Bila saya melihat kepada statistik, masih ramai pengguna windows (samada xp,vista,98,2000) yang mengunjungi blog ini.Amat jarang pengguna linux mengunjungi dan kalau ada pun adalah datangnya dari pengunjung luar negara yang sudah pasti tidak memahami apa yang saya tulis.
Saya sudah berminggu-minggu tidak "boot" kedalam windows dan asyik menggunakan linux sejak akhir-akhir ini.Mungkin kita menunggu masa yang lama untuk komputer kita login kedalam windows tetapi ia tidak berlaku ketika menggunakan linux.Oleh kerana sikap taknak menunggu, saya menjadikan linux sebagai primary OS bagi komputer saya.
Sememangnya saya mengakui bahawa linux masih terlalu baru untuk digunakan oleh orang awam yang baru mengenali komputer.Masih terlalu banyak bahan rujukan samada blog dan sebagainya diperlukan bagi memeriahkan lagi penggunaan linux di Malaysia.
Namun adakah salah kalau kita memperuntukkan 15gigabyte ruang harddisk kita untuk untuk merasai pengalaman menggunakan linux?Saya rasa semua orang perlu mencuba apalagi bagi mereka-mereka yang menggunakan OS cetak rompak.Dual boot mungkin jawapannya.Tidak perlu melupakan windows buat selamanya tetapi masih boleh menggunakan linux dalam satu komputer yang sama.
Itulah yang sedang saya lakukan.Saya membeli laptop yang sudah di install vista didalamnya.Saya tidaklah begitu bodoh untuk membuang semua sistem vista untuk saya menggunakan linux.Kerana itu saya dual boot dan saya boleh memilih sistem mana yang ingin saya gunakan.
Berapa banyak komputer diluar sana yang mengalami masalah kelembapan, virus, dan tidak boleh run program-program yang berat?Kenapa tidak dicuba linux sahaja?Saya akui,ubuntu misalnya masih tidak begitu sempurna tetapi ia adalah hampir sempurna untuk mengambil alih semua fungsi windows!
Apalagi, jom cuba!
Wednesday, October 31, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
hye...
ReplyDeleteerm..syer ser msalah ngan ubuntu..
msalahnyer.. syer nk install ubuntu kat syer punyer pc tpi x dpt..
bleh trangkan cam ner cra yg btul untuk install ubuntu...
ok
plz
saya dah tulis tutorial 2 step by step kat entry sblm ni...
ReplyDeletesila pegi kat cni;
http://melayubuntu.blogspot.com/2007/10/langkah-demi-langkah-install-ubuntu.html
Boleh x buat artikel perbandingan antara Windows dengan Linux? Contohnya apa kelebihan & kekurangan pada kedua-dua OS tersebut.
ReplyDeleteSememangnya saya pernah guna Linux dan merasakan seronok kerana lebih stabil dan mudah tetapi ada kekurangan yang tidak dapat diterima kerana perisian hebat seperti Adobe CS4 dan Microsoft Office 2007 tidak menyokong OS Linux, walaupun ada alternatif tetapi kurang memuaskan.
Tolong buka minda saya untuk kembali ke Windows.
dimana saya bisa download ubuntu?
ReplyDeleteoia, jangan lupa mampir ke sini ya...
terpaksa minta adobe buat khas untuk ubuntu laa.
ReplyDeleteoffice 2007???
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya akan mengajar subjek teknologi maklumat...
masalah saya ialah saya tidak tahu@ faham tentang uBUNTU AND LINUX in detail...
first time sy dgr ttg uBUntu....
bagaimanakan saya boleh mendapatkan maklumat tentang oss, ubuntu, linux in detail.
please
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya akan mengajar subjek teknologi maklumat...
masalah saya ialah saya tidak tahu@ faham tentang uBUNTU AND LINUX in detail...
first time sy dgr ttg uBUntu....
bagaimanakan saya boleh mendapatkan maklumat tentang oss, ubuntu, linux in detail.
please
walaupun dunia OSS di malaysia ni tidaklah sebesar indonesia,tapi kami tak lokek berkongsi ilmu,untuk maklumat,ijah boleh baca di blog ini dari entry awal hingga sekarang atau di blog jomlinux(terdapat juga blog2 lain),boleh masuk forum ubuntu.com.my atau forum jomlinux dan forum2 lain untuk bertanya soalan..
ReplyDelete