju 101 %..
    hebat komen ni..
    aku punya FB pun dalam BM..
    tapi tengok la kekawan aku gelak2 apa barang pakai bahasa dalam FB..
    tu yg sucknya...=)

    ReplyDelete
  3. Akupun orang kata pulik guna Gmail Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  4. aku suka dgn no.5 tu....biarpun baru baru sebulan guna ubuntu aku dah yakinkan rakan sepejabat utk try ubuntu,aku bagi dia org tgk efek compiz fusion dan sruh diaorang try lptop aku...stkt hari nie aku dah install utk dua org rakan,3 sdg tunggu turn,sorang ada problem dgn lptop,skrin jadi blur bila try ubuntu.....trmasuk pc kat ofis aku install sekali ubuntu ni,....harap2 ubuntu terus berkembang di malaysia ni......

    ReplyDelete
  5. yeah...mertabatkan bahasa Melayu...dulu bahasa Melayu ni bahasa antarabangsa....la ni jadi macam bahasa terpinggir....(maaf la kalau tercakap macam ni)

    telefon bimbit, mukabuku semua aku set dalam bahasa malaysia....
    macam sedara kat atas tulis la..semua pakat gelak...kutuk...tak paham.....sedangkan itu bahasa dia...cakap bleh baca tak reti???

    ReplyDelete
  6. pe kate kite wat sticker.. Ubuntu Inside / powered by Ubuntu kat laptop/pc..
    pastu edar2 la.. wat bisnes pun ley gak..

    ReplyDelete
  7. so far yg no 5 tu je yg pernah wat. dh byk jgk la aku berjaya meng convertkan OS member2 aku bile diorang mntak tlg repair/tengokkan lappy diorang yg sebenarnya x rosak pon cuma system je yg lari skit. yup mula2 mmg ramai yg x berani try, but bila bg diorang try guna lappy aku br diorang tau best ke tak best ubuntu ni.

    ReplyDelete
  8. aah..bg diorang guna dan tahu dlu OS apa yg derang bakal pakai.
    xdela kejutan budaya sangat nnti..

    ReplyDelete
  9. Kalau kita boleh buat sticker Ubuntu yang 'cool' pun ok, mesti member2 kita berminat nak tampal(promosi percuma) kat laptop/pc diorang walaupun dorang blom guna Ubuntu lagi. Disamping tu,

    Sape2 yang terer grafik, leh la buat icon dan gambar ubuntu yg lawa2 untuk dibuat image link. Pengaruh gambar lebih kuat daripada kita cuma letak teks link jer..

    ReplyDelete
  10. "Namun masih terdapat tanda tanya adakah orang malaysia ingin dan akan menggunakan aplikasi dalam bahasa ibunda memandangkan negara kita mempunyai mentaliti berbeza dari negara sepanyol, jerman, perancis, jepun, china, korea, brazil, indonesia, yang lebih maju dalam bidang terjemahan aplikasi sumber terbuka.

    Bagaimana sekiranya anda hanya tahu 1 bahasa sahaja?"

    betol ... takde smgt kemalaysiaan langsung org kite... klw tak nak guna bhs kita pn tak jadi masalah ... tp development dlm bhs melayu buat jugak la, sbb itu lah kte nye kebanggaan .. bahasa kita ...

    ReplyDelete
  11. Betul. Tapi sesetngah perkataan kita kena kekalkan pakai BI. Alasan tak kasi keliru dan sebab ringkas.

    1. Bugs
    2. OS/platform
    3. mouse
    4. pad
    5. headphone
    6. Chrome

    Kalau nak sebut pepijat, pelantar, sistem operasi, tetikus, Kromium tu boleh, tapi tidak praktikal. Sebab ni dah jadi perkataan ganjil dalam komuniti kita.

    ReplyDelete
  12. standart ar tu org melayu ketawakan bahasa sendiri....
    macam aku plak promote org pakai ubuntu kat ukm....
    sape nak convert bleh bg tau aq formatkan free jew....
    pastu bagi briefing camne nak gune...
    so far baru sorang yg mintak tukar ke window semula...
    yg lain masih dengan ubuntu....

    ReplyDelete
  13. aku pun setuju..n aku bru perasan, screenshot atas tu ade nama aku, thanks ye melayubuntu..bangga btul aku...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...