Thursday, December 23, 2010

Antara Remastersys dan APTonCD

Izinkan saya memberikan anda satu situasi. Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang telah terpasang siap dengan codecs, perisian kegemaran, disetup dengan efek desktop dengan segala bagai kelengkapan yang cukup membuatkan anda rasa selesa untuk menggunakannya.

Persoalannya, katakan anda ingin memindahkan sistem ubuntu yang telah siap itu kedalam satu komputer baru, atau mungkin ke dalam komputer yang sama tetapi partition yang berlainan yang mempunyai ruang harddisk yang lebih besar atau mungkin ingin berkongsi setup sistem ubuntu tersebut dengan rakan-rakan anda. Apa yang harus anda lakukan?

Sebenarnya terdapat 2 alat yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya anda dalam situasi di atas.
  1. Remastersys
  2. APTonCD
Seperti yang anda dapat baca, sebenarnya saya sudah tulis berkenaan kedua-dua alatan ini berserta cara menggunakannya.

Jadi kepada yang berkenaan, saya harap dapat mencuba kedua-dua alat ini. Selamat mencuba.

Wednesday, December 22, 2010

Idea pasukan Elementary - Wingpanel


Sekiranya anda pembaca tegar OMGUbuntu, pasti anda terbaca sesuatu berkenaan Wingpanel, altenatif gnome-panel yang menjanjikan penggunaan ruang vertikal yang lebih minimalis.

Idea seperti wingpanel ini selain dapat keluar dari konsep Mac OSX, ianya juga dapat menggantikan gnome-panel yang selama ini sentiasa mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan.

Sekiranya anda masih kabur tentang wingpanel, sila saksikan video di bawah;

 

Pembangunan Wingpanel masih lagi dalam giat dijalankan dan kod Wingpanel masih lagi tidak begitu stabil dan serasi dengan sistem ubuntu yang sedia ada. Apabila munculnya Wingpanel yang stabil, saya akan tulis mengenai cara pemasangannya.

Blog melayubuntu kini menggunakan font 'ubuntu'


Untuk makluman, tulisan (font) ubuntu kini telah dimasukkan ke dalam senarai sokongan Google Font Directory. Sekiranya anda mempunyai laman web ataupun blog, anda boleh menggunakan font ubuntu sebagai tulisan di blog anda menggunakan perkhidmatan google ini.

Kini, blog melayubuntu juga telah mengguna font ubuntu untuk tajuk dan kandungan teks di dalam setiap entry blog ini.

Apa komen anda?

Monday, December 20, 2010

Buku komputer dalam Bahasa Malaysia - Renaissance yang tertangguh

Ilmu yang tidak ditulis akan lenyap.
Bahasa yang tidak ditulis tidak akan wujud.
Sesiapapun akan bersetuju dengan 2 frasa di atas. Bersetuju bukan kerana ia ditulis oleh saya atau bukan kerana atas dasar ikut-ikut orang. Tetapi kita bersetuju dengan 2 frasa di atas kerana kita mempunyai cukup bukti dan ianya selari dengan logik akal yang waras.

Ketika saya menyuarakan hasrat untuk menulis buku ubuntu dalam Bahasa Melayu tiba-tiba kawan saya melontarkan satu pertanyaan.

"Untuk apa menulis dalam bahasa melayu? Bukankah perkara berkaitan IT lebih senang ditulis dalam Bahasa Inggeris?"

Ya, benar. Mereka berkata, Bahasa Inggeris adalah bahasa kepada dunia IT. Sesiapapun mengangguk dengan "fakta" ini. Namun sejarah tidak pernah lupa bahawa ilmu sains perubatan, astronomi, matematik, kimia semuanya bukan berasal dari Bahasa Inggeris. Semua ilmu itu berasal dari peradaban Islam yang telah mencetuskan Renaissance di eropah sehinggalah orang eropah terpaksa belajar bahasa arab untuk menguasai ilmu pengetahuan yang kemudiaannya dibawa pulang ke eropah. Mereka membangunkan ilmu itu, ditulis ke dalam bahasa mereka sehingga sekarang merekalah yang menguasai ilmu itu samada dari segi kemajuan hinggalah kepada bahasa.

"Ilmu IT dalam Bahasa Inggeris sudah tak perlu ditulis. Sudah terlalu banyak buku IT di pasaran ditulis dalam Bahasa Inggeris. Adakah ianya telah mengubah sesuatu dalam masyarakat kita?"

Apabila saya dijemput untuk menulis buku berkenaan ubuntu oleh PTS Netmedia, saya merasakan seolah-olah ianya satu peluang yang sangat tepat pada masanya.

Ketika ini, kebanyakkan masalah berkaitan penterjemahan istilah IT dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu berpunca daripada kurangnya buku IT ditulis ke dalam Bahasa Melayu. Saya ulangi frasa di atas, "Bahasa yang tidak ditulis tidak akan wujud".

Natijahnya? Apabila kita ketawa "joystick" ditasfsirkan sebagai "kayuria atau kayu bedik", "by default" ditafsirkan sebagai "secara lalai" dan pelbagai lagi tafsiran yang "kepelikan" itu wujud kerana betapa tidak biasanya kita menggunakan istilah IT dalam bahasa ibunda sendiri. Kita menganggap tafsiran itu sepatutnya tidak wujud, atau perlukan tafsiran lain yang lebih praktikal dari segi "feel" dan kejituan. Namun sebenarnya kita sedang menghadapi fenomena bahasa sendiri yang tidak wujud! Perasankah kita akan hakikat itu?

Pada pendapat saya, blog ini dikunjungi ramai cendiakawan dalam bidang IT dan atas sebab itu juga artikel ini ditulis disini. Bukan untuk melontarkan bom asap ketengah-tengah lapangan manusia, mengharapkan semua orang buntu mencari udara yang segar. Tetapi untuk melontar satu topik perbincangan yang sewajarnya kita mula sedar akan kesilapan-kesilapan hasil daripada minda kita yang telah terjajah.

Saya mengharapkan agar selepas ini munculnya ramai penulis yang sudi menulis dan berkongsi ilmu IT mereka dalam Bahasa Melayu ke arah memandaikan masyarakat Malaysia dengan IT dan memartabatkan bahasa kebangsaan.

Sekiranya anda melihat dalam satu senarai bahasa, alangkah bangganya sekiranya senarai tersebut mempunyai pilihan bahasa kebangsaan negara dan alangkah hampanya apabila bahasa kita tidak ada dalam senarai. Apa yang ada hanyalah Bahasa Indonesia dan Malayalam...dan kedua-duanya tidak menyimpan identiti bumi kita yang merdeka.

Saturday, December 18, 2010

Android Notifier di Ubuntu

Secara jujurnya, apabila saya menggunakan laptop saya untuk online, sangat jarang untuk saya menggunakan handphone. Sebab itu bila ada rakan SMS, Call, saya jarang untuk respond. Kadang – kadang tak perasan. Lepas tu, kena marah tak tentu pasal sebab tak respond.. ;-)

Ada satu aplikasi yang akan membantu anda, iaitu Android Notifier. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada kita yang sedang asyik di PC, bahawa ada SMS, panggilan, atau bateri yang dah nak habis.
Tapi malangnya ia hanya membantu kita untuk terima notis sahaja, tapi tak boleh nak balas sms atau jawab panggilan di PC.

Ada dua, satu untuk Android dan satu lagi untuk Ubuntu. (Juga terdapat untuk Window)

Download di sini

Game Oil Rush untuk linux bakal dilepaskan Mac 2011


Sekiranya anda pernah membaca artikel saya di OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul? , pastinya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui bilakah agaknya game ini akan dikeluarkan. Namun ubuntugamers.com mendedahkan yang game ini bakal dilepaskan sekitar suku pertama tahun 2011 iaitu pada bulan Mac dan berita ini pastinya membuatkan penantian ubuntu 11.04 Natty Narwhal menjadi lebih manis.

Anda boleh melihat screenshot menarik berkenaan game Oil Rush di http://oilrush-game.com/screenshots/. Semoga bermanfaat.

Friday, December 17, 2010

Ini ialah entry ke-1000 di blog Melayubuntu


Dengan tersiarnya entry ini, maka lengkaplah bilangan entry di blog Melayubuntu ini 1000 entry. Terima kasih kepada pembaca yang terus mengunjungi blog ini. Terima kasih kepada penulis jemputan yang turut sama menyumbang idea dalam tulisan mereka. Terima kasih kepada responden dalam setiap entry. Terima kasih kepada semua. Doakan blog ini terus subur dengan ilmu dan artikel yang mampu menarik pembaca kepada ilmu.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih! - Zul Malc.

