Saturday, November 13, 2010

Linux Mint 10 'Julia' dilancarkan

Jika anda seorang pengguna Linux, sudah tentu anda sudah biasa dengar tentang Linux MINT. Distro ini adalah sistem OS Linux ketiga paling popular di dunia, dibelakang Ubuntu dan Fedora. Saya sendiri adalah salah seorang pengguna Linux Mint, setakat ni prestasinya cukup memuaskan.

Linux Mint 10 Julia
Hari ini (12 November), Team Linux Mint secara rasminya telah melancarkan versi terbaru sistem operasi mereka iaitu Linux Mint 10 Julia. Jadi jika anda berminat, anda boleh muat turun sistem tersebut (dalam bentuk iso) di sini. Secara ringkas, Linux Mint 10 dibina berasaskan Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat.


Mesra Pengguna
Linux Mint adalah derivative kepada Ubuntu, maksudnya ainya dibina berasaskan sistem Ubuntu yang ditokok tambah untuk menjadikan lebih mesra pengguna. Sebagai contoh, iso Ubuntu secara lalai tidak menyertakan plugin untuk pemain multimedia MP3, jadi pengguna Ubuntu perlu memuat turun plugin tersebut terlebih dahulu, dan ini sukar utuk sesetengah pengguna yang tiada talian internet.

Namun, sebaliknya dengan Linux Mint. Linux Mint mencantumkan plugin multimedia secara lalai dalam iso. Dengan ini, pengguna Linux Mint dapat terus menggunakan sepenuhnya ciri interaktif dalam OS ini sejurus selepas proses installasi.



Tema (Themes)
Sekiranya Ubuntu memperkenalkan warna tema baru oren dan ungu untuk versi terbarunya, Linux Mint juga tidak ketinggalan. Linux Mint 10 memperkenalkan warna tema Hijau dan Metallic untuk versi Julia, dan menggunakan ikon Faenza. Jika kau teliti, ia seolah olah tema Mac4Lin, tapi lebih segar dan menarik. Lihat notakaki untuk muat turun.

Kesimpulan
Linux Mint adalah antara distro Linux yang paling mudah untuk digunakan. Ianya mudah, lengkap dan cantik. Memandangkan ia dibina beasaskan Ubuntu, maka kebiasaannya sebarang perisian yang sesuai dengan Ubuntu juga boleh dipasang pada Linux Mint.

Nota kaki :
1. Tema Faeza boleh dimuat turun di sini. Melayubuntu penah membuat review pasal Faeza di sini.
2. Tema Mint X Metallic boleh di muatturun di sini. Memandangkan Linux Mint adalah derivatif pada Ubuntu, maka tema ini juga boleh dipasang pada Ubuntu.


Bacaan tambahan:
Linux Mint Official
Yahoo News
Dekstop Linux

Artikel Kiriman Saudara Asrul Rae X.

psstt: Jika anda mahu menyumbang artikel @ apa sahaja yang berkaitan dengan ubuntu, anda boleh menghubungi syah di facebook syah atau di facebook rasmi Melayubuntu. Syaratnya, ianya mesti didalam bahasa melayu laa..

13 comments:

  1. betul la tuh.. muahaha..
    sorry, xpernah pakai linux mint nih..

    ReplyDelete
  2. hahhaha.. upgrade jer la.. peace!

    ReplyDelete
  3. asas codename linux mint base on apa yer... semua code name linux mint ayu gitu... huahuahuahua...

    ReplyDelete
  4. Tu betul, tapi setakat ni cuma experimental.. Clem umum hanya akan buat Mint based Debian untuk versi GNOME.





    ''The decision wasn't made yet. LMDE is an experiment. Although we're quite confident it will gain in popularity, we want to get an idea of how many users will switch to a Debian base before going further with it and bringing impacts to other editions. The idea of reaching the same level of functionality without using Ubuntu is quite challenging. It means there are missing pieces in the equation, components which need to be ported or re-written, and whether the pros outweight the cons, this is something we need to assess. A 32-bit Debian-based Gnome edition allows us to work on this with the community. When it's fully on par with the Main Edition and if there is a demand for it, further editions will come for LMDE...''


    Team Linux Mint
    http://www.linuxmint.com/download_lmde.php

    ReplyDelete
  5. ah neko laju la bab2 linux mint nih..haha..
    nanti aku nak cuba gak..=)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sume..
    sy pngikut x rasmi br dlm melayubuntu nih..
    & sy t'tarik ttg distro br ni..
    bule sy tau, linux mint ni bule run live cd cam ubuntu?

    aDik™

    ReplyDelete
  7. a'ah.. memang livecd pun.. hehehe.. try la.. mudah n senang idup..

    ReplyDelete
  8. Boleh.. Tapi paling best buat pakai pendrive. Sebab boleh ulang ulang pakai. Senang je pun. Running live CD pada pendrive (atau apa istilah dia?)

    ReplyDelete
  9. skng ni dual boot xp ng ubuntu..
    takpe..
    nti sy try google..
    btw thanx for d'info..
    X)

    aDik™

    ReplyDelete
  10. yang best bila bukak terminal dia...macam-macam gambar ada..

    ReplyDelete
  11. Nak download gak mint 10 Julia ni..hee3 hardisk aku penuh dgn ISO Distro linux jer.. kalau dulu penuh dgn movie and mp3..

    ReplyDelete
  12. banyak kesalahan ejaan bro.... hehehe.. msti mata tengah heng nk bukak...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...