Jika windows ialah vista, mac osx ialah leopard, maka ubuntu pastinya ialah Hardy Heron!
Pasti ada yang masih tertanya-tanya apakah rahsia disebalik angka versi 8.04 tersebut.Angka 8.04 memberi maksud tahun dan bulan bagi versi berkenaan telah/akan dikeluarkan.
Istimewanya versi ubuntu yang bakal keluar pada bulan 4 tahun 2008 ini berbanding versi yang lain ialah ia akan mendapat sokongan jangka panjang daripada daripada team pembangun ubuntu.Bukan itu sahaja, versi hardy heron ini akan tampil dengan pembaharuan drastik dari segenap segi antaranya;
1.Membolehkan user install ubuntu versi ini dalam filesystem versi sebelumnya tanpa mengubah data dalam directory HOME
Fungsi ini tidak terdapat dalam mana-mana versi sebelum ini.Perubahan ini akan membolehkan pengguna fresh install ubuntu hardy heron tanpa memerlukan untuk backup file dalam directory home terlebih dahulu.
2.Mengesan/detect hardware komputer dengan lebih berkesan
Fungsi ini akan mengesan jenis hardware yang digunakan oleh komputer pengguna dengan lebih berkesan dari versi sebelumnya.Grafik kad, sound kad, mouse, controller, usb, webcam dan lain-lain akan berfungsi dengan lebih baik.
3.Browse Gambar User pada skrin GDM
Dalam ubuntu gutsy gibbon, pengguna perlu memasukkan username dan password untuk login.Pembaharuan Hardy ialah, klik pada gambar user dan masukkan username dan password (jika disetkan begitu-boleh di disable) dan anda akan login ke dalam ubuntu.
4.Autodetect resolusi monitor
Saya rasa gutsy gibbon pun sudah mempunyai fungsi ini.Itu bagi kes saya namun masih ada yang mengalami masalah resolusi skrin yang tidak tepat, font terlalu kecil, resolusi terlalu rendah dan sebagainya.Fungsi ini adalah update kepada gutsy.
5.APT authentication reliability
Membaiki kelemahan gutsy gibbon yang kadang-kadang menunjukkan error ketika proses update berlaku yang disebabkan oleh kegagalan transaksi perhubungan.
6.Redesign restricted manager code
Ini untuk menambahkan fungsi restricted manager.
7.Mengawal kapasiti disk
Apabila space HD anda mengecil, berlaku masalah didalam gutsy.Pembaharuan yang dilakukan ialah mewujudkan disk clean-up tool.
8.Kesan khas/efek desktop
Memudahkan pengguna customize efek desktop.
9.Tema baru
Sejak awal dilancar sehingga versi gutsy, ubuntu tidak pernah mengalami perubahan tema.Hardy akan tampil dengan tema baru yang dikatakan bersinar-sinar, lutsinar,dan elegant!
10.Memudahkan berkongsi file dalam network tertentu
11.Menyokong penggunaan multi monitor
Jika pengguna ada 2 monitor, hardy akan menyediakan fungsi tersebut dan ini memudahkan kerja setup dan sebagainya.
12.Masa untuk boot akan lebih cepat
Bagi mereka yang perasan, masa untuk boot kedalam ubuntu gutsy lebih lama berbanding feisty.Hardy akan memendekkan masa tersebut.
13.Kerjasama dengan team automatix
Perisian automatix sangat berguna untuk install beberapa perisian yang tidak disediakan dalam package ubuntu kerana masalah copyright.Dalam hardy, team ubuntu dan automatix akan berkejasama untuk memberi kemudahan dalam proses installasi perisian tertentu.
14.Install perisian dengan 1 Klik
Tidak seperti windows yang memerlukan anda klik next > next > next > agree > next > virus detected > next > next... hanya untuk menginstall sesuatu perisian.Dalam hardy satu klik memadai untuk semua itu!
15.Appamor integration
Appamor ialah sebuah aplikasi yang akan menlindungi sistem ubuntu dari ancaman keselamatan dalaman dan luaran.Dalam hardy ianya lebih selamat.
16.Firewall
Memudahkan pengguna setup firewall dalam ubuntu hardy
17.Third Party Apt
Dalam versi sebelumnya, pengguna perlu memasukkan software repositories secara manual kedalam sources.list.Dalam hardy semua akan lebih mudah dan ia akan diupdate secara automatik kemudiannya.
18.Logout screen
Ianya akan menampilkan bentuk baru, lebih improve dari segi struktur dan penampilan.
19.Perubahan pada wine
Wine dalam versi sebelum ini masih lagi menggunakan paparan yang tidak menarik, terdapat software tertentu yang tidak compatible.Diharap hardy dapat membaikinya dengan membuat perubahan kepada wine.
