Thursday, January 17, 2008

Nvu : Penganti Dreamweaver dan Frontpage untuk Linux

Dalam artikel lepas, saya telah menghuraikan bagaimana dalam masa 1 bulan sahaja (nov-dec), seramai 240,000 pengguna komputer seluruh dunia telah beralih kepada linux dan ini mengambarkan potensi pasaran untuk software yang menggunakan platform linux adalah semakin membesar hari demi hari.Jika dahulu kita mengakui terdapat beberapa halangan untuk merealisasikan slogan "semua yang boleh windows lakukan,linux pun boleh lakuan",namun kini slogan itu semakin menjadi nyata dan pengguna linux sedang merangka slogan baru iaitu "tidak semua perkara yang linux lakukan mampu dilakukan oleh windows".

Faham?Ok bagus!



Nvu ialah sebuah perisian open source(sumber terbuka) yang berfungsi sebagai web authoring system iaitu dengan kata mudahnya, menyamai fungsi dreamweaver dan frontpage.Dengan Nvu(atau new view), seseorang mampu membina website, mengolah, mengemaskini, design,upload via ftp ke server tanpa perlu mengetahui secara detail tentang kod-kod HTML, CSS, PHP dan sebagainya(dan sudah tentu penguasaan kod-kod berkenaan adalah satu bonus tambahan).

Tidak seperti artikel lain berkenaan software dalam blog ini(yang mana saya mencuba software berkenaan terlebih dahulu sebelum menulis review tentangnya), saya secara peribadi tidak pernah menggunakan Nvu.Oleh kerana saya tidak pernah menggunakannya, saya tidak berani untuk menghurai lebih dalam mengenai perisian ini supaya tidak berlaku kesilapan huraian yang boleh mengelirukan pembaca.

Sebelum saya terlupa, Nvu juga available untuk windows dan mac dan boleh digunakan tanpa perlu dicrack kerana ia percuma.Dapatkan Nvu dilaman web Nvu.

Semoga artikel ini dapat memberi maklumat :)

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

6 comments:

  1. owhh, nvu. aku pernah menggunakan perisian ni dulu. kalu rating per 5, aku bagi 2.5/5

    ReplyDelete
  2. Alamak. apesal sikit sangat bagi rating.. hehe
    tak best ker gune nvu nie..

    bro zul, kenapa ek kadang2 ubuntu aku tibe2 slow.. mcm sangkut2.. bukak website pon macam tertinggal bile scroll..

    ReplyDelete
  3. aizat, ikhlas aku ckp..mmg xsedap mana. tu bagi aku lahh.tapi normal lah free punya kan...^_^

    ReplyDelete
  4. aku no komen..xnah cuba dan mmg malas nk cuba sbb xde keperluan utk cuba...huhu

    ReplyDelete
  5. am suka pakai nvu sebab contohlah web rr yang bagi template untuk rr balik semula kan... am pakai front page setting dalam web tu banyak lari gila... tapi pakai nvu ok sesangat... am pakai nvu dah setahun 2 tahun... so far ok sangat...

    ReplyDelete
  6. owh...btul ke am??
    erm..nampaknya nvu ni bagus gak ek..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...