Sunday, September 28, 2008

Ucapan Salam Hari Raya

Memandangkan hari raya puasa akan menjelma tidak lama lagi. Oleh itu, saya memohon maaf kepada para pengunjung dan tuan punya blog (ehemm...sapa lagi kalu bukan Zul :D) jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata mahupun tersalah taip.

Kepada mereka yang balik kampung, saya ucapkan selamat memandu dan sentiasalah mematuhi undang-undang jalan raya (Dan undang penerbangan bagi yang naik kapal terbang).

Jalan lupa mempromosikan Ubuntu pada sanak-saudara di kampung supaya Ubuntu lebih makmur, aman dan sejahtera (macam penah dengar je slogan nie...ehmmm).

Selamat Aidul Fitri
Maaf Zahir & Batin

Adakah Ubuntu Linux untuk budak IT sahaja?

Pertamanya saya bukan dibidang IT. Apabila ada pembaca 'mengeluh' mengapa ubuntu menjadi semakin mudah digunakan, fikiran saya terpanggil untuk menulis topik ini - Adakah ubuntu linux untuk budak IT sahaja? Ketika saya membaca keluhan tersebut, saya berkali-kali bertanya kepada diri sendiri, "Adakah aku tulis blog melayubuntu hanya untuk budak IT?". Dan apabila setiap kali saya bertanya dan mendapat jawapan "TIDAK", saya membuat keputusan mengulas isu tersebut disini.

Seingat saya, pertama kali saya mendengar perkataan "linux" ialah pada tahun 2004. Itupun saya hanya mendengar dan tidak terdetik lansung dihati untuk mengetahui lebih dari itu. Alasannya - sudah ada windows mengapa perlu linux? Mentalitinya, Saya hanya perlu menggunakan linux jika saya dibidang yang memerlukan saya menggunakannya. Ertinya, keadaan yang membentuk anda dan bukan anda yang membentuk keadaan!

Oleh kerana mempunyai mentaliti sebegitu, saya lansung tidak faham apa itu open source dan apakah kebaikan open source kepada kehidupan berkomputer. Ya, kita mungkin boleh terus hidup tanpa mengetahui apa itu open source, tetapi mengetahui tentang kewujudan dan prinsip open source dapat memberikan banyak merit kepada sesorang samada dia budak IT atau tidak.

Ubuntu ialah distribusi linux yang mengenengahkan konsep mesra pengguna bukan untuk meniru windows mahupun mac osx tetapi untuk menjadi pintu gerbang kedunia keterbukaan perisian. Kita mempunyai fakta yang jelas bahawa ramai yang mula mengenali open source kerana menggunakan ubuntu. Matlamatnya bukan ubuntu, matlamatnya ialah bagi mendidik pengguna komputer tentang altenatif yang mereka ada dan pembebas kepada pergantungan dengan perisian berbayar. Kerana itu saya pelik, ramai penggiat distro lain cemburu dengan ubuntu sedangkan ubuntu adalah satu watak penting yang merubah mentaliti "Linux untuk budak IT" kepada satu mentaliti yang lebih terbuka dan luas.

Hasilnya dapat anda lihat sekarang. Bukan budak IT pun boleh menggunakan CLI (command line interface) dalam ubuntu. CLI yang dahulunya begitu dimusuhi kini bertukar kepada sesuatu yang menyelesaikan masalah. Bagi saya sudah tentu saya lebih sukakan GUI (graphical user interface). Kerana itu saya ingin tegaskan, ubuntu bukan untuk budak IT sahaja. Dan saya tidak menulis hanya untuk budak IT sahaja. Amacam?

Saturday, September 27, 2008

Masalah Gnome dan KDE dalam satu 'Ubuntu'



Ini ialah satu masalah yang membuatkan hati gua begitu ngilu (tiru ayat kumprinx). Mengapa tiba-tiba KDE cuba mengantikan Gnome dalam sesi Gnome, dan apabila ia gagal, tema default ubuntu tiba-tiba hilang digantikan dengan tema yang buruk bersama ikon yang buruk. Bukan itu sahaja, setting tertentu bagi current user tidak di load dengan sempurna dan kesemua perisian yang menggunakan GTK kelihatan hodoh dengan tema yang tidak boleh diubah!

Masalah ini hanya berlaku jika saya install KDE kedalam ubuntu yang menggunaan Gnome. Sehingga sekarang, saya memang blurr tentang penyelesaian dan tidak tahu lansung apakah punca kepada masalah ini. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh fail .gtkrc-2.0-kde secara 'ajaibnya' menggantikan .gtkrc-2.0. Namun saya dapati (bagi kes saya) kedua-dua fail berkenaan tidak wujud lansung dalam sistem saya!

Oleh itu saya berfikir beberapa perkara yang seharusnya difikirkan oleh pembangun ubuntu dan pembangun perisian linux iaitu;

1)Aplikasi recovery. Jika sistem anda rosak atau 'cedera' kerana anda mengubah beberapa setting atau memasang sesuatu yang berconflict dengan sistem, aplikasi recovery akan membenarkan anda kembali kepada keadaan sebelum ia rosak atau cedera. Saya pernah menggunakan fungsi ini dalam windows xp tetapi tidak pernah menemui sesuatu sepertinya dalam linux.
2)Menyelesaikan isu integrasi. Terdapat beberapa perisian yang saling berkongflik dengan perisian lain. Contohnya compiz yang sering bermasalah dengan game dan sebagainya. Saya perasan pembangun perisian dalam linux membangunkan sesuatu aplikasi tanpa mengambil kira suasana persekitaran.

Jika anda ada maklumat tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah diatas, sila respon kepada entry ini.

Friday, September 26, 2008

Appnr dilancarkan!

appnr.png

Memasang perisian dalam ubuntu menjadi semakin mudah dari hari ke hari. Appnr ialah sebuah aplikasi web yang berfungsi untuk memasang perisian dalam ubuntu. Hanya dengan 1 klik, anda dapat memasang perisian yang terdapat APT seperti juga menggunakan add/remove app.

Apa yang dilakukan oleh pembangun Appnr secara teorinya ialah meletakkan hyperlink yang beralamatkan "apt:package-name". Untuk makluman, dalam ubuntu anda boleh memasukkan installasi secara 1klik ini samada dalam email, forum, blog, website dan sebagainya dengan cara diatas. Oleh kerana repository hanya mengandungi perisian yang dipercayai sahaja, kebimbangan virus samasekali tidak timbul.

Thursday, September 25, 2008

Gnome 2.24 dan Compiz 0.7.8

Selepas 6 bulan dibangunkan, team pembangun gnome mengumumkan terbitnya versi terbaru bagi gnome iaitu Gnome 2.24. Banyak pembaharuan dan ciri baru yang diperkenalkan dan kesemuanya kearah desktop environment yang mesra pengguna, kemudahcapaian dan kestabilan. Saya secara peribadi mencuba versi gnome terbaru ini dalam ubuntu intrepid ibex alpha 6 dan teruja dengan beberapa perubahan.



Screenshot diatas menunjukkan paparan nautilus (file manager) yang mempunyai compact view sebagai tambahan kepada icon view dan list view. Terdapat tab yang meningkatkan kemudahcapaian dan perpindahan data,juga fungsi unmount volume pada sidebar.

Ubuntu intrepid ibex yang bakal terbit pada 30hb10 ini akan menggunakan Gnome 2.24 dan kesemua perubahan yang diperkenalkan dalam gnome boleh dinikmati dalam intrepid ibex.

Tidak dilupakan kepada Compiz Fusion yang telah diupdate ke versi 0.7.8. Tidak ada perubahan besar dalam update kali ini dan anda boleh membaca changelog versi ini disini.

Intrepid ibex telah melangkaui 6kali versi alpha dan selepas ini fokus pembangun ubuntu ialah kearah versi beta yang dijangkakan pada 2 oktober ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan berkaitan ciri baru intrepid ibex yang saya yakin akan mengujakan anda sebagai pengguna ubuntu. Tunggu emaj edisi kedua keluar dan insyaallah saya akan tulis satu review berkenaan intrepid ibex!

Tuesday, September 23, 2008

Tshirt ubuntu : Siap dan bersedia untuk di Pos!



Hari ini,23hb9 2008, saya menerima satu bungkusan besar berisi 120helai tshirt ubuntu. Saya mungkin akan disibukkan dengan aktiviti mengepos dalam sehari dua ini. Oleh kerana saya menerimanya 2 hari lewat dari yang dirancang, saya membuat keputusan untuk menggunakan pos ekspress untuk tujuan pengeposan. Kaedah ini akan menjimatkan masa disamping memudahkan kerja saya menguruskan hampir 70 tempahan!





