Software Freedom Day (SFD) ialah pesta menyambut Perisian Percuma dan Sumber Terbuka (FOSS). Matlamatnya ialah untuk mendidik penduduk bumi tentang kebaikan menggunakan perisian FOSS dalam pendidikan, sektor kerajaan, kegunaan peribadi, perniagaan dan seluruh juzuk kehidupan.
Saya tertarik kepada sambutan software freedom day yang dirancang untuk diadakan disekolah-sekolah. Disini tedapat satu katalog perisian FOSS yang boleh digunapakai disekolah-sekolah atau mungkin di institut yang lebih tinggi. Senarainya cukup lengkap untuk dijadikan rujukan oleh pengubal kokurikulum sekolah-sekolah malaysia.
Saya merupakan salah seorang dari bekas pelajar di salah sebuah sekolah bestari. Setiap malam selasa, kami disekolah tersebut diwajibkan menghadiri apa yang dinamakan "kelas komputer" dan modul yang diajarkan kepada kami (seingat saya) tiada lansung kaitan dengan FOSS. Apa yang ada cumalah kelas biasa, belajar menggunakan microsoft word dan akhirnya disudahi dengan mempelajari cara-cara membuat laman web. Saya tiada masalah dengan modul tersebut tetapi jika anda menyoroti dengan teliti senarai perisian dalam katalog ini, ianya cukup memberikan inspirasi betapa masih terlalu luas ruang untuk memperbaiki pencapaian lampau.
20 September ini dunia akan menyambut hari kebebasan perisian. Seorang kawan cyber berkata kepada saya "bilalah agaknya sekolah-sekolah kat malaysia nak sambut event sebegini". 5billion ringgit dibelanjakan untuk dasar matematik dan sains dalam BI yang sekarang sedang menjalani kajian semula samada meneruskannya atau berpaling kedasar lama. Namun untuk mendidik rakyat sedari kecil supaya memahami prinsip perisian percuma dan sumber terbuka, saya cukup yakin tidak sampai 1 billion pun bajet yang diperlukan.
Saya memilih untuk mempercayai bahawa kita sedang bergerak kearah yang lebih baik. Disana mungkin terdapat individu-individu yang sedang mengusahakan supaya sesuatu seperti ini mampu direalisasikan disekolah-sekolah. Samada ianya terjadi secara drastik atau beransur-ansur, biarkan masa yang menentukan.
entah nyer...kalau kerajaan Malaysia guna OSS, berapa banyak dah Malaysia leh save beb...
ReplyDeletekerajaan pun ader agreement ngan pakcik TINGKAP kot..hahaha...monopoly byk sangat... lets open company then pulun tander2 tu...then suggest guna linux hahaha..buat proposal terbaik..kau rasa dia orang accept ker..mesti byk songeh cakap susah nak guna la blalala...kena g training la..dia orang ni pemalas...
ReplyDeletekna stat dari awal bnda nie.. bagus2... skurang2nya x bergantung sgt kat tingkap
ReplyDeletehaha~
ReplyDeleteaku disini mengajar cikgu ttg OSS di sekolah
haha~
kwn2 cukup suka sgt TINGKAP yg RAPUH tu!!
haiz..
bila nak berubah..
computer kat sekolah tu da mcm computer sndiri da sbb ada OS kat computer tu..
haha~
biaq pi depa..
saya ada cara membuat dual booting os dalam 1 cpu seperti ubuntu v6.06 LTS and Vista... saya telah mencubanya dan telah berjaya... sesiapa yg ingin bertanya sila hubungi saya di email ini pcmaster007@yahoo.com
ReplyDeletesiapa yg tau buat dual os ubuntu dan vista, tlg saya atasi masalah ini
ReplyDeleteCuba kamu hubungi si pcmaster007, mngkn dia tahu itu.. ok
ReplyDelete