Thursday, December 16, 2010

Bandwidth Internet Terhad? Gunakan NTM - Network Traffic Monitor

Trend ISP (Internet Service Provicer) masa kini ialah menghadkan penggunaan bandwidth pengguna terutamanya ISP yang menyediakan perkhidmatan internet mobile (mudah alih). Namun saya dapati satu masalah paling besarnya ialah apabila pengguna tidak tahu secara tepat bandwidth yang telah digunakan pada satu-satu tempoh masa.

Sebagai contoh, apabila pengguna subscribe kepada satu plan broadband dengan kadar bandwidth 6GB sebulan, pada hari ke-15 dalam satu-satu bulan, bagaimanakah pengguna tadi boleh tahu berapa banyak lagi bandwidth yang masih available? Keadaan menjadi semakin bermasalah sekiranya pengguna perlu membayar dengan harga tidak masuk akal apabila menggunakan internet yang telah melampaui limit bandwidth yang ditetapkan.

Satu penganiayaan kepada pengguna secara total.

Namun begitu sekiranya anda menggunakan sistem operasi ubuntu, terdapat satu perisian yang akan monitor penggunaan data yang anda gunakan iaitu NTM atau Network Traffic Monitor.


NTM mempunyai pelbagai fungsi antaranya membuat rekod penggunaan bandwidth semasa dan fungsi auto-disconnect apabila melepasi angka penggunaan bandwidth tertentu. Saya merasakan perisian kecil ini sangat berguna kepada pengguna internet mobile untuk sentiasa mengetahui berapa banyak data yang telah digunakan.

NTM boleh dipasang ke dalam ubuntu dengan memuatturun fail DEB dan maklumat lanjut boleh didapati dari http://netramon.sourceforge.net/eng/index.html

Selamat mencuba.

[via : Webupd8]

How To Install Google Chrome Web Apps

How To Install Google Chrome Web Apps

Wednesday, December 15, 2010

Humble Indie Bundle Kembali!

Setelah mengutip lebih $1 juta USD untuk edisi #1, Humble Indie Bundle kini kembali dengan versi #2 dan sehingga artikel ini ditulis, jualan yang telah terhasil ialah $332,599.08 USD!

Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan perisian permainan - Games! (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian perisian permainan bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat perisian permainan yang nilainya USD 85 jika dibeli secara berasingan.

Versi #2 ini , antara perisian permainan yang ditawarkan ialah seperti dalam screenshot di bawah;


Ok, berapa harga untuk kesemua perisian permainan di atas? Anda yang tentukan. Nilainya mungkin dari setinggi $1000 USD atau serendah $1 USD. Menarik bukan?


Selamat membeli dan menyumbang kepada badan kebajikan yang disediakan :)

Mencuba Jolicloud dalam Google Chrome (Pemasangan Tidak Diperlukan)

via : https://sites.google.com/site/sajahobi/sumber-terbuka

Jolicloud merupakan sebuah sistem operasi bersifat cloud computing seperti juga Chrome OS kini boleh dicuba secara online mengguna Google Chrome.

Cara-cara untuk mencubanya.

1. Buka Google Chrome Versi 8.0 ++ (Tak kisah samada anda pengguna Windows, Mac OSX mahupun Linux)

2. Pergi ke http://www.jolicloud.com/ (Menggunakan Google Chrome)

3. Klik pada Try it online.


4. Ini akan membawa anda ke Google Chrome Web Store. Klik pada butang install.

5. Satu ikon aplikasi Jolicloud akan muncul pada halaman New Tab pada Google Chrome. Klik padanya akan membawa anda ke halaman seperti dalam screenshot di bawah;


6. Disini anda boleh Sign Up ataupun Login menggunakan akaun Facebook. Kemudian, anda boleh menggunakan Jolicloud tanpa perlu memasangnya ke dalam komputer!

Contoh screenshot:

via : https://sites.google.com/site/sajahobi/sumber-terbuka

Monday, December 13, 2010

Pelajar mencari tempat untuk praktikal? Meh sini!


Oleh kerana ramai sangat yang bertanya kepada saya berkenaan tempat yang elok untuk dibuat praktikal terutamanya pelajar dalam bidang IT/Komputer, lalu saya teringat kepada satu entry daripada blog amanz.my bertajuk Intern.MY – Temui Tempat Latihan Industri Anda.

Laman web Intern.my ini dikhaskan  pelajar dan majikan untuk mencapai hasrat masing-masing iaitu samada mencari tempat praktikal atau menyediakan tempat praktikal. Sama-samalah kita memanfaatkan website ini dengan sebaiknya dan sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan anda juga.

Sunday, December 12, 2010

Memasang Docky + Stacks menggunakan pakej DEB


Jika sebelum ini saya menulis berkenaan memasang Docky + Stacks melalui BZR yang mana cara-caranya agak pelik dan ganjil, kini kita mempunyai pakej DEB yang membolehkan kita memasangnya dengan hanya membuka pakej berkenaan menggunakan Ubuntu Software Center (Maverick sahaja).


Fungsi stacks pada docky ini memudahkan pengguna untuk akses ke fail-fail tertentu dalam folder tertentu tanpa perlu membuka file manager nautilus dan ianya sangat menjimatkan masa. Ia juga menyokong fungsi drag & drop fail untuk tujuan pemindahan fail.

Selamat mencuba.

Muatturun Wallpaper Sabily 10.10 - Al-Quds!


Wallpaper sistem operasi komputer islamik dan berasaskan ubuntu, sabily 10.10 dan memakai kod nama Al-Quds menarik minat saya untuk berkongsi dengan semua pembaca blog melayubuntu. Sebagai satu bentuk solidariti terhadap perjuangan pembebasan palestin dan masjidil aqsa, wallpaper ini sangat menarik untuk menghiasi desktop kita samada pengguna ubuntu, windows mahupun mac osx.

Untuk memuatturun, klik pada gambar diatas dan kemudian save image as dan muatturun seperti biasa.

Saturday, December 11, 2010

Natty Narwhal : Ubuntu serba baru - Himpunan perubahan yang bakal diperkenalkan

Ada sesuatu yang istimewa pada ubuntu 11.04 Natty Narwhal iaitu, ia bakal menggunakan unity menggantikan gnome sebagai 'shell' kepada sistem operasi ubuntu. Saya sendiri masih keliru apakah perbezaan shell dan desktop environtment namun yang pasti, antaramuka ubuntu 11.04 nanti merupakan sesuatu yang cukup berbeza dengan sistem operasi windows.

 Antara muka unity dalam natty narwhal

Perubahan : Kelebihan atau kekurangan?

Saya merasakan teknologi seharusnya bersifat selalu berubah. Manakala pengguna teknologi mestilah sentiasa bersedia mendepani perubahan. Perubahan dan konteks antaramuka ubuntu hanyalah salah satu dari teknologi yang penggunanya harus bersedia mendepani perubahan tersebut.

Begitu juga dengan pengguna komputer yang beralih dari windows ke ubuntu. Mereka membuat sangkaan bahawa ubuntu seharusnya kekal sebagaimana windows. Seandainya begitu, maka apa perlu perubahan itu dilakukan sama sekali?

Natty Narwhal : Perubahan yang diketahui

Selain penggunaan unity, terdapat beberapa aspek lain yang turut mengalami perubahan. Antaranya:
  1. Banshee menjadi audio player secara default menggantikan rhythmbox
  2. Ubuntu software center mengintegrasikan fungsi rating dan review
  3. Menu aplikasi akan terletak pada panel atas (global menu) bersama dengan butang minimize, maximize dan close
  4. Firefox 4 akan menjadi pelayar web secara default
  5. OpenOffice.org akan digantikan dengan LibreOffice
  6. Gnome-Dictionary kemungkinan besar akan ditiadakan
  7. Tema ikon yang baru!
Unity : Fakta menarik tentang unity
  1. Tidak membenarkan pengguna menggunakan gnome-panel applet
  2. (Sehingga ke hari ini) masih tidak boleh diaplikasikan tema lain
  3. Unity Laucher mempunyai kebolehan autohide
  4. Unity akan mengintegrasikan Compiz untuk menghasilkan efek desktop 3D
  5. Menggunakan "Dash" sebagai file manager
*Tertakluk kepada perubahan daripada pembangun ubuntu. Apa yang ditulis disini akan berubah dari masa ke semasa.

Adakah anda akan upgrade ubuntu ke Natty Narwhal?

Friday, December 10, 2010

Histwi 0.6.7 kini menggunakan OAuth

Saya merupakan pengguna tegar Histwi, sehinggalah twitter memperkenalkan Oauth-Apocalypse yang menyebabkan kesemua aplikasi twitter pihak ketiga yang tidak menggunaka OAuth gagal berhubung dengan twitter. Pada ketika itu, histwi merupakan antara aplikasi yang gagal berhubung dengan twitter menjadikannya aplikasi terbiar yang tidak berguna.

