Thursday, July 17, 2008

Memperkenalkan Freezy Linux

Setiap kali anda install ubuntu, terdapat beberapa software dan terdapat beberapa setting yang perlu dipasang dan di enablekan untuk membolehkan anda selesa dengan ubuntu anda. Jika proses ini perlu dilakukan setiap kali anda pasang ubuntu, apakata jika anda pasang satu distro yang berasaskan ubuntu tetapi telahpun mempunyai ciri yang anda selesa dengannya?

Saya perkenalkan Freezy Linux, sebuah distribusi terbaru berasaskan ubuntu dan gnome tetapi memasukkan elemen yang saya bicarakan tadi. Antara perisian yang disertakan dalam freezy linux ini ialah ;
  • Btnx
  • Downloader4X
  • Emesene
  • Exaile
  • Filezilla
  • gISOMount
  • Grsync
  • Mirage
  • Notecase
  • Openoffice
  • Photoprint
  • Sopcast
  • Stardict
  • VLC
  • XChat
Jika anda melihat kepada tema desktopnya pula adalah sangat mengancam dan menarik dengan adunan warna yang bersih dan seimbang. Saya masih belum mencuba distro ini dan review saya disini agak terbatas iaitu hanya meletakkan maklumat yang saya perolehi daripada laman web rasmi distro ini. Apapun jika anda berminat, seperti biasa anda boleh download ISO image dari laman web rasmi freezy linux dan memasangnya kedalam ubuntu anda.

5 comments:

  1. Salam...

    Aku sekarang menggunakan Xubuntu. kira oklah, laju dan cool. Cuma aku ada skit masalah dengan common menyebabkan sistem xubuntu dah jadi skit pening. Soalannya camna nak jadikan xubuntu aku seperti asal, seolah2 baru jer install atau format? Penatlah nak format semula.....

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan
    kalu ade mase komenlah kat blog saya

    ReplyDelete
  3. @aafiq:nice artikel..gud job n gud luck

    ReplyDelete
  4. Memang cool.. apa pendapat saudara semua tentang gOS pulak atau google os berasaskan ubuntu sesuai untuk bloggers, try meluncur ke www.thinkgos.com

    ReplyDelete
  5. tolong saya.......macam mane nak install graphic onboard sis650...and then macam mane nak install codec or apa2 program untuk liux...????? tak tau dong...plizzzz...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...