Saya agak teruja dengan "new features" yang ditawarkan oleh syarikat Apple melalui produk terbaru mereka ini.Pernah sekali saya mencuba untuk install mac ke dalam desktop saya.Saya dipaksa buat satu partition baru untuk mac dalam fotmat FAT32(kalau xsilap) dengan menggunakan software partition ape ntah - tak ingat.
Hasilnya?
Saya terpaksa delete semua harddisk sistem komputer dan nasib baik file penting dapat diselamatkan dengan menggunakan cd live ubuntu - dapat belajar benda baru tapi kehilangan banyak benda lama.
Kembali kepada tajuk-Dalam banyak-banyak benda baru yang apple perkenalkan melalui produk mereka(lebih kurang 300), yang paling saya idam-idamkan ialah DOCK.Saya teruja apabila melihat file-file dalam folder boleh di preview melalui dock dengan senang tampa kene bukak windows lain dan sebagainya.
DOCK?
Rupa-rupanya dalam ubuntu pun ada jugak dock - antaranya ialah KXDocker, Avant-window-navigator, kiba-dock dan Gnome-dock.Apabila saya cari-cari dan baca-baca, ramai yang recommend Avant-Window-Navigator(AWN) sebagai yang terbaik.Apalagi, saya terus mencari tutorial dan sebagainya supaya ia dapat diinstall kedalam komputer saya.
Hasilnya?
Alhamdulillah.Saya tak perlu kehilangan banyak benda kali ini.Tapi AWN ni masih lagi dibangunkan dan masih tak ada stable version buat masa sekarang.Mungkin kerana tu,banyak kali jugak dock ni "crash" semasa run(pengalaman sendiri).Tapi, not too bad.Saya masih menunggu-nungu stable version keluar untuk diinstall.
Spaces?
Mac OS X Leopard yang baru ni pun macam ubuntu jugak iaitu mempunyai spaces.Mac tiru ubuntu ataupun ubuntu tiru mac, yang mana satu pun tak tau.Yang pasti ada persamaan disitu.
Oleh kerana saya malas nak cerita panjang-panjang, tengok video ni;
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..