Histwi merupakan aplikasi untuk;
  • Download and save all your Tweets to Database.
  • View and export all saved tweets to html or txt file.
  • Compare your Following to Followers.
  • Follow/Unfollow any your friends.
  • Tracking new followers and unfollowers.
  • Advanced Twitter Search.
  • Managing multiple Twitter accounts.
Dengan versi 0.6.7, histwi kembali boleh digunakan seperti biasa dan saya sangat mencadangkan aplikasi ini kepada pengguna tegar twitter yang ingin melihat rekod follow dan unfollow secara lebih jelas.

Fungsi yang sangat saya sukai : Melihat follower dan Unfollower

Memasang ke dalam ubuntu.

Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut;

sudo add-apt-repository ppa:nikolay-blohin/histwi
sudo apt-get update
sudo apt-get install histwi

Atau dengan memuatturun pakej deb disini.

Thursday, December 09, 2010

Faenza ♥ Conky !

Maafkan saya sekiranya saya telah menggunakan satu simbol yang kurang digemari jejaka maskulin lagi geek iaitu simbol [♥] dalam tajuk entri kali ini. Haha!

Faenza bukanlan sesiapa. Faenza adalah tema ikon antara yang paling cantik dan kemas yang boleh digunakan dalam ubuntu, manakala conky adalah satu perisian kecil yang terletak pada desktop untuk memaparkan bermacam aktiviti komputer. Conky biasanya sangat digemari jejaka maskulin dunia geek dan menghiasi desktop yang biasanya penuh dengan warna-warna menakutkan.

Namun apabila Faenza berjaya memikat hati Conky, maka akan terhasillah sesuatu yang berbeza seperti dalam screenshot dibawah;


Tema conky ini dinamakan conky~meet~faenza dan dihasilkan oleh (kemungkinan besar) pengguna dari komuniti indonesia memandangkan terdapatnya fail readme dalam bahasa indonesia di dalamnya (Yup, mereka bangga mempunyai identiti. Kita?). Conky~meet~faenza boleh dimuatturun melalui Gnome-Look.org.

Bagi pengguna ubuntu, sila pastikan anda telah memasang conky (sudo apt-get install conky) kemudian extract kandungan yang anda muatturun ke dalam home folder. Untuk mengubah ketetapan, sila baca fail readme!

Segala pertanyaan sila catatkan dalam ruangan komen :)

Wednesday, December 08, 2010

Chrome OS : Google adalah Komputer dan Internet?


Google memilih tarikh 7 Disember (1 Muharram 1932 Hijrah) untuk mengumumkan beberapa perancangan penting bagi pembangunan sistem operasi yang diideakan semula iaitu Chrome OS dan Netbook pertama yang bakal menggunakannya.

Idea sistem operasi berasaskan internet yang diaplikasikan kepada Chrome OS berasaskan statistik menarik iaitu ramai pengguna komputer yang 90% masa penggunaan komputernya menggunakan internet menerusi perantaraan pelayar web. Kebanjiran aplikasi web sejak akhir-akhir ini pula seolah-olah membuang segala keraguan samada idea ini relevan atau tidak.

Segmen Pasaran.

Mungkin ada antara kita yang ingin mengatakan, Chrome OS sama sekali bukan untuk kita atau bukan untuk pasaran Malaysia yang internetnya terkenal dengan lambat dan dikekangi oleh had bandwidth.

Antara sebab lain mengapa Chrome OS bukanlah sistem operasi untuk kita ialah hakikat bahawa Chrome OS tidak menyimpan apa-apa data di dalam komputer dan data anda seperti muzik, video, gambar, movie disimpan dalam pelayan google. Dengan keupayaan internet di Malaysia sekarang, adakah ianya praktikal?

Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, maka google sememang tidak mensasarkan Chrome OS dan Chrome Book untuk anda. Sasaran google sebenarnya adalah fokus kepada pengguna yang kehidupan komputernya beroriestasikan web, dan keupayaan internet yang stabil dan pantas.

Chrome OS. Ciri-cirinya.

[Dari Blog JomPhp]

- Chrome OS boot dalam masa 10 saat dan sudah bersedia untuk melayari web. Website load dengan sangat laju dan lancar, dilengkapi teknologi terkini seperti HTML5, Adobe Flash dsb.

- Segala aplikasi, dokumen, settings akan disimpan secara cloud, dengan selamat. Tak perlu risau data hilang sebab hardisk rosak atau orang curi maklumat sebab semuanya akan disimpan di dalam server Google.

- Sambungan 24/7 kepada Internet samada melalui WiFi atau 3G.

- Selamat daripada malware seperti spyware, virus dan worms serta serangan hackers.

- Kemas kini secara automatik menjadikan sistem operasi Chrome OS sentiasa terkini, stabil, laju dan lebih mantap.

Aplikasi pada Web dan Web Store.



Google juga telah mengumumkan Web Store untuk pelayar web Chrome dan boleh dimanfaat oleh pengguna Google Chrome versi 8.0 ke atas. Seperti yang boleh difahami daripada namanya, Web Store adalah katalog kepada aplikasi web bag Google Chrome dan Chrome OS samada percuma ataupun berbayar.

Google adalah Komputer dan Internet.

Sekiranya kesemua pembangunan oleh Google dianalisis rapi, maka kesimpulan yang boleh dilakukan ialah Google adalah Komputer dan Internet. Di saat populariti Facebook sedang menggila, ramai beranggapan bahawa Facebook akan berupaya mengatasi Google namun kelihatannya tidak begitu mudah untuk perkara itu terjadi.

Google sedang dan akan menguasai dunia mobile dan tablet melalui Android, dunia Komputer dan Internet melalui Chrome OS dan Google Chrome manakala Facebook hanyalah sebuah laman web social yang menggantikan tempat My Space satu ketika dahulu.

Tuesday, December 07, 2010

OpenSUSE dan Ubuntu

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang diberitahu oleh bos saya tentang perkembangan OpenSUSE, Linux yang adik beradik dengan SUSE Enterprise yang dimiliki oleh Novell. Amat terkejut sekali apabila saya terbaca yang Micro$oft membeli syarikat tersebut. Antara isu yang diperbincangkan oleh saya dan bos adalah tentang kestabilan dan ketahan-lasakan (betul ke ayat ni?) dan saya ada berbincang dengan rakan Gecko saya tentang perlunya OpenSUSE sebuah wiki berbahasa Melayu memandangkan faktor bahasa juga memainkan peranan dalam seseorang pengguna itu untuk menggunakan Sistem Pengendali (saya terperasan perkataan Operating System = Sistem Pengendali dan bukannya Sistem Operasi - merujuk ke laman Dewan Bahasa dan Pustaka) Linux.
Baiklah, berbalik kepada tajuk saya di atas. Mengapa Ubuntu dan bukannya OpenSUSE? Janji Ubuntu adalah satu Sistem Pengendali yang berterusan akan percuma, dan sebagai buktinya, Ubuntu akan menggunakan Libreoffice pada keluarannya tahun depan. Ini bagi mengelakkan sebarang isu pemilikan daripada Oracle yang sememangnya Proprietary Software.
Apa pula dengan OpenSUSE? OpenSUSE adalah berasal daripada SUSE yang sekarang ni sudah menjadi Enterprise Operating System, sama seperti Red Hat. SUSE mempunyai nilai sentimental dengan saya memandangkan ia adalah Linux pertama yang saya cuba ketika pertama kali mencuba Linux. Red Hat juga sempat saya gunakan, tetapi pada pertama kali saya menjejakkan kaki ke Open Source Competency Centre untuk mempelajari Linux, SUSE adalah Linux yang diperkenalkan ketika itu.
Walaubagaimanapun, terdapat isu juga dan bukannnya masalah pada pengguna Ubuntu pada masa hadapan. Pada keluaran Ubuntu 11.04 dengan nama kodnya "Natty Narwhal", pengguna akan disajikan dengan antaramuka Unity yang ada di dalam release Netbooknya dan memberikan sedikit percanggahan dengan hala tuju antara Mark dan rakan di dalam organisasinya. Bukannya apa, terdapat perbezaan pendapat dimana ini akan mendatangkan masalah kepada pengguna yang sudah selesa dengan antaramuka GNOME (default Interface for Ubuntu) dan pengguna yang baru di dalam Ubuntu yang mungkin tidak biasa dan juga kepada mereka yang tidak selesa dengan antaramuka Unity dan sebagainya. Saya akui Unity adalah antaramuka yang cantik, dan still kita perlu mempelajarinya untuk biasa menggunakannya.

