Wednesday, October 31, 2007

Ubuntu vs Windows?

Bila saya melihat kepada statistik, masih ramai pengguna windows (samada xp,vista,98,2000) yang mengunjungi blog ini.Amat jarang pengguna linux mengunjungi dan kalau ada pun adalah datangnya dari pengunjung luar negara yang sudah pasti tidak memahami apa yang saya tulis.

Saya sudah berminggu-minggu tidak "boot" kedalam windows dan asyik menggunakan linux sejak akhir-akhir ini.Mungkin kita menunggu masa yang lama untuk komputer kita login kedalam windows tetapi ia tidak berlaku ketika menggunakan linux.Oleh kerana sikap taknak menunggu, saya menjadikan linux sebagai primary OS bagi komputer saya.

Sememangnya saya mengakui bahawa linux masih terlalu baru untuk digunakan oleh orang awam yang baru mengenali komputer.Masih terlalu banyak bahan rujukan samada blog dan sebagainya diperlukan bagi memeriahkan lagi penggunaan linux di Malaysia.

Namun adakah salah kalau kita memperuntukkan 15gigabyte ruang harddisk kita untuk untuk merasai pengalaman menggunakan linux?Saya rasa semua orang perlu mencuba apalagi bagi mereka-mereka yang menggunakan OS cetak rompak.Dual boot mungkin jawapannya.Tidak perlu melupakan windows buat selamanya tetapi masih boleh menggunakan linux dalam satu komputer yang sama.

Itulah yang sedang saya lakukan.Saya membeli laptop yang sudah di install vista didalamnya.Saya tidaklah begitu bodoh untuk membuang semua sistem vista untuk saya menggunakan linux.Kerana itu saya dual boot dan saya boleh memilih sistem mana yang ingin saya gunakan.

Berapa banyak komputer diluar sana yang mengalami masalah kelembapan, virus, dan tidak boleh run program-program yang berat?Kenapa tidak dicuba linux sahaja?Saya akui,ubuntu misalnya masih tidak begitu sempurna tetapi ia adalah hampir sempurna untuk mengambil alih semua fungsi windows!

Apalagi, jom cuba!

Monday, October 29, 2007

Dock untuk windows!

Saya pernah mencuba sejenis software dock untuk windows dahulu tapi dah tak berapa ingat namanya.Oleh kerana pada waktu itu saya tidak memerlukan sangat dock, dan kehadiran dock berhampiran bar(bawah) sangat-sangat tidak menyenangkan,lalu saya uninstall semua tu.

Tapi bagaimana kalau dock itu juga bertindak sebagai launcher?Erm, maksud saya, kalau selama ini bar lah yang memainkan peranan itu,apakata jika dock yang mengambil alih peranan itu.Bukan itu sahaja, anda juga boleh meletakkan butang menu utama pada dock!Macam mana?

Tak faham? Ok,tengok video ni;



Software yang free ni namanya Rocketdock.Boleh bukak dan rujuk website berkenaan.

Apa yang lebih menarik ialah ia juga menyokong fungsi terbaru Dock Leopard, stacks.Apa itu stacks?Dalam leopard, stacks ialah satu fungsi untuk browse file tampa perlu masuk satu persatu kedalam folder dan ini sudah pastinya sangat-sangat menyenangkan pengguna komputer.Fungsinya adalah seperti dalam gambar ini;


Untuk menggunakan fungsi terbaru dock ini, apa yang perlu dilakukan ialah mendownload satu docklets disini.Kemudian download skin bagi leopard ;



Akhirnya, copy skin ni kedalam folder Docklets\KkMenu\skins

Saya menulis tutorial ini dalam keadaan saya tidak mencubanya.Jadi saya tidak jamin adakah ia berfungsi atau tidak.Namun bagi yang berminat, mencuba adalah yang terbaik. :)

Oh ye, tentu ramai yang pelik mengapa blog ubuntu seperti ini menulis tentang software dalam windows? Entah, saje jer... BEralih angin kejap.

