Friday, September 05, 2008

Open Malaysia : Maklumat tentang perkembangan sumber terbuka di malaysia

Hari ini (selain dari kerja-kerja persiapan projek dan sebagainya), saya membuka dan membaca blog Open Malaysia, sebuah blog yang mengandungi maklumat yang cukup padat dan esklusif tentang perkembangan sumber terbuka dimalaysia. Zaman ini, maklumat adalah cukup penting. Sepenting itu juga kepada penulis blog seperti saya dan juga kepada para pelajar (jurusan IT) yang menjadi pembaca disini.

Sejujurnya saya tidak tahu siapakah penulis blog open malaysia. Tetapi beberapa maklumat yang terdapat di dalamnya adalah cukup esklusif. Contohnya surat komen dan bantahan syarikat microsoft malaysia keatas SIRIM BHD yang mengiktiraf Open Document Format (ODF) sebagai standard malaysia. Sila rujuk imej berikut;

Imej dari Open Malaysia

Banyak lagi dokumen dan maklumat tentang perkembangan sumber terbuka dimalaysia yang tercatat dalam blog open malaysia. Saya cukup teruja membaca baris demi baris dan mengetahui sumber terbuka semakin mendapat tempat dimalaysia. Semoga pembaca mendapat gambaran dan maklumat dari blog open malaysia.

18 comments:

  1. nmpknya ms da takut akan kehilangn sumber pndapatan die... malaysia antara pelaanggan utama diorng.. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Malaysia dah banyak habis duit bayar duit lesen, dan banyak duit kita mengalir keluar dari malaysia, dari dok menghabiskan duit untuk membayar lesen ms tu, bagus labur duit tersebut untuk pembangunan perisian sumber terbuka agar lebih baik dan dah tentu menjimatkan terutamanya dari jangka masa panjang......hidup open source..undilah open source....erk!! haha

    ReplyDelete
  3. aq sokong ngn pndpt ko Harith...
    open source nk mmbantu, ms pla kaut untung jek taw...hehe..
    harap2 kjaan kluarkn surat pkeliling supaya smua IPT d msia n sektor2 lain mnggunakn open source ni... mmg berbaloi..lebih jimat lebih hebat..

    ReplyDelete
  4. dulu Bill Gate mase lawat malaysia pernah bagitau yg die boleh tolong boost balik ekonomi kite tapi dengan satu jer syarat penting - HAPUSKAN LANUN CETAK ROMPAK.

    sebab tu skrang dah susah nak dapat cd lanun lagi. satu usaha yang AMAT BAGUS.

    tapi kesannya..jeng jeng jeng..makin susahlah open source nak diterima pakai especially dalam sektor awam. memang dah kluar pekeliling dari MAMPU tapi biasaklah kite orang malaysia - bende2 FREE ni macam takdak klaaaasssss.

    contoh paling mudah - pernah tak korang masa jalan2 kat shopping kompleks tiba2 ade orang datang kate "bang, register FREE bang, kad ni boleh guna tuk gi shopping, belanje awek, tengok wayang. FREE bang, rugi tak register sekarang!" - ape korang buat?

    nescaya, korang tanpa usul periksa terus blah dari situ, kalau yg jenis mulut ringan kompom ayat ni mesti kluar nyer " sorry dik, abang takde masa", takpun "abang dah register semalam", lagi best "berape kali aku dah kate taknak, asyik aku jer, dah takde orang lain ker ko nak ajak join!".

    aku pelik betul dengan orang yg masih gune windoze - hari2 kene virus, malware, spyware, trojan, hang, file corrupt, bluescreen, browser hijack, lembab, missing driver pun masih boleh tahan lagi. tu belum kira harge lesen yang perlu dibayar.

    kita kalau makan benda curi dah dikira haramkan, tapi kalau pakai os/software cetak rompak ape lak hukumnye??? maaf kata, agak2 berkat tak hasil kerja kita tu nanti?

    maaf sekali lagi pada yang terasa atau tersinggung. mungkin ade 1001 alasan munasabah bagi mereka yg masih kekal dgn windoze, tu aku paham sangat2. tapi elok juga sedar dari sekarang, biar lambat asalkan BERKAT.

    dan rajin2 singgah ke sini dan juga blog2 yg sehaluan untuk dapatkan lebih keyakinan dan informasi terkini.

    ReplyDelete
  5. waah..btl jg ka..apsl la slama ni sy x pnh tfikir lngsung aa..

    ReplyDelete
  6. @are rich k : yg xtahannye, nmpak sangat tindakan derang 2 desperate...klakar glerr..

    @harith : hmmm...btul tu..

    @green : hmm..masalahnya kerajaan kata, penggunaan soft cetak rompak oleh student dibenarkan...abis tu mcm mane? haha

    rizq : haha..pnjang komen ko.. btul jgk tuh.. aku pun agak xsuka kalau ada promosi bnda2 free..sbb aku pk, mana derang cekau untung? hmmm....tp xde plak org nk pk ttg mane team mozilla cekau untung... hahaha..

    ReplyDelete
  7. sama-samalah kita menyokong kod sumber terbuka ini.kan kerajaan kita sedang menggalakkan kita berjimat cermat.elok sangatlah agensi2 kerajaan menggunakan perisian sumber terbuka.