MENGAPA SAYA MASIH MEMILIH UBUNTU?
Ini pendirian saya. Ada sesetengah pendapat pengguna Linux yang hebat mengatakan Ubuntu tidak stabil, kuat hang dan banyak bugs.. hey, stop it!! Apa pula sumbangan anda kepada Open Source selain daripada komen yang tidak membina itu? Anda mungkin perlu berada di Jepun atau di Korea untuk belajar menjadi seorang leader instead of follower yang banyak komplen... Mari kita perjuangkan semangat ini, tidak kira Linux apa yang anda gunakan. Come on la.. kita masih follower dan belum dan tidak lagi leader untuk berkata demikian. Saya meletakkan keadaan saya seperti ini, jika saya mempunyai masalah di dalam machine Ubuntu saya, macam biasa saya akan bertanya di Google, dan kebanyakan contoh Linux yang diberikan adalah di dalam asas Ubuntu. Ini tidak menghairankan memandangkan Ubuntu adalah Sistem Pengendali yang famous ketika ini. Rujuklah Google Trends yang saya bekalkan ini. Nampaknya OpenSUSE masih lagi statik dan stabil di aras yang rendah. Ini bukan kenyataan merendah-rendahkan pengguna OpenSUSE, malah saya sendiri sedang berusaha membina sebuah wiki berbahasa Melayu untuk OpenSUSE bersama sahabat saya, Hidzuan Hashim.
Antara sebab lain juga, saya terlibat secara tidak langsung dalam penggunaan Sistem Pengendali Sabily yang membariskan aplikasi Islamik di dalamnya. Sebagai tambahan juga, pengguna OpenSUSE juga mungkin tidak lena tidur memandangkan masa depan mereka bersama Novell mungkin tidak pasti dan mungkinkah Micro$oft akan membenarkan dana diberikan kepada pembangun OpenSUSE sedangkan mereka sedang menjual Window$ walhal 'barisan bawahnya' mengeluarkan Sistem Pengendali yang percuma?! Kita nantikan.. mungkin khabar yang indah atau... tunggu jelah ;)

KEKALKAN SEMANGAT ANDA
Anda semua masih boleh kekal dalam penggunaan OpenSUSE anda, mahupun Ubuntu sendiri, tetapi apa yang saya nukilkan di atas mungkin boleh menjadi faktor 'kehilangan' untuk pengguna OpenSUSE sendiri dan juga mungkin ini salah satu strategi Micro$oft untuk mempelajari rahsia disebalik kernel Linux sendiri, kerana Linux sebenarnya adalah kernelnya sahaja,anda bebas untuk mengambilnya dan membuat Sistem Pengendali yang baru dan tak salah apa yang dilakukan oleh komuniti Linux sekarang akan dilakukan oleh sebuah komuniti Micro$oft, membina sebuah Sistem Operasi yang separa percuma.. mungkin.. sapa tau, selepas ini Micro$oft akan mengeluarkan edisi percumanya pula. Jika begitu saya orang pertama akan mengucapkan terima kasih. Well, that's all.

Google melancarkan Google eBookstore

Google semalam mengumumkan pelancaran secara rasmi Google eBookstore, sebuah kedai buku maya yang mengandungi tidak kurang dari 3,000,000 (3 juta) tajuk buku di seluruh dunia. Bagi buku versi berbayar pula, ianya terhad kepada US sahaja buat masa ini (mungkin kerana pembayaran melibatkan proses pengurusan, kerjasama penerbit buku, perjanjian dengan penulis etc).

Nota : Sila cuba layari Google eBookstore dalam PC, Telefon, Tablet dan cuba baca mana-mana buku. Respon dalam komen di bawah pengalaman anda.


Berbeza dengan kedai buku elektronik maya yang lain seperti Apple iBook, Kobo, dan seumpamanya yang menggunakan format ebook yang pelbagai (epub etc) dan sukar untuk diakses dalam device dan sistem operasi berbeza, Google eBook bersifat web based, boleh diakses melalui pelbagai device dan sistem operasi, hanya melalui satu akaun google dan koleksi buku disimpan dalam sistem cloud.

Pastinya pengumuman ini akan memberikan impak besar kepada pengguna yang memiliki tablet samada bersistemkan iOS daripada Apple atau Android kerana gadget tablet adalah sangat sesuai untuk membaca buku elektronik.

Mungkinkah ini masa sesuai untuk mendapatkan tablet android :) ?

Dapatkan Yang Terbaik Dari Kedua Dunia

Saya merupakan peminat dan pengguna Ubuntu. Dalam masa yang sama saya juga menggunakan Window 7 bagi menjalankan kerja - kerja harian saya.

Kadang - kadang saya tertanya - tanya, kenapa saya perlukan yang terbaik dari satu OS? Kenapa tidak dapatkan yang terbaik dari kedua - duanya?

Saya yakin kebanyakkan dari kita membesar dengan menggunakan Window. Kita mula mengenali dunia komputer dengan Window. Kemudian kita semakin dewasa dan mula menjelajahi dunia baru, Ubuntu. Kita jatuh cinta dengan Ubuntu. Kita membenci Window. Kita maki window yang pernah kita gunakan satu masa dahulu, yang pernah kita jadikan asas untuk mengenali dunia komputer.

Tiada satu OS yang selamat dari serangan virus atau hacker. Mungkin kerana peratusan pengguna Ubuntu / Linux masih rendah, kita kurang mendengar pengguna ini menjadi mangsa. Berbanding dengan Window, setiap hari pasti akan ada kes. Saya membayangkan satu hari nanti selepas kempen Window 7 Sin berjaya, dan ramai yang menggunakan Linux/Ubuntu, hacker dan virus mula menyerang Ubuntu/Linux dan tidak lagi OS dari Microsoft. Adakah kita akan mula kembali kepada window?

Untuk itu, saya berpendapat tidak rugi sekiranya kita mendapatkan yang terbaik dari keduanya. Terdapat pelbagai applikasi yang boleh digunakan di Window tidak di Ubuntu, dan sebaliknya. Terdapat pelbagai applikasi yang menarik boleh digunakan untuk kedua - dua platform.

InsyaAllah semakin kita meningkat dewasa dan sudah bekerjaya, kita mampu untuk beli OS Window yang original dan dalam masa yang sama kita boleh buat dual-boot dengan Ubuntu.

Sekian.

p/s: dah lama tak tulis kat sini. Ingat nak tulis mari dapatkan dari ketiga ...BTW ini link untuk kempen Window 7 Sins

damhamaza
Penulis Jemputan

Sunday, December 05, 2010

Muatturun Majalah Full Circle Edisi 43


Full Circle ialah sebuah majalah elektronik yang membincangkan persekitaran penggunaan ubuntu secara khusus telah mencapai edisi ke 43. Sila muatturun di : http://fullcirclemagazine.org/issue-43/

Saturday, December 04, 2010

Pengetahuan asas tentang BROADBAND, WIMAX dan YES dalam Ubuntu

Internet telah berubah daripada 'aksesori tambahan' menjadi 'barang keperluan' kepada kehidupan moden kini dan saya suka kalau kerajaan menetapkan harga syiling bagi tarif untuk setiap Megabyte data yang dibekalkan kepada pengguna meskipun ianya bukan dalam kategori bahan mentah!

Err.. Ok, terus ke topik perbincangan.

Bagi pengguna ubuntu, sebelum anda subscribe kepada mana-mana ISP dalam bentuk apa sekalipun, anda pastinya dan saya menasihatkan anda memikirkan adakah produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkhidmatan internet itu boleh digunakan dalam Ubuntu. Tidak semua produk ini dibangunkan dengan memikirkan bahawa terdapat pengguna yang menggunakan sistem operasi ubuntu yang berminat untuk melanggan produk mereka.

Lalu bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau tidak terdedah kepada maklumat sebegini biasanya mereka akan melanggan sesuatu produk itu terlebih dahulu kemudian memenuhkan topik di forum tentang bagaimanakah untuk menggunakan internet tersebut dalam ubuntu. Memikirkan kemungkinan ini, saya menulis topik ini untuk menolong pengguna ubuntu yang masih baru supaya dapat membekalkan mereka pengetahuan asas yang diperlukan sebelum memilih mana-mana produk perkhidmatan internet di pasaran.

Pembekal Produk Internet di Malaysia dan Ubuntu

Streamyx oleh TM

Menggunakan streamyx dalam ubuntu memang sangat mudah. Berdasarkan pengalaman saya, juruteknik TM yang datang memasang streamyx di rumah pelanggan akan menyiapkan semuanya dan pelanggan hanya perlu cucuk ayar LAN ke komputer dan internet terus boleh digunakan. Pelanggan juga dibekalkan dengan maklumat SSID dan kata laluan WEP sekiranya ingin menggunakan internet secara Wifi.

Unifi oleh TM

Saya tidak mempunyai pengalaman membuat ulasan. Tetapi saya rasa ianya sama seperti produk streamyx.

Broadband Maxis, Celcom dan Digi

Berdasarkan pengamatan saya, ketiga-tiga syarikat telco ini menawarkan produk yang hampir sama antara satu sama lain dari beberapa segi dan konsep. Apabila pelanggan berdaftar dengan salah satu dari syarikat di atas, pelanggan dibekalkan dengan kad sim dan modem yang hampir sama dari segi model dan bentuk. Mengikut pengalaman saya, modem yang dibekalkan samada oleh Maxis, Celcom mahupun Digi akan dikesan secara automatik sebaik sahaja ianya disambungkan ke komputer Ubuntu.