Sunday, October 28, 2007

Bagaimana nak Burn cd ubuntu guna nero?

Mungkin tutorial ini tidak perlu bagi mereka yang sudah biasa dengan Nero, software burner yang amat popular dalam windows.Namun bagi mereka yang tidak biasa, mungkin agak susah untuk "try" tampa apa-apa "error".Sebab tu,disini saya mengambil inisiatif untuk berkongsi cara-cara tersebut.

Apa yang diperlukan ialah satu file image ubuntu yang didownload dari website ubuntu(file dalam bentuk .iso) dan software nero burner.

Kemudian, jom tengok video kat bawah ni dan anda akan faham.




Sekian. ada apa-apa, jangan segan-segan untuk komen!

Saturday, October 27, 2007

Berjaya Install Mac OS X Leopard!

Ops! Tajuk yang sebenarnya ialah saya berjaya ubah tema desktop ubuntu 7.10 kepada tema OS X Leopard. Sebenarnya bukan senang nak ubah tema sehingga hampir-hampir menyamai tema OS lain dengan menggunakan method "try and error".Kalau hati tak cukup kuat, kita akan berputus asa ditengah jalan!



Dalam entri lepas saya ada intro sikit tentang produk syarikat apple yang baru iaitu Leopard.Oleh kerana kegilaan dunia komputer semasa cenderong kepada Mac, lalu ianya seolah-olah menjadi satu cabaran kepada Ubuntu untuk membuktikan bahawa, apa yang mac boleh buat ubuntu pun boleh buat!

Dalam dunia OS hari ini boleh saya bahagikan kepada tiga;
1-Windows untuk gamers(Peminat games) - students(maybe;sebab mereka suka main game)
2-Mac untuk desiner, dan yang sama waktu dengannya.(Lecturer saya pun guna mac)
3-Linux untuk programmer, dan orang-orang yang sukakan kebebasan.

**Ni saya punya pandangan jer.

Ok, cuba tengok video ni;



Percaya atau tidak, ni video laptop saya?Mungkin itu mudah dipercayai.
Percaya atau tidak, ini video ketika saya menggunakan ubuntu 7.10?

Bagaimana untuk mengubah tema desktop ubuntu anda menjadi seperti ini?Datang la selalu ke blog ini dan saya akan menerangkannya dimasa akan datang.

Mac OS X Leopard Vs Ubuntu 7.10


Baru-baru ini syarikat Apple Inc. telah melancarkan OS terbaru mereka iaitu Mac OS X Leopard beberapa hari selepas Ubuntu 7.10 dilancarkan.Harga yang Apple tawarkan bagi package "single user" ialah $129.00 US Dollar manakala ubuntu menawarkan $0.00 US Dollar bagi OS terbarunya.

Saya agak teruja dengan "new features" yang ditawarkan oleh syarikat Apple melalui produk terbaru mereka ini.Pernah sekali saya mencuba untuk install mac ke dalam desktop saya.Saya dipaksa buat satu partition baru untuk mac dalam fotmat FAT32(kalau xsilap) dengan menggunakan software partition ape ntah - tak ingat.

Hasilnya?

Saya terpaksa delete semua harddisk sistem komputer dan nasib baik file penting dapat diselamatkan dengan menggunakan cd live ubuntu - dapat belajar benda baru tapi kehilangan banyak benda lama.

Kembali kepada tajuk-Dalam banyak-banyak benda baru yang apple perkenalkan melalui produk mereka(lebih kurang 300), yang paling saya idam-idamkan ialah DOCK.Saya teruja apabila melihat file-file dalam folder boleh di preview melalui dock dengan senang tampa kene bukak windows lain dan sebagainya.

DOCK?

Rupa-rupanya dalam ubuntu pun ada jugak dock - antaranya ialah KXDocker, Avant-window-navigator, kiba-dock dan Gnome-dock.Apabila saya cari-cari dan baca-baca, ramai yang recommend Avant-Window-Navigator(AWN) sebagai yang terbaik.Apalagi, saya terus mencari tutorial dan sebagainya supaya ia dapat diinstall kedalam komputer saya.

