Sunday, July 27, 2008

Atheros keluarkan 802.11n driver untuk Linux!

Kalau kau nak beli wireless card, baik kau beli yang atheros punya. Model atheros ni senang sket nak setup dalam linux. Pastu jangan beli yang USB punya. Susah nak cari driver.
Itulah nasihat yang saya terima dari seorang rakan beberapa bulan yang lalu. Lalu saya mengetip bibir, yakin kepada nasihat itu dan membeli sebuah/sekeping pc card untuk laptop yang dibeli tanpa fungsi wireless dengan harga tak sampai RM100 (tak ingat harga sebenar). Nampaknya nasihat rakan saya itu "boleh pakai" -- kerana saya tidak perlu melakukan apa-apa untuk ia berfungsi dalam ubuntu.Hanya perlu masukkan dalam ruang pc card pada laptop dan ubuntu detect secara automatik.


inilah rupa pc card yang aku maksudkan

Ramai yang beranggapan ubuntu linux susah nak guna kerana tidak compatible dengan hardware itu dan ini. Masalahnya ialah mereka menyalahkan ubuntu dan linux itu sendiri sedangkan jika anda membeli sebuah usb wireless, didalamnya terdapat CD yang hanya untuk windows. Hey! Manufacturer yang buat hardware tu beranggapan pelanggan mereka hanyalah pengguna windows. WTHxF??

Atheros sebagai pembangun kepada wireless chipset bagi saya agak bijak dalam merencanakan bisnes mereka kerana mereka menganggap pelanggan mereka bukan sahaja dari pengguna windows. Jadi kepada pengguna ubuntu atau bakal pengguna ubuntu (dan linux) sila beli mana-mana komputer yang ada chipset atheros dalam wireless card mereka kerana hidup anda akan tenteram selepas itu.

Berita yang lagi baik ialah, atheros telah keluarkan driver untuk linux bagi standard wireless network 802.11n (sebelum ini setakat 802.11g) untuk kelajuan wireless sehingga 540MBs (max) dan jarak sejauh 50 meter (max).

5 comments:

  1. betul2.. pegeluar ingat sumer pakai windows a.k.a suck OS....
    aku nyer driver tuk bluetooth sampai lar ni tak dapat driver tuk ubuntu... same ngan tv kad aku... dah macam2 usaha aku buat.. manufacture bengong...

    ReplyDelete
  2. @dark lord : driver bluetooth xdpt? xkan kot..aku nyer ok jer...

    ReplyDelete
  3. seorang pembaca telah berkongsi dalam ruang komen di blog saya yang dia berjaya install wireless network card driver (model fujitsu siemens esprimo) dalam ubuntu hardy heron guna wicd. kot2 la saudara zul minat nak explore driver ni.

    ReplyDelete
  4. @wmazmi : thanks bro...rasanya 2 tool utk network manager dan bkn driver installer...btw, nice info..ada altenatif kpd default network manager..

    ReplyDelete
  5. aku ada masalah nak tanya tapi tak tau nak tanya kat mana...
    so kat sini pon boleh sebab ada kena mengena..
    aku pakai atheros macam dalam tajuk ni..
    laptop aku acer aspire 4520..
    pakai ndiswrapper..
    semua fungsi dengan baik..
    cuma bila wireless yang nak password@WPA personal..
    aku dah masukkan password yang betol..
    tapi tak ble nak connect..
    kena restart dulu banyak2 kali laptop aku..
    off wifi device la..
    macam2 aku wat baru bole..
    tiap2 ari aku ken wat macam tu..
    ada jalan penyelesaian ke?
    kalau wireless takder password senang je..
    terus je connect..
    plz..mana tau ada sapa2 ble tolong..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...