Saya akan cuba sedaya upaya mengepos kesemua baju sebelum hari raya dan saya harap ia akan sampai sebelum aidilfitri.

Sunday, September 21, 2008

Download Panduan dan Template Scribus E-Maj!



Selari dengan beberapa post yang ditulis oleh saya sebelum ini berkenaan E-Maj, hari ini saya kongsikan panduan penggunaan sribus dan template scribus yang bakal digunakan untuk E-Maj edisi seterusnya. Beberapa sebab mengapa saya 'release'kan kesemua ini kepada umum;
  • Jika anda kreatif, edit template tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik dan share dengan saya sebagai dokumen open source
  • Jika anda merasakan diri anda layak, hantarkan email kepada saya untuk menjadi sebahagian dari team emaj
  • Jika anda tiada pengetahuan tentang cara menggunakan Scribus, panduan ini dapat memberikan anda pengetahuan ringkas
  • Jika anda orang kategori 4, download dan fahamkan bagaimana E-Maj bakal diterbitkan untuk edisi seterusnya
  • Jika anda boring dalam kategori 5, download dan baca apa yang patut kemudian delete apabila file ini tidak diperlukan lagi
Download : Panduan Emaj
Password : melayubuntu

Jadikan perkongsian ini sesuatu yang membawa kebaikan. NOTE : Saya lakukan kesemua ini dengan percuma. Jika mana-mana bahagian didalamnya tidak menepati citrasa anda, sila respon supaya ia dapat diperbaiki dimasa akan datang.

Friday, September 19, 2008

Pra-lihat E-Maj edisi seterusnya

Alhamdulillah, dengan serba kesempitan saya sempat menyiapkan template scribus bagi E-Maj ubuntu untuk edisi seterusnya. Template ini bakal disertakan dengan panduan umum dan khusus yang akan disiapkan sedikit masa lagi. Kemudian, saya akan edarkan panduan beserta template termasuk fonts dan perkara-perkara berkaitan lain kepada team penulis & penyumbang emaj. Imej berikut merupakan "mock-up" kepada cover depan E-Maj edisi kedua.



Imej berikut merupakan pra-lihat kepada kandungan E-Maj beserta dengan sedikit panduan ringkas berkenaan fonts yang digunakan.




Untuk makluman, saya sedang mengumpul team E-Maj samada penyumbang artikel (penulis), penyubang grafik, dalam semua lapangan yang difikirkan wajar. Saya berkira-kira untuk mengumpul tidak kurang dari 5 orang dan tiada had maksimum. Jika berminat, sila hantarkan email kepada saya di zul.malc [@] gmail.com.

Saya bertanggungjawab membekalkan panduan dan pengetahuan yang cukup untuk anda menyumbang kepada E-Maj. Saya benar-benar berharap dapat mengumpulkan team dan menjayakan projek E-Maj ini dalam bulan 11, 2008.

Minta Tolong Sapa Yang Tau Pasal Ubuntu Server

Aku dah boleh buat server sendiri menggunakan dynamic IP. Kata mudahnya aku wat server sendiri pastu jalankan sendiri dan boleh akses server tu dari internet.

Server yang aku buat ni adalah untuk parlimen Ampang memandangkan server berbayar yang aku guna asik sangkut je (hampeehhh betul!)

Jadi kerana tak tahan aku wat server dan guna Dynamic IP dan menggunakan DNS percuma. Laju memang laju. Tapi ada satu fungsi yang aku tak leh wat. Tak reti pun! Walaupun dah cari caranya kat internet.

Bila embed flash dalam web. Dia takleh loading. Aku dgr Ubuntu Server mmg tak support flash psl bkn sumber terbuka.

Jadi aku dah buat perkara berikut :
1. psg package yg bkaitan dgn flash.
2. Setting mime.

Untuk pengetahuan korang laman tu adalah http://p99.homelinux.com . Server tu aku letak kat bawah pencetak pjbt. Server tu ada 2 fungsi, print server dan web server.

Harap yg pakar leh membantu dan yang mengetahui ilmu-ilmu Linux boleh membantu.

Nota : Zulmac hari tu ko tny mcmana nak wat server sndiri kan? Nak wat tutorial ke? Pembaca lak macamana?

Menukar tema font desktop ubuntu

Saya pernah mendengar beberapa orang mengeluh dengan font yang digunakan secara default dalam ubuntu. Ya, font default ubuntu sangat biasa - meskipun ia lagi baik dari windows xp! Namun selepas mengikuti tutorial ini, saya jamin yang anda akan berpuas hati - setidak-tidaknya lebih baik dari default.

Secara asas, menukar tema font dalam ubuntu sangat mudah. Right click pada desktop > Change Desktop Background > Tab Fonts. Yang terpapar disitu ialah nama, dan saiz font yang sedang digunakan dalam setting ubuntu anda sekarang. Pun begitu, pemilih jenis font agak rumit. Jika tidak kena gaya, seluruh desktop ubuntu akan 'porak peranda' dengan font yang tidak teratur.

Saya menemui sejenis font yang sangat padan dengan selera saya. Dan apabila ia 'padan dengan selera saya', saya yakin ia juga padan dengan selera pengguna ubuntu yang lain. Mengapa? Sebab saya agak cerewet dengan paparan desktop ubuntu saya. Haha!

Ok, hentikan gurauan dan jom berserius! Font tersebut bernama droid dan ianya percuma. Sila download font berkenaan melalui;

Download : DroidFamily

Kemudian install font berkenaan dengan meletakkan fail .ttf kedalam folder .fonts dalam home directory atau meletakkan folderDroidFamily kedalam "/usr/share/fonts/truetype". Saya harap anda tiada masalah dengan cara installasi font ini kerana saya sudah beberapa kali menulisnya diblog ini.

Kemudian run menerusi terminal;
sudo fc-cache -fv
Buka tab fonts itu tadi (rujuk atas) dan tukar font dan saiz kepada imej berikut;




Kemudian, klik pada Details dan setkan kepada berikut;



Selesai! Saya lebih mencadangkan anda restart ubuntu atau logout untuk melihat perubahan secara keseluruhan. Semoga bermanfaat.

Thursday, September 18, 2008

Huawei modem dan ubuntu update

Dalam entry lepas, saya menulis seperti berikut;

1.Setiap kali anda alihkan modem dari komputer kemudian cucuk kembali, apabila anda cuba untuk connect anda akan mendapat error
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
--> Cannot open /dev/ttyUSB0: No such file or directory
Cara selesaikan : restart ubuntu anda dan ulang dari asal!
Penerangan : Saya dapati device (ttyUSB*) -- yang mana * adalah pembolehubah yang berubah-ubah setiap kali modem disambungan ke komputer yang sedang ON. Oleh kerana kita telah tetapkan modem huawei = ttyUSB0 sebagai default dalam wvdial.conf, perubahan padanya menyebabkan pengguna tidak dapat connect dan keluar error diatas.

Sebenarnya, kita tidak perlu restart komputer jika sambungan usb modem tercabut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan 2 command berikut;
sudo modprobe -r uhci_hcd
sudo modprobe uhci_hdc
dan ulang sudo wvdial sekali lagi. Anda akan connect dengan internet.

Untuk mengetahui fungsi command modprobe, sila rujuk sini.

Saya agak kurang pasti apakah uhci_hcd dalam command diatas. Namun "-r" bermaksud remove dan command yang kedua akan reset kembali sambungan ke usb. Saya merasakan ia berkaitan dengan sambungan usb. Mungkin pakar linux ada jawapan yang lebih lengkap?

Wednesday, September 17, 2008

Software Freedom Day 08 : 20 sept!


Software Freedom Day (SFD) ialah pesta menyambut Perisian Percuma dan Sumber Terbuka (FOSS). Matlamatnya ialah untuk mendidik penduduk bumi tentang kebaikan menggunakan perisian FOSS dalam pendidikan, sektor kerajaan, kegunaan peribadi, perniagaan dan seluruh juzuk kehidupan.

Saya tertarik kepada sambutan software freedom day yang dirancang untuk diadakan disekolah-sekolah. Disini tedapat satu katalog perisian FOSS yang boleh digunapakai disekolah-sekolah atau mungkin di institut yang lebih tinggi. Senarainya cukup lengkap untuk dijadikan rujukan oleh pengubal kokurikulum sekolah-sekolah malaysia.