Hasilnya?

Alhamdulillah.Saya tak perlu kehilangan banyak benda kali ini.Tapi AWN ni masih lagi dibangunkan dan masih tak ada stable version buat masa sekarang.Mungkin kerana tu,banyak kali jugak dock ni "crash" semasa run(pengalaman sendiri).Tapi, not too bad.Saya masih menunggu-nungu stable version keluar untuk diinstall.



Spaces?

Mac OS X Leopard yang baru ni pun macam ubuntu jugak iaitu mempunyai spaces.Mac tiru ubuntu ataupun ubuntu tiru mac, yang mana satu pun tak tau.Yang pasti ada persamaan disitu.



Oleh kerana saya malas nak cerita panjang-panjang, tengok video ni;

Thursday, October 25, 2007

Menyelaraskan Compiz Fusion dalam Ubuntu Gusty Gibbon

Apabila kita meng"install" ubuntu Gusty Gibbon ke dalam komputer, satu perkara yang sepatutnya kita ketahui ialah Gusty Gibbon telahpun dilengkapi dengan Compiz Fusion, iaitu "enjin" untuk menghasilkan kesan grafik pada desktop.

Saya berani mengatakan bahawa, kesan grafik compiz fusion adalah jauh meninggalkan kesan 3D windows vista.Oleh kerana itu, bagi mereka-mereka yang termimpi-mimpi untuk meng"install"windows vista kedalam komputer mereka tetapi tidak kesampaian kerana windows vista memerlukan system requirement yang tinggi, ubuntu adalah jawapan bagi anda dan akan merealisasikan impian anda itu.

Apa yang anda perlukan? Satu Cd ubuntu, 30 minit masa menginstall, dan beberapa pengetahuan asas yang semestinya anda boleh dapatkan disini.Apalagi yang diperlukan; KEBERANIAN MENCUBA!

Selepas anda install ubuntu, anda akan mendapati tidak ada software untuk anda edit-edit effek grafik compiz fusion.Apa yang perlu anda buat?

1.Bukak terminal dan taip code ini.
sudo aptitude install compizconfig-settings-manager
Kemudian tekan enter.Ia akan menginstall Compiz Fusion Settings Manager yang akan membolehkan kita edit-edit kesan grafik pada komputer kita.

Selepas abis install, pergi System > Preferences > Advance Desktop Effect Settings.Dan satu window seperti dibawah ini akan keluar.



Disini saya tidak bercadang menerangkan satu persatu effek yang terdapat disitu.Saya cuma ingin berkongsi beberapa effek yang best untuk di"enable" kan.Antaranya yang paling saya suka ialah.

1.Magic Lamp - saya guna effek ini semasa minimize atau maximize kan window.


2.Expo - akan menunjukkan desktop spaces. (super (windows button)+e)


3.Water effect - bila guna effek ni,laptop saya jadi lembab sket.Xpower kot..hehe. (Shift+F9)


4.Wobbly windows - windows jadi lembik dan mudah lentur (gedix)

Selamat mencuba!

Wednesday, October 24, 2007

iMetal dan Oxygen-refit


Semalam saya telah mencuba tema baru untuk desktop ubuntu saya dan saya rasakan tema ini sangat anggun dan elegant untuk dicuba oleh pengguna ubuntu yang lain.Untuk memasang tema ini, agak merumitkan - tetapi saya akan menunjukkan langkah demi langkah yang pastinya akan menyenangkan kerja anda.

Saya mendapat tema ini di deviantart.com.Beserta dengan tema ini,saya aplikasikan tema ikon Oxygen-refit untuk menambahkan kemantapannya ;)

Tema iMetal ini adalah dalam bentuk package,bermakna ada banyak versi.Sila pilih satu versi sahaja dan pasangkan tali pinggang keledar anda sebelum kita bermula.

