Posts

Showing posts with the label OS

Tawan Terengganu dengan OpenSource : Antara Mitos, ilusi atau fatamorgana.

Image
Antara intipati terpenting yang tercetus dalam perjumpaan antara saya, hardyw3b, dan syah di Terengganu Trade Center (US EN) ialah agenda menawan terengganu dengan sumber terbuka (open source). Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan agenda ini tetapi seolah-seolahnya mereka masih menemui jalan buntu. Saya tidaklah hebat untuk dijebakkan dalam agenda besar kerajaan seperti ini namun terdapat beberapa perkara yang menarik minat saya untuk mengulas dari perspektif amatur yang merangkap rakyat negeri terengganu dan juga malaysia. Matlamat Sumber Terbuka. Saya ingin bertanya, apakah yang akan berubah sekiranya agenda menawan terengganu/malaysia dengan open source berjaya? Saya cukup pasti sekiranya tidak akan ada apa-apa yang berubah walaupun agenda tersebut berjaya, apa perlu kita menghabiskan duit ringgit dan keringat sia-sia? Justeru, matlamat agenda ini harus cukup solid dan berbaloi. Saya merujuk matlamat yang digarap oleh agensi MAMPU dalam a...

Mengukur tanda aras prestasi komputer anda dengan Geekbench

Image
Geekbench ialah pengukur tanda aras ( benchmark ) bagi keupayaan processor dan memori sesebuah komputer. Ianya cross-platform, ideal untuk anda menguji prestasi windows, mac osx, dan linux dalam satu komputer yang sama. Apabila versi ubuntu diupdate setiap 6 bulan sekali, terdapat satu keperluan bagi penggunanya untuk mengetahui apakah ubuntu semakin pantas atau sebaliknya? Saya membaca banyak komen tentang ubuntu yang pro-kontra dalam isu kepantasannya. Ada yang mengatakan ubuntu semakin berat sejak ia diperkenalkan 4 tahun yang lalu sebaliknya ada yang mengatakan ianya semakin pantas. Bagi membuktikan dakwaan anda itu berasas (samada semakin pantas atau lambat), anda perlukan alat pengukur dan disinilah anda memerlukan geekbench. Saya ketika menulis entry ini sedang menggunakan MacBook v3.1 dengan specs seperti berikut; processor : Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU T7500 @ 2.20GHz memori : 1GB OS : ubuntu 8.10 dan keputusan yang diperolehi dari geekbench adalah seperti screenshot d...

Kronologi dan pengalaman memasang Ubuntu Intrepid Ibex kedalam MacBook

Image
Saya setkan diminda, apa jadi pun saya tetap akan memasang ubuntu intrepid ibex kedalam macbook v3.1 Santa Rosa. Dan apabila Apple Boot Camp gagal untuk partition harddisk 'Macintosh HD', saya semakin jelas bahawa ini bukan suatu kerja yang mudah. Mengapa saya begitu 'bernafsu' untuk melakukan operasi ini? Bateri macbook boleh bertahan selama 6 jam - kalau tak silap (laptop buruk saya hanya bertahan 1 jam) dan itulah sebab yang paling besar mengapa saya nak sangat pasang ubuntu kedalamnya.. 1Nov 08 Saya pergi ke rumah bro syah (thanks bro) mendapatkan ISO bagi versi terbaru ubuntu iaitu versi 8.10 intrepid ibex. Kesemuanya berjalan lancar dan saya pulang kerumah dengan harapan yang menggunung. Apabila kita ingin install ubuntu - setkan pada minda bahawa ia perlukan 'ruang'. Saya memulakan operasi dengan menggunakan Boot Camp untuk menghasilkan ruang (partition) dengan saiz yang paling minima (5GB) namun Boot Camp gagal. Saya sendiri tidak begitu jelas akan sebab...

Apa jadi kepada market share sistem operasi dalam setahun?