Saya merupakan salah seorang dari bekas pelajar di salah sebuah sekolah bestari. Setiap malam selasa, kami disekolah tersebut diwajibkan menghadiri apa yang dinamakan "kelas komputer" dan modul yang diajarkan kepada kami (seingat saya) tiada lansung kaitan dengan FOSS. Apa yang ada cumalah kelas biasa, belajar menggunakan microsoft word dan akhirnya disudahi dengan mempelajari cara-cara membuat laman web. Saya tiada masalah dengan modul tersebut tetapi jika anda menyoroti dengan teliti senarai perisian dalam katalog ini, ianya cukup memberikan inspirasi betapa masih terlalu luas ruang untuk memperbaiki pencapaian lampau.

20 September ini dunia akan menyambut hari kebebasan perisian. Seorang kawan cyber berkata kepada saya "bilalah agaknya sekolah-sekolah kat malaysia nak sambut event sebegini". 5billion ringgit dibelanjakan untuk dasar matematik dan sains dalam BI yang sekarang sedang menjalani kajian semula samada meneruskannya atau berpaling kedasar lama. Namun untuk mendidik rakyat sedari kecil supaya memahami prinsip perisian percuma dan sumber terbuka, saya cukup yakin tidak sampai 1 billion pun bajet yang diperlukan.

Saya memilih untuk mempercayai bahawa kita sedang bergerak kearah yang lebih baik. Disana mungkin terdapat individu-individu yang sedang mengusahakan supaya sesuatu seperti ini mampu direalisasikan disekolah-sekolah. Samada ianya terjadi secara drastik atau beransur-ansur, biarkan masa yang menentukan.

Beberapa Update Terkini

Beberapa hari yang memerlukan semangat yang tinggi, tetapi diri sendiri tidak mempunyai semangat setinggi yang diperlukan. Apapun saya telah melakukan beberapa perkara untuk melunaskan beberapa hari ini dengan lebih bermanfaat - agar sesuatu yang dirancang itu sentiasa berada diatas landasan yang tepat.

E-MAJ

Saya telah siapkan layout scribus yang asas untuk digunakan dalam edisi kedua nanti. Nantinya penulis emaj hanya perlu menyesuaikan panjang artikel dengan layout tersebut dan elemen lain boleh ditambah dengan bebas. Saya juga memikirkan bahawa emaj memerlukan identiti yang esklusif. Benda pertama yang saya fikirkan ialah logo. Saya telah cuba untuk design supaya logo emaj tidak lari dari konsep ubuntu dan mempunyai ciri ke-malaysia-an. Hasilnya adalah seperti diatas. Agak amatur? hehe..apapun saya berjaya menghasilkan 3 kelopak bunga raya jika anda perasan!

Pembayaran Tshirt Ubuntu
Ramai yang bertanya altenatif kepada bank islam untuk membuat pembayaran. Sebenarnya jika anda mempunyai bank CIMB atau Maybank2u, anda masih boleh membuat transfer interbank secara online.

Sebenarnya saya ada cerita menarik berkenaan bank. Mengutuk sesetengah polisi pihak bank bukanlah hobi baru saya dalam blog ini. Namun apabila polisi tersebut menyusahkan ketahap yang tak terkawal, maka saya terpaksa membuat kutukan bernas. Terdapat sebuah bank yang femes yang apabila saya ke kaunter pertanyaan untuk membuka akaun baru, perkara pertama yang terpacul dari mulut pegawai kat situ ialah "Awak keje apa?". Kok ye pun itu yang nak ditanya, cakap la "selamat datang" ke dulu, "boleh saya bantu" ke dulu dan sebagainya. Tetapi terlalu obses kepada polisi "anda perlu ada pekerjaan baru boleh buka akaun" menyebabkan saya menjawab sinis "owh ini polisi bank kat malaysia sekarang?", lalu blah dengan muka 100% tak puas hati.

Di Bank Islam, layanan yang diberikan cukup berbeza dengan setiap tutur kata pelanggan samada baru atau lama didengar dengan penuh teliti. Tiada unsur menyusahkan, tiada karenah birokrasi yang menjerut seperti yang diamalkan oleh bank pertama tadi.

Tshirt Ubuntu
Saya masih menerima pertanyaan tentang tshirt ubuntu samada masih ada atau tidak. Kebarangkalian untuk saya menempah tshirt ubuntu untuk kali kedua adalah tinggi. Kali ini saya bercadang untuk mendengar cadangan pembaca iaitu dengan menyediakan option bagi warna - mungkin bagi yang sukakan warna tertentu sila nyatakan dalam ruangan komen untuk proses adunan warna. Yelah, kalau baju warna hitam takkan nak font pun warna hitam.

Kalau nak tshirt tersebut dengan harga murah, kita ada beberapa pilihan samada menempahnya dengan bilangan yang banyak atau mengurangkan bilangan warna. Namun logo ubuntu sahaja dan 3 warna dan ditambah dengan warna font. Lalu satu-satunya cara yang ada ialah dengan menambah bilangan tempahan. Pun begitu saya tidak bercadang untuk menempah buat kali kedua dalam masa yang terdekat. Mungkin selepas Intrepid Ibex dikeluarkan.

Sah! Lenovo Menyisihkan Linux

Petikan dari Jomlinux.com

Setelah bertiup khabar angin tentang Lenovo akan membuang opsyen dari produksinya. Akhirnya, khabar angin itu menjadi 'khabar nyata'. Meskipun sehari sebelum Lenovo mengesahkan akan menghentikan keluaran Linux, Ray Gormo (pengarah eksekutif hubungan luar) menafikan khabar angin ini. Tapi nampaknya Lenovo berbohong.

lenovo

Berita terbaru mengatakan ia menghentikan laptop dipasang Linux yang boleh ditempah secara online sebelum ini. Bagaimanapun, pelanggan korporat dan kerajaan boleh menempah Lenovo Linux (yang pasti pelanggan seumpama ini membeli laptop secara pukal).

Desas-desus mengatakan tindakan Lenovo menarik Linux dari pasaran kerana tidak mahu menanggung tuntutan para pengguna yang mahu menggunakan Linux daripada Windows. Lalu, terpaksa memulangkan 'caj lesen Windows' kepada pelanggan kerana tidak menggunakan Windows.

Tuesday, September 16, 2008

Tentang Sistem Fail Linux?

Petikann Jomlinux.com

Fuhh...banyak hari juga penulis sibuk semenjak dua menjak nie. Tetapi semalam penulis terfikir beberapa perkara termasuklah hal dengan Windows ini.

Saya yang ada pengalaman menggunakan Windows ketika mula-mula dulu mengenali Linux memang 'kosong' dan keliru tentang Sistem Fail (Filesystem) dan hirarki bagaimana satu sistem itu disusun. Kalau dilihat pada permulaan Sistem Fail Windows memang agak teratur dan kurang cabang. Boleh dikatakan berpusat.

Sedangkan Linux membahagikan fail mengikut kategori ke dalam fail-fail yang ada seperti etc, var, usr .

Boleh katakan jika anda memasang sesuatu perisian dalam Windows kita boleh dapat satu program itu dalam satu folder. Sedangkan dalam Linux mungkin satu program itu berserak fail dia mengikut jenis-jenis yang ditetapkan pada satu folder tu.

Ini membuat saya gusar sikit tentang Sistem Fail Linux. Dalam pengetahuan saya, jika kita ada 2 hard disk dalam satu komp (bukan 2 partition) dan ingin membuat suntingan video. Adalah satu kelebihan jika kita memasang perisian video dalam hard disk kedua (yang tidak ada OS) sebab ini akan membuatkan 'performance' kita naik.

Pasalnya, hard disk pertama hanya digunakan untuk akses OS sedangkan hard disk kedua untuk akses perisian. Jadi satu-satu hard disk itu tidak dibebankan dengan tugas yang berat - ya! ini memang boleh dibuat dalam Windows.

Katakan saya ingin memasang satu perisian video dalam Linux. Boleh tak saya memasangnya secara bebas atau independent ke hard disk kedua. Boleh tak ia dibuat? Tanpa perlu mengasing-asingkan program fail mengikut Sistem Fail?

Apa komen anda? Kalau ada pandangan saya ini tidak betul, tolong tunjukkan ye.

Nota : aku edit tajuk sikit. Nampak cam provokasi lak.