1.Download 2 file ini;
  • Oxygen Refit (pergi ke website 2 dan cari butang download dan download - Filenya agak besar)
Pasang tema.

1.Extract file tu dan anda akan mendapati dalam file tu ada beberapa folder;
  • emerald - hanya jika anda guna emerald themes manager
  • Firefox - tema iMetal untuk firefox
  • gtk - Tema yang perlu kita pasang
  • icons - abaikan
  • macmenu applet - abaikan
  • OSX - abaikan
  • thunderbird - tema untuk thunderbird (abaikan)
  • readme - baca jela kalau rajin
2.Bukak file gtk dan anda akan mendapati ada beberapa versi tema imetal.Pilih salah satu!(Jangan tamak) - Saya memilih imetal-gradient.

3.Pergi ke Home folder.

4.Tekan Ctrl + H dan akan dapat melihat hidden folder.

5.Cari folder ".themes" dan paste kan salah satu tema imetal tadi ke dalam folder ".themes" ini.

6.Pergi kat Appearance (System > Preferences > Appearance) dan open.

7.Anda akan dapati terdapat tema imetal kat situ dan klik (double click pun xper).Dan tema anda berubah!

8.Sekarang kita nak ubah tema browser firefox.Bukak firefox > Tools > Add-ons > Themes.Satu Pop-up window akan keluar.Pergi kat folder imetal yang dah di"extract" tadi > Masuk folder firefox kemudian drag(heret guna mouse) imetal-gradient.jar dan drop kat dalam pop-up window tadi.Restart firefox.Kemudian masuk baluk pop-up window tu dan select tema yang kita drop kat situ tadi.

9.Ok,sekarang kita nak install icon plak.Download icon tadi dan save kat dekstop(kat mana2 pun boleh).

10.Bukak Appearance, dan klik kat Customize... > Install... > Pilih file ikon tadi (should be - Oxygen-Refit-0.8.2.5.tar.bz2)

11.Lepas tu komputer akan tanya,nak guna ikon tu ke x,jawab jela "yes" takkan "no" plak.

Then, You are done!

Tuesday, October 23, 2007

Software yang disertakan dengan Ubuntu

Dalam proses pemasangan ubuntu(7.10) kedalam komputer, terdapat beberapa software yang akan terpasang secara automatik.Diantara software-software tersebut ialah seperti dibawah mengikut kategori;

Accessories;

gDesklets,Gjiten,Zekr tidak disertakan sekali.

Games;

Alien Arena tidak disertakan sekali.

Graphics;

Flickr Uploader,Inkscape.KSnapshot,Picasa tidak disertakan sekali.

Internet;

Google Earth,IE6,KTorrent tidak disertakan sekali.

Office;

Adobe Reader8,Kexi,KSpread,Kword tidak disertakan sekali.

Sound & Video;

Amarok,Exaile,gtk,helix,Istanbul,k3b,kdenlive,miro,Pitivi,VLC,WMP tidak disertakan sekali.

Dimasa yang akan datang saya akan menerangkan fungsi-fungsi software yang disertakan dan perlu diingat bahawa,semua software yang saya gunakan dalam ubuntu ini adalah percuma!

Monday, October 22, 2007

Langkah demi langkah Install Ubuntu Gusty Gibbon

Langkah demi langkah Install Ubuntu Gusty Gibbon
(Dual-Boot dengan windows XP dan lain-lain)


1.Muat turun(download) ubuntu .iso image file daripada website ubuntu yang menepati jenis processor komputer yang digunakan.(i386 atau amd64)

2.Burn .iso file itu tadi dalam bentuk cd image menggunakan software burner seperti Nero,dan seumpamanya.(Saya cadangkan 8x speed)

3.Masukkan cd yang telah di burn itu tadi ke dalam cd/dvd room dan restart komputer.

4.Selepas komputer restart, biarkan komputer load untuk masuk ke laman “cd live” bagi Ubuntu dan bersedia untuk install.Anda akan masuk ke laman seperti dibawah ini;


5.Untuk menginstall ubuntu ke dalam komputer,anda perlu double click pada ikon install pada desktop seperti gambar di atas ini.

