Monday, September 13, 2010

Zam Zam Alla Kazam : Landing Time!

Saya telah menulis berkenaan kazam beberapa hari sebelum ketibaan syawal dan untuk makluman pembaca pada ketika saya menulisnya, saya dapati kazam masih tidak berada dalam keadaan boleh digunakan (faktor ffmpeg). Namun hari ini kazam telah dikemaskini dan fungsi asasnya iaitu merekod video desktop sudah boleh digunakan. Antara ciri lain pada kazam ialah;

  • rekod video skrin dan rekod audio dari mic
  • upload video secara terus ke laman youtube (versi seterusnya akan menyokong lebih banyak host)
  • export secara terus ke video editor seperti Pitivi
  • simpan video (format mkv) ke dalam folder yang anda kehendaki
  • antaramuka yang senang digunakan


Untuk memasang kazam dalam ubuntu lucid/maverick, masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal;
sudo apt-add-repository ppa:and471/kazam-daily-builds
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
sudo apt-get install kazam
Video dibawah adalah percubaan saya memuatnaik video yang direkod oleh kazam terus ke youtube.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...