Pengguna hanya perlu klik pada ikon network manager dan proses seterusnya hanyalah mengikut arahan diatas skrin komputer.

P1 WIMAX

Wimax menawarkan 2 konsep iaitu modem wifi dan modem broadband mudah alih. Bagi pengguna ubuntu, modem wifi P1 Wimax juga menyamai konsep streamyx. Selepas pelanggan berdaftar dengan P1, pelanggan akan dibekalkan dengan satu modem wifi P1. 1 Jam selepas pendaftaran, pengguna boleh pasangkan modem tersebut, ON kan selepas beberapa ketika pengguna boleh sambungkan modem ke komputer samada menggunakan wayar LAN atau melalui Wifi. Maklumat SSID dan kata laluan WEP adalah tertulis pada modem wifi berkenaan.

YES 4G.

YES 4G adalah produk yang baru sahaja memasuki pasaran. Tidak ada SIM adalah kelemahan utama produk ini kerana ia menandakan semuanya terbina didalam device yang dibekalkan. Pengguna tidak ada pilihan lain kecuali membeli device yang dikeluarkan oleh syarikat YES. Adakah device tersebut mempunyai driver dalam linux masih lagi satu misteri.

Namun sekiranya YES mempunyai modem wifi yang bersifat seperti pesaingnya iaitu P1, kemungkinan untuk ianya boleh digunakan dalam ubuntu adalah besar.

Network Card, Wifi Card, Wifi USB Modem.. ETC

Sekiranya komputer anda memiliki network card, wifi card dan modem yang disokong oleh ubuntu, maka anda tidak mempunyai sebab untuk risau tentang kebolehan ubuntu untuk akses kepada internet.

Kernel linux kini biasanya menyokong kebanyakkan network card komputer. Ini bermakna pengguna boleh terus menggunakan internet (network) dengan hanya menyambungkan wayar LAN ke komputer.

Wifi Card, Wifi USB Modem juga biasanya disokong oleh kernel linux dalam ubuntu. Sekiranya driver bagi hardware berkenaan bukan dalam kategori sumber terbuka, pengguna boleh melayari laman web pengeluar hardware berkenaan untuk mendapatkan driver kemudian memasangnya ke dalam ubuntu. Namun harus diingat, setiap kali kernel dikemaskini, anda harus memasang kembali driver tadi untuk menggunakan hardware tersebut.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 30, 2010

Sempena Hari Keselamatan Komputer Sedunia 30 November...

Sangat lama benar rasanya tidak mengemaskini blog melayubuntu ini. Namun pada hari yang cukup istimewa ini, saya mengambil peluang ringkas ini untuk mengajak semua pengguna komputer seluruh Malaysia ke arah keselamatan yang lebih baik menggunakan Ubuntu Linux!

Wednesday, November 24, 2010

Convert AudioVideo melalui program FFMPEG


GUI untuk ffmpeg

Sinthgunt 2.0.3 adalah merupakan converter digital bagi audio dan video kepada 100 format lain. Lebih kurang sama dengan winFF.



Ciri-ciri:

  1. Graphic User Interface(GUI)
  2. 100 pre-configured conversion setting
  3. 100% Sumber terbuka tidak perlu bayar-bayar apa. Free as in lunch not beer.....eheheh


Cara-cara install:

  1. Pastikan sudah ada perisian ffmpeg dalam Ubuntu anda.
  2. Jika belum install guna pakcik sudo
  3. sudo apt-get install ffmpeg subversion
  4. Selepas itu, dapatkan fail deb di http://code.google.com/p/sinthgunt/downloads/list
  5. Klik 2 kali fail tersebut
  6. Siap!!! untuk convert kepada mana-mana jenis fail yang anda suka.


Friday, November 19, 2010

Cara-cara import backtrack repository dalam ubuntu

Bagi siapa-siapa yang tidak tahu apa itu backtrack. ada quote sikit dari official website http://www.backtrack-linux.org/

“BackTrack is a Linux-based penetration testing arsenal that aids security professionals in the ability to perform assessments in a purely native environment dedicated to hacking. Regardless if you’re making BackTrack your primary operating system, booting from a LiveDVD, or using your favorite thumbdrive, BackTrack has been customized down to every package, kernel configuration, script and patch solely for the purpose of the penetration tester.”
Atau dengan bahasa mudahnya Backtrack adalah salah satu disro linux yang menjurus kepada security testing dan yang menariknya backtrack ini mempunyai banyak skrip untuk melalukan pentest. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh la google sendiri.

Penafian: apa-apa yang berlaku kepada ubuntu anda setelah menginstall @ menggunakan repository ini adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sekarang kita mula, Pertama sekali kita import Backtrack GPG keys dulu. Buka terminal dan salin ini:
$ wget -q http://archive.offensive-security.com/backtrack.gpg -O- | sudo apt-key add -
kemudian tekan alt+f2 dan taip gksu gedit /etc/apt/sources.list salin repository ni :
deb http://archive.offensive-security.com pwnsauce main microverse macroverse restricted universe multiverse
dan simpan. Buka terminal semula
sudo apt-get update sudo apt-get upgrade

Pasang aplikasi Backtrack melalui Synaptic Package Manager. Aplikasi yang di install boleh didapati di folder /pentest/

selamat mencuba ^_^'

Artikel Kiriman En Naja.

psstt: Jika anda mahu menyumbang artikel @ apa sahaja yang berkaitan dengan ubuntu, anda boleh menghubungi syah di facebook syah atau di facebook rasmi Melayubuntu. Syaratnya, ianya mesti didalam bahasa melayu laa..

Thursday, November 18, 2010

(Review) IBM Lotus Symphony

Sekiranya anda beranggapan OpenOffice adalah satu satunya alternatif bagi Microsoft Office, fikirkan sekali lagi. Sebenarnya, masih terdapat banyak perisian percuma untuk produktiviti pejabat di dunia Linux. Salah satunya adalah IBM Lotus Symphony.

Pengenalan
IBM Lotus Symphony adalah perisian yang dibangunkan oleh IBM China Development Laboratory, Beijing. Pada tahun 2010, IBM Lotus Symphony memiliki 12 juta pengguna seluruh dunia. Perisian ini adalah percuma, namun anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum muat turun.


Versi 1.0 dirilis pada May 2008, dan versi terbaharu adalah 3.0 (September 2010). Ia dibangunkan untuk Windows (.exe), Linux Ubuntu (.deb) dan Mac
Ia mengandungi 3 program paling umum iaitu untuk tugasan menaip (word), pengiraan data (spreadsheet) dan persembahan (slideshow). Secara umumnya, ia masih ketinggalan dengan OpenOffice dari segi fungsi, namun dari aspek antaramuka, IBM Lotus Symphony adalah antara perisian yang terbaik pernah dihasilkan.


Antaramuka
Antaramuka IBM Lotus Symphony kelihatan profesional, moden dan canggih. Dia memiliki antaramuka glossy dan susun atur menu yang mudah dicapai. Secara lalai, ia menggunakan format Open Documen Format (.ODF) sebagai format standard. Namun, pengguna diberi pilihan sama ada mengekalkan format .ODF atau format .DOC.


IBM Lotus Symphony boleh didapati untuk OS Windows, Linux (Ubuntu sahaja) atau Mac. Failnya bersaiz sekitar 200Mb dan boleh didapati di laman web IBM Lotus Symphony. Namun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum muat turun.


Analisis Kami
Pro Antaramuka yang cantik, profesional dan susun atur butang yang mudah dicapai. Ia boleh dibandingkan dengan Microsoft Office, dari segi mesra penggunanya. IBM Lotus Symphony menggunakan tetingkap tunggal, sepertimana penggunaan StarOffice. Maksudnya, anda boleh membuka tab spreadsheet, word, presentation dalam satu tetingkap tunggal. Tidak seperti OpenOffice atau MS Office, dimana tetingkapnya dibina berasingan.

Selain itu, fungsi lain adalah build-in web browser yang boleh diakses melalui tab. Dapatkah anda bayangkannya? :)

Con Agak perlahan dan memerlukan RAM yang tinggi. Tidak sesuai untuk komputer lama. Untuk Pentium Dual Core keatas rasanya tak ada masalah.
Fungsinya juga cuma terhad kepada fungsi asas, tidak seperti OpenOffice. Tiada fungsi tambahan seperti drawing, membuat carta dan membuat editor persamaan. Namun untuk pengguna biasa, fungsi yang dibekalkan sekarang sudah jauh mencukupi.

Berminat?
Jika anda berminat, anda boleh cuba layari laman web IBM Lotus Symphony di sini
Anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti nama dan emel sebelum proses muat turun. Selepas selesai, sila kongsikan pengalaman anda di sini. Ingat, ini adalah perisian produktiviti terbaik setakat ini, selamat mencuba.