Kemudian anda bersedia untuk proses setting komputer!

Proses setting komputer:

6.Pilih bahasa;


7.Pilih lokasi;


8.Memilih format papan keyboard;


9.Hard disk Partitioning(Pembahagian hard disk);Untuk dual boot dengan sistem operasi(OS) lain, anda perlu memilih Pilihan pertama iaitu Guided – IDE1 ....
Tentukan berapakah ruang(space) yang ingin anda peruntukkan untuk Ubuntu.(Minimun=4GB)
Lagi besar adalah lagi bagus.Saya cadangkan 10GB keatas!


(Gambar ini menunjukkan pilihan kedua iaitu use entire disk sedang terpilih.Jika anda ingin dual-boot,PILIH PILIHAN PERTAMA) ***AWAS-LANGKAH KE-9 INI ADALAH SANGAT PENTING.BACA BERHATI-HATI ATAU SEMUA DATA ANDA DALAM WINDOWS AKAN LENYAP!

10.Masukkan data anda;
Saya mencadangkan untuk ruangan password, sila pilih password yang pendek dan senang diingati.Ini kerana, apabila menggunakan ubuntu,anda perlu memasukkan password ini setiap kali untuk install sesuatu software.


11.Bersedia untuk install;


12.Installing...


13.Restart komputer anda!

14.Selamat datang kepada dunia Ubuntu!Selamat mencuba.

Sila download tutorial ini dalam bentuk .pdf file.Anda mungkin tak dapat membaca blog ini semasa proses pemasangan ubuntu.Jadi sila print terlebih dahulu atau usahakan altenatif lain supaya tidak berlaku sebarang kesilapan semasa proses pamasangan.

Perkara-perkara asas ubuntu (linux)

Saya percaya ramai yang masih "baru"dengan dunia linux apatah lagi ubuntu.Maka tidak hairanlah jika mereka bertanya kepada saya bermacam-macam soalan yang seakan remeh tetapi sebenarnya soalan-soalan sebegitu melambangkan pengetahuan mereka tentang linux.

Fenomena penggunaan linux atau ubuntu masih lagi diperingkat permulaan di Malaysia.Namun ianya tetap ada masa depan kerana ubuntu boleh dipasang pada mana-mana komputer samada yang lama dan uzur ataupun komputer yang baru dibeli dan sekali lagi saya tegaskan ubuntu hanya memerlukan komputer yang mempunyai 256 RAM dan sekurang-kurang 4GB harddisk space.Ianya sama sekali berbeza dengan windows vista yang memerlukan 1GB RAM dan 20GB harddisk dan keatas.

OK,apabila menggunakan ubuntu,bermakna anda menggunakan linux.Linux pula tak dapat dipisahkan dengan terminal(dalam windows dipanggil prompt) iaitu tempat untuk memasukkan kod-kod arahan kepada komputer.Dalam ubuntu, terminal kelihatan seperti ini;


sudo apt-get install example


Ini adalah kod arahan kepada komputer.Apabila saya menekan enter, komputer akan mencari package yang bernama "example" untuk diinstall.Dan inilah cara paling selamat untuk menginstall sesuatu software kedalam komputer selain dari menggunakan synaptic dan add/remove app.

Jika ada yang berkata, "Oh,kita mesti pandai prgramming lah baru boleh guna ubuntu".Saya sama sekali tidak bersetuju.Ini kerana, ubuntu membenarkan anda memilih tahap kebebasan anda dalam menggunakan komputer.Jika anda tidak tahu command(arahan komputer) sebegini,anda masih boleh menggunakan add/remove application dan synaptic package manager.Anda tidak perlu hafal sama sekali command-command itu tadi dan inilah "kebebasan yang disediakan oleh ubuntu kepada penggunanya.

