Posts

Showing posts with the label screencast

Zam Zam Alla Kazam : Landing Time!

Image
Saya telah menulis berkenaan kazam beberapa hari sebelum ketibaan syawal dan untuk makluman pembaca pada ketika saya menulisnya, saya dapati kazam masih tidak berada dalam keadaan boleh digunakan (faktor ffmpeg). Namun hari ini kazam telah dikemaskini dan fungsi asasnya iaitu merekod video desktop sudah boleh digunakan. Antara ciri lain pada kazam ialah; rekod video skrin dan rekod audio dari mic upload video secara terus ke laman youtube (versi seterusnya akan menyokong lebih banyak host) export secara terus ke video editor seperti Pitivi simpan video (format mkv) ke dalam folder yang anda kehendaki antaramuka yang senang digunakan Untuk memasang kazam dalam ubuntu lucid/maverick, masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal; sudo apt-add-repository ppa:and471/kazam-daily-builds sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade sudo apt-get install kazam Video dibawah adalah percubaan saya memuatnaik video yang direkod oleh kazam terus ke youtube. Selamat mencuba.

Kazam 0.1 dilepaskan!

Image
Dalam linux, terdapat pelbagai cara untuk merakam video desktop (screencast) samada menggunakan CLI (Command Line Interface) atau juga GUI (Graphical User Interface). Namun, saya boleh kata kesemua aplikasi yang ada hingga sekarang (gtkRecordMyDewsktop, Istanbul, xVidCap...) seakan-akan tidak begitu menitik beratkan aspek kemudahgunaan dan pengalaman kepenggunaan. Hal ini mungkin disebabkan pembangun aplikasi linux dahulunya hanyalah seorang programmer dan bukannya designer. Semenjak linux khususnya ubuntu semakin mendapat tempat dihati pembangun aplikasi, muncul ramai programmer yang dalam masa yang sama seorang designer yang menghasilkan idea untuk memudahkan banyak kerana termasuk memasukkan unsur pengalaman kepenggunaan ke dalam aplikasi didalam linux, dan Kazam ialah salah satu daripadanya. Pada akhir Jun lalu, seorang pembangun aplikasi (Andrew) telah mengeluarkan satu draf idea ke arah membangunkan aplikasi screncast yang dinamakan Kazam. Hari ini pula, Kazam versi 0.1 di...

MonsoonX Google Group & Screencast Pengenalan Ubuntu

MonsoonX Update ringkas dari saya. Saya ingin umumkan bahawa Pergerakan MonsoonX (Pengguna Open Source Terengganu) telah mewujudkan satu group pada google untuk memudahkan ahli subscribe kepada perbincangan melalui email. Sertai group ini disini :  http://groups.google.com/group/monsoonx . Di harapkan melalui medium ini, perbincangan akan menjadi lebih efektif dan setiap ahli akan lebih alert kepada apa yang diperbincangkan. Screencast pengenalan Ubuntu Screencast ini dirakam secara spontan tanpa persediaan awal. Saya perlukan pendapat tentang screencast ini. Tq =)