Image
Disaat peratusan market share Microsoft Windows (keseluruhan) semakin menyusut, dan disaat peratusan Mac OSX tidak begitu stabil menyaksikan turun dan naik, sistem operasi linux tetap menujukkan prestasi yang semakin baik. Jika anda perasan (rujuk SC diatas) setiap kali ubuntu mengeluarkan versi terbaru setiap penghujung Oktober dan April, peratusan market share linux bertambah dengan sangat memberansangkan. Untuk sepanjang September tahun lepas hingga Julai tahun ini, market share bagi linux bertambah sebanyak 67.35% berbanding tahun lepas. Ya, saya sedar bahawa peratusan market share linux masih sangat kecil jika dibandingkan dengan microsoft windows. Namun saya sangat berharap untuk melihat pegangan market share linux akan mencapai angka 1% pada hujung tahun ini. Adakah mustahil? Saya rasa tidak. Rujuk : http://marketshare.hitslink.com/report.aspx?qprid=8

Memperkenalkan Freezy Linux

Image
[ source ] Setiap kali anda install ubuntu, terdapat beberapa software dan terdapat beberapa setting yang perlu dipasang dan di enablekan untuk membolehkan anda selesa dengan ubuntu anda. Jika proses ini perlu dilakukan setiap kali anda pasang ubuntu, apakata jika anda pasang satu distro yang berasaskan ubuntu tetapi telahpun mempunyai ciri yang anda selesa dengannya? Saya perkenalkan Freezy Linux , sebuah distribusi terbaru berasaskan ubuntu dan gnome tetapi memasukkan elemen yang saya bicarakan tadi. Antara perisian yang disertakan dalam freezy linux ini ialah ; Btnx Downloader4X Emesene Exaile Filezilla gISOMount Grsync Mirage Notecase Openoffice Photoprint Sopcast Stardict VLC XChat Jika anda melihat kepada tema desktopnya pula adalah sangat mengancam dan menarik dengan adunan warna yang bersih dan seimbang. Saya masih belum mencuba distro ini dan review saya disini agak terbatas iaitu hanya meletakkan maklumat yang saya perolehi daripada laman web rasmi distro ini. Apapun jika and...

BAGAIMANA KALAU UBUNTU ANDA SANGKUT ?

Oleh : Fahmi ( http://sembangsini.com ) Kadangkala tidak dapat kita elakkan Ubuntu dari sangkut. Mungkin sesetengah aplikasi seperti Wine yang menggunakan perisian Win***s yang berat akan menyebabkan Ubuntu tersekat. Banyak yang tak tahu cara nak atasi perkara ini memandangkan ramai yang beranggapan jika Ubuntu tersangkut haruslah memicit Ctrl + Alt + Del untuk mematikan aplikasi. Berikut cara yang sepatutnya anda lakukan. 1. Tekan Ctrl + Alt + F1 2. Akan keluar terminal (skrin gelap dan tulisan putih). 3. Di situ akan tertulis " nama.komp.anda login : " . Kemudian, tulis username yang anda guna untuk login ubuntu. 4. Seterusnya, di situ akan tertulis " password : " . Tulis password yang anda gunakan untuk username tadi. 5. Kemudian, taipkan kod ini " sudo killall5 " . 6. Taipkan password anda sekali lagi jika diminta. 7. Anda akan perhatikan, Ubuntu akan menutup semua aplikasi kemudian akan pergi semula ke Tetingkap Login / Login Window. ...

Parsix muncul sebagai altenatif Ubuntu

Image
Semalam, Parsix , sebuah distro berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome telah dikeluarkan kepada umum dengan versi stabilnya yang pertama v.10 dan menggunapakai codename 'Ramon'.Distro ini disebut-sebut sebagai altenatif kepada ubuntu kerana ia dibangunkan berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome - sama seperti Ubuntu. Apabila disebut altenatif, kita mungkin ingin bertanya tentang kelebihan/kelainan parsix berbanding ubuntu.Antaranya; tema keseluruhan yang lebih moden - (saya menganggap tema default ubuntu agak keafrikaan Menyokong Persian keyboard kamus multibahasa xFardic dan errr...mungkin ada banyak lagi Sebenarnya saya agak teruja dengan tema default parsix yang cun melecun itu.Walaupun kesinambungan warnanya agak gelap, namun ia tetap tidak mengurangkan keecunan tema tersebut.Pun begitu, apabila berbicara soal gnome, kita tidak harus menganggap sesuatu tema default itu akan terus kekal begitu tanpa boleh diubah.Antara sebab saya me...