Ada orang bertanya saya, apakah ubuntu akan auto-detect semua drivers dalam komputer kita? Jika menggunakan laptop,tentu ada yang bimbang tentang bluetooth dan sistem wireless dan sebagainya.Berita baik kepada mereka ini,ubuntu versi 7.10(Gusty Gibbon) telah menyediakan apa yang dinamakan sebagai Restricted Drivers Manager.(System > Administration > Restricted Drivers Manager) dan akan menyelesaikan masalah-masalah modem,internet,wireless,bluetooth dan sebagainya, insyaallah.

Beberapa pengetahuan lain sebaik sahaja selepas memasang ubuntu.

Anda mesti memastikan firefox telah dilengkapi dengan plug-ins yang diperlukan.Jangan bimbang kerana ianya sama seperti dalam windows iaitu akan keluar satu pop-up yang memberitahu kita supaya install plug-in tertentu.




Jika anda ingin memainkan sesuatu video,dan komputer anda tidak ada codec itu,komputer akan auto-search codec tersebut dan meninstallnya.

Apa yang paling best dalam ubuntu ialah,ia memberikan anda kebebasan mengubah tema komputer anda.Hanya perlu pergi ke System > Preferences > Appearance
Percaya atau tidak, dengan satu klik sahaja tema desktop anda akan berubah!Tidak perlu "hang" terlebih dahulu dan sebagainya.




Masih banyak benda menarik yang ingin saya kongsikan disini tetapi cukuplah sekadar ini buat waktu ini.Wassalam!

Sunday, October 21, 2007

Ubuntu dan perjuangan mereka yang ditindas


Pernah nampak tak muka 2 mamat ni kat mana-mana?Mesti pernah kan?Berlambak kat website mat saleh.2 orang model ni mewakili(dilambangkan begitu) syarikat Apple dan Microsoft.Apple terkenal dengan sistem operasinya iaitu Mac dan microsoft pula terkenal dengan windows.

Menjadi satu trend terkini kepada blogger kat amerika mahupun kat mana-mana untuk tidak bersetuju dan seolah-olah memboikot syarikat Microsoft lebih-lebih lagi dengan terbitnya windows vista yang mereka anggap melampau dalam menetapkan harga apalagi sistem operasi itu memerlukan "sistem requirement" yang terlampau tinggi.

Mereka mencari jalan altenatif dan antaranya ialah mengangkat Mac sebagai produk sistem operasi pilihan mereka.Tentu kita pelik,mengapa orang-orang putih nih sibuk mempersoalkan harga windows vista sedangkan mereka boleh menggunakan cd cetak rompak.Sebenarnya, di negara mereka sudah menjadi satu budaya untuk menggunakan produk yang ori.Begitulah juga di jepun dan kebanyakkan negara maju.Ori itu tetap pilihan hati mereka.(Mungkin ini mentaliti orang negara maju).

Sebagaimana maklum,microsoft mengungguli bidang sistem operasi komputer dan apa jua perubahan yang dilakukan oleh syarikat gergasi itu turut dirasai oleh semua penggunakan komputer yang menggunakan produk mereka.Dicelah Microsoft dan Apple itulah munculnya ubuntu yang sekarang ini sedang pesat mendapat sambutan dari pengguna komputer.

Saya merumuskan bahawa, ubuntu adalah perjuangan orang-orang yang ditindas oleh syarikat-syarikat besar yang memonopoli dunia komputer.Terbitnya windows vista yang satu dvd memakan belanja beratus-ratus ringgit untuk mendapatkannya, kemudian hardware komputer seperti grafik kad, RAM, pula perlu di upgrade, seolah-olah satu penjajahan terbuka sedang dilakukan oleh syarikat microsoft itu.

Kita mungkin tidak menyedari, dengan terbitnya windows vista, harga komputer yang lengkap diinstall dengan vista pastinya mengalami kenaikan harga.Tidakkah ini membebankan pengguna komputer terutamanya dinegara-negara membangun dan negara-negara miskin?Namun bagi mereka tidak mengapa kerana negara membangun dan miskin selalunya dikalangan negara-negara islam.Inilah matlamat mereka(tersirat).

