Monday, July 21, 2008

Linux Mint Live CD dengan VirtualBox di dalam Ubuntu.

Bagi memenuhi semangat komuniti sumber terbuka di sini, penulis akan menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan OS tetamu (Guest OS) di dalam Ubuntu dengan menggunakan VirtualBox. OS tetamu yang dipilih adalah Linux Mint (Live CD), salah satu variasi Ubuntu yang amat mudah dan lengkap terutama sekali untuk koleksi multimedianya (tanpa perlu ditambah seperti Ubuntu).
Untuk jalankan Windows XP, langkahnya serupa seperti yang ditunjukkan di bawah (maaf, penulis tidak menggalakkan penggunaan sistem operasi atau perisian tanpa lesen sebenar).
1. Pastikan anda telah pasangkan perisian VirtualBox ke dalam Ubuntu anda seperti entri sebelumnya. Mulakan VirtualBox dan pilih menu 'New'.



2. Tetingkap 'wizard' akan kelihatan, sila teruskan dengan menukan butang 'Next'.

3. Namakan OS tetamu anda dengan nama yang mudah dikenali dan pilih 'Linux 2.6' pada menu pilihan 'OS Type'. Rujuk gambarajah dibawah.


4. Kemudian, pilih jumlah memori yang diperlukan. PERINGATAN! JANGAN LETAK JUMLAH MEMORI MELEBIHI DARI SEPARUH MEMORI ASAL UBUNTU ANDA ! Perlu diingatkan bahawa lebih tinggi nilai memori yang diletakkan akan menyebabkan Ubuntu anda menjadi perlahan dan juga tersekat-sekat. Sebagai percubaan, kekalkan kepada nilai cadangan (256 MB). Klik 'Next' untuk seterusnya.


5. Kekotak 'Virtual Hard Disk' akan kelihatan. Klik butang 'New'. Pada kekotak berikut teruskan dengan klik 'Next'


6. 'Virtual Hard Disk' adalah umpama hard disk sebenar yang diperlukan bagi OS tetamu, lebih-lebih lagi jika anda ingin 'install permanently' OS tersebut. Terdapat 2 pilihan di sini iaitu, 'Dynamically expanding image'(saiz bertambah ikut keperluan) dan 'Fixed-size image' (saiz tetap dan tidak berubah). Pastikan Ubuntu anda masih ada lagi ruangan kosong untuk 'Virtual Hard Disk'. Seperti gambarajah di bawah, penulis akan memilih 'Dynamically expanding image' dengan saiz 1 GB.


7. Paparan maklumat 'Virtual Hard Disk'. Klik butang 'Finish'.


8. OS tetamu akan kelihatan pada paparan utama VirtualBox.


9. Langkah seterusnya, anda perlukan medium (samada CD/DVD ataupun ISO image) bagi membolehkan VirtualBox 'boot' dengan OS tetamu pilihan. Untuk entri ini, penulis akan 'boot' dari CD Linux Mint. Pada kekotak 'Details' disebelah kanan, pilih menu CD/DVD-ROOM (tulisan warna biru) untuk 'mount' kepada CD/DVR-ROM anda.


10. Pilih kekotak 'Mount CD/DVD Drive' dan juga bebutang radio 'Host CD/DVD Drive'. Klik 'OK'.


11. Pastikan Linux Mint CD telah berada di dalam pemain CD/DVD anda sebelum memulakan OS tetamu. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Such a nice blog. I hope you will create another post like this.

    ReplyDelete
  2. Well done for this wonderful blog.

    ReplyDelete
  3. Salam..Thanks..saya belajar sesuatu dari blog anda..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada kamu!!!

    blog ini banyak membantu saya

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...