Monday, January 21, 2008

Membina pelancar aplikasi web menggunakan Prism


Antara projek dari makmal ujikaji syarikat mozilla iaitu prism yang kini masih diperingkat cubajaya(prototype) dan boleh dicuba di dalam windows, mac osx, dan linux.

Oleh kerana ajaran terbaru, iaitu aplikasi web(web application) yang disemai oleh mazhab fahaman google melalui gOS semakin popular dan mendapat sambutan, lalu saya mengambil sedikit kesempatan menulis artikel tentang prism, iaitu salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat aplikasi web secara manual separa automatik.

Sebelum kita bermula, antara bahan yang diperlukan termasuklah;
  • ubuntu gutsy gibbon (versi lain pun tak apa)
  • prism untuk linux (klik untuk download dan save ke desktop)-8.5MB
  • kekentalan serta semangat juang enggan mengalah
Sesudah lengkap semua kelengkapan sila buat
  • right click pada file prism-0.8-linux.tar.bz2(yang didownload diatas)dan pilih Extract Here
  • Satu folder bernama prism akan terbentuk pada desktop
  • alihkan folder berkenaan ke Home > YOURNAME > program (sila create folder program dalam directory home-optional)
Dalam folder prism yang telah di extract tadi, terdapat satu file bernama prism (home/YOURNAME/program/prism/prism)..

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah menambah item prism ke dalam menu list.Sila buat
  • Right click pada menu utama(pada bar applications) dan pilih Edit Menus
  • Pilih Internet > (Sebelah kanan window) pilih New Item dan masukkan maklumat berikut ke tempat yang sepatutnya
Name : Prism
Command : Browse... > cari file prism di dalam folder prism di dalam folder program itu tadi
  • dan tekan ok
NOTE:Jika anda keliru dan inginkan penerangan bergambar sila rujuk cara install songbird dalam entry lepas.

Selepas proses diatas, perisian prism sepatut boleh diakses melalui Applications > Internet > Prism.

Sekarang, proses untuk membina aplikasi web.Sila lancarkan (klik jer) prism itu tadi dan window seperti dibawah akan muncul.Masukkan data-data seperti yang diminta.

Sila check Create Shortcuts pada Desktop.Kemudian satu ikon bernama seperti yang dinamakan akan terhasil pada desktop.Apabila dilancarkan, ia akan seperti dibawah;
(apsal ek blog ni jadik camni lak??)
Antara aplikasi web yang baik untuk dibina melalui prism ialah gmail, google reader, facebook, laman berita dan seumpamanya.Namun ada satu isu lagi yang perlu diselesaikan iaitu ikon bagi setiap aplikasi.Secara default, ikon bagi setiap aplikasi adalah seperti berikut;
Seperti dalam gambar, kadang-kadang kita memerlukan ikon yang sesuai untuk memudahkan kita membezakan setiap aplikasi web yang kita bina disamping menyedapkan pandangan mata.Pelbagai ikon boleh didapati secara percuma di deviantart.com dan sila download mana yang berkenan.Save disuatu tempat yang tetap supaya ikon berkenaan tidak dikacau dimasa-masa akan datang.

Menukar ikon

Sila buat
  • Right click pada aplikasi web yang telah dibina dan pilih Properties

  • Klik pada gambar ikon(disebelah kiri) dan browse ikon yang kita dapati dari deviantart itu tadi-sila lihat gambar diatas.
  • selesai!
NOTE:Cara ini juga boleh digunakan untuk menukar apa sahaja ikon didalam ubuntu.

Semoga sukses!


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

7 comments:

  1. Ehhhh menarik gilerrr.... Hummmppphh.... EH, aku sikit konpius.

    Dan juga tak paham... Dia tambah aplikasi google... hummm, bukan buat aplikasi cam Dreamwever kannnn

    ReplyDelete
  2. yawn. kau ni mmg sentiasa up to date ya dgn benda2 mcm ni.
    ekeke.

    um,, sofware apa yg kau guna utk edit video tu?
    share2 lah okeyh?

    ReplyDelete
  3. Cool Tutorial dude...thanks, bertambah berkobar-kobar semangat aku nak cleankan HDD, ntuk install Gutsy Gibbons...hehehe

    ReplyDelete
  4. Azhar : Errrr....maksud aku membina pelancar aplikasi web...waakakkak..nanti aku edit tajuk tuh...huhu

    syuxx : Aku terpaksa up to date coz setiap hari beratus artikel masuk dlm rss reader aku...naik biol aku nk ulas yg mana satu...wakakak

    aku guna final cut express dalam mac osx dalam pc..sbb aku sedikit pening dgn bebrapa software open source dlm ubuntu..haha...

    Truckster : Cleankn HDD trus ker? nak ceraikan windows terus ke camne nih?? :P

    ReplyDelete
  5. melayubuntu, ym aku kat hannyramzy@yahoo.com . ada case pasal ubuntu aku nak ckp...huhu

    ReplyDelete
  6. ramzy0 : aku dah message ko..xde respon pungg...

    Maklan : Haha..kalo aku yang translate ke bm, korang gelak jela hasil kerja aku...wakakak...nanti ada la perkataan pelik yg aku reka...wakkakak..btw, nice info bro..!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...