Tuesday, September 09, 2008

TiddlyWiki : Wiki peribadi ke desktop ubuntu

Selepas saya mengenali Mac OSX, saya bertemu dengan pelbagai perisian yang selama ini saya tidak terfikir pun yang saya memerlukan perisian seperti itu. Antaranya ialah Journler dan Yojimbo. 2 perisian ini pada asasnya berfungsi untuk mencatat nota peribadi. Journler mempunyai fungsi mencatat nota tulisan, audio dan juga video. 2 perisian ini saya perlukan untuk mencatat segala ilmu dan artikel menarik yang saya jumpa di internet untuk dibaca dan dirujuk kemudiannya.

Ternyata saya amat memerlukan perisian seperti itu untuk tujuan rujukan menulis blog, buku dan sebagainya. Oleh kerana hampir 90% masa saya ialah dalam ubuntu, lalu saya buntu mencari perisian yang sama dalam ubuntu. Setakat ini saya hanya mampu menggunakan Tomboy tetapi ia mempunyai kekurangan iaitu tidak boleh memaparkan imej, screenshot dan sebagainya. Ia juga tidak begitu sesuai untuk nota yang panjang, tutorial dan seumpamanya.

Kini saya menemui TiddlyWiki, yang ditulis menggunakan html dan dipenuhi dengan javascript untuk menggantikan tugas Journler dan Yojimbo dalam ubuntu. Saya tidak cuba untuk mengatakan perisian ini setanding dengan journler atau yojimbo, tetapi saya lebih suka melihat dari sudut altenatif. TiddlyWiki ialah altenatif!



Install.

Anda perlu ke website rasmi tiddlywiki dan download fail untuk ubuntu (versi windows dan macosx juga ada). Download fail empty.html ke desktop. Saya cadangkan anda bina folder baru dalam direktori home dan namakan folder berkenaan dengan TiddlyWiki (contoh). Kemudian alihkan fail empty.html kedalam folder yang baru dibina.

TiddlyWiki ditulis dalam format html dan ia boleh dibuka dengan mana-mana pelayar web samada firefox, opera, konqueror dan sebagainya. Tetapi untuk menjadikannya satu perisian yang solid, saya cadangkan anda memasang prism (klik link untuk install dalam ubuntu) dan masukkan link ke fail empy.html pengganti url dalam prism.
NOTE 1 : Rujuk artikel ini untuk mempelajari perkara asas menggunakan prism dalam ubuntu.
NOTE 2 : contoh link ke empty.html = /home/zulmalc/TiddlyWiki/empty.html

Cara Menggunakan.

Lancarkan TiddlyWiki dan dan bersedia untuk membuat nota baru. Klik pada new tiddler atau new journal untuk membuka topik baru dan hanya double click pada nota lama untuk membuat editasi. Saya mendapati cara memasukkan imej kedalam tiddlywiki agak mengelirukan (atau saya memang keliru). Jika anda ingin memasukkan imej, masukkan code;
[img[link ke fail]]
cth : [img[file:///home/zulmalc/Downloads/OpenOffice.org%20Writer.png]]
Apabila anda klik pada save changes, satu pop-up Internet Security akan muncul dan tick pada Remember this Decision dan klik butang "Allow".

Saya sendiri dalam proses emplorasi perisian ini dan saya harap perkembangan perisian akan mewujudkan lebih banyak perisian yang berguna untuk pengguna komputer peribadi.

8 comments:

  1. Sebelum tu...aku nak tanya. kata mana nak dapatkan ISO installer Mac OS X untuk PC ye? ;)

    ReplyDelete
  2. xsilap aku kat sini: http://www.osx86project.org/

    ReplyDelete
  3. @harith : torrent! piratebay pun bez...dulu2 je aku wat keje nih..hahaha

    ReplyDelete
  4. kau paham2 ar malaysia nyer policy pasal p2p ni cam ner.. nak kena pakai proxy la blalala.. kalau ader tracker malaysia best gak download image ni...

    ReplyDelete
  5. takpa aku ada torrentflux server kat US, mau akaun satu ke? msg aku...hhaha

    ReplyDelete
  6. takpa aku ada torrentflux server kat US, mau akaun satu ke? msg aku...hhaha

    ReplyDelete
  7. @hackers : ala..ko kn hackers...hehehe

    @harith : hahha...bez ke akaun 2? bleh donwload dgn bebasnya ke? hehehe...

    ReplyDelete
  8. @melayubuntu: download torrent dr server tu...pastu pakai direct download ke dlm pc ko. tu je. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...