Ubuntu muncul sebagai altenatif kepada permasalahan ini.Bayangkan orang yang membangunkan ubuntu bekerja semata-mata untuk menyediakan satu sistem operasi yang PERCUMA kepada pengguna komputer.Dengan system requirement yang rendah, kestabilan yang tinggi dan ditingkat dari sehari ke sehari, selamat dari virus dan semua itu,saya pelik jikalau kita masih ingin menggunakan produk syarikat microsoft yang mencekik darah itu.

Sekian.Sekadar melontar pandangan :)

Saturday, October 20, 2007

Susah ke nak Install Ubuntu?


Semalam saya telah mencuba memasang(install) Ubuntu pada desktop saya dan prosesnya mengambil masa tidak lebih dari 1/2 jam.Alhamdulillah saya sempat mengambil video semasa proses itu berjalan saya akan kongsikan video itu disini.



Maafkan saya kerana mutu video yang kurang baik(ambil guna hp jer).

Apa yang ingin saya kongsikan ialah proses pemasangan ubuntu tidaklah sesusah yang disangka.Dalam video ini,saya telah dual-boot ubuntu dengan windows xp.Ini bermakna saya masih boleh memilih untuk menggunakan windows xp ataupun ubuntu dalam komputer yang sama!(selepas on komputer nanti keluar satu paparan yang menghendaki kita memilih nak guna windows ataupun ubuntu-kalau tak pilih apa-apa pun automatik pilih ubuntu).

Apa lagi yang ditunggu?Masih mahu menggunakan windows ataupun ubuntu?Untuk peringkat awal,saya nasihatkan supaya dual-boot sistem anda supaya senang iaitu boleh menggunakan yang mana satu mengikut selera dan keperluan tertentu.

Sebelum itu,saya nasihatkan juga supaya backup data-data yang sangat penting sebelum install ubuntu.Ini penting untuk tujuan-tujuan kecemasan :)

p/s:try guna icon crystal project untuk hias blog ni.Macam comel le plak..

CrystalProject Icon theme


Saya telah mencuba berbagai jenis tema untuk ikon desktop saya dan ini adalah tema terbaik yang dapat saya kongsikan disini.Ikon ini dipanggil Crystal Project dan direka oleh Everaldo.








Ikon ini masih lagi diperingkat eksperimen.Namun oleh kerana ianya "free" untuk digunakan, saya rasa ianya sangat sesuai untuk kegunaan blogger dalam menghias blog-blog mereka.Namun jika sekiranya anda menggunakan ubuntu,anda boleh install ikon ini untuk digunakan sebagai tema ikon untuk desktop.
Sila Download.

Friday, October 19, 2007

Ubuntu 7.10 sedia untuk di download

Ubuntu versi 7.10 atau "codename"nya Gusty Gibbon sudah sedia untuk untuk di download di laman webnya.Versi terbaru ini menjanjikan kestabilan, kelancaran dan kualiti yang terbaik berbanding versi-versi yang sebelumnya.

Bagaimana untuk download?Sila klik disini.

Kemudian setkan lokasi dan yang sewaktu dengannya seperti ini.



Dan klik butang "Start Download".

Selepas download, apa yang perlu dilakukan ialah burn file .iso itu kedalam cd sebagai cd image.Saya telah mendownload ubuntu 7.10 dari server Taiwan National Center For High Performance dengan kepantasan ini;





Kemudian saya burn ke dalam cd menggunakan K3b burner software(percuma jika menggunakan linux) dan prosesnya seperti ini;




Saya telah menyediakan satu file .pdf tentang cara-cara menginstall ubuntu pada komputer.Berbanyak terima kasih kepada zulkiplyharun yang menyediakan tutorial ini.(saya hanya convertkan tulisan tersebut kedalam bentuk pdf).
Sila Download..