Artikel Kiriman Saudara Asrul Rae X.

psstt: Jika anda mahu menyumbang artikel @ apa sahaja yang berkaitan dengan ubuntu, anda boleh menghubungi syah di facebook syah atau di facebook rasmi Melayubuntu. Syaratnya, ianya mesti didalam bahasa melayu laa..

Saturday, November 13, 2010

Linux Mint 10 'Julia' dilancarkan

Jika anda seorang pengguna Linux, sudah tentu anda sudah biasa dengar tentang Linux MINT. Distro ini adalah sistem OS Linux ketiga paling popular di dunia, dibelakang Ubuntu dan Fedora. Saya sendiri adalah salah seorang pengguna Linux Mint, setakat ni prestasinya cukup memuaskan.

Linux Mint 10 Julia
Hari ini (12 November), Team Linux Mint secara rasminya telah melancarkan versi terbaru sistem operasi mereka iaitu Linux Mint 10 Julia. Jadi jika anda berminat, anda boleh muat turun sistem tersebut (dalam bentuk iso) di sini. Secara ringkas, Linux Mint 10 dibina berasaskan Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat.


Mesra Pengguna
Linux Mint adalah derivative kepada Ubuntu, maksudnya ainya dibina berasaskan sistem Ubuntu yang ditokok tambah untuk menjadikan lebih mesra pengguna. Sebagai contoh, iso Ubuntu secara lalai tidak menyertakan plugin untuk pemain multimedia MP3, jadi pengguna Ubuntu perlu memuat turun plugin tersebut terlebih dahulu, dan ini sukar utuk sesetengah pengguna yang tiada talian internet.

Namun, sebaliknya dengan Linux Mint. Linux Mint mencantumkan plugin multimedia secara lalai dalam iso. Dengan ini, pengguna Linux Mint dapat terus menggunakan sepenuhnya ciri interaktif dalam OS ini sejurus selepas proses installasi.



Tema (Themes)
Sekiranya Ubuntu memperkenalkan warna tema baru oren dan ungu untuk versi terbarunya, Linux Mint juga tidak ketinggalan. Linux Mint 10 memperkenalkan warna tema Hijau dan Metallic untuk versi Julia, dan menggunakan ikon Faenza. Jika kau teliti, ia seolah olah tema Mac4Lin, tapi lebih segar dan menarik. Lihat notakaki untuk muat turun.

Kesimpulan
Linux Mint adalah antara distro Linux yang paling mudah untuk digunakan. Ianya mudah, lengkap dan cantik. Memandangkan ia dibina beasaskan Ubuntu, maka kebiasaannya sebarang perisian yang sesuai dengan Ubuntu juga boleh dipasang pada Linux Mint.

Nota kaki :
1. Tema Faeza boleh dimuat turun di sini. Melayubuntu penah membuat review pasal Faeza di sini.
2. Tema Mint X Metallic boleh di muatturun di sini. Memandangkan Linux Mint adalah derivatif pada Ubuntu, maka tema ini juga boleh dipasang pada Ubuntu.


Bacaan tambahan:
Linux Mint Official
Yahoo News
Dekstop Linux

Artikel Kiriman Saudara Asrul Rae X.

psstt: Jika anda mahu menyumbang artikel @ apa sahaja yang berkaitan dengan ubuntu, anda boleh menghubungi syah di facebook syah atau di facebook rasmi Melayubuntu. Syaratnya, ianya mesti didalam bahasa melayu laa..

Thursday, November 11, 2010

Baiki Resolusi Plymouth Ubuntu 10.10

Fuh.. Agak lama juga blog Melayubuntu ini tidak di update. Ok, tak nak cakap panjang-panjang. Sekarang syah nak tulis satu artikel pendek tentang bagaimana cara untuk baiki resolusi Plymouth di Ubuntu 10.10 yang agak buruk apabila driver proprietary untuk NVIDIA dan ATI diinstall didalam ubuntu 10.10.

Pertamanya, menggunakan command2 yang syah akan berikan dibawah adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Gunakan script dibawah jika anda tahu bagaimana nak undo balik segalanya jika sesuatu yang tak kena berlaku. Run script ini sekali sahaja!

Syah menggunakan script ini di Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat yang menggunakan driver proprietary NVIDIA. Script ini juga sepatutnya boleh digunakan di Ubuntu 10.04 Lucid Lynx.

Ok, sekarang anda perlu buka Terminal dan pastekan command dibawah satu persatu.
wget http://launchpadlibrarian.net/57638460/fixplymouth

chmod +x fixplymouth

./fixplymouth

Command diatas akan memuat turun script "fixplymouth". Selepas anda run script tersebut, ia akan install pakej "v86d dan hwinfo". Kemudian script ini akan memaparkan resolusi framebuffer yang grafik kad anda sokong. Seperti diatas. Pilih resolusi yang bersesuaian dengan screen screen anda dan taip resolusi tersebut dengan format ini: 1280x800-24 (contoh je nih! pilih resolusi masing2 ler). Kemudian tekan Enter. Kemudian restart.

Pastikan anda pilih resolusi tu dengan resolusi yang betul-betul sesuai dengan screen anda. Ingat, run script ni sekali je neh!

Kalau tersilap pilih resolusi, anda boleh revertkan balik segala pengubahsuai yang dibuat oleh script di atas dengan run script ini. Caranya, download, extract dan double klik. Pilih Run. Siap!

Keluar topik sikit neh. Jika anda mahu menyumbang artikel @ apa sahaja yang berkaitan dengan ubuntu, anda boleh menghubungi syah di facebook syah atau di facebook rasmi Melayubuntu. Syaratnya, ianya mesti didalam bahasa melayu laa..

to abg zul: sorry syah buat memandai. just nak hidupkan balik blog MelayuBuntu jew.. peace!!

Tuesday, October 26, 2010

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur...

Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur...: "Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di..." blog merupakan repost kawan mengenai sejarah melayu yang cuba dipadamkan oleh orang-orang inggeris semasa menjajah kita. Bangsa melayu teruk dimanipulasikan mindanya sehingga sanggup membuang identiti kemelayuannya sendiri. Malu katanya menjadi melayu kerana selalu dikaitkan sebagai pemalas, mundur dan macam-macam lagi. Sudahnya jadilah dia sebagai orang yang tiada jati diri dan sudah hilang asal usulnya.

Terlihat satu petikan akhbar mengatakan mungkin matapelajaran sejarah akan diajar dalam bahasa inggeris. Sungguh saya merasa amat marah kepada yang ingin melihat bahasa melayu berkubur begitu sahaja. Sudahnya, anak cucu kita tertanya-tanya siapa sebenarnya mereka, apa asal-usul mereka. Sejarah diajar bahasa inggeris? sudahlah fakta yang sedia ada di dalam buku sejarah sekarang pun di putar belitkan oleh orientalis barat, ditambahkan lagi dengan kalau jadi diajarkan matapelajaran sejarah dalam bahasa inggeris.

"Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita."

Sama juga apa yang berlaku dengan Negara Jepun, mereka dijajah tetapi mereka memegang kuat budaya warisan mereka. Maka apabila orang luar masuk, mereka perlu mengetahui adab-adab di Jepun.
Namun ada yang skeptik apabila saya mengutarakan hujah sedemikian. Katanya orang Jepun sudah maju, negara mereka kaya, pelajar-pelajar di sana pandai. Saya kata semuanya SALAH. IQ penduduk di Malaysia secara puratanya lebih tinggi berbanding mereka. Cubalah campak pelajar Malaysia di mana-mana pun. Insyallah dia boleh cari makan.
Siapa kata melayu tidak boleh berubah. Saya kata boleh. Langkah pertama gunakan perisian sumber terbuka atau paling senang install terus Linux OS macam ubuntu ini. Minda kita perlukan cabaran setiap hari. Kita boleh mempelajari sesuatu yang baru dengan menggunakan sumber terbuka.

Saya optimis bahawa perisian sumber terbuka akan mengubah minda melayu daripada kelas tiga kepada kelas pertama.