Time Machine untuk OS X dan Flyback untuk Linux

Image
Ketika ini saya baru sahaja melalui pengalaman menggunakan Time Machine , satu fungsi untuk backup files di dalam mac osx Leopard.Saya membuat keputusan untuk reinstall leopard kerana secara tidak sengaja(atau tidak tahu) terdelete kernel catche didalam leopard menggunakan onyx .Secara jujur, saya begitu teruja dan terharu dengan keupayaan dan kebolehan Tima Machine dan mengimpikan jika fungsi ini boleh dinikmati oleh semua OS, linux mahupun windows. Sehari sebelum saya reinstall leopard(iaitu semalam), saya backup kesemua data system kedalam time machine yang mana data-data itu bersaiz kira-kira 30GB.Hari ini, saya reinstall leopard dan apa yang boleh dilakukan oleh time machine ialah, recover kesemua data dan system komputer dengan memindahkan kesemua data termasuk applikasi yang telah terinstall, setting komputer, user data dan kesemuanya dari harddisk time machine kedalam hard disk leopard. Saya terkejut apabila memasuki desktop leopard buat kali pertama(selepas reinstall) kerana m...

Embun : A Malaysian Ubuntu - Tahukah Anda?

Image
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner Pernahkah anda mendengar perkataan Embun? Embun , boleh diertikan sebagai sejenis batu permata, atau titisan air yang muncul diawal pagi , pernah digunakan sebagai tajuk bagi sebuah filem tentang kemerdekaan dan ... sebuah distro berasaskan ubuntu! Seperti juga distro lain yang dibangunkan berasaskan ubuntu, embun yang dibangunkan oleh syarikat Xanadu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu ia dibangunkan untuk rakyat malaysia supaya rakyat malaysia lebih mengenali dunia open source.Pun begitu, sejauh mana rakyat malaysia sedar akan kewujudan embun ini? Secara jujur, saya mengenali embun sekitar bulan 11, 2007.Saya memendam topik ini begitu lama sebelum menulisnya pada hari ini.Sekilas pandang, embun tidak jauh berbeza dengan induknya iaitu ubuntu.Malah saya masih tercari-cari apakah sebenarnya yang membezakan antara kedua-duanya?Adakah kerana mengubah sedikit sebanyak...

Install ubuntu tanpa CD installer

Image
Di awal bulan 12 yang lalu (atau secara tepat pada 4/12/07), saya menulis tentang WUBI , perisian yang membenarkan seseorang untuk install ubuntu di dalam windows tanpa memerlukan walau sekeping CD. Terima kasih kepada linux.com yang memaklumkan melalui feed reader yang saya guna bahawa terdapat satu lagi perisian yang dinamakan  UNetbootin , bukan sahaja untuk windows malah juga untuk linux.Bermakna seseorang boleh install apa jua distro yang di support oleh UNetbootin samada didalam windows ataupun linux(ubuntu etc). Jika anda berminat untuk mengetahui cara untuk install ubuntu(etc) menggunakan UNetbootin ini, sila pergi ke laman tutorial ini . Apa yang diperlukan untuk menggunakan UNetbootin ialah; Linux atau windows (95 sehingga vista) Internet Broadband (dial up memakan masa yang lama) 3GB ruang kosong dalam Harddisk Semoga maklumat ini berguna kepada anda =) Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Corak kepenggunaan sistem operasi