Sunday, September 14, 2008

Menyelesaikan konflik antara game dan compiz

Bagi pengguna ubuntu yang telah menggunakan ubuntu untuk sekian lama, terdapat beberapa waktu yang anda perasan ketika ingin bermain game, maka muncul kesan grafik yang tidak enak dilihat mata seperti black screen, distorted, atau game tersebut crash atau lembab. Keadaan ini adalah disebabkan oleh konflik antara grafik game dan compiz fusion. Penyelesaian bagi masalah ini mungkin terdapat dalam versi X.org yang akan datang tetapi tidak buat masa ini. Jadi kita perlu memikirkan sesuatu penyelesaian yang sesuai untuknya.

Oleh kerana game tersebut berkonflik dengan compiz, jadi kita ingin disablekan compiz ketika bermain game tersebut.Yelah tengah main game takkan nak ada efek compiz jugak kan. Nanti tak pasal-pasal keluar efek berapi walaupun anda tak melepaskan tembakan (hehe).

Penyelesaiannya cukup mudah dan saya suka untuk menjadikan artikel saya ini sebagai pemberi ilham kepada pengguna untuk menyelesaikan atau melakukan perkara yang lain.

1. Buka text editor (Applications > Accessories > Test Editor)

2.Taipkan;
#!bin/bash
metacity --replace &
game_name
compiz --replace
-Arahan "metacity --replace &" akan disablekan compiz dan mengantikannya dengan metacity.
-"game_name" seperti juga dalam terminal, arahan ini akan membuka game yang ditujukan.
-Apabila game ditutup, compiz akan mengambilalih metacity.

Simbol "&" membenarkan perisian lain run secara berurutan. Namun jika anda tidak meletakkan simbol "&" ini, game tak akan dirun kecualilah metacity stop.

3.Save fail tersebut dalam bentuk .sh (contoh.sh) dan ubah permission kepada executable (right click > properties > permission). Saya cadangkan script2 sebegini disave dalam folder khas untuk script supaya home folder anda lebih tersusun.

4.Cuba run script tadi dengan double click atau melalui terminal
./contoh.sh
Ubuntu linux membenarkan anda menjadi kreatif. Anda boleh ubah command untuk melancarkan game bagi game tertentu dalam senarai menu kepada link script tadi (ubah game_name kepada nama game yang ingin digunakan). Lihat imej berikut;



Anda takkan tahu sesuatu perkara sehinggalah anda mencubanya. Selamat mencuba.

Saturday, September 13, 2008

Gambas : Visual Basic untuk linux dan tutorial penggunaanya

Rasanya ini bukan kali pertama saya tegaskan dalam blog ini bahawa saya bukan dalam bidang IT! Saya tidak pernah mencuba apa itu Visual Basic, tidak pernah menyentuh apa itu MySQL, tidak pernah menuntut secara lansung tentang apa itu PHP dan sebagainya. Sama juga seperti anda - bermula dari tidak tahu apa-apa. Jika anda merasakan artikel ini hanya untuk budak IT, saya lebih cenderong untuk mengatakan anda telah tersilap. Pada saya, sesiapa juga berhak dan wajar mencuba sesuatu yang baru untuk meneroka keupayaan diri sendiri.

Ok, Tamat mukaddimah!

Hari ini saya ingin mengulas tentang Gambas, satu development environment yang percuma berasaskan Basic interpreter dan berfungsi seolah-olah visual basic didalam windows. Menggunakan Gambas, kita boleh design GUI (graphical user interface) atau paparan antaramuka sesuatu program menggunakan QT atau GTK+, mencapai MySQL, PostgreSQL, Firebird, ODBC dan SQLite database, memandu aplikasi KDE dengan DCOP, menerjemah aplikasi kepada apajua bahasa, membina aplikasi untuk network, membina aplikasi 3D OpenGL, membina web aplikasi CGI dan sebagainya.

Install.

Gambas sudah sedia terdapat dalam repository - bermakna anda boleh install menggunakan add/remove app @ terminal @ synaptic package manager. 1klik install = gambas

Namun jika anda inginkan versi yang latest, sila masukkan repository berikut;
deb http://azores.linex.org/gambas-other/ hardy main
kedalam software sources!

Tutorial berikut berasaskan versi 2.5.

Membuat aplikasi GUI mudah menggunakan gambas.

Disini saya ingin menunjukkan cara-cara membuat satu GUI mudah dengan satu butang. Apabila butang itu diklik, satu popup mesej "Hai pembaca melayubuntu!" akan muncul.

Lancarkan gambas menerusi Applications > Programming > Gambas2.

1.Klik New Project dan klik pada GTK+ Graphical Application dan klik Next.



2.Pilih lokasi yang anda ingin save projek anda dan klik Next.



3.Masukkan nama projek anda dan title. Klik OK! Anda akan dibawa ke tetingkap utama.



4.Double click pada Fmain dan anda akan dapat melihat medan editasi.



5.Pergi ke pilihan menu View > Toolbox dan pallet toolbox akan muncul ditepi sebelah kanan. Pilih tab form!



6.Drag tool label (ikon huruf A) ke tengah tengah-tengah medan editasi (bentuk tentingkap). Klik pada label tersebut dan anda boleh membuat editasi keatas label dengan memasukkan pembolehubah kedalam properties. Rujuk screenshot dibawah. Label ini mungkin bertindak sebagai penerangan dan sebagainya.



7.Kini kita ingin meletakkan butang kedalam tetingkap GUI mudah. Pada toolbox, pilih button (ikon butang ok) dan drag ke tetingkap editasi. Sekali lagi, edit pembolehubah pada properties.

Name = btn_kliksini
Text = Klik Sini

8. Selesai proses diatas, cuba double click pada butang yang baru dibina dan satu editor (FMail.class) akan muncul. Masukkan text berikut;



9.Pilih tab Fmain.form kembali. Anda boleh mencuba GUI mudah anda dengan klik butang berikut;


Cuba klik pada butang "Klik Sini" dan lihat samada ia berfungsi atau tidak.



Untuk setiap projek yang kita bangunkan, kita boleh membuat installation package untuk distro-distro yang popular seperti ubuntu, fedora, opensuse dan sebagainya.

Terdapat banyak persoalan yang mungkin disebabkan kecetekan pengetahuan saya sebagai seorang "bukan budak IT". Antaranya, apa beza gambas dan glade? Bagaimana ia boleh berinteraksi dengan bahasa pengatucaraan? Dan sebagainya.. Ada penerangan?

T-Shirt Ubuntu : Habis ditempah dalam 4 hari

Saya secara rasminya menutup tempahan tshirt ubuntu yang dibuka pada 8hb9 yang lalu. Saya menerima kebanjiran tempahan dari seluruh negara dan 4 hari sahaja, 120helai tshirt habis ditempah. Alhamdulillah, aura ubuntu marak membara dan ini adalah satu perkembangan yang cukup baik.

Sejujurnya saya tidak berniat untuk menjadi usahawan tshirt. Dalam minda saya ialah, ubuntu akan tersebar luas jika kehadirannya diketahui. Dan anda ialah duta-duta kecil kepada tersebarnya ubuntu.

Saya agak sibuk buat masa ini. Kepada sesiapa yang ingin menjadi penulis jemputan di blog ini, sila email kepada saya. Anda akan berkuasa penuh kepada artikel yang anda tulis disini. Berminat? Hantarkan email kepada saya!

Friday, September 12, 2008

Dust theme untuk desktop ubuntu

Antara keistimewaan ubuntu yang menjadi hobi saya ialah menukar tema desktop. Saya langsung tidak boleh menukar tema dalam OSX Leopard, terpaksa menggunakan perisian dan trick yang melecehkan dalam XP dan vista, membuatkan ubuntu linux adalah OS kegemaran saya.



Asalnya saya kurang menyukai tema gelap. Kecualilah tema ini. Dust! Ianya konsep terbaru yang difikirkan untuk diadaptasikan kedalam versi ubuntu 8.10 Intrepid Ibex. Berkonsep clean, modern, functional, dan unique, tema ini berjaya mengubah desktop anda kepada sesuatu yang anda suka tatap!

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana saya yakin anda yang membaca entri ini sudah tentu ingin download dan memasang theme hebat ini (tanpa perlu membaca panjang).

Download : Dust Theme

Save fail .tar.gz tersebut di mana-mana dan drag fail berkenaan kedalam tetingkap appearance untuk memasangkan. Klik Customize dan pilih Dust!

Untuk Wallpaper pula, ianya wallpaper seolah-olah untuk Intrepid Ibex dan sangat anggun!

Download : Wallpaper testibex

Tema ikon pula saya menggunakan tema footwork. Ianya tema ikon yang hebat walaupun masih belum lengkap sepenuhnya.

Download : Ikon Footwork

Enjoy ubuntu desktop!