Wednesday, October 17, 2007

Kelebihan menggunakan ubuntu berbanding windows

Saya telah mencuba beberapa perisian sistem operasi diantaranya windows 98,windows xp, windows vista, linux red hat, dan ubuntu.Saya tidak akan membandingkan linux dengan linux disini dan saya juga tidak begitu gemar membandingkan produk dari syarikat microsoft.

Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dalam penggunaan sistem operasi(OP), saya mendapati ada banyak sebab mengapa anda perlu mencuba sistem operasi ubuntu untuk kompoter anda setidak-tidaknya dengan membuat dual boot bersama windows.Antaranya ialah.

1.Lebih laju.Saya mendapati memproses sesuatu perkara didalam ubuntu lebih laju berbanding dari windows.Kalau dalam windows,komputer yang kita gunakan sering "hang" dan "buat hal, dan kadang-kadang perlu di restart beberapa kali, dalam ubuntu terlalu jarang berlaku perkara sebegitu.Dan jika kita membaca minimun system requirement untuk ubuntu ialah
Ubuntu is available for PC, 64-Bit and Mac architectures. At least 256 MB of RAM is required to run the desktop install CD. Install requires at least 4 GB of disk space.
Sudah tentu aksinya dalan komputer yang lebih bertenaga lebih cemerlang kan?

2.Selamat dari virus.Walaupun terdapat antivirus seperti clamav untuk ubuntu,tetapi saya tidak begitu risau akan keselamatan dari virus mahupun trojan, spyware, malware, worms, dot dot seperti dalam windows..

3.Free.Ya,ini mungkin sebab yang terbesar apalagi pengguna ubuntu mendapat sokongan open source yang menjanjikan software dan update terkini yang free, selamat dan mutu yang setanding software berbayar. Tidak perlu lagi terus menggunakan windows xp cetak rompak yang selalunya dibayangi oleh masalah keberkatan, menggunakan software yang di"crack" yang (oleh kerana tidak berkat selalu dimasuki virus?) tidak boleh diupdate, crack yang selalu mengandungi virus dan spyware, perisian berbayar yang cekik darah dan sebagainya.

4.Senang belajar programming.Bagi yang berkenaan, menggunakan linux lebih mendekatkan anda dengan programming tetapi tidak perlu untuk pandai programming barulah boleh menggunakan sistem linux.

5.Masih boleh menggunakan windows di dalam ubuntu menggunakan wine, virtual box, dan sebagainya.

6.Grafik effect yang power.Ubuntu 7.10 telah dilengkapi dengan compiz fusion iaitu software untuk desktop effect yang membolehkan desktop anda beraksi hebat (bagi komputer yang memiliki grafik card yang laju), 3D desktop, wobbly windows, dan bermacam lagi effect yang mengiurkan seperti ini.


7.Desktop themes dan icon yang senang ditukar-tukar.Jika dalam windows kita menggunakan windows blinds, dalam ubuntu pengubah themes sudah disediakan secara default dan kita tidak perlu menginstall software sokongan untuk tujuan yang sama.Hanya perlu mencari themes yang disukai di gnome-look.org dan memasangnya pada desktop kita seperti memasang themes untuk handphone!


8.Dan banyak lagi.Insyaallah saya akan mengulas lanjut tentang kebaikan menggunakan ubuntu berbanding windows.

Tuesday, October 16, 2007

Ubuntu 7.10(Gusty Gibbon) 'Release Candidate' Available untuk di download

Ubuntu versi 7.10 sempena dengan pelancarannya pada bulan 10 tahun 2007 dengan "code name"nya iaitu Gusty Gibbon telah sedia untuk didownload.Perlu di ingatbahawa versi "Release Candidate" tidak bermaksud final version iaitu yang akan keluar pada 18hb10 nanti tetapi ianya adalah cukup stabil untuk digunakan oleh mana-mana user.

Oleh kerana terlalu tidak sabar dengan versi terbaru ubuntu ini,saya telah mendownload ubuntu 7.10 rc ini dan memasangkannya kedalam laptop saya.Hasilnya?Ini dia!








Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...