Image
Dalam apa jua juzuk pembangunan software terkini dan tercanggih, windows dan mac osx mendominasi dalam kadar peratusan masing-masing dan dalam masa yang sama meminggirkan kewujudan linux yang seakan dianggap hanya sistem operasi bagi peratusan kecil manusia pelik dan terpisah dari teknologi.Tidak hairanlah apabila disebut "linux" kepada sesetengah orang, mereka hanya dapat membayangkan sebuah sistem operasi pelik yang hanya digunakan oleh orang-orang yang pelik. Namun itu dulu.Jika masih ada orang yang beranggapan sebegitu samada dia tidak membaca atau dia tidak minat.Saya kira saya berada tepat pada kedudukan untuk membuktikan betapa dunia semakin berubah dan kerana itu saya ingin mengajak pembaca memerhatikan graf berikut; (perbandingan perubahan bagi nov'07 dan dec'07-perhatikan peratusan perubahan mengikut OS berbeza dengan peratusan corak kepenggunaan) Apa yang dapat kita lihat ialah peningkatan peratusan yang tinggi bagi Linux dan Macintosh.Mengapa peningkatan b...

Ada sesiapa berjaya install gOS?

Image
Semalam saya telah mencuba untuk install gOS , selepas men download nya daripada laman web rasmi distro berkenaan .Namun hajat untuk melihat ia berjaya diinstall kedalam desktop saya tidak kesampaian.Berikut adalah rentetan peristiwa kegagalan tersebut. >Download gOS daripada laman web rasminya menggunakan torrent.Nampaknya gOS mempunyai ramai peminat kerana kerja mendownload distro tersebut siap dalam masa 1/2jam!(ramai orang seed) >Burn kedalam CD seperti biasa dalam bentuk CD Image menggunakan Toast.Mengambil masa 10minit (speed=2x) >Masukkan CD Image berkenaan kedalam CD tray dan biarkan komputer boot kedalam CD.Oleh kerana untuk komputer boot kedalam live CD mengambil masa yang lama(terutama bagi gOS) saya mengisi masa dengan keluar makan.. >Balik rumah dan komputer telahpun berjaya boot kedalam live CD tanpa masalah.Saya pun mencuba bermain-main dengan gOS sekejap.Tekan itu tekan ini dan macam-macam.Saya tercari-cari software screenshot dalam gOS namun tak jumpa.(seba...

Ubuntu 8.04 Hardy Heron : Complete Review

Image
Jika windows ialah vista, mac osx ialah leopard, maka ubuntu pastinya ialah Hardy Heron! Pasti ada yang masih tertanya-tanya apakah rahsia disebalik angka versi 8.04 tersebut.Angka 8.04 memberi maksud tahun dan bulan bagi versi berkenaan telah/akan dikeluarkan. Istimewanya versi ubuntu yang bakal keluar pada bulan 4 tahun 2008 ini berbanding versi yang lain ialah ia akan mendapat sokongan jangka panjang daripada daripada team pembangun ubuntu.Bukan itu sahaja, versi hardy heron ini akan tampil dengan pembaharuan drastik dari segenap segi antaranya; 1.Membolehkan user install ubuntu versi ini dalam filesystem versi sebelumnya tanpa mengubah data dalam directory HOME Fungsi ini tidak terdapat dalam mana-mana versi sebelum ini.Perubahan ini akan membolehkan pengguna fresh install ubuntu hardy heron tanpa memerlukan untuk backup file dalam directory home terlebih dahulu. 2.Mengesan/detect hardware komputer dengan lebih berkesan Fungsi ini akan mengesan jenis hardware yang digunakan oleh k...

Bersedia untuk Hackintosh, MacOnPC?