Thursday, September 11, 2008

Idea font installer : Ops.. Ia telah direalisasikan!

Jika sekiranya anda peka dengan setiap update dalam blog ini, sudah tentu anda masih ingat tentang entri berkaitan idea font installer bukan? Anonymous cuba merealisasikan idea tersebut dan telah berkongsi code (yang ditulis oleh beliau dalam python) dengan saya. Setakat ini, pembangunan idea tersebut masih diperingkat yang terlalu awal, dengan interface yang sangat simple dan masih mempunyai sedikit masalah teknikal.

Berikut merupakan interface awal yang mampu dihasilkan;



Seperti yang dapat anda lihat, antaramukanya sangat simple tetapi ia menepati idea saya. Ia masih gagal menjalankan fungsi yang sepatutnya namun anonymous telah melakukan satu permulaan yang baik kearah itu. Tahniah!

Kebetulan, beberapa hari yang lalu saya ada memasang KDE dalam ubuntu saya untuk memberikan saya pilihan semasa login samada untuk login kedalam Kubuntu (KDE) atau Ubuntu (GNOME). Menggunakan Kubuntu dan Ubuntu yang berkongsi satu APT mempunyai pelbagai kelebihan antaranya anda boleh menggunakan perisian KDE dalam GNOME dan begitulah juga sebaliknya.

Namun apa yang ingin yang saya highlightkan ialah, terdapat satu perisian yang dinamakan kfontview yang berfungsi sama seperti dalam ideal asal saya. Saya tidak pernah tahu bahawa sudah terdapat perisian yang berfungsi seperti idea tersebut meskipun dalam environtment KDE. Lihat imej dibawah;


interface kfontview

Terdapat fungsi tambahan iaitu "Change Text" yang mana kita boleh masukkan text kita sendiri untuk dipreview dalam sesuatu font itu. HEBAT!

Apabila saya klik install, muncul pop-up berikut;



seperti yang saya ideakan!

Install.

Oleh kerana ubuntu menggunakan GNOME, tidak ada jalan lain untuk memasang perisian ini dalam ubuntu kecualilah memasang dependencies bagi KDE ataujuga memasang package KDE terus dalam ubuntu anda.

1.Memasang beberapa dependencies bagi KDE
sudo apt-get install kcontrol
kfontview akan terinstall bersekali dengan arahan diatas. Anda boleh run kfontview melalui terminal atau mengubah setting bagi font viewer dalam nautilus supaya fail font (ttf,odt) sentiasa dibuka dengan kfontview.

2.Install KDE 4 dalam ubuntu!
Anda boleh merujuk dalam internet dengan lebih detail berkenaan cara install KDE dalam ubuntu.

Kfontview sangat memudahkan kerja anda memasang font dalam ubuntu. Semoga maklumat ini bermanfaat.

Bengkel Pengenalan Ubuntu di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Beberapa hari selepas saya menulis laporan penuh ubuntu@iPT di kolej ShahPutra, saya menerima satu email jemputan daripada seorang pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (dahulunya dikenali sebagai politeknik Dungun) untuk mengadakan satu Bengkel Pengenalan kepada Ubuntu kepada pelajar-pelajar tahun akhir bidang teknologi maklumat di institusi berkenaan.

Semuanya masih dalam perancangan, tetapi jika ia menjadi kenyataan seperti yang dirangka, ia bakal berlansung selama sehari pada 4 Okt 2008. Disamping sibuk menguruskan soal tempahan baju yang setakat ini melepasi angka 100 helai tempahan, soal emaj yang template nya masih dalam perangkaan, soal buku praktikal yang dalam 40% untuk siap, kini saya mempunyai kerja baru iaitu merangka modul dan pengisian dalam sesuatu yang dipanggil bengkel ubuntu!

Saya berkemungkinan memerlukan seorang dua pembantu yang mampu untuk memberikan komitmen dengan tarikh 4 Okt tersebut (hari raya keempat). Oleh itu kepada pengguna ubuntu yang berminat boleh emailkan kepada saya untuk perbincangan lanjut.

Selain itu, saya suka memikirkan tentang potensi, kebarangkalian dan masa depan. Jika anda di Institusi Pengajian Tinggi yang ingin mengadakan program yang sama, sila emailkan kepada saya tentang cadangan dan details berkenaan cadangan. Insyaallah saya tidak akan menolak apa-apa jemputan selagi masa saya membenarkan.

Untuk akhirnya, doakan kejayaan saya dan jikalau ada cadangan bernas, sila respon di bahagian komen atau terus ke email saya.

Wednesday, September 10, 2008

Eksperimen menguji ClamAV(antivirus) dalam ubuntu

Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan bagi sesiapapun - kecualilah jika anda pembangun antivirus untuk keuntungan. Analysis of the Impact of OSS Oct 2001 mendedahkan industri antivirus pada ketika itu mencatatkan jumlah jualan melebihi $1000,000,000 dollar setiap tahun. Namun terdapat juga pembangun antivirus sumber terbuka yang dibangunkan bukan atas dasar mengaut keuntungan, tetapi atas dasar membantu komuniti kerana mereka menganut prinsip "perisian seharusnya percuma, kod perisian sepatutnya boleh diperlihatkan kepada umum, dan pengguna bebas menggunakannya tanpa terikat kepada apa-apa copyright".

ClamAV adalah antara antivirus yang memakai prinsip tadi. Istiewanya, ia antivirus untuk sistem yang berasaskan UNIX - termasuk linux, mac osx!

Saya tertarik kepada artikel yang ditulis oleh sdr od3n berkenaan menguji antivirus dalam windows. Ujian berkenaan bakal mendedahkan kualiti yang ada pada satu-satu antivirus. Hipotesisnya mudah, jika antivirus dalam windows gagal mengesannya atau gagal menghalang fail berkenaan dicipta, maka antivirus tersebut adalah tidak berkualiti.

Saya tidak ada microsoft windows untuk dicuba lalu saya membuat keputusan untuk mencubanya dalam ubuntu dan menggunakan antivirus clamAV. Ops, sebenarnya saya memasang ClamTK, versi clamAV yang menggunakan GUI. Kemudian saya mengikut kaedah sdr od3n iaitu;

1.Buka gedit dan taipkan
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
dalam 1 baris shj.

2.Namakan fail berkenaan dengan eicar.com dan save!

Dalam ubuntu, perisian antivirus jarang di run dalam realtime. Maknanya, perisian antivirus dalam ubuntu biasanya untuk mengesan dan bukan mencegah. Mengapa? Kerana ubuntu selamat!

Lalu saya buka ClamTK dan scan fail eicar.com yang saya buat tadi. Hasil yang saya dapat adalah seperti berikut;

Berjaya dikesan!

Kesimpulan dari eksperimen ringkas ini ialah;
  • clamAV ialah antivirus yang mencapai standard yang diperlukan
  • anda boleh scan virus dalam partition windows melalui ubuntu (untuk kes tak dapat masuk windows)
  • anda boleh juga scan usb drive/external harddisk/disket yang disyaki bervirus dalam ubuntu
Semoga eksperimen ini dapat memberi ilham kepada pengguna ubuntu yang dual boot dengan windows.

Tuesday, September 09, 2008

Tshirt ubuntu : Update Harga!

Saya telah cuba mendapatkan harga print tshirt yang paling murah untuk para pembeli (rujuk sini) dan hasilnya saya berpuas hati dengan harga yang saya letak untuk tshirt tersebut. RM23! Untuk pengetahuan pembaca dan pembeli, tshirt yang saya tempah tersebut menggunakan 5 warna dan menggunakan kualiti kain yang agak bagus 80%cutton (tebal dan tidak mudah kecut).

Berbalik kepada isu kos. Insyaallah saya akan menggunakan perkhidmatan poslaju dan anda boleh memeriksa rate harga poslaju disini. Contohnya, jika sehelai tshirt + pembungkus mempunyai berat 0.5kg, maka kos untuk poslaju = RM4.50 bagi semenanjung malaysia.

Seperti yang saya maklumkan dalam email pembeli, tshirt akan siap dalam tempoh 2minggu dari sekarang dan saya akan maklumkan tentang cara pembayaran melalui email. Tunggu dan enjoy!

TiddlyWiki : Wiki peribadi ke desktop ubuntu

Selepas saya mengenali Mac OSX, saya bertemu dengan pelbagai perisian yang selama ini saya tidak terfikir pun yang saya memerlukan perisian seperti itu. Antaranya ialah Journler dan Yojimbo. 2 perisian ini pada asasnya berfungsi untuk mencatat nota peribadi. Journler mempunyai fungsi mencatat nota tulisan, audio dan juga video. 2 perisian ini saya perlukan untuk mencatat segala ilmu dan artikel menarik yang saya jumpa di internet untuk dibaca dan dirujuk kemudiannya.