    ReplyDelete
  8. betul2...rasanya banyak betul kebaikan kod sumber terbuka ni, tindakan kerajaaan menggunakan kod sumber terbuka di sekolah-sekolah adalah tindakan yang bagus, biar budak-budak sekolah pakai. Orang cakap, melentur buluh biar dari rebungnya. ;)

    ReplyDelete
  9. salam... wah bagusnyer... ms dah takut punca pendapatan mereka semakin sempit kew? huhuhu... sedihnyer aku dengar... muahahaaa...

    ReplyDelete
  10. pasal hukum menggunakan software cetak rompak tu pulak, hukumnyer adalah harus kalau software tu milik syarikat yang memusuhi negara islam... tapi jadik haram kalau software tu milik syarikat orang islam...

    btw, sape kenal ustaz azhar idurs? huhuhu... syah yang wat web die... dan tgk url ni untuk maklumat lanjut tentang penggunaan software cetak rompak...
    http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/baiki-pc-guna-cd-window-ctak-rompak.html

    ReplyDelete
  11. @pcformula : haah...ubah cara hidup!! hehe..

    @harith : yups...btul tu...tp stahu aku skolah kt trengganu jer..skolah tmpat lain xtau plak..hehe

    @syah : thanks 4 sharing the info....hoho...cam 2 ek hukumnye..hehe

    ReplyDelete
  12. kalau Ubuntu jadi OS kebangsaan..
    bayangkan ape pulak bantahan Windows..
    weehehehe ;P

    ReplyDelete
  13. syah - terima kasih untuk link pasal hukum guna perisian tu. cuma aku rasa ada skit loop hole dalam penerangan ustaz tu, seperti menggalakkan kita guna perisian cetak rompak.

    wallahua'lam

    jadi, pada semua yg was2, elok la berhijrah ke open source.

    ReplyDelete
  14. bila aku baca perenggan pertama surat tu tak sangka ms pandai guna ayat bunga2 gak nak ambik hati.

    ReplyDelete
  15. @jipang : haha..klu jd OS kebangsaan maunye microsoft saman kerajaan...hahaha...

    @rizq : hmmm...kalau bill gates dan sluruh team microsoft tu mmg kafir harbi yang menentang islam, mmg xpe guna software mereka scara cetak..tp kalau derang juz warganegara US tetapi xberniat tentang islam, xbleh la nk guna software derang utk bisnes...2 la spanjang aku tahu..

    @pujangga : hahaha..besala. mat bunga mana ntah karang surat tuh..hahaha...

    ReplyDelete
  16. "aq sokong ngn pndpt ko Harith...
    open source nk mmbantu, ms pla kaut untung jek taw...hehe..
    harap2 kjaan kluarkn surat pkeliling supaya smua IPT d msia n sektor2 lain mnggunakn open source ni... mmg berbaloi..lebih jimat lebih hebat.."

    Bila terbaca tentang apa yang green tulis dekat atas, teringat saya pada UTM ni dulu. Ada satu pusat komputer yang besar dan mungkin yang terbesar di Malaysia ni. Dulu, ada bahagian timur dan barat. Bahagian barat menempatkan komputer-komputer yang mempunyai sistem operasi(OS) Windows XP. Manakala bahagian Timur pula ditempatkan komputer yang mempunyai sistem operasi GNU/Linux iaitu Vector Linux dan Fedora. Kedua-dua bahagian ini mempunyai lebih kurang 200 biji Desktop setiap satu. Maka 400 biji. Besar bukan kuantiti tu.

    Pada tahun pertama saya masuk UTM, saya sentiasa akan pergi ke CICT untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan etc. Saya akan pergi ke sebelah timur. Saya sedih melihat orang yang menggunakan GNU/Linux ini tak ramai. Boleh dikira menggunakan SEBELAH JARI TANGAN sahaja. Bayangkan daripada 200 biji dekstop, cuma 5@6 orang sahaja yang menggunakan GNU/Linux ni. Sedihkan? Ironinya, di bahagian barat pula, pelajar IPT ini terpaksa menunggu pelajar yang lain keluar untuk menggunakan Windows! Bertambah lah sedih kita semua.

    Dan satu langkah ke tahun 2, saya dikejutkan dengan penutupan bahagian timur CICT. Saya sangkakan hanya sementara, namun rupa-rupanya "Gerimis Mengundang". Penutupan dibuat terhadap bahagian GNU/Linux. Saya jarang lagi kesana.

    Lihatlah pelajar IPT sekarang. Dan dengan ini, saya rasa amat bertuah jumpa blog seperti blog zul ini sebab saya rasakan, sesuatu perlu dibuat dengan pelajar IPT untuk menyokong GNU/Linux. Saya memang menyokong penuh program Ubuntu diIPT yang zul buat.

    Dan saya rasakan, perubahan minda perlu di sebatikan dalam minda pelajar. Kalau tidak bermula sekarang, susahlah pada masa hadapan nanti.

    Just My 5 sen.

    ReplyDelete
  17. "aq sokong ngn pndpt ko Harith...

  18. @rizq: huhuhu... no komen... pegi postkan soalan kat web ustaz azhar idrus tu... hehehe... tanye die balik...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...