Image
Lifehacker telah menulis secara agak terperinci dan complicated tentang cara-cara membina sebuah Hackintosh yang hanya akan memakan belanja sebanyak $800USD(RM2622). Ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan iMac (RM4799-starting) mahupun MacBook (RM3603-starting) dan jauh lebih terkedepan dari segi performance mengatasi MacMini (RM1967). Mengapa mesti Mac Os X? Sila lihat video ini sebelum meneruskan bacaan. Antara kelebihan Mac Os X berbanding windows. Paparan antara muka - walaupun menggunakan windows atau linux, namun ramai yang tergila-gilakan tema dan paparan mac osx yang kemas, bersih dan eyecandy yang memikat. Virus,Spyware,Malware - Walaupun tidak bebas 100%, tetapi memang diakui mac osx bukan ladang ternak virus yang ideal seumpama windows. Hardware Requirement - Vista merupakan sistem operasi yang "kelaparan" memory RAM, graphic card, processor yg laju etc namun tidak bagi leopard yang boleh diinstall dengan licinnya kedalam model Mac yang lama. Feat...

Plss..Don't try this at HOME

Terjumpa video yang kelakar ni kat youtube.Walaupun aku yang sesungguhnya malas nak cakap soal legaliti/piracy dengan orang malaysia kerana kehidupan orang malaysia macam dah tak boleh lari daripadanya.Kita boleh berlagak cakap "oh itu adalah salah disisi undang-undang, oh itu cetak rompak, oh apple tak benarkan melakukannya blah blah blah.." Ada tak seorang daripada pembaca kat sini yang; tidak pernah menggunakan walau sekali barang pirate tak pernah walau sekali melanggar akta hak cipta tak pernah walau sekali share lagu dengan kawan-kawan tak pernah walau sekali guna software yang dicrack tak pernah walau sekali beli cd/dvd movie pirate pasar malam Kalau tak ada sorang pun yang bersih takyah crite bab legaliti la ngan aku.Semua orang buat dan semua orang faham-faham sudah..Guna hanya untuk kegunaan peribadi dan bukannya untuk bukak bisnes. Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Antara Virus dan Windows, Macintosh, Linux

Image
Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan dalam dunia komputer kecuali bagi syarikat pembangun antivirus.Sejak dunia teknologi diwarnai dengan kehadiran satu mesin bernama komputer, dan windows menjuarai dalam bidang sistem operasinya, entah berapa ribu atau juta komputer yang telah diserang virus mengakibatkan kerosakkan, kehilangan data,pembaziran masa dan wang ringgit. Menurut satu kajian ilmiah oleh Dr. Nic Peeling dan Dr Julian Satchell dalam Analysis of the Impact of Open Source Software , Virus yang bernama LoveLetter sahaja telah menyebabkan kerugian terus sebanyak $960 juta USD dan $7.7 billion USD untuk kehilangan produktiviti. Apabila ada orang bertanya, mengapa banyak sangat virus yang menyerang sistem operasi windows?Seorang manusia yang kaya raya(err..panggil saja dia sebagai bill) menjawab, "Oh, ianya kerana windows digunakan secara meluas tidak seperti Macintosh atau Linux".Jack Clarke, seorang pengurus produk antivirus di eropah iaitu McAfee berkata ...

Ulasan untuk PCLinuxOS

Image
Specs: Intel Pentium III, 900MHz Intel chipset with onboard graphics and LAN 256Mb RAM, 20GB IDE HDD, 40x CDROM, 15" TFT LCD keyboard, mouse and a fresh PCLinuxOS 2007 LiveCD. [ source ] Berani beli dengan harga RM500? Sebenarnya bro Aizat yang meminta saya mengkaji dan menulis review tentang PCLinuxOS .Terlanjur membaca sehingga mata saya terpaku pada gambar diatas.Sebenarnya saya tak tahu apakah harga yang ditawarkan berpatutan atau tidak.Bagaimana pendapat anda? Apa itu PCLinuxOS? Ianya satu lagi sistem operasi berasaskan linux seperti juga ubuntu. Adakah ia sehebat ubuntu? Untuk menjawab soalan ini, izinkan saya quote 2 baris ayat tulisan seorang penulis howtoforge , Up to now I was thinking that Ubuntu is the best Linux desktop distribution, but I'm not so sure anymore now that I've used PCLinuxOS. I'm really impressed. Ciri-ciri? -Percuma -KDE Desktop Environtment dan boleh ditukar kepada Gnome(?). -Sokongan driver sepenuhnya (senang setup network, support wi...

