Monday, September 01, 2008

Perisian hebat untuk menghayati ramadhan

Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer.

Zekr.



Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya.

Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr.

Minbar.

Perisian memperingati waktu sembahyang untuk linux ini sangat sesuai untuk pengguna ubuntu yang muslim. Ikhlas saya katakan, jika rumah anda berada dalam lingkungan 0.5~1km dari masjid, anda mungkin tidak begitu memerlukan perisian ini kecualilah jika rumah anda dapat menyerap bunyi dari luar. Namun jika rumah anda jauh dari masjid dan anda pun seorang geek yang agak berjaya, sila pasang perisian ini dan pastikan ia run setiap kali ubuntu dihidupkan. Geek pun geek jugak, solat jangan lupa beb!

Install minbar bagi pengguna ubuntu : Klik minbar.

UPDATE
Saya dapati, minbar gagal menetapkan waktu solat yang tepat jika anda memilih lokasi secara automatik. Untuk itu, sila tetapkan lokasi anda ikut latitude dan longitude secara manual dengan merujuk kepada website islamicfinder. Kemudian anda perlukan fail azan secara berasingan dalam bentuk .ogg. Sila respon jika perlukan bantuan.

Ubuntu Muslim Edition.



Jika anda mahukan full transformation ubuntu kepada sesuatu antaramuka yang 100% islamik, kemudian anda sepatutnya mempertimbangkan untuk memasang ubuntu muslim edition. Jangan bimbang, ubuntume ini dibangunkan berasaskan ubuntu dengan menambah beberapa perisian dan artwork islamik kedalam desktop. Ianya lansung tidak memberi kesan kepada setting ubuntu asal anda.

UPDATE2

Perisian mempelajari tajwid : Sila rujuk entry lepas untuk mendownload perisian mempelajari tajwid khas untuk anda dibulan ramadhan ini.

Apa lagi perisian islamik yang ada erk?

12 comments:

  1. bro.. pakcik nie minbar tak kuar bunyi arr.. pakcik dah donlot azan.ogg tapi masih lagi tak kuar bunyi azan bila masuk waktu.. dah lama dah cume lupe tanya kat bro...

    ReplyDelete
  2. Salam , saya nak tanya macam mana nak pasang offline recitation untuk ZEKR. misalnya untuk ghamdi ke ? ,trima kasih

    ReplyDelete
  3. @uncle G : rujuk update...

    @Taufik : download fail recitation dr laman web rasmi zekr dan ikut panduan disitu...

    ReplyDelete
  4. ada x tuk azan subuh.ogg.. y dlm simpanan azan biasala.. :D

    kalo nak azan biasa bleh donlod dari hosting nie...

    http://www.mediafire.com/?mymegv1w2nw

    ReplyDelete
  5. @are rich k : aku cari gak tuk azan subuh nih..tp mcm ssh nk jmpe jer... klu jmpe ckp aku ek..hehe

    ReplyDelete
  6. Telah menginstall Zekr nampaknya bermasalah. Keluar error:

    org.eclipse.swt.SWTError: XPCOM error -1041039359
    org.eclipse.swt.browser.Browser.error(Browser.java:1382)
    org.eclipse.swt.browser.Browser.(Browser.java:305)
    net.sf.zekr.ui.QuranForm.makeFrame(QuranForm.java:317)
    net.sf.zekr.ui.QuranForm.init(QuranForm.java:217)
    net.sf.zekr.ui.QuranForm(QuranForm.java:195)
    net.sf.zekr.ZekrMain.startZekr(ZekrMain.java:47)
    net.sf.zekr.ZekrMain.main(ZekrMain.java:79)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. tolong bg info cara2 nak extract file mp3 ghamdi. kat window aku berjaya,tp kat ubuntu ,jd buntu ,trima kasih

    ReplyDelete
  9. @azmizal : erk...error ape tuh? kne install java ke? try rujuk website zekr dan follow panduan installasi..

    @taufik : rujuk sini http://zekr.org/wiki/Add-in#Recitation

    ReplyDelete
  10. mcm mana nak install offline recitation yer...
    baca kat http://zekr.org/wiki/Recitationi tp x tau nak buat la plak...

    ReplyDelete
  11. da jmpa da azan subuh...donlod ikut link nie.. da siap convert p .ogg da.. :D

    http://www.mediafire.com/?goyy2w44t3s

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...