Ternyata saya amat memerlukan perisian seperti itu untuk tujuan rujukan menulis blog, buku dan sebagainya. Oleh kerana hampir 90% masa saya ialah dalam ubuntu, lalu saya buntu mencari perisian yang sama dalam ubuntu. Setakat ini saya hanya mampu menggunakan Tomboy tetapi ia mempunyai kekurangan iaitu tidak boleh memaparkan imej, screenshot dan sebagainya. Ia juga tidak begitu sesuai untuk nota yang panjang, tutorial dan seumpamanya.

Kini saya menemui TiddlyWiki, yang ditulis menggunakan html dan dipenuhi dengan javascript untuk menggantikan tugas Journler dan Yojimbo dalam ubuntu. Saya tidak cuba untuk mengatakan perisian ini setanding dengan journler atau yojimbo, tetapi saya lebih suka melihat dari sudut altenatif. TiddlyWiki ialah altenatif!



Install.

Anda perlu ke website rasmi tiddlywiki dan download fail untuk ubuntu (versi windows dan macosx juga ada). Download fail empty.html ke desktop. Saya cadangkan anda bina folder baru dalam direktori home dan namakan folder berkenaan dengan TiddlyWiki (contoh). Kemudian alihkan fail empty.html kedalam folder yang baru dibina.

TiddlyWiki ditulis dalam format html dan ia boleh dibuka dengan mana-mana pelayar web samada firefox, opera, konqueror dan sebagainya. Tetapi untuk menjadikannya satu perisian yang solid, saya cadangkan anda memasang prism (klik link untuk install dalam ubuntu) dan masukkan link ke fail empy.html pengganti url dalam prism.
NOTE 1 : Rujuk artikel ini untuk mempelajari perkara asas menggunakan prism dalam ubuntu.
NOTE 2 : contoh link ke empty.html = /home/zulmalc/TiddlyWiki/empty.html

Cara Menggunakan.

Lancarkan TiddlyWiki dan dan bersedia untuk membuat nota baru. Klik pada new tiddler atau new journal untuk membuka topik baru dan hanya double click pada nota lama untuk membuat editasi. Saya mendapati cara memasukkan imej kedalam tiddlywiki agak mengelirukan (atau saya memang keliru). Jika anda ingin memasukkan imej, masukkan code;
[img[link ke fail]]
cth : [img[file:///home/zulmalc/Downloads/OpenOffice.org%20Writer.png]]
Apabila anda klik pada save changes, satu pop-up Internet Security akan muncul dan tick pada Remember this Decision dan klik butang "Allow".

Saya sendiri dalam proses emplorasi perisian ini dan saya harap perkembangan perisian akan mewujudkan lebih banyak perisian yang berguna untuk pengguna komputer peribadi.

Monday, September 08, 2008

Terminator : Tool yang lebih hebat dari terminal



Sudah biasa dengan aplikasi terminal? Sudah biasa dengan "sudo" dan kata arahan linux yang asas? Jika sudah biasa (dan saya harap anda sudah biasa), hari ini mari berkenalan dengan terminator, aplikasi yang membenarkan multiple terminal dalam 1 tetingkap [lihat imej diatas].

Tidak seperti terminal biasa yang hanya mempunyai satu terminal untuk satu tetingkap, terminator membenarkan pengguna menambah ruang terminal dalam tetingkap yang sama - secara mendatar (horizontal) atau menegak (vertical). Hanya perlu right click pada terminal dan pilih split horizontally atau split vertically dan ruang terminal baru akan muncul.

Kebaikan.

Anda mungkin bertanya, apa kebaikannya mempunyai multiple terminal dalam 1 tetingkap. Tanpa perlu bertukar ke tetingkap terminal lain, terminator semestinya menambahkan produktiviti jika anda seorang programmer yang perlu compile fail tertentu dalam direktori yang berbeza. Kadang kala menukar tetingkap sahaja mengganggu konsentrasi dan fokus jika tidak kena gaya. Terminator akan menjimatkan masa dan menambahkan fokus ketahap maksima.

Jika anda seorang pengguna ubuntu yang biasa dengan terminal, sudah tentu anda perasan bahawa terdapat waktu-waktu tertentu yang memerlukan anda membuka terminal baru untuk memasukkan command baru. Terminator pastinya mengurangkan masa, memudahkan dan menyenangkan kerja anda.

Install.

Sila klik link berikut untuk install dalam ubuntu : Terminator.

Mungkin dunia CLI (command line interface) anda akan berbeza selepas mencuba terminator. Enjoy!

Tempah tshirt ubuntu anda sekarang!

Entri ini berkaitan dengan artikel terdahulu [rujuk].



Tempahan untuk baju ubuntu [imej diatas @ klik sini untuk versi high res.] secara rasminya dibuka hari ini. Saya dengan bantuan seorang rakan telah menempah 100helai pertama tshirt ubuntu dengan membuat anggapan taburan saiz baju adalah S-5, M-40,L-40, dan XL-15. Semua tshirt adalah berwarna putih tanpa kolar dan berlengan pendek. Saya masih mempertimbangkan tentang harga tetapi saya jamin ia tidak akan melebihi RM25 sehelai [tidak termasuk kos penghantaran.]

Cara membuat tempahan.

Siapkan maklumat berikut;
  • Nama (nama penuh anda):
  • Alamat (untuk tujuan penghantaran) :
  • No Telefon (yang paling digunakan) :
  • Email (yang anda check setiap hari) :
  • Saiz baju (samada S, M, L, atau XL) :
  • Kuantiti (sila nyatakan saiz dan kuantiti jika lebih dari sehelai) :
dan hantarkan ke email : tshirt.malc {at} gmail.com --->rujuk sidebar.

Saya akan kumpul dan uruskan soal tempahan yang dibuat dan kemudian saya akan maklumkan kepada pembeli tentang;
  • status tempahan (samada stock masih ada atau sebaliknya)
  • cara pembayaran
  • status penghantaran
kepada pembeli secara berperingkat-peringkat melalui email. Ini adalah untuk menyenangkan tugas saya dan menambahkan effisiensi ketahap optima. Buat tempahan anda sekarang!

UPDATE : Kepada yang ingin mengetahui apa yang tertulis pada design hadapan tshirt, sila lihat imej dibawah.

Sunday, September 07, 2008

Auto-NDISwrapper : Guna driver wireless card windows untuk linux

Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel NDISwrapper yang lalu.[sila rujuk]



Oleh kerana NDISwrapper ialah utiliti yang sukar untuk dikonfigurasikan, komuniti linux telah menghasilkan satu lagi utiliti iaitu Auto-NDISwrapper. Perkataan "auto" mungkin dapat memberi gambaran sedikit sebanyak kepada pembaca tentang fungsi utiliti ini. Sebagaimana yang dibayangkan, Auto-NDISwrapper membolehkan pengguna;
  • Mengesan jenis wireless card secara automatik
  • Disablekan current wireless card driver (untuk menghalang conflict)
  • Download windows driver untuk wireless card yang tepat untuk komputer pengguna melalui internet (perlukan internet)
  • Memasang driver windows bagi wireless card yang berkenaan kepada NDISwrapper
Download dan run Auto-NDISwrapper.

Harus diingat, jika wireless card anda sudah berfungsi, anda tidak perlu lagi memasang utiliti ini. Hanya pasang utiliti ini jika anda buntu memikirkan cara untuk membolehkan wireless card anda berfungsi dalam ubuntu.

Download : Auto-NDISwrapper.

Fail yang anda download dalam bentuk .tar.gz. Extract file berkenaan dan satu folder bernama Auto-NDIS-0.1 akan terhasil. Masuk kedalam folder berkenaan menggunakan terminal (saya harap anda faham ayat ini) dan di terminal taipkan;
sudo python auto-ndis.py
dan ikut arahan seterusnya.
NOTE: saya hanya boleh guide sampai disini kerana saya tidak memerlukan utiliti ini untuk membolehkan wireless card saya berfungsi dalam ubuntu.

Auto-NDISwrapper memerlukan anda memasang NDISwrapper kedalam ubuntu. Jika anda masih belum memasangnya. Pergi ke link diatas untuk download NDISwrapper dan ikut arahan diberikan untuk pemasangan.