I Am Possible vs Impossible

Image
Seingat saya, tidak banyak perkara yang mampu menyebabkan saya untuk tidak putus asa dengannya.Sebaliknya, saya lebih banyak mencipta kegagalan daripada kejayaan.Apabila gagal kebiasaannya saya akan berputus asa, berhenti dan pasrah dengan kegagalan. 1 minggu berlalu sejak saya mula mengkaji tentang kebarangkalian untuk OSX Leopard boleh diinstall ke dalam Laptop saya.Ianya sesuatu yang mustahil kerana perbezaan hardware dengan MacBook dan iMac, apatah lagi OSX Leopard mahupun Tiger hanya boleh diinstall secara normal ke dalam hardware yang ditetapkan oleh Apple sahaja. Kajian saya berdasarkan pembacaan, eksperimen dan try-and-error.Hari pertama dan seterusnya berlalu tanpa meninggalkan apa-apa klu yang boleh dijadikan motivasi untuk terus mencuba.Masalah yang sama berulang iaitu tidak boleh boot kedalam DVD installer.Melalui pembacaan, kelihatannya saya perlu setting BIOS terlebih dahulu namun ianya sesuatu yang berisiko tinggi.Pembacaan diteruskan sehari demi sehari... Akhirnya saya ...

Perasan sesuatu?

Image
OK.Saya akui sejak akhir-akhir ini saya agak jarang update blog ini.Bukannya kerana faktor kekeringan idea ataupun komputer rosak atau sebagainya.1 minggu terakhir ini saya telah disibukkan dengan research untuk menginstall leopard kedalam PC.Bunyinya macam "nonsense" tetapi itulah hakikat.Sudah menjadi tabiat saya sejak kecil, selagi saya belum berjaya selesaikan research ini dan selagi belum berjaya install leopard ke dalam PC , selagi itu saya tidak boleh fokus kepada perkara lain.Jadi maafkan saya dengan tabiat yang agak pelik ini. Saya tahu, saya perlu berubah! Ada beberapa halangan untuk misi di atas berjaya.Kelihatan saya perlu edit BIOS setting namun ada masalah yang lain bersangkutan iaitu versi BIOS komputer saya yang agak berbeza dengan panduan.Pilihan yang ada hanyalah "upgrade BIOS".Fuh, sesuatu yang berisiko tahap gaban.Saya perlu lupakan tentang leopard seketika dan menunggu sehingga versi yang "tak perlu edit BIOS" keluar. Sudahkah anda dow...

DELL dan Ubuntu 7.10

Image
Saya mengira ianya bukan lagi satu kejutan.Dell, sebuah syarikat yang memasarkan komputer telah upgrade Ubuntu Dell mereka kepada Ubuntu 7.10 dan disertakan dengan beberapa fungsi baru iaitu DVD playback dan Flash media player secara default.Bererti, pengguna boleh menonton DVD dan youtube video tampa perlu install apa-apa sebaik sahaja komputer edaran Dell ini sampai dipintu rumah mereka. Untuk DVD player, Dell telah mengaplikasikan perisian LinDVD dan khabarnya telah mendapat persetujuan dari syarikat Adobe untuk flash media player.Sebenarnya, distribusi linux(apa sahaja distro) tidak dibenarkan didatangkan bersama flash (secara default) dan ianya adalah sesuatu yang melanggar undang-undang(legal problem).Ini kerana Adobe flash bukan sesuatu yang open source biarpun ia free.Bererti, anda tidak boleh mengaut keuntungan dengannya! Jika kita bertanya, mengapa perlu install codecs, plugins, etc setiap kali selepas membeli komputer baru, sebenarnya ia berkaitan dengan legaliti.Free tetap...