Friday, July 11, 2008

Windows XP Dalam Ubuntu - VirtualBox

Sudah bosan "dual-boot" antara Ubuntu dengan Windows XP? Kini ada cara lebih mudah untuk jalankan Windows XP di dalam Ubuntu anda. Mungkin anda pernah dengar dan cuba menggunakan teknologi virtual di mana anda boleh jalankan berbagai sistem operasi tanpa perlu keluar dari operating sistem sekarang (tak perlu reboot dan pilih OS lain). Ada banyak pilihan untuk jalankan virtual OS ini antaranya VMWare, VirtualBox dan lain-lain lagi

Untuk kali ini saya akan terangkan serba ringkas bagaimana untuk 'install' VirtualBox ke dalam Ubuntu. Perkakasan dan perisian yang digunakan adalah seperti berikut:
  • Acer Aspire 5051, AMD Turion64 2.0 GHz, ATI Raden Xpress 1100, 80 GB HDD, DVD-RW
  • Ubuntu Hardy Heron 8.04 (latest update)
  • VirtualBox 1.6. Boleh downlod .deb fail disini
Langkah 1 :

Download VirtualBox versi terkini dan pilih versi yang menyokong Ubuntu anda (samada x86 atau AMD64).

Download dan simpan file tersebut ke dalam pc/laptop anda. Setelah selesai jalankan fail tersebut (virtualbox_1.6.2-31466_Ubuntu_hardy_i386.deb) samada dari terminal atau klik dua kali (double click). Ikut arahan seperti yang dipaparkan.

Setelah selesai, anda dapat melihat VirtualBox pada menu Applications -> System Tools -> Innotex Virtual Box.

Langkah 2 :

Langkah ini penting untuk memastikan bahawa VirtualBox anda mendapat 'permission' untuk dijalankan sebagai 'normal user'.

Pergi ke menu System -> Administration -> Users and Groups

Klik pada 'unlock button'. Sila masukkan katalaluan anda dan klik 'Authenticate'

Pilih butang “Manage Groups”

Skrol ke bawah dan cari “vboxusers” group.
Highlight dan pilih butang 'properties' di kanan anda.

Pada kekotak 'Group vboxusers Properties', pastikan nama anda/current user telah ditandakan 'check mark'. Seterusnya klik butang 'OK'.


Langkah 3 :

VirtualBox secara 'default' tidak akan menyokong sambungan USB. Gunakan langkah di bawah untuk 'enable' kan sambungan USB tersebut. Dengan kata lain, Windows XP anda dapat mengesan sebarang peralatan USB yang disambung terus ke Ubuntu anda seperti pencetak, thumbdrive, external hardisk ataupun Ipod.

Jalankan arahan berikut ke dalam terminal anda.
sudo gedit /etc/init.d/mountdevsubfs.sh
Applikasi Gedit (teks editor) akan kelihatan dan cari script dibawah:
#
# Magic to make /proc/bus/usb work
#
#mkdir -p /dev/bus/usb/.usbfs
#domount usbfs “” /dev/bus/usb/.usbfs -obusmode=0700,devmode=0600,listmode=0644
#ln -s .usbfs/devices /dev/bus/usb/devices
#mount --rbind /dev/bus/usb /proc/bus/usb
Gantikan script di atas dengan di bawah ini (copy dan replace)
#
# Magic to make /proc/bus/usb work
#
mkdir -p /dev/bus/usb/.usbfs
domount usbfs “” /dev/bus/usb/.usbfs -obusmode=0700,devmode=0600,listmode=0644
ln -s .usbfs/devices /dev/bus/usb/devices
mount --rbind /dev/bus/usb /proc/bus/usb
Log keluar dan log masuk semula. VirtualBox anda kini telah menyokong sambungan USB sepenuhnya.

Mudah bukan! anda boleh terus jalankan VirtualBox yang terdapat pada menu Applications -> System Tools -> Innotex Virtual Box.

Antara paparan dari laptop saya untuk tatapan semua.

Windows XP dengan permainan antik.

Buat pengguna tegar Ubuntu melepas rindu pada Windows XP

IE7 dan Dreamweaver 8 dalam VirtualBox

Paparan utama VirtualBox


Note:
  1. Langkah2 di atas adalah untuk versi VirtualBox terkini manakala penulis masih lagi menggunakan VirtualBox versi 1.5 (paparan skrin di atas pun masih versi lama).
  2. Entri kali ini lebih kepada cara untuk membuat pemasangan VirtualBox ke dalam PC/Laptop anda.
  3. Penulis akan cuba membuat entri terbaru penerangan mengenai CARA UNTUK JALANKAN WINDOWS XP MENGGUNAKAN VIRTUALBOX DIDALAM UBUNTU.
  4. Pengalaman penulis masih baru, tetapi telah berjaya menjalankan beberapa OS guna VirtualBox ini seperti Windows XP, PCLinuxOS, OpenSUSE, Linux Mint, Mandriva.
  5. Bagi penulis, VirtualBox amat mudah digunakan dan begitu sesuai sekali jika anda mahu mencuba sesuatu distro baru tanpa perlu membuat 'full installation' dan juga sudah muak dengan 'dual'boot'.
  6. Penulis hanyalah pengguna biasa dan tidak mencapai tahap 'Expert lagi'. Jadi kepada kawan-kawan 'expert' diluar sana diharap dapat berkongsi pengalaman anda di sini.