Wednesday, October 20, 2010

Sistem Pengendali Sabily, yet another variation Ubuntu


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Zulkifli yang memberi peluang kepada saya untuk menyumbangkan idea dan pengalaman saya yang sekelumit cuma di dalam penggunaan Open Source dalam kehidupan seharian. Kali yang pertama ini saya ingin berkongsi maklumat tentang salah satu daripada varian Ubuntu iaitu Sabily.
Sabily merupakan Sistem Pengendali yang di sesuaikan penggunaannya untuk pengguna Muslim dengan membariskan aplikasi seperti Zekr, Minbar, monajat, webstrict dan lain aplikasi berlandaskan pengguna Muslim. Sabily akan melepaskan versi terbarunya yang diberi kod nama Al-Quds, iaitu sama dengan varian Ubuntu sendiri 10.10 Maverick Meerkat. Sesuai dengan pelancarannya, dalam masa 11 hari (daripada hari ini), pihak pembangun Sabily sedang bertungkus lumus dalam mengeluarkan versi Al-Quds dan contributor daripada Malaysia juga giat membantu dalam menjayakan proses ini. Saya berpeluang berbicara dengan beberapa penulis blog Sabily yang juga daripada Malaysia, saudara Meorbo yang mana anda semua boleh membaca blog beliau Sabily di dalam Bahasa Melayu di sini dan daripada bolg beliau juga, beliau menawarkan perkhidmatan untuk memesan DVD Linux Sabily dengan bayaran RM 10 selain daripada anda boleh memuat turun di laman web rasmi Sabily. http://www.sabily.org
Untuk tujuan promosi, pihak pembangun Sabily menawarkan banner countdown untuk diletakkan di blog mahupun di dalam laman web anda sendiri. Anda boleh mendapatkan banner tersebut untuk di sini
Selain daripada itu, pihak pembangun Sabily telah melancarkan logo terbaru untuk Al-Quds yang lebih menarik hasil daripada undian pengguna Sabily sendiri. Logo tersebut adalah seperti imej yang berada di bahagian atas artikel ini.
Kini terserah kepada anda untuk memilih varian Ubuntu yang dibangunkan. Semoga perkembangan ini dapat menyemarakkan lagi penggunaan Open Source Software di Malaysia, kita belakangkan pertelingkahan diantara varian Linux yang anda gunakan dengan meneruskan semangat Open Source di dalam diri kita. AMIN

Wednesday, October 06, 2010

Hangatkan pelepasan Ubuntu 10.10 dengan Tshirt istimewa Maverick Meerkat!

Sahabat saya, sdr Yuzeri Yusoff meminta saya mengemaskini makluman ini bahawa beliau sedang membuka tempahan tshirt ubuntu yang di design khas untuk versi ubuntu yang bakal dilepaskan iaitu Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat! Berikut merupakan design tshirt yang boleh anda pilih untuk ditempah;

Tertarik?

Cara Membuat Tempahan

Sila rujuk kepada pautan berikut untuk membuat tempahan :


Sebelum terlupa, harga adalah RM35 termasuk penghantaran.

Tuesday, October 05, 2010

Pesan CD Ubuntu Maverick Meerkat Percuma dari Shipit Sekarang!

Sepertimana biasa, pembangun ubuntu mengumumkan bahawa CD rasmi Ubuntu Maverick Meerkat sudah boleh ditempah melalui https://shipit.ubuntu.com/. Mengapa anda mungkin perlukan CD ubuntu ini? Sekiranya anda pengguna windows, saya telah menulis beberapa sebab mengapa anda perlukannya di http://melayubuntu.blogspot.com/2010/08/4-sebab-mengapa-pengguna-microsoft.html.

Pesanan anda adalah 100% percuma dan akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk sampai (dan tak ada jaminan bahawa pesanan anda akan diluluskan).

Adakah anda akan membuat pesanan?

Atucara majlis Linux Varsiti 9 Oktober 2010

Berikut merupakan atucara majlis Program Linux Varsiti yang akan diadakan di UTM Johor pada 9 Oktober (hari sabtu) ini;
klik imej untuk melihat saiz penuh

Sekiranya anda ingin menghadirkan diri ke program linux varsiti dan anda tidak biasa dengan jalan disana, rujukan pengembara ini mungkin boleh membantu anda : http://linuxvarsiti.org.my/?p=139

Saya mendoakan program dapat berjalan dengan lancar dan apa yang paling penting ialah ia dapat dimanfaatkan oleh kesemua yang terlibat untuk menyebarluaskan ilmu di bumi Malaysia ini.

Tuesday, September 28, 2010

The Document Foundation memayungi pembangunan LibreOffice (OpenOffice)


Apabila syarikat Oracle membeli Sun Microsystems (yang selama ini memayungi pembangunan OpenOffice.org) dan perkembangan seterusnya menampakkan sifat sebenar Oracle adalah sangat tidak mesra perisian sumber terbuka (mematikan pembangunan Open Solaris dan tindakan saman terhadap syarikat Google berkenaan aplikasi Java dalam android), lalu pelbagai syarikat dan organisasi menubuhkan apa yang mereka namakan "The Document Foundation" yang saya boleh tafsirkan sebagai percubaan menyelamatkan pembangunan OpenOffice.org. Namun oleh kerana trademark "OpenOffice.org" dimiliki oleh Oracle yang telah membeli Sun Microsystems, mereka namakan projek ini sebagai LibreOffice dan mereka masih berharap agar Oracle dapat mendermakan trademark tersebut kepada The Document Foundation.

Di belakang The Document Foundation merupakan organisasi dan juga syarikat seperti FSF, OASIS, Google, Novell, Red Hat, Canonical, Open Source Initiative, French Community, BrOffice.org, The Norwegian Foundation, The Gnome Foundation, Ne0-Office, Credative, Collabora, dan Liberix.
The new Foundation will also mean companies can contribute funds or resources without worries that they may be helping a commercial competitor. 
Dengan tertubuhnya yayasan ini, anda dapat melihat bagaimana pembangunan OpenOffice.org selama ini dapat diselamatkan dan komuniti masih dapat menggunakan perisian tanpa kebimbangan untuk tempoh 10 tahun mendatang dan tanpa kebimbangan yang ia akan dikomersilkan oleh Oracle. Kita berharap agar Oracle dapat mendermakan nama OpenOffice.org kepada pihak yayasan atau jika sebaliknya, OpenOffice.org akan menjadi kenang-kenangan.

Muatturun font ubuntu (Rasmi) .ttf


Akhirnya setelah berbulan-bulan menunggu, pihak pembangun ubuntu menerbitkan secara rasmi dan terbuka font (tulisan) yang membentuk perkataan "ubuntu" pada jenama ubuntu, iaitu Ubuntu Font Family.

Bagi yang telah memasang ubuntu maverick, satu kemaskini akan secara automatik memasang font ini ke dalam ubuntu anda. Namun bagi pengguna versi ubuntu yang sebelum ini, untuk mendapatkan font ini, masih tidak ada PPA rasmi dan hanya terdapat satu cara untuk mendapatkannya iaitu memuatturun package font daripada launchpad melalui pautan : Download Ubuntu font family

Pilih pakej dengan extension .tar.gz kemudian extract dan double clik pada font yang ingin anda pasang. Oleh kerana ianya .tff, font ini juga boleh dipasang ke dalam Windows dan mungkin juga Mac OSX untuk tujuan design dan sebagainya.

Ubuntu font family ini juga akan disediakan kepada pembangun web sebagai webfont melalui font.ubuntu.com dan juga http://code.google.com/webfonts.
[via : webupd8]

Bagaimana pengguna biasa boleh menyumbang kepada perkembangan ubuntu

Ubuntu merupakan satu sistem operasi sumber terbuka yang dibina berasaskan komuniti dan untuk komuniti. Tidak seperti ketika menggunakan windows yang lebih mendidik kita ke arah menjadi end user, semua sistem operasi sumber terbuka membuka ruang seluas-luasnya kepada pengguna untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang membangunkan sistem operasi itu.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana bukan? Katakan anda tidak tahu apa-apa berkenaan programming, python, c, c++ lalu bagaimana untuk menyumbang? Namun sebenarnya sesiapa sahaja boleh menyumbang dan dalam entri ini saya akan ceritakan serba sedikit supaya anda mendapat gambaran lebih jelas.

1.Menyumbang kepada penterjemahan Aplikasi

Caranya ialah dengan mendaftarkan diri anda di launchpad.net kemudian cari aplikasi yang anda ingin terjemah ke bahasa yang anda tahu (contoh : English kepada Malay). Klik pada translation.
Dibawahnya, anda boleh melihat senarai bahasa yang anda boleh terjemahkan. Klik padanya akan membawa anda ke halaman terjemahan seperti dibawah;

Namun masih terdapat tanda tanya adakah orang malaysia ingin dan akan menggunakan aplikasi dalam bahasa ibunda memandangkan negara kita mempunyai mentaliti berbeza dari negara sepanyol, jerman, perancis, jepun, china, korea, brazil, indonesia, yang lebih maju dalam bidang terjemahan aplikasi sumber terbuka.

Bagaimana sekiranya anda hanya tahu 1 bahasa sahaja?

2. Menyumbang pertanyaan kepada komuniti

Apabila anda ingin bertanya berkenaan tip, masalah, atau apa sahaja berkenaan ubuntu, sila buat pertanyaan di tempat yang komuniti boleh membaca soalan tersebut dan soalan dan jawapan yang diberikan boleh menjadi rujukan kepada komuniti. Saya mendapati masih ada beberapa golongan yang suka bertanya saya secara personal menggunakan chatting, email dan sebagainya. Saya ingin tegaskan, bertanya saya secara sedemikian TIDAK akan membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti anda nanti.