Rujuk : website pembangun Auto-NDISwrapper

Review ringkas VirtualBox 2.0

VirtualBox merupakan perisian "kotak maya" yang membolehkan penggunanya memasang sistem operasi maya didalam sistem operasi "host". Sistem operasi maya yang disokong oleh virtualbox termasuklah semua keluarga sistem operasi windows (termasuk windows server), semua keluarga linux, BSD, Solaris dan sebagainya kecuali Mac OSX.

Baru-baru ini Sun Microsystems mengumumkan terbitnya virtualbox versi 2.0 dan boleh didownload dan digunakan secara percuma dalam kebanyakkan sistem operasi termasuklah windows, linux dan mac osx. Antara pembaharuan yang boleh didapati dalam versi 2.0 termasuklah;
  • 64 bits guest support (64 bits host only)
  • New native Leopard user interface on Mac OS X hosts
  • The GUI was converted from Qt3 to Qt4 with many visual improvements
  • New-version notifier
  • Guest property information interface
  • Host Interface Networking on Mac OS X hosts
  • New Host Interface Networking on Solaris hosts
  • Support for Nested Paging on modern AMD CPUs (major performance gain)
  • Framework for collecting performance and resource usage data (metrics)
  • Added SATA asynchronous IO (NCQ: Native Command Queuing) when accessing raw disks/partitions (major performance gain)
  • Clipboard integration for OS/2 Guests
  • Created separate SDK component featuring a new Python programming interface on Linux and Solaris hosts
  • Support for VHD disk images
dan juga membaiki beberapa masalah yang dikenalpasti;
  • VMM: VT-x fixes
  • AHCI/SATA: improved performance
  • GUI: keyboard fixes
  • Linux installer: properly uninstall the package even if unregistering the DKMS module fails
  • Linux additions: the guest screen resolution is properly restored
  • Network: added support for jumbo frames (> 1536 bytes)
  • Shared Folders: fixed guest crash with Windows Media Player 11
  • Mac OS X: Ctrl+Left mouse click doesn’t simulate a right mouse click in the guest anymore. Use Hostkey+Left for a right mouse click emulation. (bug #1766)
VirtualBox 2.0 dan ubuntu hardy heron 8.04.

Jika anda ingin memasang virtualbox didalam hardy heron, sila download fail virtualbox 2.0 dari laman web rasminya. Saya dapati versi virtualbox yang terdapat dalam repositories mendatangkan sedikit masalah dalam penggunaan. Oleh itu, jangan install virtualbox yang terdapat dalam repo.

Versi 2.0 ini akan menetapkan current user kedalam group pengguna virtualbox secara 1 klik. Dalam versi sebelumnya, pengguna harus menetapkannya secara manual melalui users settings.

Selepas anda menetapkan ruang partition maya dengan klik pada butang "new" dan proses itu selesai, jangan lupa untuk pergi ke settings > CD/DVD-ROM > dan enablekan pilihan "Mount CD/DVD Drive" jika anda ingin install sistem operasi maya melalui CD/DVD. Untuk tutorial lengkap berkenaan cara memasang sistem operasi dalam virtualbox, sila ke artikel berkaitan dalam senarai artikel dibawah.

Saturday, September 06, 2008

OpenOffice.org 3.0 RC1, Intrepid Ibex Aplha 5, dan beberapa update

OpenOffice.org 3.0 Release Candidate 1 secara rasminya bersedia untuk dicuba oleh pengguna komputer samada linux, mac osx mahupun windows. Saya telah membuat sedikit review berkenaan ciri terbaru yang diperkenalkan dalam versi 3.0 versi beta yang lalu. Jika anda ingin membaca review tulisan sdr shahdan, sila ke entry sebelum ini.

Terbitnya versi RC1 ini menandakan versi penuh bagi 3.0 akan terbit dalam masa yang terdekat. Ini adalah antara update yang paling dinantikan bagi pengguna openoffice.org kerana perisian openoffice.org merupakan perisian sumber terbuka yang mempunyai bilangan pengguna yang besar seperti juga perisian firefox.

Hari ini juga team pembangun ubuntu mengumumkan terbitnya intrepid ibex alpha 5, update kepada alpha 4 yang diterbitkan baru-baru ini. Untuk makluman, terdapat beberapa tahap pembangunan sebelum sesuatu perisian sumber terbuka itu mencapai tahap matang. Tahap pertama ialah alpha, diikuti dengan beta, kemudian RC (release candidate) dan kemudian barulah terbitnya versi penuh yang stabil dan bebas dari masalah.

Terdapat beberapa pembaharuan dalam update bertahap alpha 5 ini. Antaranya ialah gnome 2.23.91 yang menyokong tabs pada nautilus, X.org server 7.4, Kernel 2.6.27, Network manager 0.7, dan pelbagai lagi perubahan major dan minor.

Saya teruja dengan netbook keluaran dell iaitu Dell Inspiron Mini 9 yang memberi 2 pilihan harga dan sistem operasi kepada bakal pembeli. Bagi versi ubuntu, harga yang ditawarkan ialah $349 manakala bagi versi windows xp, harga yang ditawarkan ialah $399. Nampak perbezaannya?

apt-get install wife?

Ini merupakan lawak bagi orang-orang bujang di melayubuntu ni. Rasanya pengguna ubuntu je yang akan faham lawak ni..


Apa perubahan diri anda selepas mengenali dan menggunakan ubuntu?

Pertemuan dengan seseorang mungkin mengubah hidup anda. Pertemuan dengan ubuntu pula bagaimana? Bagi diri saya, banyak perubahan telah berlaku semenjak saya mengenali ubuntu. Antaranya ialah;
  • Mengenali lebih banyak sistem operasi dan distro : Pelik atau tidak, saya mengenali mac osx adalah selepas saya kenal ubuntu. Ketika itu saya suka theme mac osx untuk gnome dan kemudian saya berlajar tentang cara install mac osx dalam pc biasa sebelum secara rasminya membeli sebuah macbook. Pelik?
  • Belajar menyelesaikan masalah sendiri secara merujuk google : Ketika saya mula menggunakan ubuntu 7.04, tidak ramai kawan saya yang menggunakan ubuntu. Rujukan bertanya hampir tidak ada. Kesannya, saya terpaksa berkawan dengan google untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang saya hadapi. Ia termasuk juga tweaks dan tricks yang hebat dalam ubuntu. Semuanya dari web, blog, forum dan tutorial. Fuhh, saya tak sangka saya telah melepasi zaman macam tu.
  • Lebih mengenali open source (sumber terbuka) : Jujur saya katakan, saya bermula dari ZERO pengetahuan tentang sumber terbuka. Ketika saya mula-mula menggunakan ubuntu, saya masih lagi tidak mengetahui bahawa ubuntu itu sumber terbuka. Yelah, saya hanya nak guna ubuntu dan bukan belajar soal ianya sumber terbuka atau tidak. Siapa sangka, faktor menggunakan ubuntu lah yang menyebabkan saya mengenali sumber terbuka dengan lebih dekat termasuk konsep pembangunannya.
  • Menjadi blogger IT : IT & Komputer bukan bidang saya. Malah saya cukup yakin yang diri saya amatlah tidak berbakat dalam bidang programming. Dalam masa yang sama, saya suka menulis dan berkongsi. Bermula dengan main-main dan cuba-cuba, akhirnya lahirlah blog melayubuntu yang kini sudah hampir 11bulan umurnya.
  • Berkawan dengan ramai blogger dan rakan cyber : Menjadi penulis blog memerlukan anda berinteraksi dengan kuantiti dan diameter pembaca yang luas. Pembaca pula pelbagai karenah dan cukup bervariasi. Saya meletakkan id ym saya pada sidebar yang kini saya hampir setiap hari ada sahaja pembaca yang add saya sebagai rakan ym mereka. Sehingga kini tidak kurang 150 orang pembaca telah add saya sebagai rakan ym mereka dan mereka boleh bertanya kepada saya tentang masalah ubuntu mereka bila-bila masa sahaja. Jujur saya katakan, kadang-kadang saya tidak menang tangan! Kerana itu, maafkan saya jika saya tidak dapat melayan semua rakan ym kelas V.I.P (hehe)
  • Belajar berkomuniti : Disana terdapat 1 komuniti iaitu komuniti ubuntu malaysia. Saya mengenali pelbagai ragam manusia disana dari pelbagai ceruk kebolehan. Saya cukup teruja apabila dapat mengenali ramai ahli komuniti yang hebat-hebat dan mempunyai latar belakang yang berbeza.
  • Menjadi seorang yang suka design : Haha. Saya agak tidak faham dengan diri sendiri. Saya rasa saya bukanlah seorang insan yang dilahirkan dengan bakat design. Tetapi dalam masa yang tidak disedari, saya cuba dan cuba belajar menggunakan GIMP dan Inkscape semata-mata untuk membuktikan bahawa perisian open source tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan perisian berbayar (cracked). Untuk makluman, semua design saya dalam blog ini hasil dari gimp dan inkscape!
  • Menjadi seorang yang digelarkan pelik dan complicated : Hmm..cerita ini agak menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang kerana diri kita semakin pelik dan complicated. Best betul masa fikir balik pasal benda ni. Tapi semua tu ujian jer. hehe..
  • Meninggalkan windows 100% : Selepas mengenali ubuntu, saya sempat juga dualboot dengan windows vista selama beberapa bulan sebelum membuang terus vista dari laptop saya. Saya tidak tahupun boleh tuntut balik duit OS vista tu.Tak apalah. Yang pasti saya dah buang windows dari hidup saya. Corak kehidupan dan pergantunggan kepada perisian tertentu mungkin menghalang anda dari melupakan windows. Tetapi saya tidak mengalami masalah tersebut.
  • Berkomputer tanpa perasaan bersalah : Sebelum saya menggunakan ubuntu, saya seorang pengguna windows. Semua perisian berbayar yang saya gunakan dalam windows ialah perisian cracked termasuk microsoft office, photoshop, antivirus, antispyware, games, dan bermacam lagi. Saya cukup tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi terpaksa juga meneruskan cara hidup sebegitu. Dalam ubuntu, keadaan cukup berbeza. Semua perisian dalam apt ialah perisian open source yang pastinya percuma dan bebas digunakan tanpa kekangan copyright.
  • Melupakan perkataan "virus" dalam kehidupan seharian : Dalam windows, setiap tindakan anda pastinya mempertimbangkan kewujudan virus seperti "boleh ke masuk web ni... , boleh ke klik link ni..., boleh ke run fail ni..., boleh ke accept fail ni..., boleh ke cucuk usb ni...," dan bermacam lagi. Dalam ubuntu, dialog-dialog tadi 100% tidak ada! Hasilnya, produktiviti bertambah!
Sebenarnya ada banyak lagi perubahan tetapi jika saya menulis kesemuanya, akan panjang berjelalah entri ini. Ok, saya telah bercerita tentang perubahan pada diri saya. Bagaimana dengan anda pula?