17 comments:

  1. Probably I can say with this blog make, more some interesting topics.

    ReplyDelete
  2. waahhh...nice artikel bro.aku dlu penah guna vb nih pasang windows...pastu aku xperlukan windows dah... (sbb windows aku pasang 2 cetak rompak)..hehe

    ReplyDelete
  3. bro @tuan tanah aka melayubuntu...aku terpaksa guna sebab kebanyakkan sistem yang client aku guna masih hamba kepada windoze

    tapi selalu aku guna untuk remote client pc guna LogMeIn..memang Ubuntu/Firefox support LogMein tapi performance slow banget, walaupun dah guna jalurlebar yg agak laju..

    kita serupe daaa..aku dah lame tak up windoze sampai dah turun pangkat jadik prebet lak..kadang2 naik gelak aku nengok bebudak yg baru2 gune windoze berlagak bukan main depan aku..

    aku dulu sampaikan cd key windows pun tutup mate leh taip lagi..kahkahkah

    ReplyDelete
  4. kalau tanak berat sgt nak.. samapi satu windows kena load dlm virtual box tu..

    bleh pakai wine http://www.winehq.org/

    contoh mcm kalau ada app yang guna dalam windows nak guna dlam linux.. guna wine jer.. emulator gak.. tapi tak yah load windows..

    ReplyDelete
  5. ada sape da try guna idm dlm ubuntu??
    leh install guna wine,tp xleh connect ke internet..bukan ubuntu xleh connect,tp idm yg xleh connect..any idea??

    ReplyDelete
  6. bro..mcm mne nak gne virtual box nie?
    nak kne copy cd winxp save dlm image ke?

    ReplyDelete
  7. ^azrul0999

    tak perlu save pun, install macam biasa guna cd winxp sedia ada..kalau pernah install winxp sebelum ni, caranya memang sama kalau gune virtualbox..

    kalau cd takde baru leh donlod iso image, cara mana dan di mana nak donlod, saya tak dapat nak tolong..maaf..

    tunggu saya buat entri baru cara nak install winxp dalam virtualbox..

    ReplyDelete
  8. orite bro..
    cd xp aku ade tggal cara nak gne jer aku xtaw..
    xsabo nak tggu entri bru nie..hehehe

    ReplyDelete
  9. Bro, blh ker directx9 3Dgrafik tu di enable kan masa guna dlm virtualbox?

    ReplyDelete
  10. Soalan ni memang selalu ditanya, tapi jawapan memang sedikit mengecewakan..directx 3d atau senang cakap 3d support belum boleh lagi..hanya 2d sahaja yg boleh..harap bersabar, berkemungkinan perkara ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti..

    ReplyDelete
  11. mgkn aku terlepas pandang tapi rasanya dlm tut tak mention pasal Virtualbox Guest Addition lepas install XP. Mungkin expert bleh explain in detail

    ReplyDelete
  12. oh.. Alhamdullillah.. aku dah tak bergantung lagi pada winXP..

    ReplyDelete
  13. setelah selesai install virtual.. adakah kita boleh run window yg sedia ada di partition lain? or kena install window baru?

    ReplyDelete
  14. nk tnyela...laula,dh leh psg window dlm ubuntu gune virtual,so,lehla install game n maen dlm ni tnpa crossover n wine..mcm fifa 2008..am i right??
    lau salah,sila gtau cara y btol..hrp sgt..

    ReplyDelete
  15. Salam bro..

    Minimum space untuk install OS ape ek(contohnye XP)? adakah ikut std space kalo kita format pc cara biasa? atau lagi sikit? Lappy nih dah sikit space dah. Kalo ikut space std, kene la aku pack skit isi rumah nih. huhu..

    Terima kasih atas jawapan bro..

    ReplyDelete
  16. wslm
    rasanya ikut standard space dia la..termasuk la ram..
    klu ko kurangkan ram bleh rasa la dia punya lembab..

    ReplyDelete
  17. aiseh.. kene la pack skit fail2 nih. buat house cleaning.. huhu..

    Tq bro.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...