Tuesday, January 01, 2008

Jom Kita Jayakanya!



Hehe...adakah anda tertanya-tanya apakah motif mesej iklan ini...sebenarnya kami di Jom Linux sedang mencapai sasaran akhir iaitu menerima pra-tempahan bagi merealisasikan projek kit ubuntu ini.

Sasaran Mencapai 150 Unit Tempahan Awal!

Bantu kami realisasikan produk ini dengan membuat tempahan awal (dari 30hb Dis -12hb Jan) melalui salah satu cara di bawah :

#1 - Tempah 'Kit CD Ubuntu 8.10' dengan harga RM 13.99 ; atau

#2 -Jadi Penaja dengan sumbangan serendah RM 20 + 'Kit CD Ubuntu 8.10' PERCUMA!'

Soalan Lazim

1. Adakah yang menjadi penaja dikira membuat tempahan awal?

Ye, penaja diberikan keistimewaan meletakkan logo atau link (bergantung jenis tajaan) di samping diberikan kit CD ini percuma. Apabila satu unit tajaan ditempah. Maka satu unit tempahan awal dikira.

2. Apakah maksud sasaran 150 tempahan awal itu?

Maksudnya jumlah keseluruhan dari cara #1 dan #2 mendapat tempahan 150 unit dan ke atas.

3. Berapa lama tempoh untuk terima tempahan awal?

Selama 14 hari (dari 30hb Disember 2008 -12 Januari 2009) atau sehingga mencapai sasaran (yang mana satu lebih awal).

4. Bagaimana jika tempahan awal tidak dicapai?

Jika ia tak mencapai maka projek ini akan ditangguhkan atau dibatalkan. Semua wang penempah dan penaja akan dipulangkan. Jadi penempah awal tiada risiko kehilangan wang.

5. Adakah kos lain?

Tiada. Penghantaran adalah percuma!

6. Bagaimana jika saya mempunyai soalan lain?

Sila tinggalkan di ruang komen.

7. Apakah tajaan yang masih ada?

Jenis RuangBaki
Premium Penaja Bersama 4habis
Premium Kulit Belakang 16 15
Link 30 29

8. Apa yang terdapat pada 'Kit CD Ubuntu 8.10' ini?

  • CD Case + CD
  • Buku Manual
  • Pelekat Ubuntu

Jika anda berminat sila klik salah satu link di bawah.

Untuk Menjadi Penaja
Untuk Menempah Kit CD
Klik Sini
Klik Sini

12 comments:

  1. kalaulah ada 10 insan lain seperti ini diluar sana, pengguna ubuntu akan bertambah secara janjang geometri....


    teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  2. maju linux untuk malaysia.semoga penggunaan sumber terbuka semakin 'terbuka'dengan adanya penggiat yang aktif macam anda.well done!

    ReplyDelete
  3. aku dah oder...heheh

    ReplyDelete
  4. Wahh.. hebat tol.. nak jugak rr

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak mencuba..

    ReplyDelete
  6. produk pn ade RC status gak eh..
    hehe..

    utk pengguna yg baru nk try Ubuntu boleh laa tempah CD ni..
    memang baik utk korg dan utk koleksi korg..
    percayalah.. :)

    ReplyDelete
  7. order jangan tak order

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak order??

    ReplyDelete
  9. Masuk ke :
    http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20081230192/Artikel/Berita/Bantu-kami-jayakan-projek-Kit-CD-Ubuntu-8.10

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...