Friday, September 05, 2008

Open Malaysia : Maklumat tentang perkembangan sumber terbuka di malaysia

Hari ini (selain dari kerja-kerja persiapan projek dan sebagainya), saya membuka dan membaca blog Open Malaysia, sebuah blog yang mengandungi maklumat yang cukup padat dan esklusif tentang perkembangan sumber terbuka dimalaysia. Zaman ini, maklumat adalah cukup penting. Sepenting itu juga kepada penulis blog seperti saya dan juga kepada para pelajar (jurusan IT) yang menjadi pembaca disini.

Sejujurnya saya tidak tahu siapakah penulis blog open malaysia. Tetapi beberapa maklumat yang terdapat di dalamnya adalah cukup esklusif. Contohnya surat komen dan bantahan syarikat microsoft malaysia keatas SIRIM BHD yang mengiktiraf Open Document Format (ODF) sebagai standard malaysia. Sila rujuk imej berikut;


Imej dari Open Malaysia

Banyak lagi dokumen dan maklumat tentang perkembangan sumber terbuka dimalaysia yang tercatat dalam blog open malaysia. Saya cukup teruja membaca baris demi baris dan mengetahui sumber terbuka semakin mendapat tempat dimalaysia. Semoga pembaca mendapat gambaran dan maklumat dari blog open malaysia.

ATI Menawarkan HD Pada Linux

Petikan dari jomlinux.com

Menurut laporan terkini, anak syarikat AMD iaitu pembuat unit pemproses grafik (GPU), ATI menetapkan satu lagi langkah kehadapan dalam menyokong Linux. Tindakan ini dijangka akan membuatkan Linux lebih mesra pengguna. Menurut sumber ATI, syarikat itu akan menyediakan pemacu (driver) bagi produknya untuk menyokong memaikan muvi definasi-tinggi terlindung (protected high-defination) dalam Linux.Ia mungkin berada di pasaran menjelang Oktober 2008.

linux, ati, jomlinux

Setakat ini, dikatakan belum ada pengilang kad grafik yang menyokong HD untuk Linux. penulis juga, mendapat tahu bahawa ATI menawarkan pemacu ini kerana mereka percaya bahawa pasaran menunjukkan permintaan yang tinggi bagi perkakasan yang diasaskan dengan Linux.

Pada peringkat awal. pemacu ini dikatakan akan hanya terdapat untuk OEM yang bermaksud beberapa sistem komputer yang dapat memainkan format HD ini. Walaupun, ianya tertentu tetapi penulis yakin bahawa dengan adanya tindakan sebegini kebanyakkan pengguna komputer Home Theater dapat mengurangkan kos dan mula beralih ke Linux dan menjauhi Windows.

Ini juga dimangkin oleh kebanyakkan pengguna yang ingin mendapatkan komputer spesifikasi tinggi dengan harga yang lebih rendah. Trend ini boleh jelas dilihat dengan kebanyakkan syarikat mula memasarkan komputer yang dipra-pasang dengan Linux OS terutama sekali Ubuntu.

Thursday, September 04, 2008

Download tutorial cara menggunakan OpenOffice.org



Saya sentiasa menghargai sumbangan anda dalam bidang perkongsian ilmu dan terima kasih serta tahniah ini khas untuk sdr Shahdan kerana telah menghasilkan 2 dokument tentang openoffice.org yang saya kira satu permulaan yang baik untuk penghasilan dan perkongsian seterusnya.

2 dokumen yang cuba saya highlightkan disini berkaitan dengan openoffice.org iaitu satu review dan satu lagi tutorial. Failnya dalam bentuk pdf dan chm. Bagi pengguna ubuntu, anda harus memasang chm viewer untuk membolehkan anda membaca fail tutorial ini. Sila klik link berikut untuk memasang chm viewer : Gnochm.


Download : ooo.chm
Download : ooo3 short review.pdf (bm)

Teruskan menyumbang. Kepada sdr Shahdan, apakata jika sdr menjadi penulis emaj?

Design terakhir t-shirt ubuntu sebelum printing

Photobucket

UPDATE : Untuk tempahan sila klik - Tempahan.

Setelah melihat kepada respon yang diterima dari design terdahulu, saya membuat keputusan mengubah sedikit sebanyak dari design asal dan hasilnya dapat anda lihat dalam imej diatas. Saya membuat keputusan menggunakan design ini untuk tshirt tanpa kolar. Antara perubahan yang saya lakukan ialah menukar font untuk beberapa kategori perkataan, memasukkan perkataan bahasa melayu, dan menyusun kembali perkataan-perkataan kecil mengikut argorithm rambang (hehe). Perubahan lain yang boleh anda kesan ialah menambah perkataan "ubuntu malaysia" dibahagian belakang tshirt yang saya rasa agak sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri ke"malaysia"an.

Design terakhir ini berkonsepkan;
  • professional-casual
  • mesej (melalui perkataan-perkataan)
  • komuniti
Pandangan?

UPDATE : Versi "linux for human beings" - High Res!

Circular Application Menu dalam percubaan

Pembangun aplikasi saya kira cukup kreatif dalam meneroka dan menghasilkan konsep baru dalam setiap aplikasi mereka. Yang pastinya perbezaan konsep ini menambahkan pilihan untuk dicuba oleh "end user" dan pengguna ini boleh membuat pilihan konsep manakah yang paling sesuai untuk diri mereka. Gnome-do misalnya direka untuk mereka yang lebih menyukai keyboard dari mouse dan sebagainya.

Saya menemui satu lagi konsep melancarkan aplikasi dan saya kira konsepnya cukup kreatif - Circular Application Menu. Aplikasi yang masih dibangunkan dan belum mencapai versi stabil ini boleh dipasang kedalam ubuntu dengan mendownload DEB package di : C-A-M @ getdeb.com.



Saya tidak memilih untuk mengatakan bahawa konsep ini sesuai untuk anda. Tetapi ia berbaloi untuk dicuba dan mungkin menambah produktiviti anda juga.

Aplikasi C-A-M setakat ini agak tidak stabil dengan sering quit unexpectedly. Stakat ini juga masih tidak ada fungsi preferences untuk menukar penetapan aplikasi, saiz bulatan, warna, theme dan sebagainya.

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...