Monday, September 01, 2008

Lenovo Cuba Menutup Mulut Pelanggan Yang Memulangkan Windows

Petikan jomlinux.com

Mungkin sebelum ini kita tidak pernah membaca End User License Agreement atau EULA ketika memasang atau membeli komputer yang disertakan dengan Windows. Namun, lain halnya yang berlaku kepada seorang pelanggan Lenovo yang membaca EULA ini dan menuntut haknya (saya sendiri pun tak berapa rajin nak baca EULA).

Seorang pelanggan Lenovo di Czech, Kamil Páral menongkang arus lain daripada kebiasaan apabila menjalankan haknya dengan memulangkan lesen Windows Vista Business OEM ke Microsoft untuk menuntut pulangan wang. Beliau dikatakan ingin menggunakan Linux sebagai tukar kepada Windows OS.

Berita ini sememangnya berita gembira buat pengguna Windows yang tidak ingin lagi menggunakannya. Apa yang selalu kita buat adalah dengan membuat dual-boot (yang ini berbaloi lagi) atau memadam Windows untuk diisi dengan Linux (yang ini ruginya, satu lesen Windows Vista berharga RM3xx).

Tetapi apa yang difahamkan lagi. Lenovo bersetuju untuk memulangkan 78 Euro kepada beliau dengan syarat menandatangani Perjanjian Tidak Mendedahkan @ Non-Disclosure Agreemen yang mana beliau di minta tidak mendedahkan berapa pampasan yang dapat termasuk bayaran yang dikenakan untuk servis pemulangan lesen berkenaan.

Kamil Páral tidak mahu menandatanganinya tetapi sebaliknya menjual ceritanya pada laman Czech Linux yang mana sanggup membayar ceritanya dengan harga lesen Windows itu, 78 Euro.

Diberitahu lagi Lenovo enggan mendedahkan hal ini kerana tidak mahu ramai peminat Linux menuntut wang sebagai ganti lesen Windows mereka. Lenovo juga masih berdiam diri bila diajukan soalan ini.

Apa pendapat pembaca? perlukah kita menuntut hak kita? Korang tak mau duit korang ke? haha...fikir-fikirkanlah.

11 comments:

  1. haha..aku pun xpnah nk baca EULA nih...klu x, aku dah tuntut dah..(sbb aku dh buang windows)..hahhaha

    ReplyDelete
  2. http://www.networkworld.com/news/2006/110706-dell-windows.html

    kenapa lenovo tak boleh jadi macam dell? support dell!

    ReplyDelete
  3. tak dpt dinafikan Dell memang menyokong sumber terbuka. dia siap buat iklan lagu dengan muka michael dell sekali.

    lenovo ni yg tukang penaja komp kat olimpik sampai keluar BSOD.

    Jd kita tahulah tahap sokongan Lenovo macamana...

    ReplyDelete
  4. ni lah pasal... sebulan yang lepas aku beli laptop baru untuk awek aku.. Jenama Acer jer... aku nak tolak Windows Vista and aku bg tau wakil acer tu aku nak pasang Ubuntu Linux kat laptop tue... tapi diorang cakap tak boleh coz harga tu dah pakej dari kilang.. panas giler hati aku... terpaksa bakar rm300 untuk os bodoh...

    ReplyDelete
  5. Oleh tu, beli laptop, saya selalu tanya sama ada, ada versi tanpa windows.

    Sebab, kedai tu bukannya sanggup keluarkan windows. Banyak alasan dibuat mereka

    ReplyDelete
  6. hahhaha... arap aku xde laptop jenis lenovo je... kalau x, dah lama dah aku tuntut balik hak aku...

    ReplyDelete
  7. hehehe next laptop aku nak pakai mac la plak. hehe :)

    ReplyDelete
  8. Dark Lord: Nak tolak OS after beli laptop. Itu kalau beli package yang OS come preinstalled. Lepas tu baru boleh claim, tapi itu pun ikut luck la. Janagan accept EULA semua tuh, then hantar email or fax kat Acer malaysia. Tapi rasanya, itu semua akan diignore.

    ReplyDelete
  9. Perkara senang tapi selalu diabaikan:

    1. Semak laptop yg bakal dibeli samada dibekalkan dengan OS atau tidak.

    2. PILIH DENGAN BIJAK mengikut budged dan keperluan.

    3. Amalkan BELIAN TUNAI - jangan beli hutang sebab laptop/pc adalah aset yang susut nilainya tinggi.

    4. Kalau nak install linux distro, buat survey dulu - pastikan distro tersebut menyokong sekurang2nya 80% perkakasan laptop tersebut - seperti wifi,card reader,web camera dll.

    5. Lepas beli, terus singgah ke blog melayubuntu - kongsi pengalaman bersama laptop baru - kalau sempat singgah lalu ke http://akurizq.com

    ReplyDelete
  10. haha..klu buat camni kt mlesia aku xtau la sape nak layan...bez gak buat eksperimen nih..sape nk jadi tikus putih??

    ReplyDelete
  11. Lnkalo nk bli, crila yg Free Dos...yg kosong tkde install pape windose tu..sng citer...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...