20.Xorg 7.3
21.SlickBoot
22.Wizard semasa pertama kali user login
Menolong pengguna setup tema, wallpaper dan mungkin juga menginstall perisian-perisian tertentu daripada internet, plugins bagi browser dan sebagainya.
23.Scanner, webcam dan hardware wi-fi
Kita mengharapkan ketiga-tiga fungsi ini disokong dengan baik didalam hardy
24.Deleting Duplicate Libraries
25.Melabel dan format partition
Menyediakan fungsi label dan format partition kepada berbagai bentuk partition dengan bantuan sokongan LUKS encryption.
26.Dial-up
Setup Dial-up dan ADSL connection menjadi semakin mudah dengan mungkin adanya network manager atau sesuatu yang menyerupainya.
27.Add/Remove Software Application
Akan mengalami perubahan berdasarkan populariti software dan sbg.
Dan bermacam lagi perubahan...
Apalagi yang ingin kita impikan dapat disediakan oleh sebuah sistem operasi yang PERCUMA ini?
.......
Countdown untuk Ubuntu 8.04 Hardy Heron adalah seperti berikut:-
29 November 2007 - Alpha 1 release
20 December 2007 - Alpha 2 release
10 January 2008 - Alpha 3 release
31 January 2008 - Alpha 4 release
21 February 2008 - Alpha 5 release
6 March 2008 - Alpha 6 release
27 March 2008 - Beta release
17 April 2008 - Release Candidate
24 April 2008 - Final release of Ubuntu 8.04 LTS
Rujukan:
http://mopedia.blogspot.com/
http://www.ubuntugeek.com/
http://news.softpedia.com/
http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=638584
http://tuxenclave.wordpress.com
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
wah terbaik ko punye blog ni mat ...
ReplyDeletemintak tunjuk ajar .. :P
maklum la aku ni budak baru belajar lah katakan ..
no hal bro..
ReplyDeleterajin2 la datang sini dan bertanya
insyaallah aku bleh tolong mana yg mampu..
makin cun version 8 ni...aku mau....hehehe
ReplyDeleteyups...versi ni la yg aku tunggu2 slama ni..huhu
ReplyDeletenice review bro..aku masih baru pakai ubuntu, dapat ilmu bagus dari blog ini. :) salam kenal from indonesia
ReplyDeleteok bro...thanks sbb datang sini..
ReplyDeleteslalu2 la kemari :)
salam,...
ReplyDeletehardy heron sememangnya ditunggu2 oleh pengguna2 ubuntu,..
memandangkan blog kesayangan aku ni adalah untuk pengguna2 linux ubuntu, aku nak cadangkan supaya diletakkan countdown kat sini,...
tak sabar nak try hardy haron!!
apepun, teruskan usaha anda!!aku dan peminat2 ubuntu yang lain akan terus bg sokongan moral untuk anda!!
thanks syawal...=)
ReplyDeleteAku pengguna xubuntu(Kes PC 'kureng' berkuasa)
ReplyDeleteTapi lepas tengok kelebihan Hardy Heron ni, buat aku lupa diri dan nekad nak cuba jugak install, hehe..
Bulan 4, tak sampai sebulan ja lagi, wahahaha....
Eh hang ada hantar submission kat blogtitude tak? Aku suka blog ni, lagi best kalau ramai yang tahu pasal ubuntu!
Nama saya Aditya Kresna,
ReplyDeletesaya punya perusahaan IT di Indonesia, dan amat terkesan dengan kau punya Blog, luar biasa...
boleh kita berkawan?
bermitra demi kebaikan...
sukses kawan!
adityakresna_it@gemakosgorojabar.org
aditya_kresna@yahoo.com
yeeha!!
ReplyDeletetak sabo nih..
@bat : yeaa...aku xsabar gak menunggu..aku dh submit...tp cam pending lg jer..huhu
ReplyDelete@Aditya Kresna : Salam kenal dari malaysia.. Semoga apa yang saya tulis dapat kebaikan :)
@Kumprinx : yups..xsabo gaks..huhu
Ubuntu 8.04 a.k.a Hardy Heron dah keluar. Tapi aku tak de masa lagi nk upgrade. Sape yang dah upgrade? Angkat kaki.
ReplyDeletesaya dah upgrade. :). mmg berbaloi ada streamyx kat rumah rasanya. macam2 bleh buat. :) kejer mendownload jer.ehehe...
ReplyDeletebro..cmner nk dpt desktop cam kt atas 2?
ReplyDeleteaku ade order hardy heron..
ReplyDeletemasalahnye lepas pilih language, kom hang kat screen built-in source code..type exit pon tak jd ape2.. naper ye. aku guna live cd..