Saturday, January 19, 2008

Lagi tutorial berkualiti cara membina Hackintosh Pro

Masih ingat artikel pada saya pada 11/4/2007 yang lalu?Dalam artikel tersebut saya letakkan satu link ke sebuah artikel bertajuk Hack Attack : Install Leopard on your PC in 3 easy steps!Kemudiannya, 5/1/2008 saya meletakkan satu lagi link ke laman LifeHacker artikel bertajuk Build a Hackintosh Mac for Under $800!Biarpun saya pernah menulis sebuah tutorial esklusif tentang bagaimana untuk menginstall Mac OS X Tiger ke dalam PC yang sehingga kini menjadi artikel yang paling banyak menerima kunjungan di melayubuntu,namun tiada apa-apa respon dan maklumbalas daripada pembaca.

Saya tidak tahu samada anda diluar sana yang mendownload artikel berkenaan berjaya mengikutinya atau give up ditengah jalan.Oleh kerana tiada respon mahupun pertanyaan atau juga ucapan terima kasih yang diterima, saya menganggap ianya satu kegagalan!

Kegagalan tidak bererti mesti putus asa.Steve Jobs dalam wawancaranya sebaik sahaja selesai event keynote mengakui bahawa projek MacBook Air yang diusahakan Apple itupun mengalami tidak kurang 100 kegagalan(prototype) sebelum ia muncul sebagai MacBook Air(product).

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi link yang akan menghubungkan kepada sebuah artikel yang saya kira paling lengkap pernah ditulis tentang bagaimana untuk membina sebuah Hackintosh Pro.Sila klik link dibawah:

Build a Mac Pro for Cheap
http://macapper.com/

Saya sudah menggunakan Leopard yang diinstall dengan cara yang sama dengan artikel ini sudah hampir sebulan dan apa yang saya dapati ialah tidak ada kecacatan apa-apa setakat ini.Tidak ada kernel panic, tidak ada software yang tak compatible dan semuanya berfungsi seakan sedang menggunakan macbook!

Jika tidak mahu pre-build hardware dengan cara seperti dalam artikel diatas, anda boleh mencuba nasib dengan menginstall Leopard secara terus kedalam PC atau Laptop anda.Saya tidak jamin ianya berjaya(walaupun saya berjaya melakukannya) dan apa yang dapat saya katakan ialah, jika anda membeli PC/laptop selepas 2007, kebarangkalian untuk PC/Laptop anda boleh install leopard(dengan cara ini) ialah 1/50.Bermakna jika ada 50 PC 1 daripadanya boleh install dengan Leopard dengan jayanya.

Saya sentiasa ingin menolong orang yang suka bertanya.Khidmat nasihat sentiasa terbuka dan percuma(open source?huh?)

zul.malc [at] gmail.com


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

9 comments:

  1. Fuh! abes dah bace tutorial die.. memang nampak best.. tapi aku macam tak yakin leh buat ngan laptop dell aku nie.. hehe.. ape pendapat bro?
    tapi aku minat gak nak try install Mac OS.. hurm.. mane nak download nie ek.. hehehe

    ReplyDelete
  2. terpulang kpd dell ko nyer specs..
    laptop aku skali jalan jer ok
    kalau dah jodoh xkemana...hoho!

    ReplyDelete
  3. mana mau dapat dvd mac os ni??
    aku nk try kt laptop compaq aku baru beli nih... kalau download pn ok jgk...

    ReplyDelete
  4. download kt torrent..
    filenye besar dalam 3.5GB
    laptop baru peluang cerah la nak dapat install..

    ReplyDelete
  5. dari sumber yang saya tahu kat laman egydown.com ade miror iso mac os nie cube tengok kat sane ade vista ultimate jugak linux pun ade dan saye tak pernah kene virus ke atau spyware pun bile download dari web tuh pilih kat kategory os kemudian jenis os lps tu start download je....................

    ReplyDelete
  6. tukar je desktop theme bagi jadi macam mac.lagi senang...
    kalau berminat nanti saya leh tunjukkan cara..(sy juga baru belajar guna ubuntu,cuma nak kongsi tips je bukan nak memandai,ramai lagi yang pandai kat luar sana)

    ReplyDelete
  7. Bkn tk bminat, or tk bminat nk tnya, tp da lama n da byk gak ak anto soklan kt ym melayubuntu tu,tp tk pnh reply pn...

    Ak pn run mac os,tp tiger la,tp just run guna vm ware je msa ak guna windows dulu...

    ReplyDelete
  8. bro...
    camna nak overcome problem tak le shutdown .???

    laptop dell inspiron 1420.

    ReplyDelete
  9. bro nak tanya ,,,saya gain pasal hackintosh ni .baru jer nak berjinak-jinak,apa yg paling bagus installer hackintos iatkos,kalyway atau ideneb.sebab bnyk sangat jadi keliru skit 

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...