Tanyakan soalan anda pada bahagian komen blog ini, di forum (ubuntu malaysia) atau di Facebook Melayubuntu. Sekiranya masalah yang anda hadapi sama dengan A. A akan beroleh manfaat kerana semua orang boleh membaca jawapan yang diberikan samada oleh saya atau ahli komuniti yang lain dan ia boleh menjadi rujukan ilmu yang berguna kepada semua.

3.Menyumbang kepada dokumentasi ubuntu

Baru-baru ini team design ubuntu menjelaskan tentang screenshot aplikasi yang terdapat dalam Ubuntu Software Center merupakan screenshot aplikasi daripada http://screenshots.debian.net/. Oleh kerana kebanyakkan screenshot tersebut sudah lama, anda boleh membantu mereka dengan mengambil screenshot aplikasi yang baru kemudian upload pada link diatas. Untuk melakukannya, anda tidak perlu mendaftar terlebih dahulu.

4.Menyumbang secara melaporkan kewujudan pepijat (bug)

Antara sebab mengapa terdapat versi aplikasi yang dipanggil alpha, beta, release candidate (rc) ialah untuk membolehkan komuniti mencubanya dan melaporkan sebarang fungsi dan kelakuan ganjil aplikasi tersebut yang dipanggil bug. Anda boleh melaporkannya menggunakan launchpad dengan klik pada bugs pada halaman aplikasi tadi.

5.Menyumbang memperkenalkan ubuntu kepada pengguna komputer lain

Anda harus bijak memilih "siapa" yang perlu anda perkenalkan. Memperkenalkan kepada gamers umpamanya adalah sesuatu yang tidak praktikal. Ada pengguna komputer yang adakalanya tidak tahu bahawa disana ada sistem operasi percuma yang sesuai dengan mereka dan dalam masa yang sama mempunyai masalah dengan sistem operasi yang sedang mereka gunakan. Beri cadangan kepadanya dan bukan secara memaksa. Galakkan dia membaca terlebih dahulu berkenaan ubuntu dan apabila dia berpuas hati barulah anda boleh menolongnya dalam kerja installasi dan seumpamanya.

Cara menyumbang ini akan semakin bertambah banyak apabila anda semakin pro dengan ubuntu dan sumber terbuka. Namun cukuplah sekadar 5 cara untuk waktu ini yang saya rasa sesiapa sahaja boleh mula menyumbang hari ini juga. Jadikan garam yang memasinkan ikan, dan jangan menjadi lalat yang membusukkannya. Selamat mencuba.

Monday, September 27, 2010

PPA rasmi Hotot untuk Ubuntu Lucid/Maverick

Saya telah menulis 2 artikel sebelum ini berkenaan twitter client, hotot, hari ini saya cuma ingin menulis berkenaan projek hotot telah diupload secara rasmi ke launchpad dan PPA rasmi bagi hotot telah pun tersedia untuk dicuba. Sila tambah ppa menggunakan kata arahan berikut;
sudo add-apt-repository ppa:hotot-team
sudo apt-get update
Sekiranya anda masih belum memasang hotot ke dalam ubuntu, anda boleh berbuat demikian menggunakan ubuntu software center atau memasukkan kata arahan berikut;
sudo apt-get install hotot
Selamat mencuba.

Sunday, September 26, 2010

Apabila cecacing Stuxnet menyerang dan Ancaman ribut geomagnetik

Ancaman Stuxnet

Sebenarnya ada dua isu yang ingin saya sentuh hari ini. Pertamanya ialah Stuxnet, cecacing siber paling merbahaya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Sedikit penyelidikan melalui beberapa laman web seperti wikipedia menjelaskan bahawa Stuxnet merupakan cecacing yang hanya spesifik menyerang sistem pengoperasi windows.

Lebih menarik, Stuxnet direka khas untuk menyerang sistem pengendalian industri terutamanya yang dibangunkan oleh syarikat Siemens seperti yang dilaporkan oleh boingboing. Saya memetik;
Stuxnet, which was first publicly identified several months ago, is aimed solely at industrial equipment made by Siemens that controls oil pipelines, electric utilities, nuclear facilities and other large industrial sites. While it is not clear that Iran was the main target -- the infection has also been reported in Indonesia, Pakistan, India and elsewhere -- a disproportionate number of computers inside Iran appear to have been struck, according to reports by computer security monitors.
Stuxnet juga dilaporkan, bukan dihasilkan oleh hacker amatur yang biasanya beroperasi secara SOHO. Ianya dispekulasikan oleh laman news-live.net sebagai produk yang dicipta oleh samada Israel atau China atau mungkin juga Rusia.

Dari sudut pandangan saya, saya tertanya-tanya juga mengapa Iran menggunakan sistem kawalan industri berplatformkan Windows dan dibangunkan oleh syarikat berpengkalan di Jerman. Alangkah baiknya jika Iran dapat membangunkan sistem perkomputeran sendiri yang lebih selamat di masa depan seperti yang biasanya dilakukan mereka dalam bidang persenjataan.

Ancaman ribut geomagnetik


Perkara kedua, sebenarnya pertemuan saya dengan berita Stuxnet adalah disebabkan saya ingin mencari satu lagi berita yang boleh dijadikan renungan untuk kita menghadapi hari esok yang penuh misteri.

Di kaji menerusi sejarah, September 1-2 1859 menyaksikan satu kejadian ribut magnetik terbesar pernah berlaku kepada bumi yang menyebabkan aurora boleh dilihat bukan sahaja kepada penduduk di kutub utara malah sampai ke lautan caribbean (sekitar teluk mexico). Ribut geomagnetik yang berlaku telah menyebabkan terputusnya sistem telegraf di seluruh eropah dan amerika utara.
Large and potentially damaging geomagnetic storms are predicted for the height of the next solar sunspot cycle during the 2012-2013 period. [Wikipedia]
Ribut geomagnetik adalah disebabkan oleh aktiviti luar biasa oleh matahari yang dipanggil "solar flare" yang menyebarkan gelombang yang mampu mempengaruhi medan magnetosfera bumi. Ancaman apabila berlakunya ribut geomagnetik ialah seperti berikut;

terhadap manusia - ancaman dari segi keracunan radiasi yang mampu membiakkan pelbagai penyakit kanser

terhadap sistem komunikasi - akan mendatangkan gangguan kepada gelombang radio (terutamanya kepada gelombang berfrekuensi rendah)

sistem navigasi - gangguan kepada sistem GPS, LORAN, OMEGA

gangguan satelit - akan menyebabkan peralatan satelit tidak berfungsi dan berkemungkinan satelit akan jatuh ke ruang atmosfera bumi dan meletup

grid elektrik - mendatangkan kerosakkan terutamanya kepada sambungan jalur elektrik yang panjang dan berpotensi memutuskan sambungan elektrik di bandar-bandar utama.

Apabila rebut geomagnetik melanda pada 1959,  ketika itu tidak banyak peralatan yang bergantung kepada sistem elektrik dan komunikasi. Namun apabila ia melanda pada 2013 seperti yang diramalkan oleh para saintis, ianya akan mendatangkan pelbagai kesan yang mampu menghuru-harakan penduduk dan ekonomi dunia.

Saya ingin tekankan bahawa ini bukan ramalan kiamat seperti yang dapat anda lihat dalam filem 2012 dan seumpanya. Tetapi ini adalah satu realiti yang membimbangkan pemimpin negara maju seperti England yang memaksa setiausaha pertahanannya, Liam Fox memanggil satu sidang perbincangan antara saintis untuk mencari jalan keluar kepada sebarang kebarangkalian disebabkan ribut geomagnetik - dilaporkan oleh telegraph.co.uk.


Saya ingin melontar satu soalan, sekiranya ribut geomagnetik yang bakal melanda ini akan mengubah terus sistem elektromagnetik bumi dan menukarkan gadget pintar kebanggaan anda hari ini kepada sampah sarap yang tidak berguna, apa yang anda akan lakukan seterusnya?

Mencantumkan dokumen PDF dan imej dengan mudah menggunakan Couturier

Diinspirasikan oleh iCombiner untuk Mac OSX, Couturier adalah satu aplikasi untuk linux yang berfungsi untuk mencantumkan dokumen PDF dan Imej ke dalam satu dokumen yang boleh dilindungi oleh kata laluan yang ditetapkan oleh penciptanya.

Cara penggunaannya semudah ABC, drag & drop fail PDF dan imej ke dalam Couturier, tentukan susunan dokumen tersebut dengan drag & drop, masukkan kata laluan (sekiranya anda ingin melindungi dokumen anda), kemudian klik butang Combine.

Memasang dalam Ubuntu

Pergi ke laman Couturier dan muatturun fail .deb dan double click padanya untuk meneruskan proses pemasangan. Kemudian, menunya boleh didapati dalam Applications - Office - Couturier.

Video cara penggunaan.


Selamat mencuba.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...